February 24 2016, 12.36 pm

Bermula daripada pemerhatian terhadap burung, manusia mula untuk mencipta sayap atau kepak dan dipasang di lengan untuk terbang. Namun manusia sedar bahawa sayap sahaja tidak cukup untuk membuat mereka terbang di udara. Bidang kejuruteraan berkembang mengikut peredaran zaman, dan manusia mula berfikir untuk mencipta kenderaan.


March 23 2016, 1.04 am

Post pertama untuk bulan ni. Bukan malas menulis, tapi projek yang saya usahakan dan mengambil masa agak lama untuk disiarkan kat sini. So, saya hold dulu projek tu sebab tak siap lagi. Projek ni berbentuk ilmiah, dan perlukan rujukan yang sangat teliti. Membaca tu satu hal, nak menulis lagi satu hal lain. That's why blog ni sunyi bulan ni.

Anyway, Ahad lepas saya dengan family pergi Melaka. Ziarah adik kami yang tengah belajar kat sana. Sambil tu, kami pun explore area yang kami tak pernah pergi sebelum ni.

Ini antaranya. The Shore Shopping Gallery Sky Tower. Bangunan tu ada dua main attraction - Oceanarium dan Sky Tower. Dia ada pakej la untuk tengok dua-dua bahgian ni, tapi kami pilih tengok satu part je, which is the Sky Tower. Harganya RM18 untuk dewasa, dan RM12 untuk kanak-kanak (kalau tak silap).

Tempat ni bolehlah enjoy rooftop view kat bangunan tertinggi di Melaka.Tak digalakkan untuk yang gayat, sebab kaki korang akan bergetar kalau fobia dengan ketinggian. Terletak di tingkat 43 bangunan ni. Tapi kena ambil lif di lobi di tingkat 2, dan dia akan shoot up ke tingkat 41 dalam masa yang singkat. Dari tingkat 41, korang akan naik lif ke tingkat 42. Tingkat 42 serve as the main entrance, dan boleh bayar tiket di sini. Ada photobooth juga. Lepas bayar tiket, korang akan berjalan beberapa meter lantai (yang bawahnya merupakan kaca lutsinar) dan akan naik tangga ke tingkat 43.

Ini antara gambar-gambarnya. Jangan cakap saya tak payung.







Tak gayat ke? Saya pun tak ingat sejak bila rasa takut tinggi tu hilang. Padahal zaman sekolah dulu cuak tak ingat. Mungkin sebab kita ni makin dewasa, rasa lebih yakin kepada diri sendiri, dan rasa takut dan gemuruh tu hilang perlahan-lahan.

Yeah. I've changed. A lot.

~nc~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...