February 28 2018, 7.01 pm




  Takde idea nak update blog. Share video je.



So, currently I'm reading "Ayat-Ayat Cinta 2". Sampai bab "Bunga-bunga Makrifat". Fahri ada belikan biola untuk Keira. Sabina dah mula tinggal dengan Fahri dan Hulusi. I think the novel version contain lots of details compared to the film. Watak Hulya pun belum muncul lagi.



Buku lain yang saya tengah baca sekarang, "Collins Easy Learning German Grammar". Dah sampai muka surat 90 daripada 198 muka surat. Sekarang dah masuk bab "Verbs" atau kata kerja. Actually, cara yang betul untuk belajar bahasa sebenarnya bermula dengan grammar atau tatabahasa sebelum 'terjun' dalam bahasa tersebut.



Kenapa rajin sangat belajar bahasa Jerman ni? Sebenarnya, saya dah jumpa 'jalan' nak ke sana. Step dia macam ni:



1. Belajar bahasa Jerman

2. Ambil exam bahasa Jerman.

3. Lulus! Dah boleh apply ke sana.

4. Tunggu diorang (universiti) panggil. Dapatkan surat tawaran tu.

5 (RAHSIA)

6 Terbang ke Jerman!



(Ayah tiri saya banyak membantu dan menyokong usaha murni saya ni. Dia yang kongsi 'rahsia' tu.)



Mudah je. Tapi nak study tu, satu hari satu page pun belum tentu *sigh*. Busy gila kut. Time cuti memang saya pulun gila-gila. Asal cuti je duduk rumah. Study dari Subuh sampai tengah hari. Lepas tu membuta. Lepas tu study balik lepas solat Zohor sampai ke Asar. Lepas Asar main videogame sampai Maghrib. Malam sambung study. Minggu depan repeat k? Tapi takde cendol.



~Natural Cure~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...