December 18 2015, 5.50 pm
Antara komen paling epic oleh rakan sekerja saya yang department Production, (to describe me)
"Saya suka salam dengan you. You tahu kenapa? Sebab dua kali je dapat jumpa you. Masa kerja dengan masa balik. You hilang mana kat tengah-tengah tu, I pun tak tahu."
"Saya dalam mesin la."
"Ye la. I pun masuk mesin. Tapi tak terserempak langsung you kat mana."
Ahaha. But it's true. Masuk mesin dalam 10 pagi (after morning meeting). Saya ronda-ronda, check level untuk tangki (chemical & water), cuci filter, pasang counter, repair flowmeter, etc. Tahu-tahu je dah 5.30 pm. Tak terserempak langsung dengan supervisor. Kalau saya bantai tidur dalam mesin pun takde siapa perasan.
Saya satu-satunya engineer yang ditugaskan jaga machinery, sebab ilmu saya dengan mesin lebih dalam berbanding engineer lain yang ada background chemical. So, memang tugas saya dengan mesin je la. Berjam-jam dalam mesin sampai tak reti-reti nak turun.
But I'm gonna miss all of these.
Saya plan nak apply kat company yang saya mention kat post yang lepas. Ada rezeki, saya pergi. Bulan ni pun just nak mahirkan kereta je. Jadi driver untuk hantar mak ke kampung. Jadi driver abang untuk ke Shah Alam. Sekarang dah berani la bawak laju, cuma masih kurang agresif la.
Ada staff merangkap plant engineer tanya, nak stay kat kilang ni sampai bila. Saya kata ada plan nak lompat kerja. Tapi masih ragu-ragu. Sebab aviation is not that popular macam oil and gas. Tak tahu sejauh mana saya dapat pergi. Tapi dia pesan, "You masih muda. Baru 25. You boleh punya. Pengalaman kerja dah ada. Pergi je. I dah 44 tahun. Tak banyak yang I boleh buat. Ada anak-anak pun. Tapi you masih boleh pergi jauh."
After what I've been through all these years, I've learned a lot. Kenapa kita jatuh. Kenapa kita menangis. Sebab Dia nak kita bangun balik.
And who knows, I might soar higher than I ever imagined.
Doakan.
1 comments:
Dah lama tak singgah sini.
Tahniah atas kerjanya~
Oh ya, dah lama tak nampak gambar2 kat blog ni.
Mungkin sebab saya kenal 'akak' Nat Cure melalui fotografi, jadi bila dah lama tak gambar2 'akak' kat blog ni, rasa macam pelik pula.
BTW, seagel chuka hamida^^
Suku abad dah, moga dipermudah urusan dan bermanfaat untuk ummah, neh!
Post a Comment