31 Julai 2014, 1.51 am



There are two songs that made me cried throughout the movie (and I have no idea why):

1. Idina Menzel's Let It Go

2. This song.



                  



Mungkin sebab Anna dipisahkan dari dunia luar istana Arendelle (untuk melindungi kakaknya, Elsa),

pengalaman pintu besar istana dibuka kepada umum untuk pertama kalinya jadi satu keajaiban kepada dirinya.

Dan gandingan suara Kristen Bell (Anna) dengan Idina Menzel (Elsa) is totally awesome.

29 Julai 2014, 9.26 am

_i_

"Eh? Ada lagi rupanya..."

Bingkai gambar tu ditiup sedikit untuk untuk membuang habuknya. Kemudian jari telunjuknya dikesat sedikit di kaca untuk membuang habuk yang masih melekati. Dia kemudiannya tersenyum.

"Yin, tengok apa tu?"

Yin menoleh ke belakang. "Gambar ni. Ada lagi rupanya."

"Gambar ni kan...Hahaha.. You look so.. cute."

"I take that as a compliment." Pandai je la suami aku ni..

"And tomboy."

"Itu dulu la! Tu kan masa keciik-kecik!"

Terdengar bunyi lantai rumah kayu tu dihentak sekuat-kuatnya dengan kaki di luar bilik tersebut. Kelihatan kelibat beberapa anak kecil berlari-lari dari dapur ke ruang tamu. Tapi pandangan Yin hanya fokus kepada seorang.

:"Aile! Jangan berlari-lari! Roboh rumah ni nanti! Kan ibu dah pesan semalam!"

"Ala.. Takpela ibu.. Sepupu lain boleh pulak berlari.. Kan tengah raya ni..." Anak kecil tu terus menyambung 'lariannya' ke anjung rumah mengejar sepupunya yang lain. Kalau dah raya, lepas tu ramai pulak budak kecil berkumpul dalam satu rumah, macam nilah jadinya.

Sepi. Satu saat.. Dua saat.. Tiga saaat.. Pasangan suami isteri tu masih kaku memerhatikan ruang antara dapur dengan ruang tamu tu di luar bilik mereka.

"Do you think..."

"Yeah.. Deja vu?"

Kelihatan seorang lagi anak kecil yang agak terlambat mengejar kumpulan tadi. Cuma baju kurungnya tidaklah semoden mereka. Macam.. zaman dulu-dulu.

"Yin! Jangan berlari-lari! Roboh rumah ni nanti! Kan mak dah pesan semalam!"

*****

"Nak jugak!"

"Beratur dulu! Tak beratur, tak nak bagi!"

Yin dapat dalam sepuluh batang bunga api. Dia kemudiannya berlari-lari ke arah pelita terdekat.

"Yin, sini!"

Hish.. Apa mak ni.. Asyik-asyik kena marah je.. Budak-budak lain tak nak marah pulak..

"Rambut Yin ni panjang sangat. Takut terbakar main bunga api ni."

"Tapi hari tu kan Yin dah mintak potong.. Mak tak nak.."

"Sebab kamu tu perempuan. Memang la kena rambut panjang. Pakai ni."

Ibunya meletakkan cekak merah di atas kepala Yin, lalu menolak sedikit ke belakang.

"Dah, pergi la berseronok"

"Terima kasih mak!"

Yin kembali ke pelita, lalu menyalakan bunga apinya. Sepupunya yang lain berlari-lari di kawasan rumput di hadapan rumah.

Sebuah kereta mula memasuki kawasan perkarangan rumah, dan berhenti berhampiran pokok bunga kertas tu.

"Ayah, ada orang datang!"

*****

(to be continued... nak sambung beraya.)

29 Julai 2014, 10.24 am

26 Julai 2014, 3.25 pm

Dah jadi trend agaknya drama Melayu kat Malaysia ni ada ending tergantung.
Atau kalau tak tergantung pun, mesti ada sekuelnya.
Macam raya ni, ada Love You Mr. Arrogant, Sebenarnya Saya Isteri Dia dan jugak Kampung Girl khas untuk hari raya.

Actually, ada satu drama Melayu ni yang saya mengharap la sangat ada sambungannya.
Citer apa neh?
Drama ni baru je habis kat tv, tapi saya tak pernah pun ikut cerita ni dari mula.
Ni pun sebab berbuka kat rumah, barulah bukak tv time Maghrib.
Dari sehari ke sehari, saya pun mula suka cerita ni, sampailah ending dia.
Drama tersebut ialah Kerana Terpaksa... Aku Relakan..
Memang best giler cerita ni.

Habis je drama ni, saya pun download banyak-banyak episodnya dari internet, sebab nak ikut cerita ni dari mula.
Actually, ending dia memang tergantung, dan penonton memang nak tau apa yang berlaku.
Dato' Safiya ada mention pasal ibu Indah Halina, dan dia tahu ibunya berada di mana.
And the credit rolls. And I was like "WHAT???".

Saya tak pernah baca novelnya, but I really really really hope ada sambungannya, macam versi raya.

Anyway, Ramadan pun dah sampai penghujung, dan dengar cerita tengok bulan hari ni.
This might be our last Ramadan and Syawal yang kita raikan bersama orang tersayang.

Kepada mereka yang ada anak kecil, memori diorang time raya sekarang ni memang jauh berbeza dengan time kita masa kecik dulu.
Even saya yang beraya kat kampung tiap-tiap tahun pun dah macam takde suasana kampung.
Takde pun nampak lembu melintas jalan. Jalan pun jalan tar, bukan tanah merah lagi. Masak ayam pun ayam suntik, bukan ayam kampung.
Tapi antara benda yang masih kekal, ialah duit raya. Cuma nilainya hari ni tinggi sikitlah.
Anak-anak muda pun dah mula buat hal sendiri, sampai sedara mara datang bersalam pun diorang sibuk dengan tablet dan iPad diorang. Dah takde main kejar-kejar sampai nak roboh rumah.
I think iklan raya Petronas yang baru ni, 'Ke Pangkuan Bonda' is a great message to all of us.
Hidupkan memori indah untukdiorang, so that they will appreciate more about kenangan raya masa diorang kecik dulu.

Until then, Assalamualaikum.

July 21 2014, 3.33 pm

Lama tak update blog. Haha.
Actually, saya baru je sembuh daripada demam yang agak teruk la jugak.
Tahun lepas pun sama, dan berlaku pada bulan Ramadan jugak.
Cuma tahun lepas tu berlarutan sampai ke hari raya.
Selera makan pun semacam, sampai makan rendang daging pun rasa macam makan plastik.

But this year, alhamdulillah. Saya sembuh lepas makan air batu campur. Erk?
Seriously, I don't know the science behind it. Tapi badan saya memang makin sihat.
Cuma selera makan pun ambik masa nak pulih.

Anyway, Khamis lepas bertarikh 17 Julai.
Negara kita sekali lagi menggegarkan dunia penerbangan tentang isu MH17.
Yang mana masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
Media pun tak habis-habis putar belit cerita nak cover satu pihak dan menghentam yang sebelah lagi.

Sebenarnya, 17 Julai jugak merupakan tarikh pemergian arwah abah saya.
More or less, tarikh ni yang mengubah nasib saya buat selama-lamanya.

'Best' ke jadi anak yatim?
Kadang-kadang ada je orang bagi perhatian lebih kat kami.
Dapat sumbangan bantuan kewangan daripada banyak pihak.
Sedara-mara. Kawan-kawan.
After that semester, saya dah tak pernah mohon zakat pun.
Boleh la jugak survive untuk 5 semester berikutnya.
Even the budget for my final year project, saya tak pernah claim satu sen pun.
Maybe anak yatim hari ni lebih terpelihara kut kebajikannya berbanding zaman dulu-dulu.

 Cumanya, bila terpandang anak kecik main dengan bapak diorang kat taman permainan,
saya rasa kosong.
Dah tak ingat perasaan pernah ada abah.
All these years, my family is the only place I can count for, and we've been through many things together.
Nikon D3100 saya tu pun, mungkin saya takkan merasa kalau tak sebab pemergian arwah abah.
It is not something yang jatuh dari langit whenever we ask.

Saya ni takde apa pun sebenarnya. Sekadar manusia yang biasa-biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...