17 Julai 2013, 3.18 pm


Alang-alang dah buat review untuk Anthem, better buat sekali untuk Hlovatinta, kan?
Maybe ada readers yang tak dapat beli kat PBAKL hari tu, and wonder apa ada dalam ni.

Buku ni bukan saiz novel, dan juga bukan novel.
Saiz dia kecik sikit.

Buku ni pasal quote collection daripada novel-novel Hlovate yang dah pernah publish sebelum ni.

Ada la dalam 200 muka surat.
Page sebelah kiri ada ilustrasi. Sebelah kanan ada ayat-ayat beliau la.
So, buku ni sebenarnya ada 100 page ilustrasi dan 100 page untuk quote.
Tak sampai 10 minit baca pun dah habis.

Antara karya yang ada termasuklah [tunas], 5 Tahun 5 Bulan, Ked's Story, Contengan Jalanan, Schubert's Serenade, dan Rooftop Rant.
aA+bB, Versus dan Anthem takde dalam ni.
(Mungkin akan ada koleksi macam ni jugak pada masa akan datang. So, quote daripada novel-novel ni mungkin ada dalam buku tu.)

Anyway, Jemari Seni ada buat promotion la kalau siapa-siapa nak beli buku ni.
Buku ni pun tak boleh jumpa kat kedai buku lagi.
So, kena order online.Tapi ada tempoh tertentu jugak kalau tak silap.
Boleh try tengok kat laman web JS la.



_my personal comment_

Bila baca buku ni mesti teringat balik masa mula-mula kenal karya Hlovate. Semuanya atas dasar TERbeli ikut gerak hati, yang entah macam mana boleh TERkumpul pulak koleksi novel-novel beliau. Saya start dengan Contengan Jalanan sekitar September 2011.

Contengan Jalanan dah jadi macam main course la dalam buku ni. Novel tu kan banyak quote. Saya rasa buku tu jugak yang naikkan nama beliau dalam dunia penulisan.

Setakat yang saya tulis ni, buku Hlovate yang masuk top 10 carta jualan JS ialah Anthem, Rooftop Rant, Contengan Jalanan, aA+bB, Versus, Pelangi - Ked's Story, 5 Tahun 5 Bulan dan jugak Gurindam Jiwa - Schubert'e Serenade.

Until then, Assalamualaikum.
~nc~


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...