December 28 2015,  12.17 am

Tarikh 22 Disember 2015 mencatatkan sejarah baru untuk blog ni.
Post bertajuk Anthem yang saya tulis tu telah dibaca sebanyak 7 000 kali sejak mula disiarkan di sini.



Terima kasih kepada blogger-blogger yang letak link ke blog ni kat blog korang, followers, mereka yang tinggalkan nota di shoutbox, yang rajin tinggalkan komen, yang like dan share di facebook sampai viral, dan semua pembaca.

And of course, thank you, Hlovate.





Jun 2013.
Waktu ni la post tu jadi viral. Memang ramai gila yang berkunjung kat blog ni. 

Saya takde apa rahsia la nak kongsi dengan pembaca. Gaya penulisan saya pun taklah bagus macam Hlovate tu. Cuma pernah terbaca tentang satu review novel Salju Sakinah daripada seorang pembaca, yang meyebut beberapa kelemahan dalam novel tu. Dan penulisnya, Zaid Akhtar berbesar hati untuk menerima komen sedemikian. Sebab bagi beliau, novel bukan saja perlukan pujian, tapi kritikan. Sesuatu yang diluah daripada hati. Saya juga pernah ikut kursus Penulisan Kreatif masa kat UTM dulu. Tiap-tiap minggu, assignment-nya serupa je. Baca sajak, dan tulis huraian. Dan tulis tentang kritikan. Maybe dari sini la saya dah terbiasa menulis (dan perah kepala) tentang hasil karya seseorang.

Itulah yang berlaku dalam post bertajuk 'Anthem'. Sesuatu yang ditulis dari hati. Dari mata saya, benda ni biasa. Tak sangka pulak sambutannya jadi sangat luar biasa.

Sesungguhnya, bahasa hati itu mampu untuk menyentuh hati yang lain. InsyaAllah.

Terima kasih semua.
May Allah bless.

*angkat kening double-jerk*

~nc~

December 24 2015, 10.54 pm

Since Cik Aimi kita ni asyik bising  "Mana gambar? Lama tak nampak gambar kat blog ni.", so saya belanja sekeping je ye. Ini gambarnya.



Diambil kat tempat kerja saya semalam. Saya ada habit yang pelik sikit. Kalau kerja syif malam, saya dinner 6.30 pm. Hari-hari bawak bekal yang saya masak atau mak saya masak. Dan jugak suka tengok langit dan matahari. So, saya pun makan kat area tangki air sebelum Maghrib sambil tengok matahari terbenam. Lepas tu lepak situ sambil dengar MP3 dan sambil main henfon - baca buku dalam format PDF, main Candy Crush, atau surfing internet.

Sekian. Lepas ni takyah bising apesal tak letak gambar kat sini ye.

Dan terima kasih sebab ambikkan jubah konvo saya 2 tahun lepas.

~nc~

December 18 2015, 5.50 pm

Antara komen paling epic oleh rakan sekerja saya yang department Production, (to describe me)

"Saya suka salam dengan you. You tahu kenapa? Sebab dua kali je dapat jumpa you. Masa kerja dengan masa balik. You hilang mana kat tengah-tengah tu, I pun tak tahu."

"Saya dalam mesin la."

"Ye la. I pun masuk mesin. Tapi tak terserempak langsung you kat mana."

Ahaha. But it's true. Masuk mesin dalam 10 pagi (after morning meeting). Saya ronda-ronda, check level untuk tangki (chemical & water), cuci filter, pasang counter, repair flowmeter, etc. Tahu-tahu je dah 5.30 pm. Tak terserempak langsung dengan supervisor. Kalau saya bantai tidur dalam mesin pun takde siapa perasan.

Saya satu-satunya engineer yang ditugaskan jaga machinery, sebab ilmu saya dengan mesin lebih dalam berbanding engineer lain yang ada background chemical. So, memang tugas saya dengan mesin je la. Berjam-jam dalam mesin sampai tak reti-reti nak turun.

But I'm gonna miss all of these.

Saya plan nak apply kat company yang saya mention kat post yang lepas. Ada rezeki, saya pergi. Bulan ni pun just nak mahirkan kereta je. Jadi driver untuk hantar mak ke kampung. Jadi driver abang untuk ke Shah Alam. Sekarang dah berani la bawak laju, cuma masih kurang agresif la.

Ada staff merangkap plant engineer   tanya, nak stay kat kilang ni sampai bila. Saya kata ada plan nak lompat kerja. Tapi masih ragu-ragu. Sebab aviation is not that popular macam oil and gas. Tak tahu sejauh mana saya dapat pergi. Tapi dia pesan, "You masih muda. Baru 25. You boleh punya. Pengalaman kerja dah ada. Pergi je. I dah 44 tahun. Tak banyak yang I boleh buat. Ada anak-anak pun. Tapi you masih boleh pergi jauh."

After what I've been through all these years, I've learned a lot. Kenapa kita jatuh. Kenapa kita menangis. Sebab Dia nak kita bangun balik.

And who knows, I might soar higher than I ever imagined.

Doakan.

November 23 2015, 12.04 am

It's past midnight, and I'm officially 25. Eheh.

Banyak benda saya belajar tahun ni. Macam mana peritnya nak cari duit. Hari-hari mandi peluh dan kadang-kadang kulit mengelupas sebab environment kerja yang panas dikelilingi oven kiri kanan. Part yang paling best, bagi duit kat mama dan adik-beradik lain. Duit tu tak la banyak mana, tapi perasaan memberi tu, it's really something.

I've made a new record today. For the first time saya drive masuk masuk highway. Woohoo! Ada sikit kemajuan la. Beberapa bulan pertama lepas beli kereta, saya takde try pun nak hidupkan kereta tu. Mak saya la yang bawak kereta tu balik kampung nenek saya tiap-tiap minggu. Saya masih fobia dengan jalan raya, especially highway, sebab hampir-hampir accident beberapa tahun lepas. Speed kills.

If you don't swing the bat, you won't hit the ball.
You won't fail, but you won't success, either.

So, saya beranikan diri untuk drive ke highway. Lawan perasaan takut tu. Ini salah satu sebab mak saya merayu mintak saya beli kereta. Thanks mama.

Lepas merayau kat Shah Alam, saya, abang saya dan adik perempuan saya jalan ke KLIA 2. Hoho. Rajin betul merayau tengok kapal terbang ye. Last week pergi KLIA. Ada apa-apa ke neh? *senyum*

*****

Deepavali minggu lepas, it's really something. First, I bought a DVD from Studio Ghibli with the title of The Wind Rises. Berdasarkan kisah benar walaupun ada banyak percanggahan fakta. Kisah tentang Jiro Horikoshi, an aeronautical engineer yang cuba bina kapal terbang 'fighter' ketika zaman perang dulu. Kapal terbang sebagai sebuah senjata bukanlah apa yang diidamkannya, tapi membina kapal terbang terbang, itu matlamatnya. Awat tiba-tiba mimpi beli cerita kapal terbang ni?

Then, another thing came up on the same day. Mak saya yang baru pulang dari reunion bersama rakan sekolahnya masa darjah satu dulu memberi saya sesuatu. Katanya, benda tu datang daripada seorang kawan. Sebuah pendrive 8GB. Saya bukak isinya dalam laptop. Rupa-rupanya sebuah buku dalam format PDF. Kata beliau, kisah hidupnya lebih kurang dengan cerita tersebut. Cerita tentang orang yang biasa-biasa yang akhirnya menjadi aeronautical engineer.

Kawan mak saya ni ajak saya untuk bekerja di tempat beliau kat Shah Alam. And that's the reason kenapa saya drive ke Shah Alam petang tadi. Satu industri yang saya teringin nak ceburi sejak zaman habis SPM dulu, dan sekarang peluang tu ada depan mata sekarang ni. Kawasan utara Shah Alam yang dekat dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz dan pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia, juga dekat dengan area Subang yang akan ada AAC atau Bandar Aeroangkasa Asia menjadikan kawasan ni sangat ideal untuk aviation/aerospace industry.

Sempena berusia 25 tahun ni, saya nak cuba sampai dapat untuk masuk dalam industri ni.

*****

"Mama bagi ke As kerja sana?"

"Kalau dapat, apa salahnya? Takkan selama-lamanya nak duduk kat ceruk kampung ni. Ada rezeki, boleh belajar kat luar negara. Tengok dunia. Kalau tak semua anak yang dapat macam tu, sorang pun jadi la. Mama pun nak tengok anak mama berjaya."

Terima kasih mama.

*****

Sekarang, semuanya makin jelas. Kenapa pakcik saya membangkang saya ambik aeronautical engineer lepas dapat result SPM sebab takut tak banyak peluang kerja. Untuk seketika, saya lupakan tentang 'kapal terbang'. Saya ambik Physical Science di matrikulasi. Ambil Electrical Engineering (saya paling benci jurusan ni) dan result tak power mana. CGPA 2.75, dan saya menganggur setahun (Yes, setahun). Saya sebat je kerja Production Engineer kat kampung ni dengan gaji RM1800 masa mula-mula kerja, dan kenaikan gaji yang tak tinggi mana lepas 6 bulan confirm. Kerja yang tak kena langsung dengan apa yang saya belajar dulu. Segala pahit, panas dan letih tu saya telan. Dan hasil titik peluh itulah yang dikongsi bersama keluarga. Dari rezeki halal itulah saya dapat kumpul harta untuk bantu keluarga dan beli kereta. Dan dengan kereta itulah saya berani untuk teroka dunia. Akhirya, 'kapal terbang' itu kembali mencari saya.

Takdir ni, kadang-kadang rasa kelakar jugak.

Dia tak beri apa yang kita mahu,
tapi Dia beri apa yang kita perlu.
He knows best.

Thank you Allah.


*****

Happy birthday, NC.
May Allah bless.

November 16 2015,  1.18am

Malam ni Hoods, rancangan 8TV yang bersiaran 12.45 am setiap Ahad (siaran ulangan) berkisar tentang dokumentari tentang kawasan kejiranan yang popular di Malaysia memilih dua lokasi kegemaran saya - Shah Alam dan Klang. Saya membesar dalam dua kawasan ni (but mostly in Klang) dan episod kali ni agak dekatlah dengan saya.

Zher Peen mengelola area Shah Alam, manakala Fuad dari Kyoto Protocol menjelajah kawasan Klang.
Dan ini lokasi yang diorang pergi:

Shah Alam:
1. Laman Seni 7
2. ROA
3. Extreme Park
4. Go Kart Circuit
(Saya belum pernah sampai kat tempat-tempat ni walaupun membesar kat sini. Haha)

Klang:
1. Kampung Sijangkang
2. Tanjung Harapan
3.Restoran Port Village
4. Tune Studios

Tanjung Harapan, atau nama lamanya Tanjung Gila (maybe sebab nama ni la diorang tukar jadi Tanjung Harapan) antara tempat yang saya kerap pergi dengan family, waktu arwah abah ada. Lepas abah takde, kami tak pernah jenguk pun lagi. So, it's just a fading memory.

Menurut orang yang diorang interview, kalau orang tanya dia asal mana, dan diorang cakap "Shah Alam", mesti ada yang cakap "Jauh tu!". Lagi satu, "Banyak roundabout!". (Inilah sebabnya saya tak berapa masuk Shah Alam.). Tapi setiap roundabout akan bawak ke satu seksyen, dan setiap seksyen akan bawa ceritanya yang tersendiri. And they were raised with kedai mamak. Makan dengan family. Makan dengan kawan. Tempat lepak-lepak. Most of the time (breakfast, lunch, dinner).

Cerita tentang Klang - ada yang suka dengan kehidupan kampungnya. Jauh dari hiruk pikuk kota. Quiet. Ada kawasan laut untuk mereka yang nak lari dari kehidupan bandar. And I think Klang is one of the best place to stay. Hiburan kat dua area ni memang tak banyak. Hujung minggu pun, saya prefer untuk stay kat rumah atau keluar dari Klang dan Shah Alam untuk cari hiburan. Haha. And diorang cakap orang Klang ni suka bersarapan. Pukul 7am dah merayau cari makanan.

*****

Hari ni saya berpeluang lihat sendiri area Shah Alam yang saya tak berapa nampak sebelum ni, macam Bukit Jelutung, Glenmarie, Stadium Melawati, lepas tu jalan-jalan ke Dengkil, Banting, KLIA, USJ, Putra Heightsdan pulang ke Klang. Best jugak rupanya duduk Selangor ni.Lagi best bila dah ada kereta sendiri. Selama beli kereta tu pun, tak pernah pun try bawak sampai area ni.

By the way, idea asal saya sebenarnya nak jenguk Shah Alam je. Cari satu company ni. Katanya tengah cari orang. Dah jumpa la tempatnya. And the job yang diorang offer, ada kaitan dengan cita-cita saya sejak habis zaman sekolah dulu. InsyaAllah, saya try mohon sana, and see how thing goes. Kalau dapat kerja sana, saya akan mula hidup sebagai orang Shah Alam la. Kalau tak, stay kat Klang je. Heh.

~N~

October 30 2015, 1.26 am

And... Zack Imran is back!

Sanggup bersengkang mata malam-malam nak tengok drama Ghost musim kedua tiap-tiap minggu kat 8TV.

Zack Imran ni watak penting dalam Ghost musim pertama. Tapi saya sempat ikut siri tu untuk 1 episod je. Masa tu Zack baru je tau yang dia dah mati. Juga perkenalannya dengan Eza.

Sampailah saya masuk syif malam, dan bukak tv malam-malam buta. Selalunya tengok 8TV pukul 12 sampai 2 pagi. Tertengok pulak Ghost Season 2. Agak best la jugak.

Dan sorang je watak yang saya tunggu untuk muncul dalam drama tu.  Zack Imran.

Season 2 berkisar tentang kehilangan Alicia Soo, dan kaitannya kematian Harum, yang entah macam mana melibatkan bapa Alicia Soo iaitu Edmund Soo dan juga keluarga kawan-kawannya. Semuanya bermula dengan dendam seorang sahabat Edmund Soo ketika zaman persekolahannya. And more mysteries will be revealed throughout the season.

And guess what? Salah seorang kawan Edmund Soo ialah Zack Imran. And the series is still revolves around him.. I think pertemuannya dengan Eza antara babak yang ditunggu-tunggu dalam muim kedua. Tak sabar nak tunggu ending cerita tu.

~N~

October 20 2015, 12.26 pm

Antara benda paling ketara yang membezakan saya dan staf lain ialah ...
saya bawak bekal makanan ke tempat kerja. hari-hari.
Ala-ala cerita Mimi Tapau gittew.

Asal-asalnya ketika syif malam, saya akan masuk jam 3 petang.
Kalau awal-awal tahun dulu, saya makan kat luar sekitar 7 malam.
Habis makan terus solat Maghrib dalam kilang.
Kantin tak bukak untuk syif malam.
Memang kena cari mkanan kat seberang kilang tu.
Tapi, kedai tu kedai mamak. Mahal gila.
Mi goreng biasa dengan limau suam - RM5.20.
Part 20 sen tu pun dia berkira.

"Alamak.. Aney, saya ada RM5.00 je la."
"Takpe la. Esok you bayar 20 sen."

Bukannya nak kira halal 20 sen tu. Kodokut.

Waktu yang lain, saya tapau kat kantin jam 3 petang.
Tapi menunya satu je. Nasi goreng.
Harga: RM4.50. Tak beli air. Air bawak sendiri.
Tapi hari-hari tapau nasi goreng lauk telur mata kerbau, makan benda sama for weekdays, saya pun jemu.
Keluar duit tu satu hal. RM4.50 X 5 hari = RM22.50 seminggu.
Dompet pun makin nipis.

Entah macam mana, timbul idea bawak bekal ke tempat kerja.
Pukul 7 malam, saya bukak bekal kat pantri.
Jauh dari pandangan orang ramai. Dan agak sunyi.
Oh, sebenarnya, kalau time makan, saya prefer makan sorang-sorang.
Tak suka kena kacau.
Kalau makan sorang-sorang, 10 minit dah siap.
Makan dengan kawan, setengah jam bersembang.
Selain jimat duit, saya dapat jimat masa.

Simple je menunya.
Nasi, nugget/ chicken finger/chicken pop corn/ayam seketul, dan sos.
Saya beli frozen meal dari pasaraya, dan simpan benda-benda ni kat dalam peti ais.
Sebelum pergi kerja, siapkan semua ni dulu dan pack.

Kemudian benda ni jadi habit. Saya bukan je bawak bekal untuk syif malam, tapi jugak untuk syif pagi.
Kawan-kawan pun terkejut, dah takde duit sangat ke sampai bawak bekal.
Saya kata, salah ke bawak bekal? Yang kenyang pun perut sendiri, kan?

Benda yang orang tak berapa nak buat, memang semua orang kata benda tu pelik.
Tapi kadang-kadang kita pun kena jadi buta dan pekak dengan orang lain.

Gaji saya taklah setinggi gaji kawan-kawan saya.
Tapi lepas diorang tolak duit sewa rumah, duit pinjaman, car loan, kami ni setarfa je.
In fact, saya rasa duit saya lebih jimat dengan bawak bekal ni.

Ada orang bagi alasan takde masa nak sediakan semua ni time awal-awal pagi.
Saya pesan, sediakan la waktu malam.

Saya gorang nugget pukul 12 malam hari-hari.
Pagi, sebelum solat subuh, masak nasi.
Sebelum 6.40 pagi, semuanya dah siap.
Simple.

Larat ke hari-hari makan benda sama?
Okay je. Lunch tu kan untuk isi perut je time tengah hari.
Sekadar hilang kan lapar. Nak makan sedap, makan dinner la.
Lagi pun, kalau makan bekal, takyah pening kepala keluar duit minyak kereta.
Kebanyakan bos makan kat luar kilang time tengah hari.
Sanggup tu perabis duit semata-mata nak makan sedap-sedap.

Dan saya pun hidup dengan cara yang simpe ni.
Takyah kusut kepala time hujung bulan.
Ada duit lebih, boleh beli benda-benda lain, macam bagi duitkat family ke.
Because charity begins at home.
InsyaAllah, kalau kita dahulukan family untuk banyak perkara, Allah bagi kita yang baik-baik je satu masa nanti.
Kalau bukan dapat duit pun, mungkin kita dapat luangkan masa dengan family.
Rezeki Allah tu kan luas.

~N~

October 17 2015, 10.00 pm

Dah lama tak tulis panjang-panjang, kan?
Sebab malas sangat nak menaip, idea dalam kepala pun dibiar tak bertulis.
Lama-lama lupa.

So hari ni bukak cerita baru, iaitu rumah saya.

Antara yang unik tentang 'kampung halaman' saya ialah ia berada betul-betul di sempadan Klang dan Shah Alam.
Actually, Klang Sentral dan Setia Alam tu cuma dipisahkan dengan sebuah jalanraya dua hala:
Jalan untuk ke bandar Klang dan jalan ke pekan Meru.
Untuk kupon parking tiket, Klang Sentral under MPK dan Setia Alam pulak bawah MBSA.
So bila jalan-jalan dekat sini time weekdays, kena ada dua jenis kupon la.

Setia City Mall tu 5 minit je dari rumah saya.
Selalu pergi sana pun nak singgah MPH, Speedy atau tengok wayang.
And of course la barang kat sana mahal-mahal.
Tapi barang kat KL lagi mahal la.

Even sampai hari ni pun tak habis pusing lagi Setia Alam tu.
Dan nak masuk Shah Alam pun dekat je.
Masa kawasan perumahan saya dibuat, tempat ni tak membangun mana pun.
Kilang bersepah-sepah kat sini.
Harga rumah pun murah je waktu tu.
Tapi harga rumah sekarang, untuk dua tingkat, sekitar RM300 000.
Semuanya bermula dengan pembinaan kawasan Klang Sentral.
Oh, harga rumah kat Setia Alam tu, saya dengar ada yang sampai berjuta-juta ringgit.
Orang yang betul-betul kaya je mampu beli rumah kat sana.

Anyway, seronok la jugak duduk area sini.
Banyak kemudahan.
Dan saya tak tolak kemungkinan satu masa nanti mungkin akan ada komuter/lrt yang akan lalu sini.

October 1 2015, 10.22 am

Beacause struggles and hardships won't last forever.

September 26 2015, 12.33 am


But after the long calm, there are the beginnings of a stir.

The reunion at hand may bring joy, it may bring fear, but let us embrace whatever it brings.

For they are coming back.

At last the promise has been made.


*****
Sekadar mengisi ruang kosong kat blog ni setelah dua minggu menyepi. Haha. Actually, ilham nak menulis tu selalu je datang kat kepala. Alhamdulillah, saya dikurniakan jenis pemikiran yang suka bermonolog dan suka bertanya kepada diri, and maybe sebab tu blog saya selalu berisi. Saya tak nafikan benda-benda remeh macam macam ni la yang berkembang menjadi idea, yang akhirnya bertukar menjadi sebuah post atau entri. Time pergi kerja naik motor. Time pusing-pusing mesin sambil rekod suhu material. Time baring sebelah tangki menghadap langit. Time check TDS sampel air. Ilham tu ada je kat mana-mana.

Cuma dua minggu ni agak sibuk la. Tambah dengan perangai internet yang asyik meragam.

Antara benda yang saya terfikir akhir-akhir ni: apa aku nak buat lepas ni?

Lepas sekolah rendah, cari sekolah menengah. Lepas SPM, cari foundatian. Then cari universiti. Lepas grad, nak cari kerja. Lepas kerja, nak cari apa lagi? Hidup ni sekadar mencari dan terus mencari. Yang akhirnya saya pun tak tau nak ke mana.

But the great thing is, selain terus pandang depan, I think it is good kalau kita toleh belakang. Atau paling kurang pun, pandang side mirror. Tengok dah berapa jauh kita dah berjalan. Rasanya lagi best kut kalau ziarah balik tempat yang kita dah pernah pergi.

Yeah, I miss all of you.
Mungkin, masa untuk saya pulang tu akan tiba tak lama lagi.
Tapi saya sedar, saya takkan dapat lagi layanan yang sama macam dulu.
Rasa kekok antara saya dan korang semua tu mesti ada.

SK Sungai Udang. SMK Telok Gadong. Kolej Matrikulasi Kedah. Universiti Teknologi Malaysia.
Entah bila dapat jumpa korang balik.

~N~

September 7 2015, 2.53 pm



Sayang kepada anak tu satu perkara.

Sayang kepada pasangan, tu perkara yang berbeza.



Sekarang, saya lihat alam perkahwinan itu lain sangat dengan apa yang saya nampak ketika di menara gading dulu.

Bila dah ada anak dua tiga orang, bila lelaki menjadi ayah dan perempuan menjadi ibu, bila dua-dua dah sibuk dengan kerja dan sibuk mengurus anak-anak, kadang-kadang mereka berdua terlupa yang mereka adalah pasangan yang bercinta.

Mungkin cinta pudar di pertengahan jalan, tak semanis masa mula-mula kahwin dulu.

Dan mungkin ni jugak ini antara punca keretakan rumahtangga.

There's no more love in between.



At least, itu yang saya belajar hari ni.



*****



Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya,

saya memohon maaf kerana menghilangkan diri selama hampir dua tahun ni.

Ada beberapa perkara yang buat saya trauma dan fobia,

dan saya memilih untuk pergi membawa diri.



Saya tak rasa saya kuat untuk menoleh ke belakang.

Masa silam saya penuh dengan cerita.

Anggaplah saya sedang menekan butang reset and start all over.



Kepada awak, awak dan awak

yang ada hantar undangan perkahwinan,

mohon maaf tak dapat hadir, atas sebab yang saya dah tulis kat perenggan atas ni.

Ekceli, I'm happy that korang dah diijabkabulkan.

And happy juga sebab ada yang dah menimang cahaya mata.



Apa-apa pun, sambil menggalas tanggungjawab besar kepada keluarga dan agama,

jangan lupa untuk mencurahkan perasaan sayang kepada anak-anak,

dan juga jangan lupa untuk menyemai perasaan cinta kepada pasangan sepanjang perjalanan ke syurga..

Selain menjadi ibu dan bapa, kita akan tetap menjadi seorang isteri dan suami.


~N~






September 3 2015,10.23 pm

Ada satu ketka tu, saya 'dipaksa' untuk panjat sebuah tangki air yang agak tinngi la agak berikutan ketiadaan air kat plant saya dulu. Saya dan seorang operator perlu check paras air kat tangki tu. First time pergi, memang gayat gila. Kaki terketar-ketar melangkah. Dan saya tak berjaya untuk 'mendaki'ke atas sana.

Kebetulan pulak malam tu saya sukarela untuk kerja sampai 11 malam untuk buat validation kat satu mesin. Dan validation ni yang akan tentukan jatuh bangun company ni. Tiba-tiba pulak malam tu takde air lagi macam waktu siang. Sampai senior factory anager saya datang sana dalam 12 malam, dan sama-sama panjat ke tangki air tu. Disebabkan malam yang tersangatlah gelap, saya pun tak berapa nampak dan tak boleh agak ketinggian tu. Rasa takut pada ketinggian tu hilang macam tu je. Akhirnya, saya sampai ke puncak paling tinggi kat tempat tu.

Tenang. Malam yang sangat tenang.

Sejak tu, saya selalu lepak kat sana bila takde kerja. Satu, sebab takde orang nak gatal kaki lepak sana. So, takde siapa kacau. Kedua, tempat tu tinggi. Boleh nampak satu scenery yang agak cantik. Selain tengok apa yang ada kat bumi, saya juga selalu pandang ke langit. Kadang-kadang panas terik sangat. Tak berawan. Ada masanya jugak boleh nampak awan mendung berarak dan memayunngi bumi. Angin pun boleh tahan sejuknya.

Disebabkan takde orang kat situ, so saya pun baring kat lantai sambil mata memandang ke langit, atau pejam seketika untuk berehat. Oh, boleh nampak kapal terbang dengan saiz yang lebih besar daripada biasa. Serius cantik. Actually, saya teringin sangat nak kerja dalam aviation industry. Arwah abah dulu pun minat sangat dengan kapal terbang. Kat rumah saya ada banyak sangat model kapal terbang dan jet pejuang. Nama Spitfire, Mustang, dan F22 Raptor pada zaman sekolah tu memang common bagi saya  sejak sekolah rendah lagi. Even videogames yang abah beli pun rata-ratanya jenis flight simulation dan kapal tterbang perang zaman perang dunia kedua, peristiwa Pearl Harbour, dan macam-macam lagi.

Pilihan pertama saya masa isi UPU dulu pun Aeronautical Engineering kat UTM. Tapi tak dapat.

Bila dah lepak kat tangki air tu, saya boleh lupa sekejap tentang realiti sekeliling, dan lebih banyak berfikir tentang masa depan dan mimpi-mimpi saya. Cari arah hidup saya. Plan apa nak buat dalam beberapa tahun akan datang.

August 30 2015, 10.28 pm

Ayah saya pernah memberi saya sebatang pen sewaktu saya Darjah Enam pada tahun 2002 dulu.

"Cuba teka, berapa harganya?" tanya mama.

"RM50?"

Mama senyum. "Betul la tu."

Dan pen itu masih tersimpan rapi dalam kotak yang ayah saya berikan 13 tahun dulu. Masih berdakwat dan boleh berfungi dengan baik. Tapi hampir-hampir tak pernah menggunakannya. Dan hadiah itu diberikan kepada saya sebab dapat result 5A dalam UPSR.


Abah juga pernah menghadiahkan saya sebiji prisma kaca yang ada serbuk-serbuk halus dalam kaca tu yang membentuk sebuah kapal. Dalam prisma tu ada bertulis 'BEST WISHES'. Saya jarang-jarang bawa prisma tu keluar dari kotak tersebut dan jarang-jarang dipamerkan di bilik tidur saya. Kalau tak silap, arwah abah bagi sebab result UPSR jugak. Kira hadiah la belajar betul-betul sebab trial untuk UPSR pun 5B je.

Abah juga pernah belanja saya makan aiskrim Nestle yang dalam cup tu. Harganya taklah mahal mana. Tapi bila habis makan aiskrim tu, cup tersebut boleh dibuka dan ada souvenir kat dalam cup kedua. (Aiskrim cawan dalam cawan). Waktu tu zaman Ultraman Gaia kalau tak silap. Tiga Ultraman paling berpengaruh zaman tu - Ultraman Tiga, Ultraman Dyna dan Ultraman Gaia. Saya dapat patung lastik Ultraman Dark Tiga. Ultraman ni sebenarnya villain dalam siri Ultraman Tiga. tapi uniknya dia ni sebab belang dia warna hitam, sedangkan Ultraman lain warna biru-merah. Walaupun warnanya dah luntur, saya masih simpan patung ni dalam laci.

Juga sewaktu saya di Tingkatan Tiga, abah pernah bawa kami sekeluarga ke Jusco Bukit Raja. Dan tempat keukaan saya, mestilah bahagian permainan walaupun usia dah masuk 15 tahun. Waktu tu kami baru je memiliki Toyota Avanza biru metalk yang kami masih guna sampai hari ni. Abah belikan saya patung aksi daripada Lego, iaitu Bionicles. Saya dapat dari puak Bohrok yang menjadi villain dalam komik ceritu tu. Walaupun ada part yang dah patah sikit, ia masih tersimpan rapi dalam laci di bilik saya.

Dan bila dah besar ni, saya sedar saya ada simpan macam-macam benda yang tak pakai dalam bilik ni, yang sekali pandang nampak macam sampah sebab menyesakkan ruang bilik dan ruang rumah. Tapi bagi saya, inilah antara kenangan saya sewaktu muda-muda dulu. Zaman yang kita tak faham sangat pasal realiti dunia, dan dunia kita hanyalah berkisar tentang apa yang kita ada ketika itu. Membuang benda-benda ni samalah macam saya 'buang' dunia saya dulu.

Mungkin, benda-benda remeh ni la yang akan kita turunkan kat anak-anak kita. Sesuatu yang boleh kita banggakan ketika anak-anak kecil hari ni sibuk main Angry Birds dengan Plants vs Zombies dekat tab mak bapak dia. Kenangan kita masa kecik dulu adalah kenangan yang paling indah dalam hidup kita.

Things we leave behind for another generation are objects we hold dear.

~N~

August 19 2015, 10.38 am

Setelah bertahun-tahun meninggalkan sekolah, hati saya tergerak untuk Google nama seorang guru. Beliau merupakan guru bahasa Inggeris ketika saya berada di tingkatan dua. Sewaktu berada di tingkatan tiga,  beliau juga melatih saya dan kawan-kawan saya dalam sukan softball. (Err.. Yes. I played softball. He was our coach.)

Dan saya sangat terkejut dengan hasil carian Google. Beliau ada menulis blog. Beliau menceritakan bahawa beliau ada degree dalam TESL kat UPM. And teaching is his passion. Dan catatan terakhir beliau pada Januari 2008 menyatakan beliau berhenti menjadi seorang guru.

WHAT?

Beliau bekerja dalam agensi insurans sebagai manager. Katanya, dia dah hilang minat untuk mengajar. Bukan sebab perangai pelajar, tapi sebab 'orang atas'. Dulu-dulu saya membayangkan tugas warga pendidik ni ialah mengajar. Datang sekolah dengan niat nak bagi budak-budak pandai. Tapi cerita yang kita tak pernah nampak ialah guru-guru ni sebenarnya ada paperwork yang bertimbun-timbun. Masuk kelas, ketika sedang mengajar, dalam kepalanya membayangkan kertas kerja yang tak sudah-sudah tu. Ingatkan kerja jadi cikgu la paling relax. Kerja setengah hari, gaji full. (Lebih kurang macam tu la). Tak pelik la kalau dia berhenti belajar.

Berbekalkan degree yang beliau ada, dan dia dah pun jadi cikgu, akhirnya dia berhenti mengajar.

Ini salah satu cerita la yang sijil tu tak bawak kita sampai pencen pun.
Yang penting, ada pengalaman kerja.
Minat tu boleh datang sendiri. Atau pergi bila kita dah bosan.
So, don't be afraid la dengan persepsi masyarakat.
As long as korang bayar hutang PTPTN, hutang kereta, hutang rumah, ada simpanan, boleh sara keluarga dengan rezeki halal, itu dah cukup.
Maybe ni pun antara sebab kenapa makin ramai penganggur kat Malaysia.
Bukan tak ada kerja, tapi terlalu memilih kerja.
"Aku ada master dalam engineering, takkan nak kerja jadi supervisor? Baik aku tunggu panggilan daripada company lain."
Tungu dan terus tunggu, akhirnya takde siapa panggil. Sebab takde pengalaman kerja.

Isu guru yang dibebankan dengan kerja-kerja tak munasabah, banyak kertas kerja berbanding mengajar, situasinya serupa je dengan IPT kita. UTM pun tak lari daripada benda ni. Sibuk sangat kerja ranking, sumbat lagi ramai foreigner, yang post grad lagi ramai dari fresh grad, dan akhirnya universiti dah hilang hala tuju. Saya percaya ada yang nak sambung belajar sebab terikut-ikut senior, tak mahu masuk alam pekerjaan dan ambik master dilihat sebagai alternatif, tamau family dan jiran tetangga bising yag kita ni menganggur, etc. Tugas sehariannya yang penuh dengan kertas kerja dan deadline, yang akhirya melahirkan lebih banyak 'lecturer kertas' kat Malaysia. They're good with papers, indeed. And that's the only thing they have after all.

Saya pernah kena tipu dengan lecturer saya sebab dia pun tak pernah terjun dalam industri.
Kami yang waktu tu tengah praktikal jadi bahan ketawa dengan technician.
Rupa-rupanya apa yang dia ajar kat kuliah tu memang tak sama langsung dengan realiti.

Kita kena berubah.
Tapi ubah dulu siapa 'orang atas' yang melahirkan lebih banyak graduan kertas, cikgu kertas dan pelajar kertas tu.

Kepada adik-adik yang bakal jadi cikgu tu nanti,
cuba cari hala tuju hidup korang.
There's no point korang jadi cikgu dan beri hala tuju kepada pelajar tapi korang pun sesat entah ke mana.
Situasi persekitaran kita yang tak mengizinkan korang untuk berkembang.

But I believe that you'll make that change someday.

August 17 2015, 9.11 am

You know that you're getting older
when most of the new followers and readers in this blog
keeps calling you 'Sis'.

Ahaha.

Kakak kesayangan korang ni memang dah makin tua ye.
Hujung tahun naik 25.

"25 muda lagi kan?"

Tapi mati tu tak kira usia ye dik.
Umur tu cuma angka.

*****

Entah mengapa, hati kecil ini sering resah gelisah.
Ada semacam rasa tak kena dan sebak la jugak.

Ada sesuatu yang mungkin akan berlaku kepada saudara terdekat saya.
Yang boleh jadi terdiri daripada keluarga saya sendiri.
Atau mungkin, ibu saya sendiri.

Sebuah mimpi. Sebuah petanda.

Andai mimpi ni sebuah petanda,
dan ia sememangnya benar,
saya akan kongsikan semuanya di sini pada masa akan datang

Dan akhir-akhir ini, saya sering meluangkan masa bersama ibu saya.
Sebab ini mungkin hari-hari terakhir beliau.

Saya harap, ia hanyalah mimpi yang tiada apa-apa makna.


Apa yang menguatkan teori ni ialah nenek saya juga ada terima mimpi yang berlainan,
tapi boleh jadi membawa makna yang serupa.

Saya pernah alami mimpi seperti ini sebelum ni.
Begitu juga dengan ibu saya.
Selang beberapa minggu, moyang saya kembali ke rahmatullah.
Saya memang tak terkejutlah kalau ini memang satu petanda.

Wallahualam.

~nc~

August 7 2015, 9.27 pm

This is my to-do list everyday, from Monday to Friday.

1. Masuk kerja sebelum 7.20 pagi, pergi masuk In-Process Control Labaratory. Cakap "Morning!" kat 2 orang Lab Assistant. Then diorang pun reply. Saya bukak loker yang dua pintu dan sumbat dua botol air, backpack hitam yang saya pakai sejak zaman UTM, jaket hitam UTM , dan helmet. Bukak zip bahagian belakang beg, keluarkan pen True Gel Faber-Castell 0.5 mm warna hitam sebatang, pensel mekanikal Pilot Progrex 0.5 mm sebatang, Whiteboard Marker Faster 500 warna merah dan square book Dot Down 205mm x 160 mm300 pages yang dijadikan buku log a.k.a. kitab agung kat plant tu (sebab buku tu penuh dengan data-data sulit).

2. Turun dari lab, baca white board yang bertulis macam-macam kat area Compunding. Compunding ni bahagian untuk compund/buat chemical. Saya engineer yang ditugaskan untuk memerhatikan kawasan sekitar. Then decide nak check Holding Tank mana untuk diambil sampel for pH and TSC (Total Solid Content.). Tapi kerja check ni saya bagi budak lab tu je, sebab saya ada macam-macam kerja lain.

nota: TSC ni bahasa mudahnya berat sesuatu chemical bila dah takde lagi kandungan air dalam tu. Atau nama lainnya Dry Weight. Ambik 2 gram chemical, letak kat petri dish, timbang berat petri dish tu, masukkan dalam oven 105 degree Celsius selama 30 minit, keluarkan, biarkan sejuk dalam 5 minit, timbang berat, lepas tu ada calculation sikit, then dapat percentage. Itulah TSC.

3. Masuk lab balik, ambik 12 biji botol kurang 200 ml, susun dalam tray dan masuk mesin. ada 3 tangki untuk setiap mesin, dan ada 6 mesin untuk setiap plant. Maknanya ada 18 tangki air. Saya akan ambil sampel air untuk 18 tangki ni dan akan check TDS (Total Dissolved Solid) pukul 11 pagi-12 tengah hari nanti. Air ni sebenarnya panas sangat, selalunya melecur jari saya. Bawak sampel ke lab, bukak penutup botol dan biarkan sejuk dalam keadaan berpenghawa dingin.

nota: TDS ni macam ukur kebersihan air la jugak. Kalau rendah ok la. Kalau tinggi, kena tukar air kat tangki.

4. Check pH, TSC, powder content dan macam-macam lagi chemical properties kat Daily Lab Result untuk 8 pagi. Setiap 8 jam, Lab Assistant akan mauk line/mesin, ambil sampel cheical dari tangki dalam mesin dan bawa ke lab untuk buat test. Then diorang tulis result kat borang tu.

5. Turun lab, pergi meeting room. Ada Production meeting pukul 8 pagi. Selalunya cerita meleret-leret sampai pukul 9.30pagi. Rata-ratanya cerita yang membuang masa. Orang syif malam pun dah menguap-nguap nak balik untuk tidur.

6. Habis Production meeting, ada meeting antara kami engineer. senior bagitau nak data apa, kena buat apa, adhoc tasks, etc.

7. Rekod suhu tangki air dan chemical. Boleh dapat data kat depan control panel.

8. Ambik thermohunter/thermogun dan mula masuk mesin. Ambik suhu for certain part of the machine yang tengah buat product. Purata untuk satu mesin ialah 15-20 minit. Dan kalau 6 line/mesin yang jalan, memang tercungap-cungap tak cukup air dalam badan. Sebab tu saya bawak dua botol air.

9. Check water flow rate. Kilang saya gunakan air dalam kapasiti yang agak besar, sebab produk kami perlu 'bersih'. Kadang-kadang bos pun bising apesal kitarang asyik terlebih pakai air. Sebab company asyik kena keluar duit untuk benda yang tak sepatutnya.

10. Masuk lab balik. Ambik botol air, dan habiskan satu botol. Ambik TDS-meter, celupkan probe dalam botol-botol yang dah sejuk tu, dan start ambik TDS.

11. Rekod ppm dan flow rate of chlorine plus pH for the neutralizer. Chlorine ni acidic, so perlukan neutralizer untuk meneutralkan air. Kalau tak asid ni akan dibawa ke proses seterusnya dan mula kacau keseluruhan proses.

12. Transfr data-data dan parameter ni ke dalam fail untuk setiap mesin. Petang nanti Factory Manager nak tengok fail ni. Kerja tak siap, dia bising kat kitorang.

13. Masuk balik lab. Follow up dengan Compunding. Kalau ada apa-apa yang abnormal, bagatau supervisor dan executive kat Compunding.

14. Baca Communication Book. Comm book ni dikhaskan untuk orang production tulis apa yang jad kat mesin sewaktu syif diorang berjalan. mesin rosak ke, tukar chemical ke, ada jumpa defects kat product, etc. Bos mintak kitorang baca untuk update macam-macam info.

15. Suruh technician cuci filter kat satu tangki kat setiap mesin.

16. Ambik Process Control Checklist semalam untuk mesin yang saya jaga dan simpan dalam fail. Checklist ni operator kami yang tulis. So, kita boleh tau la parameter yang Production guna pada syif tu.

17. Disebabkan checklist tu adalah tulisan tangan opertaor, ada tulisan yang susah sikit nak baca, ada yang terlebih tempat perpuluhan, kertas cmot, kertas koyak, etc, maka kami engineer la yang kena tulis balik semua tu. Biasanya benda ni akan masa la jugak. Sumbat earphone kat teling, pasang lagu kuat-kuat then start menyalin. Sambil tu menyanyi ikut rentak lagu. Bila tengok kiri kanan, semua orang pandang. "Wei, aku tak tau pun kau boleh menyanyi!". Segan gila waktu tu.

18. 6.30pm, packing, pakai backpack dan cabut balik rumah.

Secara umumnya ni la jadual kerja saya.tiap-tiap hari. Dan bila audit dah makin dekat, dengar-dengar ada customer US nak mai sini, makin sibuk la kerja kitorang. Sampai rumah je memang terus tidur. Tak larat dah nak buat kerja lain.


Maybe ada pembaca yang boleh agak saya bekerja dalam industri apa. Heh.

Saya rasa, minat saya bukannya elektrik walaupun ada degree dalam elektrik.
Tapi saya minat sangat dengan Mechanical Engineering.


Sekian.

~nc~

August 1 2015, 8.20 pm

IMO, this the best trailer after Mercedes Legends.


I've started playing Maplestory SEA (South East Asia) since 2005, and my favourite class is Bowman.
There was no 4th job advanceent at that time, there's still no Pirate.
Even the 'Explorers' term does not exist yet.
It was the best Maplestory experience ever.

Then I stopped playing for years, and started to play it again after I finished my studies in 2013.

Nowadays, we have Explorers, Cygnus Knights, Heroes, Resistance, Nova, Sengoku and many more.
And for the Black Heaven patch, the Resistance class is revamped (just like RED for Explorers and Cygnus Returns for Cygnus Knights.) and we can receive more deadly, supreme skills.

Maplestory is actually the first MMORPG that I play before I tried any other titles.

Happy Mapling!

~nc~

July 31 2015, 7.08 pm

"Ni first job ke?"

"Hah. First job"

Saya sekadar berbual-bual kosong dengan engineer/kontraktor yang uruskan sistem SCADA kat plant saya. Sistem SCADA ni bahasa mudahnya adalah sejenis sitem yang tolong kita memerhatikan beberapa parameter, macam teperature of certain ovens and tanks, water flow rate, speed of the machine, etc. So kitorang tak payahlah check dan pusing mesin satu jam sekali, sebab data ni boleh kami ambil daripada komputer yang ada kat Control Room.

"Dulu belajar mana?"

"UTM."

Meremang bulu roma saya.

"KL?"

"Skudai."

Oh my goodness...

"Degree?"

"Hah. Degree."

Okay... Benda ni semakin menakutkan..

"FKE?"

"Yes. FKE."

Alamak...

"KTC?" (Kolej Tuanku Canselor, kolej kediaman saya sejak tahun satu sampai tahun akhir.)

"KTC."

Nak luruh je jantung ni. Junior aku rupanya. Keciknya dunia. Patutlah muka dia macam pernah nampak.

Actually, this girl baru habis belajar dan terus dapat kerja. Yang entah macam mana, dalam ramai-ramai umat manusia kat Malaysia ni, kami boleh bertembung kat bawah bumbung yang sama. She was Setiausaha Agung JKMKTC dulu. I don't know her name until now.

Ironi. Saya rasa masa lalu ni macam bayang-bayang. Mana pun kita pergi, ia tetap akan mengejar.
Sejak grad dulu, saya memang berharap saya tak bertemu lagi dengan siapa-siapa kat UTM. I wanna start a new life, and leave the past behind. Mesej-mesej dari kawan-kawan sekolah, matrik dan UTM pun saya tak reply.

In the end, saya terpaksa bekerja dengan junior saya sendiri. Haila...

Sampai bila nak berlari, saya pun tak tahu.

Apa khabar mereka yang saya dah tinggalkan dulu? Patut ke cari diorang balik? Atau makin kecik hati?

~nc~



July 30 2015, 9.12 pm

Setelah membuat sedikit proof reading,  menerjah plus blogwalking kat blog kawan-kawan kat UTM sejak tahun satu dulu, saya dapat simpulkan satu perkara.

Saya sorang je yang masih konsisten untuk berblog.
The last of us.


Few years back...

"Besides that, what is another function of the Internet?"

Kelas kami diam. Takdak idea nak jawab balik apa yang cikgu English for Science and Technology kami tanya.

"Have you ever heard of blogging?"

Saya dah hidup dengan internet jauh lebih lama daripada kebanyakan kawan sekelas saya. Tapi itulah kali pertama saya dengar istilah 'blogging'.

Sebuah istilah yang membawa saya ke tahap ini hari ini. Saya pun tak sangka saya akan menjengah ke alam blog dan dikenali sebagai blogger 3 tahun kemudiannya.

Saya mula bina blog ni pun asal-asalnya (cerita ni saya tak pernah cerita kat orang ye...) nak kacau sorang kakak senior ni. Haha. Konon-kononnya nak jadi anonymous and leave comments kat blog dia. Tapi tak best la kan kalau jadi anonymous tanpa nama. So, I've created Blogger account dengan nama Nat Cure. Zaman tu saya budak-budak lagi. Masih obses dengan videogame Pokemon. And my favourite Pokemon is the legendary Celebi which has the ability of Natural Cure. Daripada sinilah datangnya nama Nat Cure. Dan kalau baca balik blog dia, penuh je dengan komen daripada saya. Setiap hari saya akan terjah blog beliau, tinggalkan komen and we've developed a kind of strong bond la jugak. Lepas tu saya mula kenal kawan-kawan beliau yang juga sama-sama blogger. Saya pun mula kerap membaca, and at the same time belajar tulis blog pada 2010.

And then I realized that we become who we're meant to be.

Then ramai pulak kawan-kawan yang mula follow blog ni. Waktu tu memang ramai gila blogger. Tapi rata-ratanya banyak menulis blog pada beberapa bulan pertama sebelum ditinggalkan sepi berbulan lamanya. Sampailah saya naik tahun 4, memang tinggal sikit je yang betul-betul berblog.

Apa yang saya nampaklah, semua orang memang prefer Facebook over everything. Nak tau ada kelas cancel atau tak, bukak je Facebook. Nak promote program, guna Facebook. Budak-budak pun jadi gila kalau tak log in sehari dua. Dan blog-blog bersawang ni makin sepi tanpa penulisnya.

Dua tahun selepas grad, apa yang saya perasan, saya sorang je yang betul-betul menulis. Ada blog-blog lama yang penulisnya dah padam. Ada yang 6 bulan sekali baru update.

Kenapa ye saya masih menulis kat blog?
Entahlah. Sebab kat sini boleh cakap panjang lebar walaupun kat dunia nyata saya ni pendiam agaknya.
Atau, bagi sayalah, Facebook ni for attention seekers. Saya pun takut jugak kalau privacy saya diceroboh. Orang akan tau siapa family kita. Dan orang yang akan tikam kita mungkin orang yag pernah add friend request dengan kita. Besides that, Facebook ni macam dah hilang 'kemurniannya'. Seolah-olah apa yang kita update kat status sekadar nak orang 'like' status kita.

Maybe ni sebabnya saya masih di sini hari ni. Ada privacy untuk saya. Ada ruang untuk saya.

Dan ini pun tak taulah sampai bila boleh bertahan.
Heh.

*nota kaki*

Saya tak kata Facebook ni tak elok. Okay je sebenarnya. Cuma bila dah jadi satu 'kegilaan' dan 'ketagihan', saya fikir inilah masanya untuk berhenti dalam media sosial. Facebook jugaklah yang dah banyak naikkan nama blog ni sebenarnya, especially pasal post saya yang viral daripada penulis legenda tu. Even kawan-kawan saya pun terkejut bila dapat tau saya ni ada blog.

"Ko ni nampak biasa-biasa je, sama-sama huha dengan kitorang, rupernya kau 'someone' kat luar sana!"
Haha.

kepada semua blogger-blogger lama,
saya rindu sangat dengan tulisan-tulisan korang.

Especially from you, kakak.

July 29 2015, 9.04 pm

Ada makcik kat tempat kerja tanya,
"Kau ni mandi hujan ke apa ni?"

Saya senyum je.
"Tak. Masuk keluar oven."

Baju saya yang dah basah lencun gila-gila sejak pagi sampai petang tu memang dah jadi rutin la kat tempat ni. Lagi kalau dah join Production. Kerja kitorang memang teruk. Supervisor pun dah banyak kali bertukar rupa. Yang lama berenti, lepas tu yang baru ada masuk lagi. Lepas sebulan dua, ada lagi sorag berhenti.

Environment tempat kerja saya ni memang rata-rata-nya oven. Ada dalam 12 biji oven berskala besar. Lepas tu kitorang ada 7 tangki chemical dan 15 tangki air untuk setiap line atau mesin. Disebabkan oven dan tangki yang bersepah-sepah, duduk lima minit kat satu-satu kawasan pun boleh berpeluh. Lagi teruk kalau peluh tu mengalir ke mata. Pedih gila. Setiap hari, saya kena minum 4 botol air sebab tak tahan dengan kepanasan tempat tu. Waktu paling mencabar, waktu Ramadan la. Sampai nak demam je rasanya. Tapi alhamdulillah, tahun ni puasa penuh.

Tapi tipulah kalau saya tak enjoy kerja ni. Best tau sebenarnya jadi production engineer ni. Kita boleh belajar pasal proses, belajar pasal mesin, belajar sikit-ikit pasal chemistry, troubleshooting, dan macam-macam lagi. Saya memang tak kesal langsung kerja luar daripada apa yang belajar kat universiti. Sebab yang pentng ialah pengalaman kerja.

Nak sambung masterke? Entahlah. Seronok jugak dapat duit tiap-tiap bulan. Boleh bagi kat mak. Boleh beli barang-barang yang tak pernah kita dapat dulu. Bayar hutang. Bila check akaun bank, berlambak je duit tak terusik. Belum pun habis gaji bulan lepas, tambah lagi gaji yang baru masuk. Saya pun pening macam mana nak habiskan duit tu. Saya kira ni pun satu keberkatan la. Berhari-hari mandi peluh, baju pun tak kering-kering, tapi hasilnya berbaloi sangat.

~nc~

July 22 2015, 11.28 pm

Sebulan yang lepas, saya ada kaji sikit entri apa yang paling banyak dibaca di blog ni sepanjang Ramadan.
Ini senaraiya:

10. Anthem
Entri ni takyah cerita panjang la. 6926 kali dibaca sejak zaman saya habis belajar kat UTM. Dan entri ni jugak la yang paling kerap dibaca kat sini. Terima kasih Hlovate!

9. Persona
Saya takde idea apesal entri ni masuk top 10. Maybe pembaca assume saya beli Proton Persona kut.

8. Faculties
Cerita zaman belajar dulu. Haha. Rindu ke nak balik UTM? Tak. Banyak sangat cerita sedih kat sana. Kalau nak diikutkan, saya malas nak pergi majlis konvo. Tapi nampak mak dengan adik teruja nak berjalan ke Johor, 'kerana terpaksa aku relakan'. 241 pageviews.

7. Hlovatinta II
Entri ni pun agak hot la jugak. Try Google judul buku ni, dan tengok nama blog siapa yang muncul. Haha. Actually, saya off day pada hari tersebut. Kena kerja Ahad. Dan memang niat nak pergi PWTC sebab ada pesta buku. Balik awal sebab petang tu family ajak tengok Avengers: Age of Ultron. Sampai je rumah dalam 12 tengah hari, laju je update blog. Tengok-tengok trafik pun naik. 143 pageviews.

6. Log Book, Week 1
Cerita pasal saya dalam latihan industri tahun 2012. Ada 12 siri kesemuanya. 472 pageviews.

5. Dear Hlovate
An open letter from me to the legendary author. Tanda penghargaan seorang pembaca setia kepada penulis. 806 pageviews.

4. Hlovatinta
Buku yang saya beli masa beli Anthem kat booth Jemari Seni tahun 2013. Mula menulis entri ni sejak post pasal Anthem tu jadi viral. 1038 pageviews.

3.Love and Hate of Hlovate
Kisah saya 'bertemu' dengan Hlovate. Boleh jadi kita benci kepada sesuatu, tapi boleh jadi ia baik untuk kita. Banyak betul nama Hlovate dalam blog ni ye...Patutla trafik naik je... 1636 pageviews.

2. In a Relationship
Saya dapat idea tulis pasal ni sejak saya tolong sorang kawan ni pasal relationship.72 pageviews.

1. Biskut Ovaltine
Setiap kali Ramadan, memang resepi ni la yang kerap orang baca. Tapi tahun ni kitorang bizi gila, masing-masing pun kerja, maka takde biskut ovaltine tahun ni. 1851 pageviews.

Sekian.

~nc~

July 22 2015, 10.08 pm

Ada seseorang pernah berkata,
anak kedua dan lahir pada bulan November ni pendengar yang baik.
Eh?

Saya tak faham teori di sebalik rahsia tarikh kelahiran dan kedudukan anak ke berapa ni bagi kesan kat personaliti seseorang, tapi saya rasa benda ni betul untuk saya.

Selalunya saya akan jadi tempat menadah telinga bagi mereka yang mahu meluahkan rasa.
Rasa benci. Rasa suka. Rasa sedih.
Rasa nak resign. Rasa nak kahwin. Rasa nak tikam bos dengan cordless screwdriver.

Ada beberapa orang rakan yang sangat suka bercerita tentang kisah mereka kepada saya, walaupun respon saya selalunya satu dua patah perkataan.
'Hu,,... Ye la...'
"Oh?"
"Lepas tu?"
yang kadang-kadang diselang-selikan dengan mimik muka bersahaja, senyum, ketawa.


Saya ni agak simple je orangnya. Bercakap bila perlu je. Selalunya saya diam.

Dari segi komunikasi, memang saya lemah. Saya tak pandai nak lawan balik apa yang orag cakap.
Tapi bila diorang bercerita kat saya, separuh masalah tu selesai sendiri.
Dari sinilah saya mula dapat kawan dengan beberapa orang kat tempat baru.

Actually, saya memang tak ramai kawan kat alam realitinya.
Mungkin ada beberapa kerat yang boleh panggil kawan, tapi tak dapat dilabelkan as a bestfriend.
But I do enjoy when they're round.

Seronok la jugak bila ada kawan ni.

~nc~

July 20 2015, 11.06 pm

Saya risau jugak dengan perangai anak-anak buah dan sepupu-sepupu kecil yang datang open house kat rumah orang dan main Plant vs Zomie kat tablet mak bapak dia.
An apple doesn't fall far from its tree. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Macam mana perangai parents, macam tu la perangai anak.

Zaman saya kecik, saya suka betul lepak depan PC dengan sepupu saya.
PC waktu saya ingat pakai Windows 95 atau 2000 atau ME.
In fact, sampai sekarang pun kami bersembang pasal videogame bila berjumpa. (Haha!)
Kami dibesarkan dengan cara sebegitu, tak pelik la kalau anak-anak buah kami buat benda serupa.

Dan apa yang saya nampak, budak-budak sekarang tak mesra macam dulu.
Dengan dua pupu diorang pun tak bertegur sapa.
Mata tak boleh dari tab.

Saya ada ikut anak tuan rumah open house tu untuk nyalakan pelita di sekitar kawasan rumah yang lapang tu.
Tiba-tiba je kawasan penuh dengan budak-budak.
Masing-masing pegang bunga api.
Laju je diorang bakar bunga api tu dan berlari-lari kat tanah lapang.
Terus riuh rumah tu.

Saya rasa lega la jugak.
At least budak-budak ni ada benda lain naik enjoy, selain tengok tab.
Saya dengan sepupuyang lain pun dulu sama-sama jugak main bunga api.

Saya pun terus curi beberapa batang bunga api daripada anak buah saya.
Nyalakan dan berlari-lari macam budak-budak.
Suara saya la paling kuat kat situ.
Sedara-mara saya pun pelik je tengok saya.

Actually, enjoy je sebenarnya main bunga api ni.
Tak kira umur kita berapa pun, bunga api is one of the best toy we ever have.


Anak-anak buah saya pun terus kejar saya keliling rumah sebab curi bunga api diorang.
Baju saya pun dah bau belerang.
Pedulikan. Janji enjoy.

Lagipun, esok pagi kena masuk kerja. Biarlah saya keluar sekejapdaripada alam dewasa ni.

~nc~

July 20 2015, 5.07 pm

It's kinda amazing to look at how people grow.
They're different, yet they're the same person.

Mackenzie Foy yang mula-mula keluar dalam Twilight: Breaking Dawn Part 1 sebagai Renesmee Cullen sangat-sangat kecik je badannya. Dan lihat perubahannya sebagai Cindy Perron dalam the Conjuring dan sebagai Murphy Cooper dalam Interstellar. Indeed, she's getting prettier. Heh.

Oh, dah berapa tahun dah berlalu. Kita semua pun sama-sama membesar, walaupun kita dah sampai limit secara fizikal. Tak boleh bertambah ketinggian, tapi boleh jadi makin lebar atau makin rendah.

Dan satu ketika nanti, kita pun makin tua. Secara fizikalnya, kita memang berbeza. tapi siapa kita pada hari ni akan tentukan siapa kita pada hari esok.

Mungkin, dulu kita yang rajin accident kat jalan ni yang berpesan kepada anak-anak kita supaya jangan merempit.
Mungkin, kita yang suka tayang rambut ni jugaklah yang berpesan kat kawan-kawan kita supaya berhijab.
Dan mungkin, kita yang hari ni akan hidup sebagai memori mereka pada kemudian hari.

Tinggalkan kenangan indah bersama mereka, selagi kita dapat bersama.
Didiklah mereka. Berikan kasih sayang secukupnya.
Sebab esok kita hanyalah memori mereka.

~nc~

July 19 2015, 11.09 pm

Seorang lelaki melangkah masuk ke kedai buku, lalu scan sebahagian daripada kedai tersebut. Beliau tidak pernah menjejakkan kaki di kedai tersebut, kerana beliau bukan tinggal di kawasan berhampiran. Setelah kurang seminit mengimbas kawasan tersebut, beliau pun mula mencari-cari rak buku kegemarannya.

"Jumpa pun!"

Beliau pun terus mencari buku di bahagian tersebut. Walaupun tak mampu untuk membeli kesemuanya (atau memang tak mampu nak beli langsung sebab duit dah tak ada), tengok cover buku pun jadilah. Kepuasan bagi dirinya ialah dengan menatap buku-buku tersebut.

Buku kegemarnnya itu terletak di bahagian fiksyen - bahasa Melayu. Atau istilah lainnya, novel. kebanyakan judul yang ada di situ penuh dengan istilah "cinta", "rindu", "suami", "isteri", "hati" dan sebagainya. NAMUN, novel yang lelaki tersebut cari langsung tidak ada istilah yang telah diebutkan. Mungkin cerita yang dicari itu mempunyai unsur cinta, tetapi ia bukanlah sesuatu yang dominan dalam novel tersebut.

Belum pun dua minit berdiri di situ, seorang gadis yang kira-kira lebih muda daripada usianya melangkah ke kawasan itu. Dia juga mencari novel kegemarannya. Lelaki tersbut buat tatau je. Dia teruskan mengimbas setiap buku di situ.

Datang lagi seorang perempuan, yang usianya mungkin dua tiga tahun daripadanya. Dia juga mencari novel di situ. Lelaki tersebut menginjakkan kaki sedikit ke kanan untuk memberi ruang kepada dua wanita itu. Beliau faham batas-batas pergaulan dengan bukan mahram, dan cuba untuk elak daripada bersentuh, disentuh ataupun tersentuh. Dia cuba cari novel kesukaannya selaju yang boleh.

Datang lagi dua orang wanita. Seorang sangat-sangat muda yang mungkin bawah 10 tahun. Di sebelahnya pula seorang yang mungkin bawah 50 tahun.

"Nenek, novel ni nenek belum baca kan?"
"Novel ni, nenek dah baca la."
"La... Nenek ada buku ni kat rumah ke? Kenapa tak cakap..."

Nenek dengan cucu tu pun window shopping kat kedai buku tu, dan di ruangan itu. Lelaki tu memberi ruang kepada mereka berempat untuk mencari buku.

Datang lagi tiga orang perempuan yang mungkin pelajar universiti berhampiran 'serbu' ruangan itu. Daripada perbualan mereka, diorang ni nampak macam peminat drama yang diadaptasi dari novel, dan drama tu tengah meletup sekarang ni sebab tengah pakai pelakon yang ada rupa walaupun bakat, adegan dan dialog yang ke laut.

Lelaki tersebut dah mula resah. Tanpa berfikir panjang, lelaki tu pun keluar dari zon fiksyen-bahasa Melayu tersebut untuk memberi ruang kepada ketujuh-tujuh wanita di kawasan itu untuk membelek buku kegemaran diorang. Hatinya yang sedikit geram (dan segan) dipendam sahaja tanpa diluah. Sementara menanti, lelaki tersebut mula bersiar-siar di kawasan lain di kedai buku tersebut. Setiap dua minit, dia mengintai kawasan novel. Masih penuh dengan perempuan.

Setelah lima belas minit, kawasan tersebut kelihatan lengang. Dia kembali ke kawasan fiksyen- bahasa Melayu. Lelaki tersebut masih mencari novel kegemarannya. Dalam masa yang singkat itu, dia masih gagal mencari novelnya.

Lima orang wanita tiba-tiba pop-up di situ. Lelaki tersebut kesal  kerana terlupa untuk install advertisement block untuk menghalang tab-tab yang tiba-tiba pop-up di kawasan itu. Sekali lagi, dia terpaksa mengundurkan diri ke bahagian lain (kerana terlampau segan)

"Takde cari lain. Kena cuba cara ni juga", getus hati lelakinya.

Lelaki tersebut ke kaunter, lalu bertanya kepada kakak staff di situ.

"Kak, novel XYZ daripada publisher ABC ni ada tak kat sini?"
"Sekejap ye... Akak cari online.. Ada. Kat bahagian fiksyen."
"Saya dah cari tadi. Tak jumpa. Akak ambikkan, boleh?" kata lelaki tu.
"Boleh je... Tunggu kejap ye"

Lepas seminit, akak tu pun bagi novel tu kepada lelaki tu. Akak tu pun senyum je. Masih ramai perempuan rupanya yang berkerumun di kawasan fiksyen.

Setelah melakukan pembayaran, lelaki tersebut pun pergi dengan hati yang tenang.

******

Saya rasa ramai pembaca novel lelaki yang setuju dengan kisah ni. Hahaha.
Nampak sangatlah kaum hawa ni suka mendominasi area novel ye.
Yang juga sedikit sebanyak membuktikan kaum hawa lebih banyak membaca berbanding kaum lelaki.

Wahai lelaki...
Apesal orang tak minat novel ha? Ekceli, setiap buku tu ada dunianya.
Lebih banyak buku, lebih banyak dunia yang kita faham.
Dan tak semua novel tu berunsur jiwang ye.
Maybe boys ni memang minat dengan videogame dengan bola sepak je kut...

Satu lagi,
kenapa nove budak-budak medic macam doktor dengan nurse lagi banyak cerita diorang berbanding cerita pasal engineer? Korang perasan tak pasal fenomena ni?
Tak percaya? Cuba senaraikan tajuk novel yang fokus pasal hidup seorang engineer. Dan novel tu ada banyak istilah engineering

Boleh kata tak ada. Kalau doktor, memang berlambak-lambak.

Masa kecik, cikgu ada tanya cita-cita kita.
"Saya nak jadi doktor. Saya nak tolong orang."

Takde pun yang kata
"Saya nak jadi engineer. Saya nak tolong orang."

Engineer pun tolong orang apa. Ingat kitorang berpeluh-peluh, kerja overtime, tahan mengantuk, tak tolong orang ke?

In fact, sumbangan seorang engineer lagi besar daripada sumbangan seorang doktor.
Ini ialah hakikat yang semua kena terima.
Tapi sebab engineer ni tak berapa popular, budak sekolah pun tak pernah dengar apa itu engineer.

Tapi pada pandangan sayalah, sebenarnya ramai je penulis lelaki.
Cuma yang membaca hasil tulisan tulisan diorang mostly gegurl.
Lagilah kalau buku tu genre novel. Lagilah diorang mengilai.

Motif cerita semua ni - takde pape.
Saje nak menulis. Heh.

~nc~

July 16 2015, 9.07 pm

Selain bertarikh 1 Syawal 1436 H, tarikh 17 Julai 2015 juga sebenarnya genap lima tahun pemergian arwah abah pada tahun 2010 dulu.

Yang juga sebenarnya Syawal keenam kami tanpa arwah abah.

Sekejap je lima tahun dah berlalu. Saya pun makin hari makin tua. Makin besar tanggungjawab kat family.

Raya ni jugak ialah raya kedua kami di rumah baru ni sejak pindah pada 30 November 2013.

Hadiah raya tahun ni - Perodua Myvi 1.3 Premium X Auto Metallic (Silver).

Tahun ni lupa nak beli tripod baru (lagi) untuk Nikon D3100.

Saya masih tak tahu warna baju raya saya. Semua urusan raya, saya serah kat mak saya. Beliau yang tempahkan, beliau yang pilih kain, beliau yang bayar. Terima kasih mama. I love you.

Cuti kerja start hari ni (Khamis 16 Julai) sampai Isnin depan (20 Julai).

Masih meninjau-ninjau peluang untuk lompat kerja. Ada siapa-siapa ada jawatan kosong? Executive Engineer dan ke atas ye. Production Engineer boleh. Electrical Engineer boleh. Mechanical Engineer pun boleh. Chemical Engineer, tamau. Dah serik dah kerja dengan chemical ni. Hari-hari dah hirup bau Ammonia, Chlorine, Calcium Nirate, etc. Ekceli, saya minat nak belajar pasal motor, generator, mechanical components, telecommunication, etc.

Raya kali ni, preparation macam apa je. Biskut raya pun tak buat. Semuanya beli sendiri. Semua orang pun bizi je kat rumah ni. Keluar kerja lepas subuh, balik kerja sebelum Maghrib. Darab 29 hari. Tau-tau je esok raya. Sampul duit raya pun tak beli lagi ni. Hahaha.

Tu je kot.
Assalamualaikum.

~nc~


July 15 2015, 3.20 am


Saya ada dapat notis jemputan daripada surau di taman rumah kami yang tertulis,

"Semua penduduk taman yang tidak pulang ke kampung dijemput untuk bersolat sunat aidilfitri di surau pada jam 8.30 pagi."



Ye la. Memang la kami tak balik kampung. Sebab kitorang takde kampung.


*****
"Kawan kerja yang dari Kelantan rasanya dah balik hari ni."



"Oh? Ye ke..." kata mak saya.



"Kita je takde kampung, kan?" tanya saya. Semua orang berpusu-pusu main aci redah beratur kat line Touch n Go bila raya dah dekat. Tiket bas pun selalu je habis kalau beli last minute. Kitorang ni rileks je goyang kaki kat rumah. Biskut raya pun tak beli lagi ni. Buat pun tidak. Senang cerita, raya ni kitorang tak buat apa pun.



Mana taknya... Kampung mak saya membesar cuma 20 minit dari rumah kami. Makna lain, saya tinggal kat kampung nenek saya. Saudara mara saya pun semuanya duduk Selangor. 95 % dalam Klang. Paling jauh pun duduk dekat-dekat Pantai Morib sana. Saya tiada pengalaman beraya di lebuhraya.



"Ada... Kita ada kampung,..." kata mak saya.



Saya senyum je. Ya, kami memang ada kampung. Walaupun dekat, walaupun sebelah rumah, walaupun kami keluar masuk macam rumah sendiri hari-hari, itulah kampung kami.





Saya hanyalah seorang budak bandar yang mencari 'kampung halaman',



We are who we are. Because of where we come from. And that is home.

Ani yang dilakonkan oleh adik Dania Erisha ni mewakili kita semua. Yang sedikit sebanyak membawa mesej agar kita pulang ke pangkuan bonda setiap kali tibanya hari raya. Mungkin kampung mak saya tu sebenarnya tidaklah membawa banyak sangat pengertian bagi saya, tapi ia terlalu istimewa untuk ibu saya.

Dan betullah apa yang mama cakap. Kami memang ada kampung.

Dalam semua iklan Petronas pun yang keluar tiap-tiap tahun kat tv, secara peribadinya, inilah iklan yang paling saya suka.

Kepada anak-anak jati Selangor dan Kuala Lumpur yang blur macam saya,
yang kalau beraya memang tak lalu tol lebuhraya,
yang tak faham pengertian 'balik kampung' dalam erti kata yang sebenar,
bolehlah mula cari pasangan hidup yang duduk luar negeri Selangor dan try beraya kat kampung diorang.
Hahaha.

~nc~

July 9th 2015, 10.02 pm

Selepas beberapa kejadian yang berlaku, saya mengambil keputusan untuk berkongsi apa yang terbuku di hati kepada pembaca, iaitu korang semua.

Whoa! Tajuk power gilew! Tengah darah manis kew? Takde lew. Ini bukan ceritew sayew.

Untuk mereka yang lebih kurang baya-baya saya, sekitar plus minus tahun 1990-an, memang takkan lari dari soalan ni:

"Bila nak kahwin?"

Satu soalan yang saya kira boleh mengguris hati mereka yang masih berstatus single.

Tapi fokus penulisan saya kali ni bukan soal single mingle, tapi soal mereka yang sudah bersedia untuk hidup berpasangan - walupun hakikatnya saya single mingle. Nak diikutkan, saya tak layak pun bercerita sebab saya tiada pengalaman sebegitu. Benda ni mungkin relevan kat mata saya sahaja, termasuklah beberapa andaian semata-mata tanpa bukti saintifik. Apa-apa pun, saya mengalu-alukan pembaca untuk buat perkongsian kat bahagian komen bawah ni. Jadi anonymous pun takpe. Saya selalu je jenguk Blogger.

Saya pernah tanya kat sorang ni, "Kenapa awak teruja nak berkahwin?"
Jawab dia, "Nak elak maksiat. Dan saya sangat-sangat sayangkan dia."

*mata juling ke atas + facepalm*

Budak macam ni nak kahwin? Like, seriously?

Perasaan tu tak salah. Sebab benda ni fitrah. Allah cipta kita sebegitu.
Mungkin pada usianya yang saya kira muda, dia tak nampak gambaran sebenar erti perkahwinan.

Perkahwinan tu sehari. Rumahtangga tu sampai mati.

Saya petik satu ayat daripada Hilal Asyraf:
Cinta itu ialah apa-apa yang membawa kita ke syurga.
Apa-apa yang membawa kita ke neraka, itu bukan cinta namanya.

Maksudnya kat sini, konsep cinta ni sebenarnya luas. Dan sangat rugilah kalau kita sempitkan skop cinta ni sekadar perasaan merpati dua sejoli. Dan cinta jugalah yang akan bawa kita syurga. Ertinya, cinta ni sangat-sangat suci, dan cinta paling agung ialah meletakkan cinta kepada-Nya lebih daripada manusia lain.

Kenapa Allah cipta manusia? Jawapan skema yang saya hafal dari zaman ambil SPM dulu, ada dua:
1. Sebagai hamba.
2. Sebagai khalifah.

Hamba bertugas to serve the master. Buat apa yang disuruh, dan tinggalkan apa yang dilarang.
Khalifah pulak untuk mentadbir alam. Ya, alam. Bukan Bumi sahaja ya.

Dalam novel Versus oleh Hlovate, ada ayat ni (tak ingat page berapa)
(saya olah sedikit ayat ni)

Individu Muslim > Baitul Muslim > Masyarakt Muslim > Kerajaan Muslim > Sistem Khalifah Muslim > Empayar Islam  > Ustaziatul'alam

Baitul muslim is not just about the unity of a man and a woman, tapi tanggungjawab melahirkan generasi ustaziatul'alam atau pemerintah alam.

Daripada satu individu muslim jadi dua, kemudian berkembang jadi 3 dan 4,dan bertambah-tambah. Hakikatnya, perkahwinan ni bukan pasal "anak kau dah berapa" tapi satu tugas yang Allah amanahkan kepada kita sebagai khalifah.

Kesimpulannya, perkahwinan bukan atas dasar cari jalan nak halalkan hubungan korang. Sebab tu cuma pintu sahaja. Dalam rumahtangga tu yang kena isi macam-macam. Saya pernah dengar statisitik yang mengatakan setiap 15 minit ada pasangan Muslim yang bercerai. Apa puncanya? Mana hilangnya cinta diorang? Mana kata-kata "aku nak elak maksiat" yang sering diulang dulu? Kenapa mesti berpisah?

Saya tak boleh bagi jawapan tepat untuk soal ni.

Kepada anak-anak muda yang sedang hangat bercinta, baik di bangku sekolah mahupun di menara gading, cuba fikir hubungan korang ni nak pergi mana sebenarnya. Bukannya tak pernah dengar budak lain clash kat tengah jalan sebab diorang dah jumpa orang lain kat tempat lain. Lagipun, lepas kahwin, mesti anak, kan? Korang boleh jadi parents yang baik? Duit nak sara keluarga, nak cari kat mana? Bahagia ke bercinta, kalau duit belanja sekolah pun mak bapak masih tanggung?

So what's the point korang teruskan, kalau tahu korang akan berpisah? Kalau betul korang serius, cuba bincang dengan parents. Cuba buka hati dan dengar. Jangan abaikan pelajaran korang sebab benda-benda ni.

Ada orang, kebahagiannya ialah membuatkan si dia bahagia.
Bagi saya, kebahagiaan ibu saya adalah kebahagaiaan saya.

Saya pernah buat silap. Sebab tu tergerak hati untuk berkongsi semua ni.
Bila takde siapa tahu siapa kita, saya rasa lebih mudah untuk saya jujur kepada semua.

Kalau rajin, saya menaip lagi la kat blog ni.
Assalamualaikum.

~nc~

June 16 2015, 10.20 pm

"Give a man a mask and he will tell you the truth."
But it's also valid for a woman..
Eheh,

Seronok jugak sebenarnya hidup pakai 'topeng' ni.
Sebab rasa bebas untuk berbicara tentang apa-apa je yang kita suka.
Dan kita bebas meluahkan apa yang terbuku dalam hati.

An anonymous.

Kebenaran.
Itu, semua orang cari.

*****

Kak Zu,
ini adalah 'topeng' saya yang saya cuba sembunyikan daripada semua.
Sebab saya lebih suka untuk dikenali oleh kawan-kawan saya.

Engineer yang tak berapa banyak bercakap ni sebenarnya lebih banyak menulis kat sini.
Memang ramai cakap saya sombong sebab tamau bercakap dengan orang.
Dari zaman sekolah lagi dah kena brand dengan perkataan 'sombong'
Tapi saya memang ada masalah komunikasi dengan manusia sejak kecik lagi.

Tapi saya percaya, orang yang rapat dengan saya lebih layak untuk menilai siapa saya.
Ada masanya saya boleh ketawa sampai keluar air mata.
Ada masanya saya menangis dan dihulurkan tisu tanpa diminta.

Terima kasih kepada semua yang selalu je ada dekat dengan saya.
Especially you, Kak Zu.

*****

"It is not who I am underneath. It is what I do that defines me."
~ Bruce Wayne, Batman Begins

June 13 2015, 5.03 pm

Kalau mesin jalan, sepatutnya kena la ada output, kan?
Kadang-kadang mesin tu sendiri problem, so mesin terpaksa bypass/shutdown.
In normal circumstances, everyting's ideal.

BUT, mesin okay pun tak semestinya keluar output.

1. Boleh jadi the raw materials habis. Atau tak compound.
Causes: Mixer (ala-ala blender berskala besar for mass production) tak mampu nak blend banyak chemical at at one time. Tak pun holding tank (lepas compund chemical dari mixer, diorang masukkan dalam satu tangki simpanan) tak cukup.

2. Tak pun takde air. Sebab air ni universal solvent yang boleh cuci banyak chemical (except for carbon compund).
Causes: Syarikat tak berdaftar dengan SYABAS. Tak pun SYABAS nak buat testing pump dan nak verify pam air diorang cukup power untuk hantar air kepada consumers. Atau negeri Selangor tengah krisis air. Atau pam dari kolam company kitorang trip sebab motor terlebih power tapi paip nak salur ketangki atas tu kecik sampai pam tu overload. 3 hari sekali kena tukar thermal overload relay. Lagi parah kalau takde spare part kat workshop maintenance. Lagi parah la kalau wireman tu mengular a.k.a. membuta kat bahagian packing department.

3. Atau takde elektrik.
Causes: Overload. Power supply yang didaftarkan cuma untuk 10 mesin, tapi yang jalan 12 mesin. Atau TNB buat testing dan terpaksa off power supply. Kerani pun takyah datang kerja sebab tak boleh on PC.

4. Mogok
Causes: Admin atau Human Resouce potong gaji operator kami dari Nepal dan Bangladesh. Masalahnya diorang potong gaji sampai RM200. Basic diorang cuma RM900. Masuk 7 pagi, habis 4 petang. Tapi biasanya diorang kerja sampai 7 malam sebab nak claim overtime la. Sebelum dapat gaji, admin dah tolak sewa hostel, laundry, dan macam-macam jenis cukai lagi. Diorang nak keluar rehat untuk sejam pun kena potong. (Yes, it's true.) Biasanya diorang dapat bawah RM1200. Tapi kalau dah potong macam-macam, dan jumlah bersihnya sekitar RM1000, diorang pun marah. Keesokan harinya, kilang jadi sunyi tanpa pekerja. Mesin boleh berfungsi dengan baik, tapi takde siapa larat nak monitor mesin kalau diorang takde. Admin pun menggelabah, cepat-cepat diorang masuk hostel foreigner dan discuss pasal pembatalan potongan gaji tu dengan 'kepala mogok'. Admin terpaksa mengalah dengan permintaan diorang.

Tapi inilah realiti kerja kilang. Mesti ada orang tempatan yang menindas foreigner ni. Saya pernah dengar ada foreigner yang kejar General Manager diorang dengan parang (bukan tempat saya). Ada yang bakar kilang. Ekceli, saya pun kesian dengan diorang ni. Datang jauh-jauh tinggalkan family kat Kathmandu sana semata-mata nak cari rezeki. Bila dah sampai sini, diorang asyik kena pijak. Tapi diorang tahan. Kalau dah main-main gaji diorang, tengoklah yang diorang buat.

Waktu diorang mogok tu pun, saya senyum je. Biar admin kuku adamantium tu rasa 'kena pijak' dengan orang bawahan. Even local workers pun tak senang dengan admin tu. Oh, bila mesin tak boleh, saya pun boleh duduk goyang kaki kat lab. Haha. Penat tau kerja kalau mesin jalan. Sekali-sekala kenala rehatkan kaki.

Benda-benda macam ni la yang kita sebagai manusia sepatutnya ambil tahu. Belajar tentang hidup. Belajar 'berperasaan' terhadap orang lain, bukan sekadar 'berperasaan' kepada pasangan. Cari pengalaman bekerja. Cari hidup Mungkin kalau saya sambung master lepas degree dua tahun lepas pun saya takkan nampak semua ni. Rupa-rupanya dunia ni tak seideal seperti apa yang pernah saya gambarkan sewaktu zaman bersekolah dahulu.

Tapi saya rasa waktu untuk saya sambung master tu dah makin dekat. Doakan ye.

~nc~

June 13 2015, 1.49 pm


"Saya rasa hidup ni macam kita lalu jalan ni, lepas tu jumpa simpang." kata saya.

Kakak tu angguk.

"Lepas tu kita masuk simpang ke kiri. Lepas tu terus lagi. Tengok-tengok jalan mati. Then kita pun patah balik kat simpang pertama, dan ambik jalan lain pulak. Rupa-rupanya kat hujung tu pun jalan mati."

Hidup ni sekadar memilih simpang dan patah balik, itu yang saya cuba nak sampaikan dengan kakak tu.
Even pakai GPS pun tak sampai-sampai ke destinasi. Sebab tu namanya GPS - Guna Pun Sesat.

"Ada maksud tersirat tu"

Saya sengih je. Memang ada banyak maksud tersirat.

"Tapi akak rasa jalan tu bukan jalan mati. Mungkin jalan tu sebenarnya jalan yang 'buka' ke jalan lain. Mungkin ada simpang yang kamu tak nampak."

Saya diam.

"Even kalau kamu masuk jalan lurus 'go straight dont belok-belok', yakin dan pasti pun mesti ada satu peratus keraguan. Rasa was-was tu yang buatkan kamu kesal dengan pilihan kamu."

Itu yang saya takut sebenarnya. Bila dah buat pilihan dan berazam untuk melangkah, saya mengharapkan saya akan temui apa yang saya cari. But in the end, saya yang patah hati.

Soal hati ni memang misteri. There's no such thing as an absolute answer. Kat Wikipedia pun takde artikel dan tutorial pasal 'Choosing the Right Lane'.

'If the ladder is not leaning against the right wall, every steps we take just gets us to the wrong place faster.'
 - Stephen R. Covey.

*****
Rezeki ni pun satu perkara yang agak misteri la jugak. Kita boleh stay kat satu tempat for quite a long time. Then, we quit sebab tak tahan dengan pressure of the environment. And of course, the people around us which we hate the most.. So, we quit. Tahu-tahu je orang atas call balik. Dia janjikan beban kerja yang sangat ringan, dan gaji pun naik. Asalkan kita balik kat tempat duduk dan meja tu. Bila kita rasa rezeki kita kat situ dah habis, rurpanya-rupanya Dia nak bagi lagi banyak rezeki daripada sebelum ni.

Bukanlah saya galakkan yang membaca ni untuk berhenti kerja dengan harapan bos naikkan gaji dan menjanjikan dengan macam-macam janji. Cuma saya minta, jangan putus harapan dengan Dia, sebab Dialah sebaik-baik tempat bergantung.

Kisah ni, bukan kisah saya. Saya orang muda, dan tak boleh buat perangai pelik-pelik dengan majikan. Kalau rasa dah cukup senior, boleh apply petua yang saya tulis kat atas. Tapi kalau majikan tak nak call balik, jangan salahkan saya.

*****

Oh, lupa nak review pasal novel yang saya baca hari tu. Hari-hari kerja, sampai rumah terus membuta. Lama-lama tak bukak pun Blogger. Nanti saya try menaip perlahan-lahan ye. Sekian.

~nc~

May 19 2015, 7.49 pm

"Esok you masuk pagi"
"Eh?"

Tengah-tengah mood 'bulan madu' sebab kerja malam minggu ni, tiba-tiba bulan tu terhempas ke bumi.

Kerja malam ni, yang bestnya, bos takde.
Bila bos takde, automatically saya la bos. Haha.

So, depan mesin pun boleh duduk kerusi yang ada roda kat bawah.
Boleh main lumba kerusi dengan supervisor guna kerusi roda tu.

Bila dapat tau kena kerja siang balik keesokan harinya, memang bengkak la mata ni.

Oh, dah balik rumah.
Mood sambung baca novel yang 'terbengkalai' sejak PBAKL hari tu.
Sampai hari ni tak khatam lagi.

Novel apa? Nantikan....

May 18 2015, 11.55 am

Kalau perasan, post saya dalam blog ni berkisar tentang saya dan alam pekerjaan.
Rasa tak puas hati dengan bos.
Rasa kena marah dengan bos.
Rasa menengking gila-gila kat bos yang interview saya dulu.
Bukan lagi cerita macam zaman belajar kat UTM dulu.
Dan mohon maaf kalau blog ni dah 'mati rasa' dan hilang cerianya.
Saya tak mampu puaskan hati semua yang membaca.

Sebab, blog ni, tentang saya.

Antara perbezaan ketara sejak bekerja ni, ialah orang sekeliling.
Realitinya, kita akan jumpa macam-macam manusia dengan perangai pelik diorang.
Kita boleh jumpa mereka yang satu fikrah dengan kita tetapi berbeda hatinya.
Ada orang yang mengaku dirinya Muslim tapi kiblat kat surau tempat kerja pun tak tahu kat mana.
In fact, tak pernah terserempak dengan diorang pun dalam surau.

"Kalau imam pun merokok, apa gunanya kau berimamkan imam tu?"
kata sorang kawan ni.
"Hidup ni kena ada plus minus"
katanya lagi.

Itulah alasannya kenapa dia tidak bersolat. Hidup ni kena ada 'lebih kurang'. Ada 'tolerance'.

"Orang yang pakai tudung pun tak semestinya baik. Walaupun saya pakai macam ni, saya tetap jaga sembahyang." kata sorang lagi.

Ada juga kes tentang panggung wayang yang kena serbu pihak JAIS kat Kuala Selangor.
Pasangan yang bukan mahram tak dibenarkan duduk di 'couple seat'.
Ada sorang kawan ni cakap,
"Apa hak diorang (JAIS) nak kacau kita? Nak jadikan Malaysia ni ekstrimis agama? Nak negara ni jadi macam Pakistan? Kalau couple yang non-muslim tu macam mana pulak?"
Lepas tu keluar pulak ayat "tiada paksaan dalam agama".
Kemudian keluar pasal isu politik yang secara tak langsung dikaitkan dengan parti tersebut.

Saya pun makin bingung. Ini rupanya 'wajah sebenar' orang kita.
Memang la sedih. Tapi dalam banyak keadaan, saya lebih suka mendiamkan diri.
Malas nak berbahas, sebab saya tak suka mengeruhkan situasi yang macam kena langgar ribut tu.

Saya simpati kat diorang sebenarnya.


Saya pun pernah hidup dalam gelita.
Tapi saya jumpa cahaya, sebab saya mencari (dengan izin-Nya).


Hati tu Allah yang pegang.

May 18 2015, 10.02 am

Saya sendiri pun keliru dengan status saya.
Belajar 'sesudu' elektrik.
Kerja 'ditabur' dengan mekanikal.
Sekarang kena 'gaul' dengan kimia.
Hambik kau. Semua perasa ada.
Oh, sememangnya saya jurutera serba boleh.
(atau jurutera serba tak boleh! Warghh!)

Disebabkan environment kerja yang terlampau easy,
banyak duduk dari berdiri,
banyak menguap daripada berlari,
saya pun dah mula bosan dengan kerja ni.

"Kamu ni engineer. Bukannya supervisor. Kerja kamu kita lebih kepada management. Kerja-kerja supervisor ni lebih kepada taraf SRP dengan SPM."
Itulah pesan GM (General Manager) saya.
Yang entah kenapa, saya ada rasa tak puas hati kat situ.

Yang pasti, ini bukanlah apa yang saya cari selama ni.

Sekarang ni memang terasa nak di'transfer' ke department lain.
Saya rasa saya lebih sesuai buat kerja-kerja kasar la berbanding kerja duduk office ni.


Or maybe this is the right time to go....

Entah bila peluang nak datang landing depan pintu, saya pun  tak tahu.

Setiap bulan, saya simpan sikit gaji saya dan biarkan duit tu bertambah dari semasa ke semasa.
Mungkin, dengan duit simpanan tu, saya boleh pergi jauh dari sini.
Explore benda -benda baru.
Cari kebebasan untuk belajar.
Takde lagi sekatan dari pihak atasan.
Takde lagi darjat "engineer-supervisor".
Takde lagi rasa 'eksklusif' dengan kawan lain yang satu department.

Aku nak ubah semua ni.

April 25 2015, 12.50pm



Baru balik PWTC. Macam tahun-tahun lepas, pagi-pagi buta dah gerak naik komuter ke Hentian Putra. Tapi kali ni awal sejam. Pukul 9 pagi dah terpacak depan pintu Dewan Tun Hussein Onn. Nampak pak guard kat depan tu dah tak jaga pintu lagi, saya pun menyelinap masuk dalam dewan.

I might be their first customer today yang datang kat booth Jemari Seni tu. Sebab masa saya berdiri depan gerai tu pun saya tak tau gerai tu dah bukak ke belum. Lengang sangat. Akak tu pun kata dah bukak dah. Saya terus ambik 4 buah Hlovatinta II dengan 3 buah Hlovatinta. Saya beli lebih sebab nak bagi kawan-kawan tempat kerja. Harga kedua-duanya RM10 je setiap satu. Booth tu jugak ada macam-macam novel dari penulis-penulis Jemari Seni, (especially Hlovate) except for a+b[tunas]+aA+bB. Buku ni sebenarnya bukan limited edition, cuma buku ni dijual online dan eksklusif di Popular sahaja. So, jangan takut la kalau siapa-siapa yang belum ada buku tu lagi. Tak pun, beli je [tunas] dengan aA+bB.

Kepada kakak JS yang pakai cermin mata dan berdiri tak jauh dari rak buku Hlovate dan rajin melayan soalan-soalan saya, saya la tuan punya blog ni. So, kakak dah tau la saya ni lelaki ke perempuan.

Buku Hlovate kali ni, macam Hlovatinta, ada quote dari buku-buku beliau. Kali ni, most of the contents ambil dari Rooftop Rant.15 quote dari Versus dan 4 quote dari aA+bB. Terubat jugak la rindu nak baca tulisan-tulisan beliau. Cuma agak sedey sikit la sebab takde novel baru beliau. And I'm expecting Hlovatinta III plus the new novel in the future. *angkat kening double-jerk*

April 19 2015, 10.03 pm

Sejak zaman sekolah rendah lagi saya dah kena branded as a doctor.
Sebab pakai cermin mata. Saya start pakai sejak darjah dua.
Antara semua rakan sekelas, muka saya paling nerd dan skema.
Saya memang ada masalah mata sejak sebelum masuk darjah satu lagi.
Being an alien in that school, everyone's keeps watching me.

Satu lagi alasan kenapa diorang panggil saya doktor,
sebab tulisan saya yang amat sukar dibaca.
Tapi saya boleh faham apa yang saya tulis.

Halfway through, minat saya sebenarnya engineering.
Maybe inspired by arwah abah kut.
And maybe sebab minat gila subjek Physics.
Saya pun selalu je betulkan apa-apa formula yang salah time cikgu menulis kat whiteboard.
Tapi kalau masuk kelas Bio, saya rasa dah tak berpijak kat dunia nyata lagi.
Memang tak boleh bawak la.
Nasib SPM dapat B3.
Itu pun dah kira tinggi dah tu.
Haha.

Saya rasa, zaman sekolah is the best time to explore new things,
and decide what we want to do the day after tomorrow.
Cuba belajar cari minat kita.
Then take a look at the career and opportunities.
Pilih nak masuk universiti mana, kolej mana, atau kerja lepas SPM.
Start kumpul duit, and build your empire with your own hand.

Masa muda ialah sesuatu yang dicemburui oleh mereka yang tidak memilikinya.

April 19 2014, 6.38 pm

Mana pun saya pergi,
soalan yang sama juga ditanya.

"Are you Chinese?"

Bwahaha.

Tak boleh elak la daripada dapat soalan ni.

Tapi sebenarnya, muka saya banyak ikut muka mak saya.
Saya pun tak tau tang mana kat muka saya ni yang nampak macam Cina.
Tapi okay what dapat darah mix ni.
Because we're unique. And we're different.


Satu lagi soalan yang kerap kali ditanya,

"Bila nak kahwin?"

*makan biskut marie*

~nc~

April 18 2015, 9.53 pm

2 tahun. Lama sangat ke? Tak pun. Pejam celik je nanti sekejap je dah habis 2 tahun. Seronok apa hidup bekerja ni berbanding masa belajar. Sebab dapat duittime awal bulan. Tapi dapat duit pun nak bayar hutang ye. Hutang kereta. Hutang rumah. Hutang kad kredit. Study loan. Bayar bil api, air, telefon. Bayar cukai tanah. Topup smartphone. Petrol. Road tax. Savings. Insurans hayat. Tukar minyak hitam. Beli buku. Beli Nintendo 3DS. Beli Pokemon X,Y,Omega Ruby, Alpha Sapphire. Beli PlayStation 4. Beli Final Fantasy XV yang masih tak keluar tarikh lagi. Bagi duit kat mak. Duit hantaran. Duit kenduri. And the list goes on....

Actually, dalam dua tahun akan datang, saya nak resign. Cari peluang kat tempat lain. Kalau resign sekarang, macam tak cukup experience lagi. Kalau tempat kerja baru tanya, "Awak dah setahun kerja kat tempat lama, apa yang awak belajar kat sana?". Saya pun dengan tanpa segan silunya menjawab "Entah.".

Kepada adik-adik yang suka sangat lompat-lompat company macam flying carp kat Washington sana, pastikan anda ada pengalaman dulu ye. Tak payah la cabut atas alasan stress dan banyak sangat kerja. Tak payah la kejar sangat gaji company baru yang lagi tinggi dari sekarang. Sebab semua ni akan affect diorang punya first impression. "Budak ni rajin sangat melompat-lompat enam bulan sekali, what can we expect from him/her? Kita boleh latih dia, lepas tu dia lompat tempat lain. Why should we hire him/her?".

Ada juga pekerja lama yang nak melompat tu yang nak balik kat company lama. Katanya, tak tahan tempat kerja baru. Sedangkan company lama pun dah busy nak cari pengganti dia (dan dah jumpa pun), kenapa company tu perlukan balik orang dah berhenti tu, kan?

Ini antara nasihat Factory Manager kami yang dah nak resign next week.

2 years. And I'll be gone for good.
In the mean time, masih jadi Production Engineer la jawabnya.
But it's not really that bad, though.
Sebab, sebaik-baik first job kat dunia ni sebenarnya dalam manufacturing industry.
Sebab korang akan belajar the core of the material.
We can learn all kind of machines and the process on how to make products.
Then we'll know what to do when there's something wrong with quality.
Once you've master it, you can jump to almost any part of the world that you want.

Satu pesan saya,
pastikan korang rajin-rajin study Mechanical Engineering.
(walaupun korang datang dari background lain macam saya)
Saya suggest baca pasal thermodynamics and statics.
Jangan tinggal buku elektrik ye.
It's totally an advantage. Mesin apa kat dunia ni yang tak pakai elektrik?
You can deny it all you want, tapi SEMUA benda kat dunia ni takkan lari dari elektrik.
Sebab tu Chemical Engineering pun ada subjek Electrical Technology.
Nampak takde kaitan dengan kos chemical engineering, but it's for your survival for the next 32 years.
So, thank you to lecturers in UTM sebab tolong ajar subjek ni kat budak-budak yang menyampah dengan elektrik.

Sekarang baru saya nampak kenapa kalau kita ambil master, kita boleh lompat fakulti.
Sebab diorang tak nak kita sempitkan pemikiran kita dengan course yang kita ambil masa degree.
In the end, we need to integrate all of them share it with the others.
Ilmu ni kan luas. Feel free to advance the way that you want.

Oh, kalau korang ni fresh grad and it's your first job, tak payah demand sangat nak gaji tinggi ye walaupun korang ada master. Sebab korang takde pengalaman kerja lagi. Tapi salah satu cara nak naik gajicepat ilah dengan cara 'melompat'. Tapi jangan kerap sangat la. Sebab cara ni agak berisiko. Tapi terpulang la kat korang. It's your life and it's your choice.

~nc~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...