May 18 2015, 11.55 am

Kalau perasan, post saya dalam blog ni berkisar tentang saya dan alam pekerjaan.
Rasa tak puas hati dengan bos.
Rasa kena marah dengan bos.
Rasa menengking gila-gila kat bos yang interview saya dulu.
Bukan lagi cerita macam zaman belajar kat UTM dulu.
Dan mohon maaf kalau blog ni dah 'mati rasa' dan hilang cerianya.
Saya tak mampu puaskan hati semua yang membaca.

Sebab, blog ni, tentang saya.

Antara perbezaan ketara sejak bekerja ni, ialah orang sekeliling.
Realitinya, kita akan jumpa macam-macam manusia dengan perangai pelik diorang.
Kita boleh jumpa mereka yang satu fikrah dengan kita tetapi berbeda hatinya.
Ada orang yang mengaku dirinya Muslim tapi kiblat kat surau tempat kerja pun tak tahu kat mana.
In fact, tak pernah terserempak dengan diorang pun dalam surau.

"Kalau imam pun merokok, apa gunanya kau berimamkan imam tu?"
kata sorang kawan ni.
"Hidup ni kena ada plus minus"
katanya lagi.

Itulah alasannya kenapa dia tidak bersolat. Hidup ni kena ada 'lebih kurang'. Ada 'tolerance'.

"Orang yang pakai tudung pun tak semestinya baik. Walaupun saya pakai macam ni, saya tetap jaga sembahyang." kata sorang lagi.

Ada juga kes tentang panggung wayang yang kena serbu pihak JAIS kat Kuala Selangor.
Pasangan yang bukan mahram tak dibenarkan duduk di 'couple seat'.
Ada sorang kawan ni cakap,
"Apa hak diorang (JAIS) nak kacau kita? Nak jadikan Malaysia ni ekstrimis agama? Nak negara ni jadi macam Pakistan? Kalau couple yang non-muslim tu macam mana pulak?"
Lepas tu keluar pulak ayat "tiada paksaan dalam agama".
Kemudian keluar pasal isu politik yang secara tak langsung dikaitkan dengan parti tersebut.

Saya pun makin bingung. Ini rupanya 'wajah sebenar' orang kita.
Memang la sedih. Tapi dalam banyak keadaan, saya lebih suka mendiamkan diri.
Malas nak berbahas, sebab saya tak suka mengeruhkan situasi yang macam kena langgar ribut tu.

Saya simpati kat diorang sebenarnya.


Saya pun pernah hidup dalam gelita.
Tapi saya jumpa cahaya, sebab saya mencari (dengan izin-Nya).


Hati tu Allah yang pegang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...