December 13 2017, 9.42 pm

Minggu lepas, 7 Disember 2017, saya secara rasminya khatam bahasa Jerman.
Actually, saya belajar melalui app Duolingo. App ni sebenarnya sangat bagus kepada sesiapa yang berminat nak belajar bahasa asing. Cuma perlukan sambungan Internet dan belajar di mana-mana. Selalunya saya belajar semasa waktu rehat di tempat kerja.

Untuk bahasa Jerman atau 'German' atau  disebut 'Deutsch' oleh orang Jerman sendiri, ada 121 bab yang mengandungi 2 342 perkataan, dan saya ambil masa 1 tahun 4 bulan (14/8/2016-7/12/2017) untuk habiskan kesemuanya.

Bagi saya, bahasa Jerman ni agak mudah sebab dia share root yang sama dengan English. Ada banyak sebutan yang seakan-akan sama dengan bahasa Inggeris yang sekaligus memudahkan saya untuk hafal perkataan-perkataan tersebut.

December 10 2017, 11.05 am

Bermula dengan sebuah lagu bertajuk "Cinta Sejati" yang pernah dimainkan dalam "Semanis Kurma" di TV9 satu ketika dahulu, saya mula mencari lebih banyak maklumat tentang lagu tersebut. Rupa-rupanya lagu tu dinyanyikan oleh Bunga Citra Lestari untuk filem "Habibie & Ainun". BCL juga melakonkan watuk Ainun dalam filem tu. Filem ni juga mencatatkan sejarah baru sebagai filem Indonesia yang mempunyai jumlah penonton yang paling tinggi sampai ke hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...