January 14 2018, 3.26 pm

Fahri yang kini memegang 'title' Professor di hadapan namanya meneruskan hidup di Edinburgh setelah bertahun-tahun tidak mendengar khabar daripada Aisha. Kali terakhir suara Aisha didengar ketika pengeboman di Gaza, yang ketika itu Aisha dan Alicia membuat kerja sukarelawan di sana. Fahri hidup dengan memegang amanah Aisha dan berdakwah kepada orang di sekelilingnya.

Fahri bertemu semula dengan Hulya, sepupu Aisha ketika beliau sedang berkuliah. Hulya ketika itu sedang membuat survey untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat post-graduate. Seperti Aisha, Hulya juga mempunyai darah Jerman. Dia memutuskan untuk meymbung ke bidang filologi, iaitu bidang yang sama dengan Fahri.

Keira pula merupakan jiran Fahri yang sangat membenci Islam kerana bapanya mati ketika pengganas meletupkan bom di London. Keira bercita-cita untuk menjadi pemain biola yang hebat satu ketika nanti, tapi cita-citanya musnah kerana keluarganya tak mampu untuk membiayai pengajiannya. Adiknya, Jason, juga tak dapat meneruskan pengajian di sekolah bola.

Kemudian muncul pula kehadiran seorang wanita bernama Sabina yang penuh dengan misteri.



*****
Apa yang saya boleh cakap, this the true 'greatest love story' seperti yang kita lihat dalam trailer filem ni. Saya belum pernah baca novelnya, jadi ending cerita ni agak misteri kepada saya.

Mula-mula bila tengok cerita ni, saya rasa macam ada aura 'Surga Yang Tak Dirindukan 2'. Sebab filem ni berlatarkan Islam di bumi Eropah. Berbeza sangat dengan filem Ayat-Ayat Cinta sebelum ni yang berkisar sekitar Mesir dan gurun. Bila dah sampai hujung cerita, saya rasa macam tengok filem Face/Off lakonan John Travolta dan Nicholas Cage. (Orang yang dah tengok AAC2 & Face/Off mesti tergelak kuat-kuat bila baca ni.).

Overall, cerita ni sangat sedih. Ada dua part yang saya beremosi sikit. First, masa Fahri kahwin dengan Hulya (Fahri cakap Arab ya masa ni). Semestinya itulah hari yang menggembirakan bagi kedua-duanya, tapi tidak bagi Sabina yang berlari meninggalkan majlis sambil diperhatikan oleh Nenek Catarina. Waktu tu lagu "Bulan Dikekang Malam" oleh Dato' Rossa dimainkan. Daripada mimik muka dan wajahnya yang berpurdah, penonton masih boleh 'dengar' Sabina meraung sekuat-kuatnya di jalan. Dia punbalik rumah dan tengok office Fahri, dan ada banyak gambar Aisha di dinding. Sabina pun main biola kegemaran Aisha sambil menangis. Mata saya dah bergenang dah, tapi belum tumpah lagi. Tapi bahagian yang betul-betul buat saya menitiskan air mata, waktu 'Sabina' menceritakan hal sebenar tentang apa yang berlaku di hujung cerita. As I mentioned earlier, this is the true greatest love story.

Perasan tak? Fedi Nuril yang membawa watak Fahri selalunya berlakon filem watak poligami. Cuba tengok Surga Yang Tak Dirindukan 1 dan 2. Dalam filem ni, tak banyak pelakon yang kembali daripada filem asal, terutamanya Rianti Cartwright. Selain Aisha, saya mengharapkan nama Maria disebut, tapi takde. Takde apa-apa rujukan pun tentang Maria daripada filem pertama. Mungkin dalam novel ada la.

Filem pertamanya memang saya rasa sebuah filem yang gagal, tapi filem kali ni memang jauh lebih baik. OST pun best. Pergilah ke pawagam terdekat dan tonton cerita ni.

~nc~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...