July 29 2015, 9.04 pm

Ada makcik kat tempat kerja tanya,
"Kau ni mandi hujan ke apa ni?"

Saya senyum je.
"Tak. Masuk keluar oven."

Baju saya yang dah basah lencun gila-gila sejak pagi sampai petang tu memang dah jadi rutin la kat tempat ni. Lagi kalau dah join Production. Kerja kitorang memang teruk. Supervisor pun dah banyak kali bertukar rupa. Yang lama berenti, lepas tu yang baru ada masuk lagi. Lepas sebulan dua, ada lagi sorag berhenti.

Environment tempat kerja saya ni memang rata-rata-nya oven. Ada dalam 12 biji oven berskala besar. Lepas tu kitorang ada 7 tangki chemical dan 15 tangki air untuk setiap line atau mesin. Disebabkan oven dan tangki yang bersepah-sepah, duduk lima minit kat satu-satu kawasan pun boleh berpeluh. Lagi teruk kalau peluh tu mengalir ke mata. Pedih gila. Setiap hari, saya kena minum 4 botol air sebab tak tahan dengan kepanasan tempat tu. Waktu paling mencabar, waktu Ramadan la. Sampai nak demam je rasanya. Tapi alhamdulillah, tahun ni puasa penuh.

Tapi tipulah kalau saya tak enjoy kerja ni. Best tau sebenarnya jadi production engineer ni. Kita boleh belajar pasal proses, belajar pasal mesin, belajar sikit-ikit pasal chemistry, troubleshooting, dan macam-macam lagi. Saya memang tak kesal langsung kerja luar daripada apa yang belajar kat universiti. Sebab yang pentng ialah pengalaman kerja.

Nak sambung masterke? Entahlah. Seronok jugak dapat duit tiap-tiap bulan. Boleh bagi kat mak. Boleh beli barang-barang yang tak pernah kita dapat dulu. Bayar hutang. Bila check akaun bank, berlambak je duit tak terusik. Belum pun habis gaji bulan lepas, tambah lagi gaji yang baru masuk. Saya pun pening macam mana nak habiskan duit tu. Saya kira ni pun satu keberkatan la. Berhari-hari mandi peluh, baju pun tak kering-kering, tapi hasilnya berbaloi sangat.

~nc~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...