8 November 2013, 10.52 am
Jom bercakap pasal ekonomi dunia.
Eh? Ekonomi?
Kalau ada yang perasan,
dan kalau ada yang cakna dengan isu semasa,
ada satu isu yang dari dulu diperdebatkan.
Isu minyak kelapa sawit dengan kacang soya.
Kalau kat Malaysia ni, saya hampir-hampir tak dengar ada orang masak guna minyak kacang soya.
Minyak zaitun pun jarang-jarang. Kalau peniaga pasar malam goreng mi dengan minyak zaitun, boleh tercekik kot customer tu. Mahal gila.
So, as a Malaysian, memang tak boleh dinafikan la kita masak pakai minyak kelapa sawit.
Kenapa? Sebab murah.
Kenapa murah? Sebab kita tanam sendirri. Takyah import dari negara lain.
(Tak tau la kalau kita memang betul-betul import. Mohon dibetulkan atau ditegur kalau saya salah tulis.)
Lagi best, kita boleh eksport hasil pengeluaran minyak ni ke negara luar, dan boleh sampai ke Eropah.
Again, as a Malaysian, saya pun bangga la jugak yang kita dah boleh pergi jauh ke luar sana.
Beberapa minggu lepas, saya tengok berita kat tv.
Isu minyak kacang soya vs minyak kelapa sawit masih tak settle.
Ada apa dengan minyak kacang soya?
Kat Eropah (mungkin jugak merebak sampai ke Amerika dan negara-negara barat),
they're claiming that soy bean oil is much better than palm oil.
Siap buat kajian bagai.
Dan tak habis-habis menghentam betapa tak berkhasiatnya minyak kelapa sawit ni.
Ada produk-produk (macam biskut) yang dimasak mengunakan minyak kelapa sawit yang dilabel kat luar kotaknya "mengandungi minyak kelapa sawit".
Dari sini pun dah nampak betapa "bahaya"nya produk minyak kelapa sawit ni.
Nak elakkan pengguna beli produk tu, walaupun bersepah kat pasaraya.
Kenapa benda ni tersangatlah contradict dengan apa yang kita faham?
Daripada apa yang saya dengar, minyak kelapa sawit ni jauh lebih baik daripada minyak kacan soya.
Ramai saintis kat seluruh dunia yang setuju bahawa minyak kelapa sawit ni memang elok berbanding miyak kacang soya.
Kenapa negara-negara barat 'keras kepala', itu masih jadi tanda tanya.
Tapi apa yang saya berani cakap,
ekonomi tu politik.
Kalau kerajaan diorang kata
"minyak masak ni bagus daripada minyak kacang soya"
agak-agak ada yang nak beli tak minyak kacang soya?
Diorang yang tanam kacang soya, lepas tu beli produk kelapa sawit.
Dengan kata lain, ini akan sedikit sebanyak menjejaskan (mungkin juga akan meruntuhkan) ekonomi negara diorang.
Proses ni memanglah ambik masa bertahun-tahun, takkan berlaku dalam sehari dua.
Tapi diorang pun tahu betapa hebatnya kuasa pengguna.
Again,
ekonomi tu politik.
Diorang pun guna media, provoke rakyat dan promote produk sendiri.
Itulah gunanya media. People tend to believe on what they hear and see, rather than thinking.
Same goes to our latest technology.
Saya pernah dengar tenang kewujudan kereta yang menggunakan air sebagai bahan api.
Eh? Air jadi bahan api?
Teknologi ni wujud.
Tapi tak boleh dikomersialkan.
Kenapa?
Agak-agak, kalau kereta ni dipasarkan kat Malaysia, ada orang nak beratur kat stesen minyak tak?
Nak air, mana-mana sudut dunia ni pun boleh cari. Pi kedai runcit pun ada.
Tak pun bukak je pili air kat rumah, isi dalam botol.
Nak berjalan, bawak je botol-botol ni.
Lagipun, air lagi bersih daripada minyak.
Kalau pengguna tak keluar duit untuk beli petrol atau diesel, kat mana negara nak cekau duit, kan?
Well, Malaysia ni kaya (kaya ke?) pun sebab hasil minyak, kan?
Kita complain minyak kita mahal, depa kata minyak kita lebih murah daripada negara lain.
Itu, kata mereka.
Kalau compare harga minyak kat negara-negara yang mengeluarkan minyak,
Malaysia antara yang jauh lebih mahal.
Kita keluarkan minyak, lepas tu jual dengan harga yang mahal pengguna.
Got the picture?
Sekali lagi,
ekonomi tu politik.
Senang cerita, ekonomi ni, orang atas yang pegang.
Fikir-fikirkan.
nota:
Tak bertujuan langsung untuk provoke mana-mana pihak.
Sekadar nak membuka minda pembaca, supaya mereka berfikir.
Kebenaran tu tak selalunya manis.