26 Julai 2014, 3.25 pm
Dah jadi trend agaknya drama Melayu kat Malaysia ni ada ending tergantung.
Atau kalau tak tergantung pun, mesti ada sekuelnya.
Macam raya ni, ada Love You Mr. Arrogant, Sebenarnya Saya Isteri Dia dan jugak Kampung Girl khas untuk hari raya.
Actually, ada satu drama Melayu ni yang saya mengharap la sangat ada sambungannya.
Citer apa neh?
Drama ni baru je habis kat tv, tapi saya tak pernah pun ikut cerita ni dari mula.
Ni pun sebab berbuka kat rumah, barulah bukak tv time Maghrib.
Dari sehari ke sehari, saya pun mula suka cerita ni, sampailah ending dia.
Drama tersebut ialah Kerana Terpaksa... Aku Relakan..
Memang best giler cerita ni.
Habis je drama ni, saya pun download banyak-banyak episodnya dari internet, sebab nak ikut cerita ni dari mula.
Actually, ending dia memang tergantung, dan penonton memang nak tau apa yang berlaku.
Dato' Safiya ada mention pasal ibu Indah Halina, dan dia tahu ibunya berada di mana.
And the credit rolls. And I was like "WHAT???".
Saya tak pernah baca novelnya, but I really really really hope ada sambungannya, macam versi raya.
Anyway, Ramadan pun dah sampai penghujung, dan dengar cerita tengok bulan hari ni.
This might be our last Ramadan and Syawal yang kita raikan bersama orang tersayang.
Kepada mereka yang ada anak kecil, memori diorang time raya sekarang ni memang jauh berbeza dengan time kita masa kecik dulu.
Even saya yang beraya kat kampung tiap-tiap tahun pun dah macam takde suasana kampung.
Takde pun nampak lembu melintas jalan. Jalan pun jalan tar, bukan tanah merah lagi. Masak ayam pun ayam suntik, bukan ayam kampung.
Tapi antara benda yang masih kekal, ialah duit raya. Cuma nilainya hari ni tinggi sikitlah.
Anak-anak muda pun dah mula buat hal sendiri, sampai sedara mara datang bersalam pun diorang sibuk dengan tablet dan iPad diorang. Dah takde main kejar-kejar sampai nak roboh rumah.
I think iklan raya Petronas yang baru ni, 'Ke Pangkuan Bonda' is a great message to all of us.
Hidupkan memori indah untukdiorang, so that they will appreciate more about kenangan raya masa diorang kecik dulu.
Until then, Assalamualaikum.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment