October 22 2023, 3.22 pm

Bentuk muka buminya yang dikelilingi pulau dan laut mengilhamkan orang Melayu untuk membina kapal dan meneroka Nusantara hingga ke luar alam Melayu. Kapal ini berkeupayaan tinggi kerana dengan drauf yang kecil tetapi mampu menampung ramai anak kapal. Mempersoalkan Melayu ini pendatang daripada Indonesia ke Tanah Melayu hakikatnya mempersoalkan tuan ramah yang bergerakdalam rumah sendiri.

Di sinilah rumah Melayu. Rumah yang dikongsikan bersama orang lain, dengan syarat mereka perlu setia kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat 3 teori yang digunakan oleh penyelidik untuk memberi takrifan sempadan alam Melayu:

1.        Teori Wallace Line

2.      Teori Pentas Sunda.

3.       Teori Linguistik

 

1.        Teori Wallace Line



Teori ini merupakan teori kepelbagaian bio. Hasil daripada kajian oleh Alfred Russel Wallace, beliau menemui kepelbagaian spesies flora & fauna di Nusantara. Beliau merupakan pengkaji British yang tinggal di Asia Tenggara pada kurun ke-19. Menurut beliau, terdapat perbezaan spesies flora & fauna yang ketara dan dipisahkan oleh garisan halimunan yang dinamakan “Wallace Line” pada 1859. Flora & fauna di kawasan ini ini tidak pernah menyeberangi garisan tersebut.

Garisan ini terdapat di antara Jawa & Bali (alam Melayu) dengan Lombok & Sumbawa (bukan alam Melayu.) Konsep yang sama juga boleh dilihat di Borneo (alam Melayu) dengan Sulawesi. Kepulauan Filipina (alam Melayu) juga berbeza dengan haiwan & tumbuhan di Irian Jaya.

 

2.        Teori Pentas Sunda.




Teori ini berasaskan geografi dan diperkenalkan oleh Anthony Reid. Plat tektonik atau struktur geografi di Pentas Sunda mewujudkan sempadan alam Melayu. Teori ini disahkan oleh Prof. Oppenheimer.

 

3.        Teori Linguistik



Terdapat 1200 varian bahasa Malayo-Polynesia di seluruh kawasan Malayo-Polynesia atau kini disebut Austronesia. Kawasan ini mencakupi kepulauan Ester di Timur hingga Madagascar di Barat.

 

*****

Abad 1

Wujudnya kerajaan Melayu di Nusantara.

 

Abad ke-19

Alfred Russel Wallace menetap di Asia Tenggara dan mula mengkaji  flora & fauna di Nusantara.

 

1859

Alfred Russel Wallace menamakan garis halimunan “Wallace Line”.

 

1945

Indonesia mencapai kemerdekaan. Ini membuktikan sempadan Indonesia hanya wujud mulai 1945, sekaligus menafikan bahawa orang Melayu berasal daripada Indonesia.

 

1948

Wujudnya Persekutuan Tanah Melayu.

 

1957

Tanah Melayu Merdeka

 

1963

Wujudnya negara bernama Malaysia.

 

Rujukan:

1.       Kitab Tamadun Melayu, Patriots Asia Sdn. Bhd.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...