December 18 2025, 9.23PM


Dah terlalu lama saya pendam.

Dan mungkin dah sampai masanya saya luahkan semua yang terbuku.


*****


Akhir-akhir ni ramai yang bualkan tentang filem Papa Zola.

Saya tak berkesempatang untuk tonton, sebab saya sebenarnya bukan kaki wayang.

Antaranya, banyak masa terbuang semata-mata nak tonton filem 2 jam. Kena start kereta, hadap jem, jalan kaki dari parking ke pawagam, tonton 2 jam untuk filem, jalan kaki ke parking dan hadap jem lagi.

So, tunggu je la filemnya keluar online.

Ramai cerita tentang kekaguman mereka terhadap insan bergelar suami dan bapa.

Dan bagi saya, secara peribadinya, istilah 'abah' itu ialah seseorang yang saya nak padam dalam hidup saya.


*****


Hubungan saya dengan arwah abah sebenarnya sangat dingin. Part ni memang ramai tak tahu.

Saya sebenarnya ialah mangsa penderaan bapa saya sejak kecil.

Selalu dipukul, ditampar dan ditendang.

Saya tidak menolak sikap panas barannya diturunkan kepada anak-anak, termasuk saya.

Sebab contohnya dah ada depan mata. Kami anak-anak ni macam span yang serap semua yang berlaku di sekeliling.

Dan itulah saya cuba perjuangkan. Saya mahu menjadi generasi terakhir yang menjadi mangsa kekejaman itu. 

Saya sedang belajar untuk kawal kemarahan saya. Hari ni ada kejadian yang buat saya hampir meletup, tapi saya berjaya tenangkan diri. Takde siapa cedera, dan saya pun tak lawan balik.


*****

Mengapa ya orang yang lebih tua kerap merotan dan memukul anak?

Teori saya, mereka dibesarkan dengan sistem itu. Dan bagi mereka, hanya sistem itu sahaja yang betul.

Katanya anak-anak sekarang pun katanya biadap sebab tak dirotan.

Secara peribadinya, saya tak setuju. Saya masih berpegang bahawa rotan bukan penyelesaiannya.


*****

Apa yang saya lalui bukan sekadar rotan dan penampar. Saya sering dimalukan di hadapan saudara-mara dan kawan-kawan ibu bapa saya, bahawa saya anak yang teruk, degil, malas supaya saya diletakkan sama tahapnya dengan anak orang lain.

Bagi mereka, itu merendah diri. Tak meceritakan pencapaian akademik saya dengan anak orang lain walaupun saya skor exam tiap-tiap tahun.

Tak pernah. Kerana mereka mereka tak mahu dilabel bongkak sebab ada anak yang bijak.

Saya tak nafikan, inilah punca saya keyakinan diri yang rendah. Kerana saya dibesarkan dengan kekerasan dan sering dikeji.

Untuk buat keputusan yang mudah pun saya perlukan bantuan mereka. Sebab takut salah buat keputusan dan dipukul.

Inilah cara keluarga kami dibesarkan. Dan kesannya masih berbekas hingga saya dewasa.


*****

Kalau melalui ruang dalam rumah kami, apabila saya bertembung dengan arwah abah, saya akan pandang lantai, tak nak tengok muka dia.

Pernah arwah abah duduk sebelah saya di meja makan. Saya bangun, duduk di tempat yang lebih jauh.

Arwah abah ajak bersembang. Saya pandang tempat lain. Jawab acuh tak acuh.

Arwah abah nak ke Jerman untuk training tempat kerja. Satu keluarga hantar beliau ke KLIA. Saya nak duduk rumah, nak acah-cah nak study.


*****

Disebabkan saya tak mampu berdiri sendiri, saya kelihatan lambat untuk matang berbanding kawan sebaya saya.

Sebab tu, siapa-siapa yang kenal saya masa zaman UTM dulu, mesti perasan yang saya senang sangat melekat dengan senior.

Sebab saya perlukan figura abang & kakak untuk terus hidup.

Bila geng-geng senior Tahun 3 & Tahun 2 lepak mana-mana, sayalah yang paling muda dalam group tu.

Bila nak bercerita, saya akan mesej Kak Nafisah. Beliaulah kakak senior yang paling rapat dengan saya. Beliau tahu semua rahsia saya. Lepas tu selalu jugak menyakat Kak Umi & Bunda Ena kat facebook.

Seronok sebenarnya bila jadi 'adik' semua senior ni. Saya rasa sangat disayangi berbanding suasana di rumah.


*****

Ketika arwah abah meninggal, saya tak menangis.

Ahli keluarga saya dah meleleh dah air mata.

Jauh dalam hati saya, ada rasa lega sebenarnya.

Saya takkan terseksa lagi lepas ni.

Jujur saya cakap, memang saya pernah doa arwah abah pergi awal.

Adakah saya ni anak derhaka?


*****

Figura seorang bapa tu tak wujud dalam kamus hidup saya.

Apa-apa pun, saya sebagai anak, pastinya mendoakan kesejahteraan arwah abah di sana.

Saya tak tahu adakah saya nak sangat pengiktirafan daripada beliau, dan mengharapkan beliau bangga dengan saya.

Saya rasa tak perlu pun semua tu.

Saya cuma harapkan anak-anak saya tak lalui trauma itu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...