What Maisie Knew

9th October 2013, 10.41 pm

Pernah tengok filem ni? Filem ni sangat-sangat sesuai ditonton oleh setiap ibu bapa atas muka bumi ni, dan berkisar tentang perit dan deritanya penceraian ibu bapa dalam kaca mata seorang kanak-kanak enam tahun.



Maisie Elizabeth Beale , mempunyai seorang ibu rockstar, Susanna dan juga seorang bapa, Beale yang bekerja sebagai ahli perniagaan yang sangat kaya. Kedua-duanya sering bertelagah di hadapan anak mereka, sehingga Maisie anggap perkara tu normal dalam rumah tu. Bapanya mengambil keputusan untuk meninggalkan apartmen tersebut, dan Maisie tersepit dalam 'kancah peperangan' untuk mendapatkan penjagaannya.

Hak penjagaan diberi antara keduanya, dan setiap sepuluh hari, diorang perlu bergilr. Maisie mula tinggal di rumah bapanya bersama penjaga lamanya, Margo. Bapanya dan Margo akan berkahwin dalam tempoh terdekat. Beale juga mengajak Margo dan Maisie untuk bercuti di Itali, di atas bot.

Setelah Beale berkahwin dengan Margo, Maisie juga mempunyai bapa tiri baru, Lincoln yang baru berkahwin dengan Susanna. Lincoln bekerja sebagai bartender. Dia ditugaskan untuk menjaga Maisie sewaktu ketiadaan Susanna di rumah berikutan kesibukan kariernya. Maisie mula sedih dan keliru tentang hakikat sebenar yang menimpa keluarganya dan belajar untuk menerima ahli keluarganya yang baru tu.

Lincoln dan Maisie semakin rapat sebab Lincoln ada ciri-ciri father-figure. Berbeza pula dengan ibu kandungnya sendiri yang semakin menjauhinya. Begitu juga dengan bapa kandungnya yang selalu outstation, meninggalkan Margo dan Maisie bersendirian.

Setiap petang, Maisie dan Margo akan bersiar-siar di taman, memerhatikan bot kawalan jauh di tasik. Maisie masih menanti peluang untuk menaiki bot sebenar.

Hubungan Beale-Margo dan Lincoln-Susanna juga semakin renggang. Lincoln, Margo dan Maisie sering menghabiskan masa bersama, dan Maisie bahagia dengan 'ibu' dan 'bapa'nya.

Pertemuan semula Susanna dengan Lincoln-Margo mengeruhkan lagi keadaan, dan mereka bertiga berpecah untuk membawa haluan masing-masing. Maisie jadi hilang arah, dan dia sedar dia tak lagi mempunyai siapa-siapa lagi dalam hidupnya.

Margo membuat keputusan untuk menjaga Maisie di sebuah rumah tepi pantai, dan ditemani dengan Lincoln. Mereka juga berjanji untuk menaiki bot di pantai tersebut. Malam itu, Susanna menziarahi Maisie dan mengajaknya untuk bersama di konsert di ibunya. Maisie perlu membuat pilihan, sama ada untuk ikut ibu kandungnya atau tinggal bersama Lincoln dan Margo.


_my personal comment_

Saya mula dengar cerita ni daripada instagram Fynn Jamal. Boleh baca kat sini.

Filem ni merupakan adaptasi novel Henry James tahun 1897. Saya tak pernah baca lagi la novel tu.

Salah satu tarikan utama cerita ni, frankly speaking, mestilah kecomelan watak utamanya, Onata Aprile sebagai Maisie Elizabeth Beale. She looks so pure and innocent.





Kalau kat Malaysia ni, last yang saya dengar, setiap 15 minit ada berlaku penceraian. This is a true story. Masa kursus pra-perkahwinan saya pergi masa tahun akhir pun, ada ustaz sebut, "berapa ramai yang datang kursus pra-perkahwinan ni, sebenarnya banyak tu jugak la yang bercerai". Lagi sadis la mereka yang berantakan rumah tangganya datang dari mereka yang bergelar pemegang ijazah. Kira orang-orang orang pandai jugaklah sebab masuk universiti.

Kalau perkahwinan tu dikatakan menyatukan dua buah keluarga, penceraian pulak sebenarnya menyumbang kepada lebih banyak faktor perpecahan. Dan selalunya anak yang jadi mangsa. In my opinion la, kita tak berdiri dalam kasut diorang. Kita tak tau apa yang mereka alami. Dan sangatlah tak adil kalau kita mengata macam-macam tentang keluarga seseorang.

Dalam cerita ni, Maisie yang waktu tu cuma enam tahun sekadar memendamkan perasaannya bila dapat tau parents dia bercerai dan selalu lawan di mahkamah. Ada satu scene tu, dia terkejut sangat bila dapat tau dia ada bapa tiri yang jemput dia untuk pulang ke rumah. Mata dia merah macam nak menangis, tapi dia kunci mulut dia rapat-rapat. Penerimaan ahli keluarga baru sebenarnya bagi pressure yang sangat besar kepada orang yang tak tau nak handle stress.

Mak bapak Maisie kerja keras siang malam, dan ayat yang sama yang sama diucapkan kepada Maisie: "I love you. You know I always love you, right?". Love is a verb, not a noun. 'Sayang' bagi mereka hanya di hujung lidah, yang hakikatnya jarang ditunjuk dengan perbuatan. Maisie sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian orang sekeliling.

Keunikan filem ni - berkisar tentang Maisie sahaja and what Maisie knew. Tu je. Konflik yang berlaku antara ibu bapa kandungnya tak ditonjolkan sangat, dan lebih kepada dunia kecilnya, yang tak melihat duit dan harta tu sebagai matlamat. Dia bahagia dengan kasih sayang Lincoln dan Margo.

Dalam Islam, marriage is not just about the unity of a man and a woman, tapi tanggungjawab untuk melahirkan golongan ustazi'atul alam, atau pemerintah alam.

Individu Muslim -> Baitul Muslim -> Masyarakat Muslim -> Kerajaan Muslim -> Sistem Khalifah Muslim->Empayar Islam-> Ustazia'tul alam

Allah cipta mausia sebagai hamba dan khalifahnya di muka bumi. Kita memang ditakdirkan untuk memakmurkan dan memerintah alam. Penceraian yang berlaku di peringkat baitul muslim boleh menjejaskan individu muslim tu (anak) dan merosakkan seluruh sistem ni. Sebab tu Allah sangat membenci penceraian walaupun ia sesuatu yang halal.

*****

That's all for now. Ada apa-apa cerita lagi, saya kongsi kat sini. Insya-Allah.
Until then, Assalamualaikum.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...