July 9th 2015, 10.02 pm

Selepas beberapa kejadian yang berlaku, saya mengambil keputusan untuk berkongsi apa yang terbuku di hati kepada pembaca, iaitu korang semua.

Whoa! Tajuk power gilew! Tengah darah manis kew? Takde lew. Ini bukan ceritew sayew.

Untuk mereka yang lebih kurang baya-baya saya, sekitar plus minus tahun 1990-an, memang takkan lari dari soalan ni:

"Bila nak kahwin?"

Satu soalan yang saya kira boleh mengguris hati mereka yang masih berstatus single.

Tapi fokus penulisan saya kali ni bukan soal single mingle, tapi soal mereka yang sudah bersedia untuk hidup berpasangan - walupun hakikatnya saya single mingle. Nak diikutkan, saya tak layak pun bercerita sebab saya tiada pengalaman sebegitu. Benda ni mungkin relevan kat mata saya sahaja, termasuklah beberapa andaian semata-mata tanpa bukti saintifik. Apa-apa pun, saya mengalu-alukan pembaca untuk buat perkongsian kat bahagian komen bawah ni. Jadi anonymous pun takpe. Saya selalu je jenguk Blogger.

Saya pernah tanya kat sorang ni, "Kenapa awak teruja nak berkahwin?"
Jawab dia, "Nak elak maksiat. Dan saya sangat-sangat sayangkan dia."

*mata juling ke atas + facepalm*

Budak macam ni nak kahwin? Like, seriously?

Perasaan tu tak salah. Sebab benda ni fitrah. Allah cipta kita sebegitu.
Mungkin pada usianya yang saya kira muda, dia tak nampak gambaran sebenar erti perkahwinan.

Perkahwinan tu sehari. Rumahtangga tu sampai mati.

Saya petik satu ayat daripada Hilal Asyraf:
Cinta itu ialah apa-apa yang membawa kita ke syurga.
Apa-apa yang membawa kita ke neraka, itu bukan cinta namanya.

Maksudnya kat sini, konsep cinta ni sebenarnya luas. Dan sangat rugilah kalau kita sempitkan skop cinta ni sekadar perasaan merpati dua sejoli. Dan cinta jugalah yang akan bawa kita syurga. Ertinya, cinta ni sangat-sangat suci, dan cinta paling agung ialah meletakkan cinta kepada-Nya lebih daripada manusia lain.

Kenapa Allah cipta manusia? Jawapan skema yang saya hafal dari zaman ambil SPM dulu, ada dua:
1. Sebagai hamba.
2. Sebagai khalifah.

Hamba bertugas to serve the master. Buat apa yang disuruh, dan tinggalkan apa yang dilarang.
Khalifah pulak untuk mentadbir alam. Ya, alam. Bukan Bumi sahaja ya.

Dalam novel Versus oleh Hlovate, ada ayat ni (tak ingat page berapa)
(saya olah sedikit ayat ni)

Individu Muslim > Baitul Muslim > Masyarakt Muslim > Kerajaan Muslim > Sistem Khalifah Muslim > Empayar Islam  > Ustaziatul'alam

Baitul muslim is not just about the unity of a man and a woman, tapi tanggungjawab melahirkan generasi ustaziatul'alam atau pemerintah alam.

Daripada satu individu muslim jadi dua, kemudian berkembang jadi 3 dan 4,dan bertambah-tambah. Hakikatnya, perkahwinan ni bukan pasal "anak kau dah berapa" tapi satu tugas yang Allah amanahkan kepada kita sebagai khalifah.

Kesimpulannya, perkahwinan bukan atas dasar cari jalan nak halalkan hubungan korang. Sebab tu cuma pintu sahaja. Dalam rumahtangga tu yang kena isi macam-macam. Saya pernah dengar statisitik yang mengatakan setiap 15 minit ada pasangan Muslim yang bercerai. Apa puncanya? Mana hilangnya cinta diorang? Mana kata-kata "aku nak elak maksiat" yang sering diulang dulu? Kenapa mesti berpisah?

Saya tak boleh bagi jawapan tepat untuk soal ni.

Kepada anak-anak muda yang sedang hangat bercinta, baik di bangku sekolah mahupun di menara gading, cuba fikir hubungan korang ni nak pergi mana sebenarnya. Bukannya tak pernah dengar budak lain clash kat tengah jalan sebab diorang dah jumpa orang lain kat tempat lain. Lagipun, lepas kahwin, mesti anak, kan? Korang boleh jadi parents yang baik? Duit nak sara keluarga, nak cari kat mana? Bahagia ke bercinta, kalau duit belanja sekolah pun mak bapak masih tanggung?

So what's the point korang teruskan, kalau tahu korang akan berpisah? Kalau betul korang serius, cuba bincang dengan parents. Cuba buka hati dan dengar. Jangan abaikan pelajaran korang sebab benda-benda ni.

Ada orang, kebahagiannya ialah membuatkan si dia bahagia.
Bagi saya, kebahagiaan ibu saya adalah kebahagaiaan saya.

Saya pernah buat silap. Sebab tu tergerak hati untuk berkongsi semua ni.
Bila takde siapa tahu siapa kita, saya rasa lebih mudah untuk saya jujur kepada semua.

Kalau rajin, saya menaip lagi la kat blog ni.
Assalamualaikum.

~nc~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...