3 Oktober 2013, 6.46 pm

2007, Form 5

"Best la dia kan. Dah takyah ambik SPM." kata saya.
Kawan saya gelak. Yang lain diam.
"Betul la, kan?"
Semua yang dalam kereta tu masih membisu.
Bercelaru, barangkali.

Betullah, sebab orang tu dah takde.
Memang takyah ambik SPM.
Kami pun baru pulang dari kubur, selepas hadir majlis pengebumian.
Kawan satu kelas, kenal sejak Form 1.
Mati ni bukan kira umur.

Dan ini yang membuatkan saya terfikir.
Kalau satu masa nanti kita semua akan 'pergi',
apa erti hidup sebenarnya?
Apa sebabnya kena ambik macam-macam jenis exam
-UPSR, PMR, SPM?
Kenapa kena struggle for all these?
Bukannya boleh bawak pergi alam sana pun.

Waktu tu, apa je qualification yang ada,
harta sampai tujuh keturunan tak habis,
semua tu macam daun-daun yang berguguran atas tanah je.

Apa ertinya hidup, kalau pengakhirannya tetap kematian.
Belajar atau tak belajar, kerja atau tak kerja,
kita tetap bakal jenazah.

Lama saya termenung ke luar tingkap kereta.
Fikirkan pasal nasib hari-hari yang mendatang.
Yang juga ketakutan dalam masa yang sama.
Membayangkan peritnya sakaratul maut.


"Aku tak nak mati."



*****

Kami teruskan hidup macam biasa.
Masih riang ria gembira macam tak ada apa.
Suka ketawa dengan volume macam halilintar membelah bumi agaknya.
Walaupun SPM dah dekat-dekat selekoh sana.
Cumanya, cara saya melihat kehidupan tu dah berbeza.
Masih terbayang-bayang dengan soalan yang tak terjawab tu di kepala.

Saya mula gila baca buku "True Singapore Ghost Story" oleh Russel Lee.
Jadi hantu buku kepada buku-buku hantu yang saya pinjam daripada sepupu.
Mostly kisah-kisahnya berkisar tentang kejadian paranormal di Singapura.
Makin suka tengok cerita hantu - walaupun penakut orangnya.

Saya nampak kematian tu mengerikan.

Still, saya masih tak jumpa apa itu erti hidup.

*****

Setahun berlalu sejak kematian sahabat kami.
Saya menyambung pengajian di utara tanah air.
Semuanya atas dasar 'nak lari daripada takdir' kononnya.

Antara UIAM dengan KMK, saya TERPAKSA pilih KMK.
Tamau pilih UIA sebab ada nama 'Islam' kat situ.
(Time isi borang UPU secara online, saya TAK PERASAN pulak saya pilih Asasi Sains Fizikal kat UIAM sebagai pilihan pertama. Dapat pulak tu)
Saya bukan 'orang baik-baik', 'stok budak masjid', 'ninja' atau 'golongan ustaz-ustazah'.
Dan agak sensitif la dengan perkataan 'Islam' ni.
Dah terbayang dalam kepala,
bebudaknya pun mesti pakai tudung labuh dan kopiah.
Ini culture shock namanya.

Lagipun, saya minat kat subjek Fizik dan Matematik
Bukan agama Islam.

Sanggup meredah highway beratus kilometer jauhnya pergi KMK dengan slogan "Asal Bukan 'UIAM".
Lain yang saya nak, lain yang saya dapat.
Kita boleh merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.
Siapa sangka, kat situlah saya dapat hidayah.

Dan tentang soalan yang berputar ligat di kepala,
saya dapat jawapannya di utara sana.

Hidup kat sini, macam ladang je.
Kat sini kita bercucuk tanam.
Kat akhirat sana nanti baru kita tuai.

Kematian tu bukanlah penghujung kisah-kisah kita.
Tapi sebagai pintu gerbang untuk kita ke alam sana.

Allah tak cipta bumi dan makhluk ni dengan sia-sia.
Tapi Dia bagi banyak sangat peluang kat kita untuk buat kebaikan.
Bina bangunan, walaupun nampak bersifat keduniaan, boleh je jadi amal dan bekal.
Tak kira la kerja apa pun, jangan pandang tu sebagai keduniaan je.
Waktu tu, baru saya faham maksud "jangan belajar untuk exam semata-mata".

Hidup ni bukan sekadar habis belajar, gaji besar, kumpul harta, kawen, mohon skim rumah pertamaku, beranak, dapat payung emas, mohon skim rumah keduaku, etc etc.

Hidup ni ada erti, kalau kita letakkan Allah sebagai prioriti.

To:
all my dedicated teachers,
my loving family members,
and my dearest friends,

Thank you,
for helping me finding the true meaning of life.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...