December 10 2017, 11.05 am

Bermula dengan sebuah lagu bertajuk "Cinta Sejati" yang pernah dimainkan dalam "Semanis Kurma" di TV9 satu ketika dahulu, saya mula mencari lebih banyak maklumat tentang lagu tersebut. Rupa-rupanya lagu tu dinyanyikan oleh Bunga Citra Lestari untuk filem "Habibie & Ainun". BCL juga melakonkan watuk Ainun dalam filem tu. Filem ni juga mencatatkan sejarah baru sebagai filem Indonesia yang mempunyai jumlah penonton yang paling tinggi sampai ke hari ini.

Sesungguhnya, 'Habibie' ni menjadi kebanggaan di Indonesia. Saya, sebagai rakyat Malaysia pun sebenarnya bangga terhadap beliau. Dan saya teringin sangat nak jumpa beliau. Beliaulah inspirasi paling kuat untuk saya sambung belajar dalam bidang aeroangkasa di Jerman.

Kemudian keluar prekuel filem bertajuk 'Rudy Habibie'. Lagi la saya teruja nak tengok di pawagam. Saya masih ingat, baru 3 hari filem tu ditayangkan, tapi sambutannya sangat hambar. Pawagam hampir kosong. Saya, ibu saya dan tak sampai tujuh orang agaknya yang tengok filem tu. Saya kecewa sangat tengok orang Malaysia yang lebih sukakan filem-filem hiburan lainnya berbanding filem macam ni.

Tapi, mungkin satu masa nanti, kita pun boleh buat kapal terbang 100% buatan anak tempatan. Ia pastinya akan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...