August 13 2019, 7.35 am

Raya Haji ni tak ke mana pun. Balik kampung pun tak. Saya sengih je tengok laporan trafik time raya ni. Nasib la orang kampung jauh ni. Haha. Kat Selangor ni raya Aidiladha memang takde apa sangat pun.

August 5 2019, 7.51 am

Busy gila minggu ni. Kena betulkan report la. Macam-macam.

Anyway, ni progress terbaru rumah baru tu.
Baru pasang lampu dengan kipas.
Tapi elektrik daripada TNB belum masuk rumah.
Air pun masih dalam perbincangan dengan pemaju. Belum tahu harganya lagi.

July 29 2019, 7.39 am

Minggu lepas banyak cerita Thailand keluar kat kaca televisyen. Musim filem Thai agaknya sekarang ni. Tapi yang paling best bagi saya ialah "I Fine... Thank You Love You".

July 22 2019, 7.36 am

Duduk kat Selangor ni memang tak lari daripada masalah air. Sebelum tukar kerajaan lagi benda ni dah agak biasa berlaku. Nama Azmin Ali selalu kena petik dalam Buletin Utama. Saya sengih je bila tengok berita beberapa tahun lepas. Tapi masalah ni sebenarnya bukanlah disebabkan politik. Saya percaya ada banyak kes sabotaj berlaku.

July 15 2019, 6.38 am



I've been interested with the home organization subject lately.
Bermula dengan membaca sedikit sampel daripada buku 'The Complete Book of Home Organization: 200+ Tips and Projects' oleh Toni Hammersley sampailah ke video-video Marie Kondo kat Youtube.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...