November 23 2019, 9.48 pm

Happy birthday to me! Dah 29 tahun dah hidup kat atas muka bumi ni. Tahun depan masuk 3 series. Haha.

Anyway, birthday kali ni berbeza sikit dengan tahun lepas, sebab saya habiskan hampir separuh hari kat hospital. Saya takde sakit apa pun. Tapi adik perempuan saya baru buat pembedahan semalam. Ni sebenarnya pengalaman pertama saya habiskan banyak masa kat wad.


November 17 2019, 11.39 am

15 November 2019

Hari itu, beliau tersenyum apabila terserempak dengan saya di tempat kerja. Beliau pakai baju dan tudung hitam. Pagi-pagi lagi nampak kelam-kabut nak agihkan 'mug' atau cawan seramik sempena majlis perpisahan beliau. Yang peliknya, benda ni sepatutnya AJK majlis tu yang beli dan uruskan, dan bukannya kakak ni.

Tapi beliau nampak tak kisah pun. Apa-apa majlis birthday bos-bos dan jamuan raya atau apa-apa jamuan pun beliau yang uruskan dari A sampai Z. Beliau jugak la yang kumpul duit, cari katering, beli hadiah, tanya siapa-siapa nak join kat Whatssapp group kami.

She's literally the center of everything in our workplace.

*****

November 11 2019. 12.17 am



I went to the MPH Bookstore yesterday, and stumbled on a book of Raspberry Pi. Then I realised that I haven't touch my Raspberry Pi 3 Model B+ for months. And I would like to buy that magazine, but I'm afraid that my budget for this month will become haywire again, so I put it back on the bookcase.

November 4 2019, 7.44 am

Mak saya ada cerita, di kampung halamannya ada sebuah keluarga.
Si suaminya kerja kampung, si isteri pulak pernah kerja kilang.
Maka, si isteri pernah mencarum EPF.
Ketika usia si isteri hampir 55 tahun, suaminya bercadang untuk beli Mercedes (guna duit EPF isteri ya!).
Ketika berusia 55 tahun, si isteri pun dapat keluarkan duit daripada Akaun 1.
Bagi duitnya kepada suaminya untuk dibelikan Mercedes.
Bangga la sebab bawak kereta mewah kat kampung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...