December 13 2017, 9.42 pm

Minggu lepas, 7 Disember 2017, saya secara rasminya khatam bahasa Jerman.
Actually, saya belajar melalui app Duolingo. App ni sebenarnya sangat bagus kepada sesiapa yang berminat nak belajar bahasa asing. Cuma perlukan sambungan Internet dan belajar di mana-mana. Selalunya saya belajar semasa waktu rehat di tempat kerja.

Untuk bahasa Jerman atau 'German' atau  disebut 'Deutsch' oleh orang Jerman sendiri, ada 121 bab yang mengandungi 2 342 perkataan, dan saya ambil masa 1 tahun 4 bulan (14/8/2016-7/12/2017) untuk habiskan kesemuanya.

Bagi saya, bahasa Jerman ni agak mudah sebab dia share root yang sama dengan English. Ada banyak sebutan yang seakan-akan sama dengan bahasa Inggeris yang sekaligus memudahkan saya untuk hafal perkataan-perkataan tersebut.







So, lepas ni, plan saya, saya nak ambik TestDAF. Tak tahulah macam mana. Tapi saya teringin nak masuk kelas hari Sabtu, belajar untuk beberapa minggu, lepas tu ambik exam diorang. Lepas lulus, cepat-cepat apply universiti kat sana, tunggu panggilan, siapkan semua dokumen, transkrip duit, etc, then fly.

*****

Memetik dialog daripada filem 'Arrival' lakonan Amy Adams dan Jeremy Renner,

"You know, I was doing some reading about this idea that if you immerse yourself into a foreign language, that you can actually rewire your brain."

"Yeah, the Sapir-Whorf Hypothesis. The theory that... It's the theory that the language you speak determines how you think and ..."

"Yeah. It affects how you see everything."


This is true. Orang putih kata, "You can't unsee what you have seen". It feels like magic. Otak saya terasa tak boleh berhenti berfikir dan cuba mentafsir setiap perkataan Jerman yang saya jumpa di mana-mana. Struktur ayat bahasa Jerman juga sebenarnya agak berbeza sedikit dengan English, di mana kata kerjanya selalunya berada di belakang ayat, macam "I eat apple" dan "I apple eat". Ini sebenarnya satu latihan untuk buat saya lebih cekap berfikir dan secara tak langsung saya jadi lebih peka terhadap persekitaran. Saya memang tak boleh kawal semua ni. But it's truly amazing. Kepada sesiapa yang enhance your brain power, boleh try belajar dan kuasai apa-apa bahasa asing.

Danke, tschuss!
~Natural Cure~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...