May 31 2017, 10.59 pm

I always remember that I haven't updated my blog for May, and yet I'm still busy with my studies and playing videogames. LOTS of videogames.

Ekceli, saya nak tulis review pasal filem Koe no Katachi tu sehari selepas saya tonton filem tu. Tiba-tiba laptop rosak. Terus tak boleh on. Laptop Toshiba Satellite L510i  tu saya beli tahun 2009. Maknanya, dah 8 tahun laptop tu berjasa kepada saya. Sebenarnya, tempoh hayat laptop sekitar 5 tahun sahaja. Lepas tu kena beli baru. Tapi laptop saya dah sampai 8 tahun, sampai orang kedai komputer kata laptop saya memang legend. One of a kind.

So, berbekalkan duit simpanan yang dah berbulan-bulan saya menabung, saya pun beli laptop baru kat Plaza Low Yat. Asus TP500L. Laptop ni sebenarnya laptop+tablet. Ada touchscreen, skrin boleh flip 360 darjah, takde DVD reader (yes, takde) dan harganya RM2500 je. Punya la seronok dapat laptop baru, sampai saya nak try satu demi satu game lama yang simpan kat external hard disk. Rupa-rupanya sistem komputer ni memang power. Banyak game boleh main dan sangat laju. Daripada Final Fantasy XII, Spider-Man Shattered Dimesnsions, Maplestory, No Man's Sky dan Batman Arkham Asylum. Memang best!

Sampaila saya rasa malas nak update blog. Haha.

Jumaat lepas, saya berjaya habiskan bahan bacaan saya tentang bidang aeroangkasa. Secara umumnya, buku tu cerita pasal bagaimana kapal boleh terbang, control, stability, orbital mechanics tentang pergerakan jasad di angkasa, bagaimana manusia melakaukan 'space walk' dengan bantuan 'life support system' di angkasa, dan juga untuk design LTA (Lighter Than Air) Vehicle. Saya ambil masa 14 bulan untuk habiskan semua bab.

Esok ialah 6 Ramadan. Tahun ni buka puasa bersama keluarga, tak perlu lagi berjauhan dengan semua macam masa kat UTM dulu. Tapi rindu jugak la puasa kat UTM tu. Ada program Ihya' Ramadan. Saya suka design banner untuk program kolej kediaman.

Itu je kut yang larat nak tulis. Bengkak mata ni dah lewat malam macam ni menghadap skrin. Dahlah esok nak bangun sahur.

Until next time, see ya!

~nc~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...