October 212023, 6.19 pm

 

Pada 17 Disember 2021, hari Jumaat, hujan turun sepanjang hari di seluruh Selangor. Hujan memang perkara biasa di pantai Barat Semenanjung Malaysia pada musim Monsun Timur Laut ini, yang mana angin bertiup kencang dari Kelantan ke Selangor, membawa awan bersamanya dan berkumpul di puncak banjaran Titiwangsa. Tapi apa yang luar biasa ialah gugusan awan ini terlalu banyak kerana pengaruh angin Lekukan Tropika 29W yang sangat kuat, menolak awan ini melepasi banjaran tersebut, lalu hujan jatuh mencurah-curah di bahagian barat Kawasan tersebut. Hujan lebat turun di empangan Sungai Klang, meninggikan paras air, dan air terpaksa dilepaskan segera atau empangan tersebut akan pecah.


Lebih malang, fasa bulan penuh sedang berlaku. Paras air laut tinggi kerana air pasang. Kalau empangan dah penuh sampai terpaksa lepaskan air, paras air laut di hilir pula memang sudah tinggi, apa maknanya?

18 Disember 2021, air melimpah sepanjang Sungai Klang dan sungai-sungai yang lain hingga ke laut. Banjir besar berlaku di seluruh Selangor.

Saya merupakan penduduk Meru, Klang. Banjir hingga paras pinggang. Tapi lipurtan media lebih banyak tertumpu di Taman Sri Muda. Bantuan pun tak kunjung tiba di rumah kami. Kami kelaparan selama 3 hari.

Tetapi peristiwa ini membuka mata  saya tentang  geografi di sekitar Klang.

Di Selat Melaka, pasir yang dibawa oleh arus Lautan Hindi melalui utara melalui Selat Melaka  terdampar di antara Pelabuhan Klang & Tanjung Balai, Indonesia lalu mencipta sebuah ‘tebing‘. Tebing inilah yang menjadi dinding di dasar Selat Melaka, dan menjadi punca mengapa Selat Melaka menjadi semakin cetek. Kapal yang berlayar melalu kawasan ini perlu berlayar di tengah-tengah Selat Melaka supaya tidak terlanggar dasarnya.

Tebing Pelabuhan Klang-Tanjung Balai yang cetek inilah antara faktor banjir besar berlaku di Selangor.

Apa yang lebih mengejutkan, Sumatera, Semenanjung Malaysia & Borneo adalah SATU DARATAN yang sangat besar. Dan kawasan ini dipanggil Pentas Sunda. Dan semakin saya kaji, rupa-rupanya  Pentas Sunda ini pernah menjadi saksi kepada sebuah tamadun yang sangat agung satu ketika dahulu.

Tamadun Alam Melayu.

Bila sebut Melayu, kita hanya faham tentangnya lebih kepada konsep negara bangsa & identiti. Konsep ini salah sama sekali.

Melayu ialah kerajaan dan tamadun. Bahkan usianya lebih tua daripada tamadun Rom!

Saya ternganga bila terbaca tentang ini. Kenapa kita tak pernah dengar benda ni waktu zaman sekolah dulu?

Oleh itu, dalam 2 tahun ini, saya terpanggil untuk mengkaji lebih banyak tentang siapa diri kita sebenarnya, selaku bangsa kedua tertua di dunia.

 

MELAYU

 

Menurut penyelidik, terdapat 3 teori tentang asal usul orang Melayu:

1.       Yunnan

2.       Taiwan

3.       Sundaland (Kepulauan Melayu)

 

Istilah “Melayu”  pula berasal daripada perkataan ini:

1.       Malayo (Bahasa Tagalog) yang  diambil daripada “layo” atau “layoh” bererti “jauh“.

2.       Malaya (Bahasa Tagalog) yang bereti “bebas“, yang mana “laya“ bermaksud “layar”

 ****

5 juta tahun dahulu

Teori kemenjadian DNA menyatakan DNA manusia pertama wujud pada 5 juta tahun dahulu.

Terdapat 2 jenis kajian DNA yang digunakan untuk mengesan perwarisan manusia moden daripada juraian ibu & juraian bapa.

1.8 juta tahun dahulu

Kapak batu tertua di dunia ditemui di Lenggong, Perak yang mana ianya lebih tua daripada kapak di Afrika. Ini menunjukkan Asia Tenggara merupakan penempatan awal manusia.

 200 000 tahun dahulu

DNA manusia moden, iauitu Homo sapien wujud dan bermula di Afrika Timur. Bangsa Melayu berasal daripada juraian ini.

Kajian kromosom-Y yang dipanggil Y-Chromosomal Most Recent Common Ancestor (Y-MRCA) juga meletakkan usia 200 000 tahun.

Ini mengesahkan teori satu ibu & satu bapa, iaitu Adam & Hawa.

74 000 tahun dahulu

Masyarakat berhijrah daripada Afrika tiba di Tanah Melayu selepas menyeberangi Laut Merah, Selatan Semenanjung Arab, Pantai barat India, dan Indochina melalui jalan pantai yang panas.

Letusan Gunung Toba mengorbankan 70% penduduk bumi.  Manusia yang tinggal di Gua Niah, Gua Gunung Runtuh, Gua Teluk Kelawar terselamat daripada bencana ini, dan melahirkan bangsa asal Asia Tenggara. Mereka berasal daripada 4 bangsa purba Asia Tenggara.

Nenek moyang Melayu telah berkampung di pedalaman Asia Tenggara dan menjadi induk utama bangsa Daic di Utara Vietnam & Indochina. Mereka menurunkan generasi Melayu, Mon, Khmer & Pyu.

60 000 tahun dahulu

Melalui MtDNA, Melayu ialah bangsa terawal yang masih bermandiri di dunia. Mereka ialah pecahan genetik tertua dari Afrika sebelum berevolusi di Utara & Timur.

Menurut Yao dalam „Phylogeographic Differentiation of Mitochondrial DNA in Han Chinese“, migrasi orang China bermula daripada Selatan, bermula di Asia Tenggara ke China. Ini bererti genetic Melayu lebih tua daripada China, sekaligus menolak Theory Out of Yunnan & Theory Out of Taiwan.

Asia Tenggara menjadi takungan genetik  Melayu & Mon dan bergerak ke Benua Sunda. Dan ini tidak merujuk kepada orang Semang semata-mata, bahkan nenek moyang Melayu.

59 000 tahun dahulu

MtDNA Melayu hampir sama usianya dengan Semang. Orang Melayu hakikatnya pendatang yang berhijrah dari Afrika ke Benua Sunda dan menjadikan kawasan ini sebagai tanah air mereka.

Orang Melayu tiada allele jenis E (genetik Afrika) tetatpi mempunyai genetik yang bermutasi daripada kitaran pertama genetik allel M, N & R. Penanda genetik (genetic marker) orang Melayu ada banyak persamaan dengan kepulauan Melayu, Mikronesia & Polinesia.

Pergerakan penutur Bahasa Austronesia di kepulauan Melayu berdasarkan DNA adalah bermula di pedalaman Asia Tenggara, kemudian Semenanjung & kepulauannnya, dan bertemu penduduk Taiwan di Papua & Filipina.

50 000 tahun dahulu

Ibu orang Melayu berada di Kepulauan Melayu.

40 000 tahun dahulu

Bapa orang Melayu (haplogroup K)  berada di Kepulauan Melayu, dan mungkin tiba pada waktu yang sama dengan ibu orang Melayu (50 000 tahun dahulu), tetapi mengalami mutasi yang berbeza.

MtDNA ibu Melayu lebih stabil dan sukar bermutasi dan terletak di luar nukleus. Mankala kromosom-Y di dalam nukleus yang bererti mudah bermutasi.

Orang di Timur & Timur Laut Kepulauan Melayu ialah cucu & cicit kepada nenek Melayu kita yang bermigrasi ke sana (dan bukanlah dari sana ke mari).

11 000 tahun dahulu

Perak Man merupakan rangka tertua di Malaysia juga ditemui di Lenggong, Perak.

10 000 tahun dahulu

Allele Non-Africa yang sampai ke Kepulauan Melayu ialah K-M. Menurut Tatiana N. Karafetm haplogroup K-M526 sangat spesifik kepada orang Austronesia, bermula di kepulauan Melayu sebelum tersebar ke seluruh dunia.

3 000 tahun dahulu

Teori Slow Boat atau Out of Taiwan mungkin berlaku. Pertembungan ini mewujudkan bahasa Melayu atau bahasa Austronesia.

Tanah melayu hakikatnya menjadi tanah air kita sejak berpuluh ribu tahun dahulu. Melayu menjadi bangsa induk kepada bangsa lain di Timur hingga ke Hawaii & Raapa Nui serta ke Utara (China, Jepun, Korea).

Melayu juga ialah bangsa petama membina ketamadunan & negara bangsa sebelum migrasi zaman moden oleh British. Oleh itu, kita sememangnya bumiputera & pribumi di kepulauan Melayu.

 

582 SM

Tamadun Sungai Batu di Sungai Merbok,Kedah merupakan peradaban bsi terawal Asia Tenggara & Malaysia. Terdapat jeti Pelabuhan purba, industry buat besi & tapak kota Metropolitan di sini. Peradaban ini merupakan asas kerajaan Kedah Tua. Antara kerajaan lain yang sezaman dengannya ialah Kerajaan Langkasuka.

 

206 SM

Menurut Lynda Shaffler, orang China mempelajari ilmu membuat kapal daripada orang Melayu menggunakan tikar anyaman dan buluh. Orang China ketika Dinasti Han menggunakan layer tersebut.

 

140 SM

Rekod terawal oleh Han Shu yang mencatakan “Nahai Trade” iaitu laluan China ke Semenanjung Tanah Melayu.

 Abad 1 (1-100M)

Wujudnya kerajaan Melayu di Nusantara.

Terdapat 3 teori yang menjelaskan sempadan alam Melayu.

7 M

Kerajaan bernama Melayu telah wujud di Jambi. Kerajaan ini dikunjungi oleh I-Ching yang tinggal di sana 6 bulan, belajar Sanskrit dan rajanya menghantar ke negeri Moloyu.

 

Abad ke-2 (101-200 M)

Negara kota & kerajaan kecil tumbuh di seluruh Kepulauan Melayu. Catatan China merekodkan terdapat 30 buah negara kota Melayu berada di Tanah Melayu

 

150 M

Terdapat rekod lukisan Ptolemy tentang ‘Meleu-Kolon’ yang merujuk kepada “Melayu”. Dialam kitab Hindu iaitu Vayu Purana, terdapat istilah “Malaya Dvipa” yang merujuk kepada Tanak Melayu yang bererti “bentuk muka buminya bergunung-ganang”.

 

650 M

Empayar Srivijaya bermula.

Negara kota di Tanah Melayu disatukan di bawah empayar Srivijaya yang beragama Buddha. Dapunta Hyang Sri Jayanasa merupakan raja pertamanya. Namanya direkodkan di prasasti terawal dalam Bahasa Melayu kuno, iaitu Prasasti Kedukan Bukit.

Maharaja Sri Indravarman pernah mengutus surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz daripada Dinasti Umaiyyah supaya menghantar orang ke Srijaya untuk belajar tentang Islam. Dan ada pendapat mengatakan Sri Indravarman memeluk Islam.

(Andainya pendapat ini benar, Islam telah tiba di nusantara sejak abad ke-7  Masihi, tidak lama selepas baginda wafat. Adakah Parameswara yang lahir 600 tahun kemudiannya juga sebenarnya seorang Islam?)

Maharaja lainnya ialah Maharaja Dharaindra daripada Dinasti Sailendra yang memerintah Srivijaya dari Pulau Jawa & digelar “penumpas musuh-musuh perwira.”

Empayar ini samgat luas sehingga ke Filipina, di mana terdapat prasasti Melayu-Kuno di Manila, iaitu “Prasasti Keping Tembaga Laguna”

Kedudukan kerajayaan Srivijaya  yang strategik antara Timur & Barat membuatkan ianya menguasai laluan maritim “International Nahai Trade” iaitu laluan dari China hingga ke kerjaan Selatan hingga Timur Tengah & Afrika.

Kerajaan Srivijaya mempunyai Pelabuhan entrepot terpenting dunia. Srivijaya mengekalkan keamanan & kestabilan rantau ini mebolehkan China boleh berlayar ke Tanah Arab dari Dinasti Tang, Song sehingga Yuan.

Srivijaya juga dikatakan sangat kaya sehngga maharajanya mencampka jongkong emas ke dalam tasik di hadapan istana setiap hari. Selepas mangkat, jongkong emas tersebut akan ditimbang sebagai ukuran prestij maharaja tersebut.

Dari sudut ketenteraan, Srivijya pernah menyerang Chenla, yang mana maharaja Chenla mengimpikan untuk kepala maharaja Srivijaya di atas dulang makanannya. Tetapi apa yang berlaku adalah kepala maharaja Chenla yang dipancung. Chenla menjadi milik kerajaan Srivijaya.

Srivijaya pernah diserang oleh Rajendra Chola dari Selatan India yang mula melemahkan kerajaan tersebut. Ini ditambah lagi pemberontakan negara kota Melayu untuk bebas daripada Srivijaya.

1280 M

Empayar Srivijaya berakhir.

Srivijaya ditakluk kerajaan Singhari di kepulauan Jawa. Dan inilah kebangkitan kerajaan Melaka. Melayu yang terkenal sebagai dinasti & kerajaan berubah menjadi Melayu negara bangsa & identiti seperti yang kita fahami hari ini.

Parameswara melarikan diri daripada kerajaan Singapura Purba selepas ditakluk Majapahit. Baginda kemudiannya mengasaskan kerajaan Melaka. Bermula dengan negara kota & pelauhan kecil, Melaka menjadi empayar ykaya-raya.

Tom Pires pernah berkata, “sesiapa yang menakluk Melaka, dia akan memegang kerongkong Venice”.

Duerto Barbarossa menyatakan Bandara Melaka  ialah Pelabuhan terkaya dan banyak barang dagangan boleh diperoleh dari seluruh dunia.

2000 buah kapal berdagang setiap hari di Melaka. Analoginya seperti apa yang kita boleh lihat di Singapura moden hari ini.

Zaman kegemilangannya berlaku pada era Sultan Mansur Shah yang menakluk Pahang, Kampar & Siak. Majapahit juga menyerahkan Indragiri, Jambi, Tungkal & Siantan.

Dai-Viet pernah mengasari utusan Melaka, dan selepas mendapat restu Dinasti Ming, Melaka berhadapan 90 000 orang tentera Dai-Viet & menang. Sebanyak 23 uah kerajaan tunduk kepada Melaka, dan Kelantan merupakan wilayah terakhir.

P. Wheatley dalam The Golden Khersonese menyatakan Iskandar Syah menghantar kapal & perahu yang dikendalikan orang Laut untuk memaksa kapal singgah di melaka seperti zaman Srivijaya & laut tersebut menjadi laut persendirian.

1511 M

Berakhirnya kerajaan Melaka.

Melaka jatuh setelah diserang Portugis. Selepas menawan istana Sultan Mahmud Syah, Portugis merampas harta-harta baginda. Ada peti besi besar berkaki yang penuh dengan permata bernilai 60 000 cruzado, 4 balang emas minyak wangi, bekas emas mengandungi mutiara & gadis cantik sebagai dayang istana, emas simpanan Sultan Alauddin Riayat Syah seberat 3 tan.

Harta karun yang paling mahal dalam sejarah dunia merupakan harta yang dirampas oleh Portugis sebelum kapal Flor De La Mar yang tenggelam di Selat Melaka.

Di Pulau Borneo, Nakhoda Ragam atau Sultan Bolkiah mula menakluk kawasan sekitar persisiran Borneo sepert Sambas, Tanjungpura, Kota Waringin, Banjarmasin, Pasir, Kutai, Bulungan. Empayar ini luas sehingga Sulu, Palawan, Mindoro, Keramian hingga Luzon & Manila.

Baginda mendapat nama Nakhoda Ragam kerana suka main kecapi & gendang semasa mengembara. Baginda juga membawa segantang lada hitam mencampakkan sebiji lada di kawasan jajahannya hingga habis.

Portiguese Documents on Malacca ada menyatakan Flor De La Mar mempunyai geladak Haluan & geladak buritan yang tertinggi antara geliung milik Portugis & hamper menyamai geladak Jong Melayu sahaja. Dinding Jong Melayu itu sangat tinggi sehingga orang Portugis tidak mampu memanjatnya & setebal 4 lapis & tak rosak akibat peluru meriam.

Abad ke-19 (1801-1900M)

Alfred Russel Wallace menetap di Asia Tenggara dan mula mengkaji  flora & fauna di Nusantara.

 

1859

Alfred Russel Wallace menamakan garis halimunan “Wallace Line”.

 

1945

Indonesia mencapai kemerdekaan. Ini membuktikan sempadan Indonesia hanya wujud mulai 1945, sekaligus menafikan bahawa orang Melayu berasal daripada Indonesia.

 

1948

Wujudnya Persekutuan Tanah Melayu.

 

1957

Tanah Melayu Merdeka

 

1963

Wujudnya negara bernama Malaysia. 


Rujukan:

1. Kitab Tamadun Melayu, Patriots Asia

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...