July 15 2015, 3.20 am


Saya ada dapat notis jemputan daripada surau di taman rumah kami yang tertulis,

"Semua penduduk taman yang tidak pulang ke kampung dijemput untuk bersolat sunat aidilfitri di surau pada jam 8.30 pagi."



Ye la. Memang la kami tak balik kampung. Sebab kitorang takde kampung.


*****
"Kawan kerja yang dari Kelantan rasanya dah balik hari ni."



"Oh? Ye ke..." kata mak saya.



"Kita je takde kampung, kan?" tanya saya. Semua orang berpusu-pusu main aci redah beratur kat line Touch n Go bila raya dah dekat. Tiket bas pun selalu je habis kalau beli last minute. Kitorang ni rileks je goyang kaki kat rumah. Biskut raya pun tak beli lagi ni. Buat pun tidak. Senang cerita, raya ni kitorang tak buat apa pun.



Mana taknya... Kampung mak saya membesar cuma 20 minit dari rumah kami. Makna lain, saya tinggal kat kampung nenek saya. Saudara mara saya pun semuanya duduk Selangor. 95 % dalam Klang. Paling jauh pun duduk dekat-dekat Pantai Morib sana. Saya tiada pengalaman beraya di lebuhraya.



"Ada... Kita ada kampung,..." kata mak saya.



Saya senyum je. Ya, kami memang ada kampung. Walaupun dekat, walaupun sebelah rumah, walaupun kami keluar masuk macam rumah sendiri hari-hari, itulah kampung kami.





Saya hanyalah seorang budak bandar yang mencari 'kampung halaman',



We are who we are. Because of where we come from. And that is home.

Ani yang dilakonkan oleh adik Dania Erisha ni mewakili kita semua. Yang sedikit sebanyak membawa mesej agar kita pulang ke pangkuan bonda setiap kali tibanya hari raya. Mungkin kampung mak saya tu sebenarnya tidaklah membawa banyak sangat pengertian bagi saya, tapi ia terlalu istimewa untuk ibu saya.

Dan betullah apa yang mama cakap. Kami memang ada kampung.

Dalam semua iklan Petronas pun yang keluar tiap-tiap tahun kat tv, secara peribadinya, inilah iklan yang paling saya suka.

Kepada anak-anak jati Selangor dan Kuala Lumpur yang blur macam saya,
yang kalau beraya memang tak lalu tol lebuhraya,
yang tak faham pengertian 'balik kampung' dalam erti kata yang sebenar,
bolehlah mula cari pasangan hidup yang duduk luar negeri Selangor dan try beraya kat kampung diorang.
Hahaha.

~nc~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...