January 1 2026, 8.08 PM
Kali ni saya nak buat blog post lain sikit daripada biasa.
Saya nak kongsi tentang jadual pasang surut air laut di Pelabuhan Klang pada 2026.
Dah kenapa tiba-tiba nak buat post pasal jadual ni?
Sebenarnya fungsi jadual ni bergantung kepada penggunanya.
Ada orang guna jadual ni untuk memancing.
Sebab pada waktu yang berbeza akan bagi kesan kepada jenis & kuantiti hasil tangkapan.
Tapi saya pulak guna jadual ni untuk ramal banjir.
Peristiwa lekukan tropika 29W 2021 atau Tropical Depression 29W 2021 ialah satu 'turning point' besar dalam hidup saya.
Daripada peristiwa inilah saya mula belajar banyak tentang cuaca.
Saya mula belajar ramal bila hujan lebat akan berlaku.
Tahun lalu, seminggu sebelum peristiwa Senyar, saya memang dah tahu ribut ini akan langgar Malaysia, mengulangi perangai 29W 2021, cuma arah yang berbeza (Barat ke Timur).
Sehari sebelum hari kejadian, saya hantar mesej kecemasan kepada semua staff tempat kerja saya, mintak diorang bersiap dengan hujan melebihi 24 jam.
Dan hujan lebat tanpa itu benar-benar berlaku.
Saya terus diangkat jadi hero.
Waktu saya hantar mesej ni, MetMalaysia pun belum buat sidang media tergempar ya.
Saya dah tahu seminggu lebih awal tentang keadaaan bencana ni.
Ni la pentingnya kenapa rakyat Malaysia perlu dididik dan diberi pendedahan tentang cuaca.
Tak perlu tunggu MetMalaysia umum bencana, baru nak menggelabah.
Sebab memang MetMalaysia & pihak kerajaan buat kerja slow gila.
Tak boleh pakai & tak boleh harap langsung sejak Disember 2021 tu.
Kami para amatur ni guna pelbagai sumber daripada internet je untuk ramal semua ni.
Jadi kat sini saya tinggalkan awal-awal tarikh-tarikh untuk warga Pantai Barat berjaga-jaga.
Keadaan waktu tersebut akan jadi lebih buruk kalau berlaku hujan sederhana lebat (lebih 10.5 mm sejam).
Semua data ini diambil daripada buku 'Jadual Pasang Surut Malaysia 2026' terbitan Pusat Hidrografi Nasional.
Buku ni boleh dibeli di Shopee.
Data ni saya hanya tunjukkan paras air laut Sungai Klang mencecah 5.0 meter sahaja.
5/1/2026 5.0 m
2/2/2026 5.0 m
3/2/2026 5.0 m
4/2/2026 5.1 m
5/2/2026 5.0 m
18/2/2026 5.0 m
19/2/2026 5.2 m
20/2/2026 5.3 m
21/2/2026 5.2 m
22/2/2026 5.0 m
3/3/2026 5.1 m
4/3/2026 5.2 m
5/3/2026 5.2 m
6/3/2026 5.1 m
7/3/2026 5.0 m
20/3/2026 5.4 m
21/3/2026 5.4 m
22/3/2026 5.3 m
31/3/2026 5.0 m
1/4/2026 5.2 m
2/4/2026 5.2 m
3/4/2026 5.2 m
4/4/2026 5.1 m
16/4/2026 5.2 m
17/4/2026 5.4 m
18/4/2026 5.5 m
19/4/2026 5.4 m
20/4/2026 5.2 m
30/4/2026 5.0 m
1/5/2026 5.0 m
2/5/2026 5.0 m
15/5/2026 5.1 m
16/5/2026 5.3 m
17/5/2026 5.3 m
18/5/2026 5.2 m
19/5/2026 5.0 m
14/6/2026 5.0 m
15/6/2026 5.0 m
16/6/2026 5.0 m
17/6/2026 5.0 m
15/7/2026 5.0 m
16/7/2026 5.0 m
17/7/2026 5.1 m
18/7/2026 5.1 m
19/7/2026 5.0 m
2/8/2026 5.0 m
3/8/2026 5.0 m
13/8/2026 5.1 m
14/8/2026 5.3 m
15/8/2026 5.0 m
16/8/2026 5.3 m
17/8/2026 5.1 m
29/8/2026 5.1 m
30/8/2026 5.2 m
31/8/2026 5.3 m
1/9/2026 5.2 m
2/9/2026 5.0 m
10/9/2026 5.1 m
11/9/2026 5.3 m
12/9/2026 5.4 m
13/9/2026 5.4 m
14/9/2026 5.3 m
15/9/2026 5.1 m
26/9/2026 5.2 m
27/9/2026 5.4 m
28/9/2026 5.4 m
29/9/2026 5.4 m
30/9/2026 5.3 m
1/10/2026 5.0 m
9/10/2026 5.2 m
10/10/2026 5.4 m
11/10/2026 5.4 m
12/10/2026 5.4 m
13/10/2026 5.2 m
14/10/2026 5.0 m
24/10/2026 5.0 m
25/10/2025 5.2 m
26/10/2026 5.4 m
27/10/2026 5.5 m
28/10/2026 5.4 m
29/10/2026 5.2 m
7/11/2026 5.1 m
8/11/2026 5.2 m
9/11/2026 5.1 m
10/11/2026 5.1 m
11/11/2026 5.0 m
23/11/2026 5.1 m
24/11/2026 5.2 m
25/11/2026 5.3 m
26/11/2026 5.2 m
27/11/2026 5.1 m
24/12/2026 5.0 m
25/12/2026 5.1 m
26/12/2026 5.1 m
27/12/2026 5.0 m
Saya nak simpan jadual ni untuk persediaan sekiranya berlaku hujan lebat pada 2026 ni, yang kemungkinan akan membawa kepada banjir di Lembah Klang.


0 comments:
Post a Comment