July 21 2014, 3.33 pm

Lama tak update blog. Haha.
Actually, saya baru je sembuh daripada demam yang agak teruk la jugak.
Tahun lepas pun sama, dan berlaku pada bulan Ramadan jugak.
Cuma tahun lepas tu berlarutan sampai ke hari raya.
Selera makan pun semacam, sampai makan rendang daging pun rasa macam makan plastik.

But this year, alhamdulillah. Saya sembuh lepas makan air batu campur. Erk?
Seriously, I don't know the science behind it. Tapi badan saya memang makin sihat.
Cuma selera makan pun ambik masa nak pulih.

Anyway, Khamis lepas bertarikh 17 Julai.
Negara kita sekali lagi menggegarkan dunia penerbangan tentang isu MH17.
Yang mana masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
Media pun tak habis-habis putar belit cerita nak cover satu pihak dan menghentam yang sebelah lagi.

Sebenarnya, 17 Julai jugak merupakan tarikh pemergian arwah abah saya.
More or less, tarikh ni yang mengubah nasib saya buat selama-lamanya.

'Best' ke jadi anak yatim?
Kadang-kadang ada je orang bagi perhatian lebih kat kami.
Dapat sumbangan bantuan kewangan daripada banyak pihak.
Sedara-mara. Kawan-kawan.
After that semester, saya dah tak pernah mohon zakat pun.
Boleh la jugak survive untuk 5 semester berikutnya.
Even the budget for my final year project, saya tak pernah claim satu sen pun.
Maybe anak yatim hari ni lebih terpelihara kut kebajikannya berbanding zaman dulu-dulu.

 Cumanya, bila terpandang anak kecik main dengan bapak diorang kat taman permainan,
saya rasa kosong.
Dah tak ingat perasaan pernah ada abah.
All these years, my family is the only place I can count for, and we've been through many things together.
Nikon D3100 saya tu pun, mungkin saya takkan merasa kalau tak sebab pemergian arwah abah.
It is not something yang jatuh dari langit whenever we ask.

Saya ni takde apa pun sebenarnya. Sekadar manusia yang biasa-biasa.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...