29 Disember 2012, 12.14 am

Antara zaman paling best kat UTM ni,
zaman tahun satu dolu-dolu.
Kenapa?
Sebab waktu tu la kita paling kecik kat UTM ni.
Muka pun innocent habis. Fesyen baju pun skema.
Tiap-tiap Isnin pakai kemeja lengan panjang dengan tali leher.

Dah tahun 4 ni main tibai je pergi kuliah dengan t-shir ttakde kolar dengan sandal..
Siapa kisah pun, kan?
Ada undang-undang, poster "Patuhi Etika Pemakaian" pun bukannya ada perlaksanaan.

Anyway, balik cerita tahun satu dolu-dolu..
Disebabkan saya paling kecik, saya jugaklah yang paling manja. Hoho.
Zaman tu ramai sangat senior.
Senior lelaki yang rapat time tu pun ramai jugak.

Tapi antara yang saya ingatlah, antara peristiwa yang saya buat saya rapat dengan diorang,
masa awal semester 3, atau tahun 2 sem 1.
Arwah ayah saya pergi meninggalkan kami lima beranak.
Dan saya anak yang paling jauh dari panguan keluarga.
Dalam keadaan saya yang agak kesunyian, saya mula mencari teman seberang jalan.
Sebab waktu tu saya kat S10, KTC dan diorang semuanya duduk S05.
Kat situ la tempat saya habiskan masa sepanjang Tahun 2.
Kongsi cerita dengan naqib saya, dinner ramai2 dengan diorang, buat pesta durian, etc.

Senior yang tak berapa kenal saya pun mula ajak saya bersembang.
Macam Abang Firdaus Abdul Rahman, dia cerita pasal nasibnya yang agak serupa dengan saya.
Sama-sama takde ayah.

Dan Abang Azim Fahada, yang kongsi cerita pasal pemergian adiknya.
Ada masa tu, saya temankan dia siapkan hardware PSM sambil tolong bancuh Vico.
Saya tukang basuh cawan la.

Zaman tu jugak baik sangat degan mentor saya, Abang Taufik.
Sebab beliau la saya jadi photographer.
Masa Tahun Satu takde la rapat sangat dengan beliau.
Kadang-kadang berselisih masa pergi surau. Dia tumpangkan dengan RXZ dia.

Dan bila teringat diorang, saya pun bukak balik folder-folder lama yang tersimpan dalam external hard disk.
Gambar saya memang kurang. Sebab saya yang tangkap gambar.

Ok. Tinggal satu sem je. Lepas ni join geng alumni.
No more student chapter. Sekarang pun dah terasa tua bila duduk sebelah budak Tahun 1.
Pemikiran saya dan mereka dah jauh berbeza. dah ada jurang.
No more kebudak-budakan.

Saya tak rasa malu untuk katakan saya dah dewasa.

Natural Cure
12.37 am, 29 Disember 2012

26 Disembe 2012, 3.57 pm

Dan tamatlah presentation unuk sem ni..
Ya, presentation untuk PSM.
Malam ni nak cuti study jap.
Dah tak lalulah pandang PSM lama-lama.
Oh, kena hanar repot sebelum cuti hujung sem.

Dan yang ajaibnya, hari ni jugaklah semua jenis simulaion siap.
Daripada tak tahu apa-apa semlam, model sampai jadi jugak pagi ni.
Haha.

Saya memang minat nak belajar OrCAD PSpice tu.
Tapi bila bila tengok kawan2 dah advance gila2, saya rasa rendah dii.
Segan nak betanya. Malu tak kena tempat.

Pesan panel tadi,
"Awak kena speed up. Awak boleh buat sebenarnya."
Ada orang lahir sebagai morning glory.
Ada jugak yang jadi late bloomers.
Tapi dua-dua junis bunga pun nak kembang mekar.

Oh, akhir-akhir ni asyik sebut pasal bunga je.
Masuk bilik kawan-kawan pun cerita pasal bunga je.
Ada apa dengan bunga?

Cakap pasal bunga...

Saya ada borak dengan kawan masa matrik dulu baru-baru ni.
Saya kata,
"Untunglah jadi bunga. Ada je kumbang nak kejar"
'Bunga' tu reply,
"Kumbang senang memilih. Bunga takut terpilih."

Natural Cure
4.07 pm, 26 Disember 2012

23 Disember 2012, 11.05 pm

Tak aci!!
Time study week je, satu wing kosong. KOSONG!!!
Malam-malam tu, lampu bilik saya je yang menyala.

Tadi ada jugak nampak bebearpa family datang ziarah anak diorang kat UTM ni.
Dan sepanjang saya kat UTM ni pun, family saya memang tak pernah jenguk.
Kecuali time hantar saya ke UTM, sekali masa first day tahun1 dan first day tahun 2.
Sejak abah tak ada, memang family saya tak jejak lagi tanah selatan.
Dan sejujurnya, memang timbul rasa cemburu.

*****

Study week atau study leave sepatutnya untuk STUDY.
Tapi minggu ni la lecturer mintak macam report dan assignment.
Kononnya nak prepare kan pelajar before entering da exam hall.
Tapi assignment tu satu bab je. Exam keluar 10 bab. Tak relevan.
Kepada lecturer kat IPT mana pun, tolonglah jangan seksa student sampai ganggu study week kami.
Nak jugak rehat sebenarnya. Otak tepu dengan macam-macam masalah.

Dan PSM saya, saya kena present Rabu ni. Sehari lepas cuti Krismas.
Slide pun tak buat lagi ni. Hee.
Dan projek saya, saya pun kupas detail kat sini lagi.
Lepas present nanti la saya bukak cerita ni.

Exam start 5 Januari. Sabtu minggu lagi satu.
Habis 16 Jan. Tapi ada HTGYE sampai 19 Jan.
So, saya balik lepas 19 Jan. Mungkin 19 Jan dah ada kat Klang malam tu.

Dan pergi ke satu lagi destinasi.
Yang tak pernah saya jejakkan kaki ke sana.
Yang jugak mungkin ubah hidup saya untuk beberapa tahun akan datang.
Wallahualam.
Kalau ada, adalah, Kalau takde, Dia lebih tahu.

Natural Cure
11.19 pm, 23 Disember 2012

22 Disember 2012, 10.51 pm

Hari ni nak cerita pasal alam maya..
Alam blogging.

Nama samaran bloggers bukan main pelik-pelik.
Yang hakikatnya tak pernah berjumpa kat alam realiti.
Followers sampai beribu-ribu pun bukan kenal muka diorang, kan?
Dan kehidupan kat realiti tu takkan sama dengan alam maya ni.
Kat sini la buat ramai kawan, tapi kat luar sana kita cari sahabat.
Kat blog bukan main pandai menconteng dan pandai kondem, rupanya kat luar social recluse.

But we can't blame people. Jangan hukum diorang.
Sebab kita tak berdiri kat tempat mereka.
Kita manusia biasa yang masa silamnya tersangatlah serabut.

Dan ada juga blogger yang dah lama menghilang.
Yes, I miss some of them.
Bila baca kat reading list kat Blogger, dah tak timbul lagi nama-nama blog yang selalu singgah.
Bila check balik, rupanya blog tu dah dipadamkan.
Atau masih ada blognya, tapi kali terakhir diupdate ialah 8 bulan lepas.
Punyalah bersawang dan beranai-anai. Mesej terakhir yang dihantar pun masih tak berbalas.

Masa awal penubuhan blog, seminggu sekali mesti update.
Tapi sekarang...

Timbul pulak seribu satu tanda tanya.
Mana diorang menghilang?

Teori:
- Writer's block. Otak dah tepu dengan jem strawberi.
- Study.. Study.. Assignment.. Assignment.. Report.. Report lagi.. Zzzz
- Dah graduate. No more 'kekuatan' dan komitmen.
- Dah kerja. Nak citer pasal apa? pasal kerja?
- LAZY
- Takde wifi
 - Laptop hilang, laptop kena format
- Seronok main game
- Dunia kat luara sana lagi best
- Exam
- Fail exam.
- PSM
- sakit. Either blogger tu atau sedara mara.
- Dah kahwin. (?) Segan kot nak citer pasal alam perkahwinan. Heh.

Dan banyak lagi.

Dan fikir lagi sekali, blogger pun insan biasa kan.
Dan agak sukar untuk bagi komitmen sepanjang masa kat alam maya ni.

Mungkin, satu masa nanti, saya akamn masuk dalam senarai The Missing People ni.


Kepada awak yang menjadi mentor dan bagi inspirasi untuk jadi penulis,
saya masih singgah blog awak tiap-tiap hari,
tunggu awak reply mesej saya,
dan sangat-sangat menanti entri terbaru awak.
dan tinggalkan komen yang panjang berjela.
and I miss those time,
when we're still younger and kebudak-budakan,
penuh kesalahan tatabahasa dan grammatical error,
walaupun dah bertahun masuk usia mengundi,
dan ada antara kita
yang bakal menjengah alam dewasa.

Natural Cure, 11.27 pm

1.59 pm, 19 Disember 2012

Heaven!

End of 7th semester lectures.
And the study week will start next week.
Cuma hantar beberapa bijik report, present PSM and we're done.
Lepas tu final exam. :)

 Kepala dah tak peninglagi la macam awal semi ni.
Sakit kot kena tekan macam2 benda.
Tau-tau dah minggu akhir kuliah.

Dan tinggal satu semester lagi.

Tak nak tulis panjang-panjang buat masa ni.
Tujuan nak isi blog hari ni pun sekadar nak konsisten dalam bidang penulisan.

Cakap pasal konsisten, saya teringat satu istilah Arab tentang 'berterusasn'.
Nama lainnya, ISTIQAMAH.
Ada yang anggap istiqamah ni berterusan.
Istilah ni kurang tepat sepenarnya.
Klau lukis graf Output versus time, graf nya mendatar je, kalau ikut definisi awal istiqamah. (Y=k)
Ustaz Pahrol Juoi cakap, Istiqamah tu bukan je berterusan, tetapi meningkat.
Grafnya jadi directly proportional. (Y = mX +C)
Kenapa?

Kata beliau lagi,
kalau kita ada di jalan yang betul pun tetapi tak bergerak, kita akan digilis.

Dan cakap pasal nak berubah nak jadi baik ni, Imam Ghazali pernah pesan:
Banyak makan menjadikan badan kita lemah.
Aik? Habis takyah makan?
Boleh makan, tapi kurangkan.
Macam mana?
Kata Imam Ghazali lagi,
Kalau semalam makan 100 kali kunyah, hari ni kunyah 99 kali je.
BUKAN terus 50 kali kunyah.
Lepas satu tempoh yang panjang, baru turunkan jadi 98 kali kunyah.
And the list goes on..

Maknanya, nak berubah jadi baik, buat perlahan-lahan.
Jangan terus berubah 180 darjah.
Takut badan tak boleh tahan pressure.
Mungkin hari ni solat fardhu lima waktu + baca ma'thurat pagi petang + baca al-Quran 20 muka sehari + bangun malam dan solat tahajud, witir, solat taubat, solat hajat + solat dhuha.
Esok lusa benda ni akan berkurang dengan sendirinya.
Tak percaya? Try la buat malam ni sampai minggu depan.
Mesti ada benda yang kita miss.

Dan sebab tu la kita kena istiqamah. Buat perlahan-lahan.
Start dengan yang wajib dulu. Tambahkan yang sunat tu satu demi satu.
One step at a time.

Dan kalau nak lagi efisien, buat list ibadat2 ni.
Nama lainnya mutaba'ah amal.
InsyaAllah boleh tolong kita guide dalam ibadat.

Natural Cure
2.22 pm, 19 Disember 2012

18 Disember 2012, 1.33 pm

I still remember the first day I arrived in UTM.
Jumpa beberapa senior yang boleh buat kawan waktu MHS - Minggu Haluan Siswa.
Yang jugak ahli KRU dan Badar sendiri.
Seronok sangat ada geng satu kepala macam tu.
So, dalam group tu, saya la paling muda.

Tapi tu cerita 3 setengah tahun yang lepas.

Apa cerita diorang?

Ada yang dah kerja kat consultant oil and gas kat KL.
Ada kerja kat Penang. Jadi engineer jugak
Ada yang ambik master kat sini.
Ada yang jadi RA (Research Assistant) dan start kerja kat luar.
Ada yang sambung belajar kat MJIT kat UTM KL sana.
Ada jugak senior yang baru saya kenal selepas diorang grad.
Ada jugak yang satu zaman dengan saya, tapi dah habis belajar baru first time jumpa.
Ada yang tak dengar khabar berita. Lepas konvo memang tak dengar cerita.
Ada jugak yang dah kahwin. Erk? Kahwin?

"Dah nak keluar U ni, takde calon lagi ke?"
Tu je la soalan yang diorang tanya. Kurang asam betul...

Bab kahwin, saya tak mau cerita apaper.
Tapi diorang semua sihat je.
And I'm happy for them.

The thing is, lepas ni saya kena pilih jalan mana?

~selingan~
Sejak awal sem ni kan, bila jalan-jalan kat KTC, FKE, beli makanan kat P19, Arked K9,
mesti timbul sejenis "feeling".
 Terasa sayu yang teramat-amat sayu.
Rasa nak menangis.
Kenapa?
Tak tau.

But people don't cry without a good reason.

Dan bilangan hari yang tinggal kat planner pun makin tinggal sedikit.And I'm running out of time.

I'm gonna miss lots of thing here.
Pokok-pokok pinang kat tepi WCC. Kat tepi tempat jalan kaki tu.
Burung-burung yang selalu cari cacing kat padang belakang blok-blok siswi tu.
Setiap anak tangga yang saya daki sepanjang pusing-pusing kat setiap ceruk FKE.
Nasi ayam penyet bibik. Nasi kukus kedai sebelahnya. Western food tu pun.
Even air bandung dengan air sirap kat kedai depan tu.
And the crispy and spicy fried chicken yang selalu jadi brunch hari Sabtu sebab kedai lain tutup.
Nasi ayam P19 yang selalu beli before Maghrib kalau waktu tu dekat dengan FKE.

Mungkin senior-senior yang dah grad ni pun pernah rasa benda sama.
And I still have a semester left, InsyaAllah.

Natural Cure
1.55 pm, 18 Disember 2012

17 Disember 2012, 1.51 pm

YEZZ!!!
Petang ni ada test paling akhir - dan lepas ni no more test, except for FINAL EXAM.
Ish.. Tak takut ke exam dah dekat?
Ala.. Exam je pun.. Study banyak mana pun, bukannya boleh curah balik atas kertas tu dalam 2 jam 30 minit.
Dan sebab tu jugaklah saya masih menatap depan monitor dengan keyboard ka makmal  komputer FKE ni sejak lepas Zohor.
Eheh.

Presentation untuk PSM/FYP, next week KOT.
Jadual tak keluar lagi.
Ada kawan-kawan dari jabatan lain start present esok.
Memang kalut la diorang malam ni.
Saya masih berstatus lenggang kangkung.
Just kena buat simulation sikit, letak nilai, buat calculation and finish.
Supervisor saya pun sangat baik.
Dan sangat bijak.
Sampai tertanya-tanya, kenapa beliau akde title DR kat depan namanya?
Tapi beliau memang senior dalam bidang ni.
I'm kinda lucky la dapat beliau.

Rindu banget sama Klang.
Rindu Jambatan Kota yang merentasi Sungai Klang tu,.
Walaupun namanya agak tercemar sebab pencemaran kat sungai tu, Klang ni cantik sebenarnya.
Kalau dulu banyak gagak bersepah kat langit.
Tapi akhir-akhir ni saya perasan bilangan gagak macam dah makin kurang.
Kalau tak silaplah, ada kempen tembak gagak dulu.
Seekor bangkai boleh dapat RM3.

Also miss my 6 sahabats.
 Mir, Nal, Fik, Dee. Nor and Nik.
(Suka-suki je panggil diorang pakai nama ni. Eheh.)
Kami bertujuh, ala-ala Mags 7 dalam cerita [tunas] karya Hlovate tu.
Dan yang masih bernafas, hanya tinggal enam.
Ada kisah yang belum saya nukilkan di sini.
So, we keep that for a moment.

And yes, I miss my old kampung.
Kampung Delek.
Born and raised.

Kenapa rindu-windu ni?
Sebab dah nak pindah.
Nak tak nak kena duduk rumah baru.

So, next week pun study week. Tadi pun last lecture subjek Power Electronic.
Semester 7 akan melabuhkan tirainya kurang sebulan.
Umur pun dah 22. Dah makin tua walaupun muka masih 16.
Kak Umi Kalsom Yusof pun ingat saya budak sekolah lagi.

And I guess this is the end.

Farewell.
Assalamualaikum.

Natural Cure, 17 Disembr 2012, 2.08 pm

30 November 2012, 5.43 pm

Wahh!! Tak boleh jadi ni!!!

Dah dua jam tapi tak selak muka surat kedua pun.
Dari lepas subuh sampai tengah hari baca conference paper, tapi masih kat muka surat yang sama.
Lagi best bila baca apa pun tak masuk kepala.
Ingat nak jumpa supervisor hari ni. Takkan nak tunjuk log book kosong minggu ni kan?
Haila.. Bahana malam tadi la ni..

Lama saya termenung malam tadi, sampai tak boleh tidur.
Betul ke apa aku buat ni?

Dan pesan "mereka-mereka itu",
"Proceed je. Bukannya buat benda bukan-bukan"

17 tahun membesar kat Klang.
Masuk tadika. Masuk SK Sungai Udang. Masuk SMK Telok Gadong.
1 tahun kat Kolej Matrikulasi Kedah.
4 tahun kat Universiti Teknologi Malaysia.

Oh, dah 22 tahun rupanya. Bulan November pun birthday saya.

22 tahun. Hampir-hampir dewasa. Atau memang dah dewasa?
Macam mana dengan mentaliti? Masih 16.

Tapi keputusan malam tadilah yang akan tentukan saya ni matang atau tidak.
Tapi rasa legalah bila semua tu terluah pada yang sepatutnya mendengar.

Satu malam yang yang buat saya 'twist'.

Jalan dah ada. Tinggal nak melangkah.

Pesan kakak,
"Istikharah is da best answer."
Itulah kali pertama saya buat istikharah.

InsyaAllah, Dia akan bantu. Moga dipermudahkan urusan.
Amin.


Kak Nafisah, Ju, Pak Lang, Fahmin dan Zufar,
Thank you.

31 Oktober 2012, 1.17 pm

Lama gila tak update blog. Nak update, tapi busy semedang. Balik cuti raya haji minggu lepas pun masih tak terupdate jugak. Hoho.

Ok mari recap balik apa yang berlaku sejak dua bulan lepas...

Saya tamat LI hari Jumaat, Balik rumah lama. Selesaikan banyak benda. Gunting rambut yang dah tutup separuh telinga. Packing2 dan balik UTM.
Dan mula hidup sebagai pelajar tahun akhir.

Tahun akhir ke?

Bila pusing-pusing kat UTM (and even kat kampung sendiri pun) mesti orang tanya,
"Adik ni Tahun Satu ke?"
dan yang bertanya tu Tahun 3. -_-

Ha'ah. Tahun Satu
Tahun Satu postgraduate.

Kelas pertama kami - Power Electronic -Isnin, 11 pagi. Tapi before that ada lab. First week memang takde lab.
Lecturernya PA (Penasihat Akademik) sendiri. Haha. Sporting sendiri.
Pelik pulak PA sendiri mengajar. Sebab sebelum ni rajin ajak beliau mengumpat macam2 kat UTM ni. Ada masalah dalaman dan luaran, selalu je rujuk beliau, selain sahabat-sahabat. Kira dah taraf bapak la ni. Tengok2 jadi lecturer tahu8n 4.

"Awaklah jadi ketua, boleh?"
Saya angguk dengan penuh paksarela. Saya jenis belajar duduk kat depan kelas. Sebab ilmu ni sifatnya macam air la. Yang duduk depan tu la yang paling banyak 'teguk' sebelum dialir ke belakang.

GILA! Tak pernah2 aku jadi ketua kat UTM ni. Baru start sem dah kena handle 60 orang. Dapat sokongan majoriti pulak tu. Dalam hati dah menangis la. Nak dengar suara emas saya ni pun dah cukup payah. Ni pulak nak mewakili suara 59 orang lagi. Haila...

Tapi time ni jugakla saya mula kenal anak-anak buah saya. Selama ni nampak muka, tapi tak tau nama. Ada pernah dengar nama, tapi tak tau rupa camne. Ada jugak yang baru first time jumpa!! (padahal dah dua tahun duduk satu kelas)

Lab untuk semester ni pun formatnya sangat berbeda. Kalau dulu satu minggu satu projek, sem ni 4 minggu satu projek. Minggu pertama bincang2 atas meja. Minggu dua buat simulasi. Minggu tiga buat eksperimen. Minggu empat presentation. Format ni dipanggil PBL - Problem-based Lab. Diorang bagi masalah, kami kena selesaikan. Kata PA saya, hidup ni kalau takde masalah pun bermasalah jugak. Kita patut bersyukur sebab dikurniakan MASALAH.

PBL untuk SEE atau Elektrik Kuasa ada tiga,
i. Advanced Power Lab
ii. Power Electronic Lab
iii. High Voltage Lab

So, dah masuk minggu kelapan ni, kami dah masuk lab kedua.
Next week kena present. This week kena siapkan PWM. Masuk keluar PCB Lab hari-hari, dari pukul 8 sampai 5. Malam tadi jari saya masak sebab kena pateri. Rambut saya saya pun terbakar (Kikiki). Tu la, nak sangat bela rambut panjang.

Esok pulak ada test Power Electronic. Tak baca apa lagi sebab sibuk siapkan banyak assignment dengan lab ni. Setakat ni dah ada dua test. Boleh bawak la jugak. InsyaAllah.

Sebelum saya terlupa, hari tu ada jugak jumpa senior-senior KRU time konvo. Ada macam-macam 'kejutan' la. Haha. Nanti saya cerita la untuk post akan datang, insyaAllah.

8 September 2012, 8.05 am




26 Ogos 2012, 10.29 am

The FYP to be.

25 Ogos 2012, 11.40 am

Entri kali ni takde kaitan langsung dengan Latihan Industri - sebab tengah cuti seminggu beraya.


Ingat tak ni siapa?
Jawapannya ada kat bawah.
Sila terus membaca. ;)

The haunted jetty in the haze.
Looks creepy.

6 Ogos 2012, 10.42pm

The trainee table

5 Ogos 2012, 10.03 am




23 Julai 2012, 6.11 pm


22 Julai 2012, 3.05 pm

Entri kali ni ditulis selaju-lajunya.
Mohon maaf kalau cerita pendek sangat.
>>Tarikh kat atas tu sebenarnya tarikh entri ni ditulis. Sekejap je lagi nak balik Meru. Sekarang masih kat rumah lama. Buka puasa nanti pun beli kat bazaar je. No more home-made juadah.

8 Julai 2012

 8 Julai 2012, Ahad

The man that decided to change on the 12th hour dies on 11th.
~Lia~

Dear sis,
We met for a reason.
He guided me through you.
He made me decide
to change on the 10th hour.
Though the chances are that we’re never
going to meet again,
I thank you.
~Fend~

Antara Fender dengan warna-warna.
Antara muzik jalanan dengan jalan cari Tuhan.
Antara cari dia dengan Dia.
~Contengan Jalanan, Hlovate~



1 Julai 2012, 10.04 pm



1 Julai 2012, Ahad

Julai. Syaaban. Hampir dua tahun berlalu sejak peristiwa tu berlaku. When I was 19, my life change forever..

Nikmat yang ada takkan terasa, selagi ianya tak lenyap daripada depan mata.
Dua minggu lagi..


"In the end, it's not going to matter how many breaths you took, but how many moments took your breath away.."


24 Jun 2012, 8.12 pm



24 Jun 2012, Ahad.

Setiap takdir yang Allah dah tentukan,
adalah yang terbaik untuk setiap insan.
Have faith.
To live well or live hell, you choose.
May Allah bless

~Rooftop Rant, Hlovate~


24 Jun 2012, 10.08 am

Addin mengemukakan teorinya begini:  
a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran 
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak 
 ~ dipetik daripada aA+bB, Hlovate~

"membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak....."


Siri 'Log Book' ini diwujudkan sempena 12 minggu saya berLI (Latihan Industri) (18 Jun - 7 September 2012).
Sebab utamanya bukanlah nak cerita pasal kejuruteraan, pasal elektrik, balik kerja pukul berapa, lunch makan apa, etc tapi lebih kepada mengenal diri sendiri - sesuatu yang kita sendiri pun takkan dapat elak - dan belajar tentang hidup.
Sebuah realiti kehidupan.

17 Jun 2012, Ahad

"BAPAK BESAR!!!"
Ayat pertama yang spontan keluar dari mulut bila nampak benda alah ni.


17 Jun 2012 ,9.24 am


Entri atau post terakhir sebelum Latihan Industri bermula.
Kat rumah baru takde internet mahupun broadband.

Memo ni bertarikh 11 Jun 2012.
Apa yang berlaku, biarlah menjadi tanda tanya. Heh.
Dan memo ni masih dijaga rapi oleh si penerima.
~ Hari-hari dok mengadap benda ni, pastu senyum sorang-sorang.

Terima kasih, kakak....


27 Mei 2012, 6.34 am


27 Mei 2012, waktu Subuh
Telefon bimbit diambil. Skrin menunjukkan jam 5.40am++. Dah waktu Subuh. Badan masih terasa malas disebabkan inersia. Lampu di tingkat bawah terpasang. Pehal ni?
“Dah sampai? Turun kat mana? Larkin?”
Ah sudah.. Maknanya…
Laju je badan saya bangun dari tilam. Terus kemas bantal-bantal dan cadar. Tilam diheret ke dalam bilik. (saya tidur di hadapan tv tingkat atas, sebab ada kipas. Kipas dalam bilik rosak.)
Wuduk diambil dan terus solat Subuh.

Am I doing the right thing? I mean, datang rumah orang (keluarga angkat) semata-mata  nak tengok anak dara diorang? Haha. Seriously, I have no answer. Memang teringin nak jumpa diorang.
Masalahnya diorang datang sekejap je lagi! Ngee!!
Diorang = 3 kakak kandung Dilah, Cak dan Umairah.

7.20 am
Lambatnya la diorang nak sampai.. Jauh sampai ke Larkin..
Saya baring di sofa tingkat dua. Saje nak pejamkan mata, tapi tak nak tidur.
Entah apa reaksi saya nanti bila diorang datang nanti. Dan apa pulak reaksi diorang? Cepatlah balik UTM..
“Umi!!!!”
Saya bukak mata. Ngaaaa!!!
Saya intai dari tingkap tingkat atas. Diorang bertiga bersalam dan berlaga pipi dengan umi. Tudung labuh+ lengan panjang.
Apa aku nak buat ni? Turun tingkat bawah? Jumpa diorang?

Lagu Binnabil Huda kedengaran di tingkat bawah.
“Abang tu umur 22 tahun!”
Diamlah Dilah! Bising betullah budak ni! Nak kena backhand abang sendiri ke?
“Kitorang tak tanya pun!” kata salah seorang daripada ‘muslimat’ tu.
Kemudian qasidah dialunkan. Bukan dari handphone ‘muslimat’ tu, tapi guna mulut diorang sendiri. Tak tau tajuk apa.
“Abang tu kat atas. Tengah tido kot.” Kata Dilah lagi.
“Hish! Apa tido time Subuh ni! Dah solat ke belum? Bangun! Bangun!” jerit kakak diorang ni.
Wei! Aku tak tido la! Korang tu yang entah belum tentu boleh sembahyang ke tak, main hunus senapang gajah kat aku, pastu tuduh aku tak solat pulak. Belum apa-apa lagi, diorang dah isytihar perang. Nanti korang bertiga.. Siap aku kerjakan..

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Lagu Hafiz Hamidun (Cerita Hati) berkumandang di henfon diorang.
Lama betul diorang bersembang. Saya dah sejam tersadai kat atas. Tak mau turun. Segan!!!

“Abang! Turunlah!!” kata Cak.
Saya geleng. “Tak mau! Segan!”
“Ala… Buat macam biasa je…”
Ini bukan biasa. Ini luar biasa. Dengan muslimat KRU pun saya tak pernah dekat, ini dah duduk serumah dan bilik sebelah-menyebelah pulak. Kejutan budaya. Ni lah akibatnya nak sangat tengok anak dara orang balik kampung. Diorang dah balik, aku pulak yang jadi anak dara tak jumpa tangga.

“Mana?”
“Tu.. Dia duduk kat situ…”
Dilah dan Cak dah sampai tingkat atas. Jari Cak ditunjuk tepat ke  arah saya yang tengah duduk kat sofa. Saya sengih.
Dan..
Tudung pink kelihatan dari tangga. Dan sepasang mata pun memerhatikan saya. Mata kami bertembung. Cepat-cepat dia turun balik. Malu.
Hish! Nape naik atas????? Saya lari masuk bilik.

Masa untuk hapdet blog. Papan kekunci ditekan selaju-lajunya.

Ngekk!!!
Pintu dikuak dari luar. Oh la di da.. Abah…
“Turun!!”
Ye la.. Orang turun…

8. 20 am
“Minum,” katanya lembut. Tudung pink tu tuangkan air kat dalam cawan tu. Lepas 5 minit, saya masih tak sentuh pun cawan tu. Entah-entah dia bubuh potassium cyanide. Nak lancarkan senjata kimia kat aku la tu. Kitorang kan tengah berperang. Perang biokimia.
“Makan!” kata umi.
“Kurangkan…” jawab saya, perlahan. Cuak tu nak makan. Diorang bertiga yang masak. Entah bubuh apa pulak dalam ni. Serbuk lada seguni agaknya.
“Kurangkan lagi..” kata saya.
“MAKAN JE!!” jerit umi.
Huh! Umi dah buat pakatan Axis dengan diorang. Siapa lagi aku nak percaya kat dalam rumah ni?
“Dah kenyang..” jawab saya, perlahan.
“Belum makan dah kenyang! Apa ni? Cepat makan!”
Dua beradik tu (Angah + Wasilah) perhatikan saya, sambil gelak-gelak. (Along diorang tidur dalam bilik) Amboi, mata bukan main liar. Usha anak teruna orang macam nak beli kereta. Mata tu dah terlebih insurans ke?
Makanan disuap. Belum dua minit dah habis. Cepat-cepat pergi dapur. Basuh pinggan. Tak mau face-to-face dengan diorang.
Ya Allah.. Kenapalah aku datang rumah diorang minggu ni…

11.00 am
Kami pergi ke Gunung Kulai. Mandi air terjun.
Bush!!!
Air disimbah sebanyak-banyaknya ke arah Cak dan Dilah. Kikiki.
“Janganlah! Tak bawak baju lebih la..” kata Wasilah.
Uik? Terkena dia ke? Aku target kat budak berdua tu je. Hehehe….
Bushhh! Bushhh!! Bush!!!!!!!
“JANGAN!!” jerit Wasilah. Dia segera berlari meninggalkan kawasan berair.
Saya puas kenakan budak sorang ni. One down, two more to go.
Angah tersenyum. Gelakkan Wasilah yang dah kebasahan. Senyum ye.. Kita tengok dia senyum lagi tak lepas ni..
Bush!!
“Abang Ashraf!! Tak naklah!!!”
Angah panggil saya ABANG? Ok, saya terharu sikit kat situ. Mana sorang lagi?
Mata kami bertentang. Along dan saya. Kaki mula menapak ke arah baju pink tu, dan…
Bush! Bush! Bush!
Scene ini diikuti dengan banyak adegan kejar-mengejar masuk air-pergi darat-masuk air balik antara kami berempat. Yang tak nak mandi pun ikut tenggelam sama. Habis lencun baju masing-masing. Siapa suruh tak bawak baju lebih? Kata tak nak mandi,  tapi semangat berjalan kat kawasan air kan? Diorang tak nak mandi, saya tolong ‘mandikan’. Haha.
The good thing is, kami berinteraksi. Frankly speaking, saya tak pandai mengayat anak dara orang, dan tak pandai bercakap dengan orang tak kenal, especially girls (to be more specific, ‘muslimat’ and ‘ustazah’).
“Abang ambik elektrik kan?” tanya Angah.
Angah si peramah tu rajin bukak mulut. Nama pun perempuan, kan? Thanks Angah. You start the game.
“Ha’ah”
“Belajar pasal elektrik je la, kan?”
“Ada jugak subjek lain. Etc2”
Ego punya pasal, saya pun tak nak mulakan perbualan.
Wasilah pun borak dengan saya. Dia pun ok je. Tapi Along masih diam. Macam cuba mengelak daripada bertembung dengan saya.

Along (baju pink) dan Wasilah (baju purple)


Angah (baju oren)
“Nah! Balas balik!” kata Wasilah sambil mencedok air menggunakan cawan plastik.
Counterattack ye…
Saya pergi ke darat, ambik besen hitam, masuk balik air terjun, dan…
“Tak nak!!” Semua lari bertempiaran macam kelkatu.

Balik tu, semua lebam-lebam kaki sebab terpijak batu kat dasar air terjun. Luka sana sini. Duduk dalam kereta pun lapik dengan tuala – tak nak basahkan tempat duduk.
Dan kat rumah tu jugaklah suasana ‘meriah’ kembali sepi… Kami berempat tak bertegur sapa.
Mulalah rasa rindu nak bercakap dengan diorang.

Pap! Bola disepak tinggi ke udara, dan free fall mengikut hukum graviti.
“Abang, jomlah main dengan kita!” kata Umairah, 4 tahun.
Ah, malaslah main dengan budak kecik ni. Sikit-sikit nangis. Tak kuasa nak memujuk. Tapi kalau Cak merajuk, lain ceritalah.. Dia kan adik kesayangan saya.
Saya habiskan masa sepanjang petang kat luar rumah. Main bola sepak sorang-sorang. Habis dah anak-anaknya semua anak dara, takkan nak ajak main bola sepak. Karang saya yang kena penyepak. Mungkin diorang pandai main bola jaring – tapi takkanlah abang diorang ni nak join sekaki.

Lepas mandi, saya pun keluar balik ke laman rumah. Nampak Angah, Umairah, dan Wasilah duduk kat kerusi dan meja taman.
Should I or shouldn’t I……

“Kita belum bercakap, kan?”
Dua yang tua saling berbalas berpandangan. Kemudian tersengih. Betul la tu. Bila masanya kami betul-betul bercakap?
“Apa nama sekolah Angah?”

“Sekolah Menengah Agama Diniah Islamiah, Kupang, Baling, Kedah”
Sekolah ni dekat dengan kampung umi diorang (kalau tak silap.) Sekolah pondok katanya. Angah ambik STAM tahun ni (setahun je). Wasilah Tingkatan 4. Along ambik SPM (atas sebab2 tersendiri).
Jadualnya, bangun 5 pagi hari-hari. Mandi dan prepare untuk solat Subuh. Kemudian solat Subuh. Baca satu surah (tak ingat). Siap untuk ke kelas. Duduk dalam kelas. Balik dalam 1.30 tengah hari.  Solat Zohor. Pastu apa entah. Solat Asar. Baca ma’thurat. Makan. Solat Maghrib. Tunggu Solat Isyak. Kemudian solat Isyak. Study. Baca Al-Mulk. Tidur.
“STAM ni macam diploma. Lepas ni sambung degree.” katanya lagi.

“Dulu abang tak suka tau budak-budak sekolah agama.”
“Kenapa?”
“Pakai sampin, pakai songkok, pakai tudung labuh, pergi masjid, tapi masih mencuri”
“Tapi tak semua macam tu.”
“Tu masa abang kecik-kecik. Sebab tu abang tak nak pergi sekolah agama. Pergi dengan tak pergi serupa je. Abang rasa abang lagi baik walaupun tak pergi sekolah agama. Tu dulu la. Lepas habis sekolah menengah, baru abang belajar sembahyang, pergi surau, mengaji, etc kat matrik”
Saya dah banyak berubah. Sedih jugak bila ingat cerita lama. Tak kenal agama. Tak kenal Tuhan.
Seronok jugak borak-borak dengan diorang. Sebab latar belakang kami sangat jauh berbeza. Diorang berdua pun banyak bertanya pasal saya dan UTM.

Lepas Maghrib
“Mana Along?”
Entah mimpi apa time ngantuk-nak-tidur time solat Maghrib kat surau tadi, teringat pulak kat Along. Ye la, tadi dah borak dengan adik-adik dia. Dia sorang je tinggal.
“Kat dapur…”
Saya pun menjengah ke dapur. Along tengah goreng keropok lekor. Should I or shouldn’t I? Diorang kata Along ni garang. Tapi.. Takkan aku nak start dulu…
Saya ambil mangkuk dari rak. Cari alas an nak masuk dapur. Along pulak  dekat dengan sinki. Lama saya berdiri kat situ.
Dan sepi mengisi ruang. Sekadar mata yang mencuri pandang dari balik tirai hati.

“Nah” kata Umairah.
“Tak naklah”. Entah jajan apa yang Umairah bagi. Tak mau aku. Tengok warna bungkus pun pelik semacam je…
Dia pun beredar ke dapur. “Along! Abang Ashraf kata tak nak!”
Along? Along yang bagi? Eh, apa bendanya tu? Ya Allah.. Budak tu memang nak baik dengan aku sebenarnya…
Saya berlari ke dapur.
“Apa ni?” Saya tengok bungkus tu. Serbuk kopi?
“Sini Umairah, abang Ashraf tak nak tu. Biar Along masukkan dalam bekas.”
Along ni sebenarnya hantu kopi. Orang lain minum kopi, dia sampai kunyah serbuk kopi. Coffee-holic.
Kiranya Along nak kongsi dengan sayalah apa yang dia suka dan minat. (makna lain, dia cuba nak berinteraksi dengan saya.) Tapi dia tak nak lah bagitau yang dia nak baik dengan saya.
Serbuk kopi tu pun dituang ke dalam bekas untuk disimpan. Mungkin benda ni nampak kecik, tapi saya dah tolak pemberian dia. Siapa tahu, mungkin dia terasa hati..
Along, maafkan abang ye…

“Apa ni?”
“Pelam” kata umi.
“Besarnya!!!”
Tak pernah saya tengok pelam sebesar tu. Import dari Kedah agaknya. Kedah pulak import dari Thailand. Haha.
Pelam dikupas, dan dikongsi bersama kami bersembilan – Abah, umi, Along, Angah, Wasilah, Dilah, Cak, Umairah dan saya. Kemudian kupas sejenis lagi buah yang entah apa namanya, dikupas macam pelam, tapi kulitnya boleh dimakan. Cicah dengan kicap dan gula. Tadi along masakkan keropok lekor made in Kedah. Sos pun masak sendiri rasanya. Buat kopi pulak tu. Petang tadi pun Angah buatkan kopi untuk saya. Terharu! Pagi pulak Wasilah sapu-sapu lantai. Petang sapu lagi sekali. Rajin budak bertiga ni.
Beruntung rumah ni penuh dengan enam kuntum bunga. Abang angkat diorang ni lagi untung. Goyang kaki dan lengan 24 jam.

“Bila abang nak datang lagi?” tanya Angah sewaktu kami tiba di S05.
“Entah.. (minggu depan kot….)”
Tapi sedare umi datang dari kampung next week. So, saya tak mau masuk line la. (SEGAN WEI!! Dengan diorang bertiga yang tua ni pun dah sesak nafas, nak tambah lagi satu battalion!!)

Anyway, I’m having a great day with them. Bermula dengan perang emosi, kami pun ‘ter’buat MOA perjanjian damai melalui simbahan air yang bertalu-talu kat Gunung Kulai. Pastu jadi geng.
Satu je yang saya agak terkilan. Tak sempat borak-borak dengan Along. Tapi nampak pun along macam nak bercakap dengan saya. Bila saya nak bukak mulut, saya tak tahu nak cakap apa. Dia pun membisu.

Along, we need to talk someday...



Having three little sisters is the best thing ever happens to me this year.
And having another three is totally a bless.


20 Mei 2012, 9.11 pm



19 Mei 2012, petang

“Ni hari jadi kita.”

Jarinya ditunjuk tepat di angka 31 Mac. Siap bertulis namanya lagi atas kalender tu.
Muka surat diselak. Bulan Mei. Bulan ni.
19 Mei. Dan minggu depan…

“Minggu depan dah cuti sekolah?”

Dia mengangguk.“Ha’ah”

Cepatnya. Sekejap je dah cuti sekolah.. Sejak habis SPM, kalender yang ada warna kuning dalam petak tu macam dah tak ada apa makna lagi. Ye la, zaman sekolah dah habis. Cuti kat kampus mana sama dengan cuti sekolah. Sampai adik-adik kandung cuti sekolah seminggu kat rumah pun saya tak tahu.

“Bestlah. Periksa dah habis waktu tu. Patutlah sibuk dengan ujian sekolah agama dengan sekolah kebangsaan je”

Dia sekadar tersenyum.

Saya rasa nak balik lagi rumah family angkat ni minggu depan. Temankan diorang cuti ni. Seronok manjakan diorang bertiga. TIGA orang ADIK PEREMPUAN tau.

“Along, Angah dengan Kak Chik pun balik sini…”

Uik!!! Terlupa pulak pasal diorang. Ngaa….


Along + Angah + Kak Chik + Dilah + Cak + Umairah = PEREMPUAN.

Tiga orang adik perempuan kat rumah ni pun dah cukup untuk buat rumah ni jadi tongkang pecah. Pinggan tak berbasuh. Patung beruang bertabur. Bungkus gula-gula bersepah. Surat khabar berselerak.
Tambah lagi tiga orang =????


Along, Angah Dan Kak Chik merupakan pelajar sekolah agama kat Kedah sana.

Kalau dah sekolah agama~~~ tudung labuh, lengan panjang, stoking. DI DALAM RUMAH.

“Cak.. Takpe ke abang balik minggu depan? Abang kesian tau tengok Umi, Dilah dengan Cak bertudung dalam rumah..”

Satu perkara yang sangat saya respect kat family ni ~ sanggup berpanas bertudung dalam rumah kerana saya. Bukan, kerana Allah. Soal agama dalam rumah ni kira ok la. Tapi disebabkan panas dan rimas even dalam rumah tu la yang buat saya risau.. Saya rasa saya ni beban..

“Takpe.. Kitorang tak kisah pun.. Abang datang je la..”

Saya sedang fikirkan ‘nasib’ tiga lagi ‘adik-adik’ saya yang akan datang minggu depan. Terpaksa bertudung disebabkan kehadiran lelaki ajnabi.

Sebab saya fikir keselesaan diorang la saya tak nak datang. Tapi kalau saya tak datang, bila lagi diorang dapat jenguk saya, kan? Cuti sekolah pun bukannya sampai sebulan.


 “Along tu garang. Dia suka buli kita dengan Dilah. Suruh kemas mejalah. Kemas pingganlah. Itulah. Inilah.Kasar la jugak”
Adyani, 20. Tahun ni mengulang SPM atas sebab-sebab tertentu.
Hoho. Along mendapat mandat paling besar di rumah tersebut. Selaku anak paling tua, kuasa veto ada dihujung jarinya. Kalau ditakdirkan saya datang minggu depan, egonya mungkin tercalar sebab selama ni dialah paling tua kat rumah. Ada dua kemungkinan ~ dia akan benci saya (sebab saya dua tahun lebih tua daripadanya) atau dia akan sayang saya (APAKAH??).
Tapi saya percaya, wanita yang paling keras hatinya pun ada ‘soft spot’.

“Angah suka buku. Malam-malam akan tidur lewat untuk baca buku. Lepas solat Subuh pun baca buku. Lepas tu kemas rumah dan mandikan adik-adik.”
Aiman, 18. Dah habis SPM. Ambik STAM.
Bookworm. Book freak. Ada kemungkinan yang dia tak mesra macam yang lain. Tapi saya tahu ilmu dialah yang paling banyak antara semua. Tak mustahil dia jadi geng saya. Sama-sama gila buku. 18 tahun.

“Kak Chik mesra sangat dengan orang. Rajin bercakap”
Atikah, 16. Tingkatan 4.
Mungkin ni yang paling senang untuk didekati. Sebab gap antara kami tak berapa besar. Cumanya, saya lelaki. Dia segan. Saya lagi segan.


Ok. Tiga adik saya jenis ‘ustazah’ di mata orang ‘biasa-biasa’, tapi saya anggap mereka adik-beradik yang sangat luar biasa. Sebab diorng berpegang denga Islam tatkala ramai manusia katluar sana yang pegang Islam dalam MyKad diorang je. Macam muslimat KRU yang ada kat UTM ni la. Boleh je ajak bersembang (rasanyalah…). Umur kami pun tak jauh beza. Kalau saya berjaya ‘mencuri hati’ Dilah, Cak dan Umairah, tak mustahil saya boleh curi hati mereka bertiga juga.

After all, I’m their ‘abang angkat’ too. Spreading love is in the job description.

Tak sabar nak dapat TIGA adik-adik PEREMPUAN baru. Wee~

(kena belikan bear saiz XXXL kot untuk diorang cair. Kopak lagilah dompet dengan mesin ATM… Adoyai~)


17 Mei 2012, 4.04 pm


16 Mei 2012, lepas Maghrib
“Kita bagi hadiah kat dua orang cikgu. Cikgu X dengan Cikgu Y”
Saya tak ingat nama cikgu tu. Saya letak X dan Y je.
“Cikgu X tu garang. Garang sangat.”
Saya tersentak. “Dah garang, buat apa nak bagi hadiah?”
“Memanglah cikgu tu garang, tapi dia lawak.”
Tak faham betul perangai budak sorang ni. Luar alam betul. Kalau saya, saya pancitkan je tayar tayar kereta cikgu tu. Nak tunjuk garang kat sekolah, kan? Saya pun boleh tunjuk kegarangan saya.
Dan scene seterusnya diikuti dialog yang meleret-leret dan meraban-raban, tiada kaitan langsung dengan Hari Guru dan cikgu garang yang bakal dipancitkan tayarnya tu.

Masa mula-mula kenal budak sorang ni, dialah yang paling ‘dingin’. Hati aisberg. Ice Queen. Sangat berbeza dengan adik-beradik yang lain.
Tapi bila saya muncul depan dia, dia akan hidangkan air teh kepada saya, letak biskut tawar kat sebelah dan makan minum bersama. (Cawan lain-lain la..)
Kemudian dia akan mulakan perbualan.
“Abang, abang pernah jatuh tangga tak?”
“Abang, kita ada kawan kat sekolah. Dia anak yatim.”
“Abang, hari tu kan, Dilah borak-borak dengan Kak Chik. Dia cerita pasal abang.”
Abang ini. Abang itu. Ada je benda yang dia nak bualkan. Kalau dengan abang-abang angkat yang lain, dia masih tak berapa nak bercakap.

Dan saya pun tak tahu kenapa anak gadis seorang ni yang berjaya mencuri hati saya. Memang adik-beradik lain nampak jeles sangat saya rapat dengan Cak. Bukanlah nak pilih kasih, tapi dalam adik-beradik kandung kita pun, mesti ada sorang yang mama dan papa kita sayang lebih sikit daripada yang lain..
Tapi memang seronok jaga adik sorang ni. Seronok dapat manjakan dia walaupun umur dah 10 tahun. Dia nak apa-apa, dia akan cakap kepada saya, dan saya akan belikan. Dia tak cakap pun saya belikan. Tak kisah langsung berapa banyak duit yang mengalir keluar dari dompet dan mesin ATM.

Memang tipulah kalau saya kata saya tak sayang dia. Mungkin lebih daripada adik-beradik kandung (Oh, maafkan abang kandungmu ini. Hahaha.).
Selalu juga dia hantar mesej kepada saya.
“Abang, pagi Cak sekolah. Petang tak sekolah.” (dia selalu ajak saya datang sana dan main dengan diorang.)
“Abang, hari Sabtu dan Ahad abang datang rumah ini lagi”
“Mana ada manis-manis.. Garang tau.. Mestilah layan.” (saya panggil dia ‘cik adik manis’. Saya merajuk kalau saya datang sana dan dia tak layan.)
“Abang nak datang sini malam ni ke esok?”

Harga teddy bear tu pun dah macam takde apa kalau dibandingkan dengan kasih sayang adik tersayang ni. Hampir setiap saat teringat kat dia.
I miss you, sis.



9 Mei 2012, 9.13 pm




(Mohon maaf sebab tak sempat upload banyak gambar buat masa ni. Sangat sibuk. Post ni pun dah lebih deadline lebih 2 minggu sebenarnya. Ngee....)

Telefon berdering. Haish! Siapa yang call time orang nak solat Isyak ni? Butang merah ditekan. Telefon bimbit segera dimatikan. Nak beri laluan kepada panggilan Allah. Imam mula angkat takbir. Allahuakbar..
****
Saya on balik handphone. 5 missed call. Uik! Macam kecemasan je. Maaflah tak angkat panggilan tadi. Saya baca nombor missed call. Ni nombor… Umi?
Ibu kandung saya, saya panggil mama. Dan umi ni ialah panggilan untuk ibu angkat saya.
“Abang, umi suruh telefon umi”
Mesti Cak si budak manja tu yang hantar mesej ni. Saya pun call balik nombor tu.
“Cik Mas nak datang UTM malam ni. Umi ada kirimkan kuih.”
Hoho. Baiknya umi. Sayang kat saya dan Syahmi walaupun bergelar anak angkat selama 46 jam.
Dan kehadiran kami yang sangatlah singkat di rumah itu sedikit sebanyak kenangan bertanda kepada mereka sekeluarga. Saya bergelar ‘anak lelaki sulung’ dalam keluarga tu menjadi abang kepada enam adik perempuan. Memang rindu sangat kat diorang. Terutamanya Cak.

Di sini saya ada nukilkan kisah kami sekeluarga, sepanjang keberadaan saya di rumah mereka.
Ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya.

6 Mei 2012, 10.25 pm <<< waktu kisah ini mula ditaip.

28 April 2012, tengah hari

“Ni Hani kan?”
Dia menoleh ke arah saya sambil angkat kening double-jerk. Wajahnya sedikit terkejut sebab tak menyangka yang saya tahu nama beliau.
“Erm..” katanya sambil mengangguk.
“Darjah Empat kan?”
Angguk lagi. Tak banyak bercakap rupanya. Pendiam jugaklah.
“Panggil dia ‘Cak’ pun boleh..” kata Dilah.

Saya ada ‘menceroboh’ bilik study diorang. Ada drawer tertulis nama Adilah dan Hani.
Adilah = Dilah.
Hani = Cak?
Macam mana Hani boleh jadi Cak? Jauh bunyinya.. Hanicak? Hanisah?

Jom refresh balik.
Dilah, 12 tahun.
Cak, 10 tahun.
Umairah, 4 tahun.

Walaupun dalam rumah, dua yang tua ni bertudung. Maknanya diorang ada kefahaman tentang Islam walaupun belum baligh.

******
“Abang, nak berjalan tak?” tanya Dilah.
APAKAH?
Saya tengok jam digital di lengan kiri. 11.30 malam. Haish..  Nak berjalan apa malam-malam buta ni?
Lagipun esok kan abah kerja. Tadi pun abah kerja (walaupun hari Sabtu), dan balik leat. Lepas Isyak tadi pun ada majlis perasmian Kem Ukhwah “Keluarga Angkat”. Abah pun mesti kena rehat.
Lagipun,idea berjalan satu family malam-malam buta ni macam tak berapa munasabah la… Tapi kan, kali terakhir saya berjalan sekeluarga malam-malam pun, masa ada abah je. Tapi sekarang, abah……
Cak terjenguk-jenguk di belakang. Mata kami bertembung. Zupp!! Laju je dia menyorok belakang tangga, dan menghilang ke dapur. Dah macam tikus mondok nampak kucing.
Saya bangun dan bergerak ke dapur. Nak jenguk Cak sebenarnya. Antara diorang bertiga, Cak yang paling tak banyak bercakap dengan saya.
Cak tak suka bercakap dengan stranger.  Tak berapa ramai kawan kat sekolah. Badan kecik je. Duduk kelas depan. Just like me, when I was about her age.
Saya seolah-olah melihat diri saya dua belas tahun yang lalu. Sangat-sangatlah serupa.

“Nak berjalan tak?” tanya umi yang sedang menyiapkan bahan untuk masak laksa utara esok. Umi orang Kedah. Anak-anaknya lahir dan membesar kat Johor.
“Dah malam ni.. Abah pun kerja esok, kan?”
“Takpe.. Kitorang dah biasa kerja malam..”
Erk? Dah biasa? Aku sorang je ke yang tak biasa keluar malam?

Saya pandang wajah anak dara berdua yang berkepit dengan pinggang umi ni.
Seolah-olah menanti saya kata “Jom pergi!!!”.
“Er.. Ikut budak-budak ni la..” jawab saya, tergagap.
Dilah dan Cak senyum macam tak cukup pipi. Biarlah diorang happy. Esok pun saya nak balik UTM. At least saya ada kenangan dengan diorang. First time ada abang, biarlah diorang ingat sampai bila-bila. Masa yang kami dapat luangkan bersama pun makin suntuk.
Dilah bergerak ke ruang tamu untuk inform abah.
Cah sekadar mengiku kakaknya di belakang. Tak nak dace-to-face dengan saya. Geramnya tengok budak ni. Dahlah comel.
“Cak!”
Dia menoleh. Dia paksa untuk senyum, dan muka orang buat salah.
“Senyap je… Malu dengan abang ye…” usik saya.
Pipinya merona merah. Matanya pandang ke lantai. Tak jawab apa-apa.
Haha, Sweetnya la adik aku ni…
Saya faham situasi beliau sekarang ni. We’re on the same boat after all.

*****
“Sinilah..”
Dia pandang saya, dan menggeleng. Saya panggil lagi, dan Cak pun duduk bersila di depan saya.
“Nah..” kata saya sambil menyerahkan balang keropok bawang. Dia mengambil beberapa keping isinya.
Ok.We’re moving few steps forward. Sekadar nak menghilangkan rasa kekok antara kami.
Saya abang dia, dan dia adik saya. And we need to talk.

******
“Ni yang pertama, kedua, ketiga” katanya sambil menyentuh wajah-wajah dalam gambar album tersebut. Pandai bercakap rupanya budak ni.. Tadi bukan main malu-malu.
Cak sedang menunjukkan wajah-wajah manis kakak beliau. Ada tiga orang kakak yang bersekolah agama kat Kedah. Adyani, Aiman, Atikah. Yang paling tua nak ambik SPM tahun ni.
Saya perhatikan semua gambar dalam album ni. Dari zaman Adyani (diorang panggil Along) sampai zaman Umairah.
“Jom!” kata umi yang dah bersiap untuk outing malam.
****
Idea asal, kami nak pergi Stulang. Apa tu? Sup tulang? Abah kata zon bebas cukai. Kawasan laut. Saja nak tenangkan fikiran, katanya.
Tapi tersesat jalan. Heh. Dah malam, mana nampak sangat papan tanda. Kami pun sampai Stulang Darat, tapi tersangatlah sesak sebab malam minggu. Plan B: Danga Bay. Yay!
Tapi sebelum tu kami singgah pasar karat. Ada jual barang-barang lama dan terpakai.
*****
Kelepak-kelepuk budak berdua tu berlari ke arah kereta api lampu lip-lap tu. Laju je diorang naik. Tapi sebab dah malam, ‘public transport’ ni tak beroperasi malam-malam. Saya pula berdiri di tepi laut, dan main DSLR. Rindu sangat kat Danga Bay. Teringat kat abah yang pernah bawak kami berjalan ke sini. Ni kali ketiga saya datang Danga bay. Kali kedua, masa Kem Pemantapan Sahsiah Diri tahun lepas anjuran Kelab Remaja Ukhwah.
Pentas tu.. Pentas yang saya sepatutnya bagi public speaking, sebelum melarikan diri. Seriously, I’m not that strong la nak cakap depan public.
Umairah dan Aiman berlari-lari main ke sekeliling Danga Bay. Malam-malam pun hyperactive.

Saya ambil lidi yang bersepah di lantai. Saya gunakan bahagian yang tak tajam untuk…
“Huish!” jerit Cak.
Saya gunakan bahagian tersebut untuk sentuh pipi lembut Cak. Dan saya pun terus mengusiknya sepanjang kami berjalan-jalan. Cak pun senyum je.
Nampak macam perangai budak-budak. Haha. Sekadar mengeratkan hubungan adik-abang.
Lagipun esok petang nak balik. Takut menyesal pulak tak rapat dengan dia.

Kami pun mengeteh di Taman U. Makan dua family.
Balik tu, jam 3 pagi. Masing-masing terbongkang sampai ke subuh.

*****
“Nah!”
“Tak pandai…”
“Belajarlah…”
Saya sedang mengajar Cak untuk gunakan Nikon D3100. Dulu, saya pun pemalu jugak, sampailah saya dapat kamera ni. Waktu ni la saya jadi berani nak berhadapan dengan orang. Kiranay benda ni macam terapi la.
Kalau orang yang tak biasa ambik gambar ni, sekejap je boleh jadi gugup. Saya cuba menerapkan Cak dengan cara yang sama. Takkan sampai bila-bila pun nak jadi pemalu, kan? Satu masa nanti dia akan jadi dewasa jugak.
Tapi takpe la kalau dia belum boleh handle pressure sekarang. Dia perlukan masa. At least saya dah ada pelapis. J

“Cak! Bawakkan beg abang ni. Nanti abang balik rumah ye.”
“Ok”
Entah macam mana, rasa kekok antara kami seolah-olah tak pernah wujud. Seolah-olah dia dah mula terima saya sebagai seorang.. abang..

Saya perhatikan dia bersama meninggalkan balairaya bersama umi dan Cik Mas.
Dari jauh nampak dia bawak beg silang DSLR saya yang talinya sedikit panjang. She’s truly my sister.
I love this girl. I truly love her.

“Beli ni la.”kata Syamsul.
“Aku ok je” balas Hasnur.
Kami berada di Econsave Kulai. Mereka bercadang untuk membeli hamper untuk beri kepada keluarga angkat mereka.
Seorang ayah, seorang ibu, dan seorang anak lelaki. Dan satu hamper yang agak mahal. Seminggu baru habis kot.
“Kau tak nak beli apa-apa?” tanya mereka
“Erm.. Dulu diorang ada bagi coklat masa aku mula-mula sampai sana.. So.. Aku beli coklatlah”
Saya pun cari ruangan coklat Vochelle. Coklat jenama ni jugaklah yang diorang bagi kat saya – yang saya tak sempat menjamahnya dek diambil oleh anak jiran sebelah. Tapi takpelah. Yang penting adik bertiga ni happy dengan keberadaan saya di rumah tersebut. I’m their eldest brother after all.
Tiga coklat Vochelle berlainan perisa diambil dari rak.

“Bear dengan Aiman tak nak beli apa-apa?”
“Kitorang nak beli kat Tesco Kulai. Econsave tak banyak pilihan la…”
Sebenarnya kami saje je nak belikan hadiah untuk family angkat. Hari terakhir la katakan…

“Comelnya…”
Alahai.. Aku ni pantang nampak benda comel..
“Belilah!”
“Tapi ada satu je macam ni….. Takut budak-budak tu berebut”
Nak beli tiga, alamat kopak la dompet aku. Dengan mesin ATM sekali kena kopak. Beli satu unit je pun dah terangkat bulu roma.
“Tapi aku sayang diorang……” jawab saya lagi, mengeluh.
“Belilah. Kalau aku, aku belikan je untuk diorang. Semua perempuan kan?” kata Syamsul.
“Ha’ah. Belilah. Kau memang takde masalah pasal duit, kan?” kata Hasnur.
Kahkahkah. Betul jugak cakap Hasnur. OKB.
Atas dorongan, hasutan dan diracun oleh mereka berdua, saya pun berlari-lari ke mesin ATM.
Balik kedai tu, terus rembat sebiji teddy bear putih dan gebu tu. Diorang bertiga perempuan, takkan nak bagi bola sepak.
“Nak kotak? Yang ni besar sikit, yang ni kecik. Ambik yang besar la, takut tak muat” kata amoi tu.
Saya pun pilih yang besar. Teddy bear disumbatkan.
“Masih tak muat! Hahaha” kata amoi tu. Saya pun tergelak. Memang saiz XXXL.
Dapat pulak free gift botol air sebab purchase member card dia. (Nak dapatkan member card sebab dia bagi diskaun)
Kotak tu pun dibungkus dengan reben. Dekat RM100 jugaklah semuanya. Sayang betul cik abang sorang ni kat adik-adik dia….

“Bawakkanlah…”
“TAK NAK! SIapa suruh beli besar-besar….” Kata Bear.
“Ala…”
Diorang gelakkan saya. Muka saya masa tu konfem tengah merah. Bayangkanlah, kotak teddy bear sebesar alam dipikul oleh budak lelaki sepanjang dalam Tesco (SANGAT BESAR!). Orang kiri kanan pandang je. Aku buat tak tahu! Takpe, kasih seorang abang yang tak terhingga. Heh.

Kami berzohor di surau taman tu. Hadiah ditinngalkan dalam kereta. Sebelum pulang ke UTM nanti baru bagi diorang. Habislah coklat tu cair kepanasan…

******
“Umi!! Sori lambat!! Makan ais krim dengan kawan-kawan tadi…” kata saya, yang trepaksa ‘tipu sunat’. Mana boleh cerita kami pergi mana tadi. Pecah rahsia karang! Tak surprise la.
“Oh.. Takpelah.. Budak-budak ni pun tunggu abang dia ni hah.”
Dilah dan Cak sedang makan laksa utara. Rupanya diorang tunggu saya. Saya pulak tak call umi, suruh jangan tungu saya. (takde nombor umi pun) Kesian budak-budak ni.
Umairah pun merengek nak botol susu dia. Masih terlentang depan tv. Saya dan Shamim mula mencedok laksa.

“Sambut!”
Angry Bird merah tu mendarat laju je kat Cak. Dia baling semula ke arah saya. Sekali lagi Angry Bird tu dibaling kepada Cak. Kemudian dibaling ke Dilah. Kami pun main benda ni berulang-ulang kali. Sebelum Angry Bird mendarat di meja makan, kami berhenti. Takut terbalik pulak pinggan tu, dan takut umi naik angin.
Seronok ada adik bertiga ni. Tak banyak kerenah sangatlah. Ajak berborak pun ok je. Cak ni pun dah mula jadi ramah dengan saya. Umairah pulak memang manja habis dengan abang Shamim dia. Tak boleh berenggang langsung!
Rasa berat pulak nak berpisah dengan diorang..
*****
“Tunggu kejap tau!Jangan balik dulu!”
“Ah.. Ye lah.. ”kata umi.
Selepas ucapan, penyampaian hadiah dan sesi fotografi, kami sekeluarga berkumpul di tepi balai raya. Masing-masing dah peluk anak angkat tersayang. Saya berlari-lari ke kereta Bear untuk ambil sesuatu.
“Nah! Ni Umairah punya..”
Umairah dapat botol Angry Bird. Free gift yang saya dapat lepas dapatkan member card.
“Dilah..”
Saya menyerahkan tiga coklat berbeza perisa.
Saya pandang Cak. Wajahnya seolah-olah menantikan saya berkata sesuatu. Kemudian berlari ke kereta Bear semula. Ambil hadiah yang paling besar di tempat duduk.
Semua orang pandang. Lagi-lagi muslimat KRU. Lawak betul. Ah, lantak la! Kotak tu dahlah sebesar alam.
“Nah!”
Laju je Umairah sambut. Dilah turut memegangnya. Cak sekadar berdiam diri.
“Jom ambik gambar jap.”

“Bukaklah hadiahnya” kata saya.
Budak berdua tu pun bukak. Cak sekadar memerhatikan mereka. Nak je suruh dia bukak sekali, sebab tu hadiah untuk dia sebenarnya. Bukan nak pilih kasih, tapi saya sendiri akui yang saya saying sangat kat Cak lebih sikit je dari adik beradik lain.
Cepat-cepat Umairah tarik kaki teddy bear tu.
“Eh!! Ni kongsi tiga orang tau! Bukan Umairah punya!”
Haha. Budak sorang ni.. Teddy bear bertabur kat rumah pun excited dapat teddy bear lagi. Sebab dia dah banyaklah saya bagi kat yang tua-tua sikit ni.

“Cak, sini kejap..”
Cak ikut belakang saya ke tempat berumput. Saya bongkok, supaya dia tak perlu mendongak untuk bercakap dengan saya.
“Cak, seronok tak ada abang?”
“Seronok!” jawabnya malu-malu.
“Apa yang seronok?”
“Tak tau……”
Dia tak pernah ada abang. Sehari dua ni memang agak berbeza bagi keluarga ni. Menerima kehadiran lelaki dalam rumah tu mungkin sedikit sebanyak mengubah paradigma mereka. Mula-mula memang diorang nampak stress (terutamanya Cak), tapi akhir sekali semua pun happy je.
“Cak, jaga teddy bear tu baik-baik tau”
Dia mengangguk. Wajahnya sedikit muram.

Abah yang kebetulannya pulang awal offer untuk hantar kami pulang ke UTM. Saya ok je. Kami pun bergerak pulang ke UTM, meninggalkan Taman Melati.
My very last moment with them. Entah bila dapat jumpa lagi.
Saya terdengar suara teresak-esak. Kepala terus ditoleh ke belakang.
Cak menangis? Ya Allah..
Kepalanya dipandang ke cermin kiri. Tak nak pandang depan langsung. Sesekali air matanya dikesat menggunakan tudung hitamnya. Dilah di kanannya sekadar memerhati.
Saya ingat saya yang menangis dalam kereta tu nanti. Tapi ok je sepanjang perjalanan. Tapi Cak.. Biarlah dia menangis. Tak sangka Cak yang kononnya dingin dengan orang ni paling tersentuh dengan pemergian kami. Adik-beradik lain ok je. Sya cepat-cepat pandang depan. Tak nak dia rasa malu. Biarlah dia menangis.
Now I realized how important I am to her.
I am truly someone deep inside her heart.
I am her brother. And she’s my younger sister

Kami bersalam. Dia mengucup tangan saya. Kemudian tersenyum.
“Nanti datang la lagi. Mesti budak-budak ni rindu” kata umi.
“InsyaAllah.”

Cak yang berada di dalam kereta mula memegang tangan kanan teddy bearnya.
Menggunakan tangan bear tersebut, dia melambai ke arah saya.
Saya melambainya semula.
I’m gonna miss her….

Telefon berdering sebelum Maghrib. Nombor yang tak kenal.
“Rindulah, abang ashraf… - Cak”

I know she loves me.
But I will never knew how much.


20 April 2012, 11.22 pm



Rindu zaman sekolah.
Bebas berlari-lari bawak bola keranjang sambil ketawa keliling gelanggang sekolah.
Main free shooting. Three pointer. Far shooter.
Macam orang yang takde masalah.
Tak fikir langsung apa yang akan berlaku pada hari esok.
Tak fikir exam. Tak fikir PMR. Tak fikir SPM.
Cherish the present, they said.

Lima tahun dah berlalu.
From freshman to senior year.
Masing-masing pun dah bawak diri. Semua ada life tersendiri.
Saya pun berhenti main basketball. Bersukan pun jarang-jarang.

I was one of the far-shooter in that clan.
‘90’s Skywalker’ – our clan’s name.
Tak ramai anak Melayu yang main basketball kat sekolah tu.
We’re kind of different.

I miss that moment, when we were legends.

20 April 2012, 6.33 am

Yes!!
Test dah habis, (baca: sangat bahagia!!)
Tidur lena jugak malam tadi.
Macam dah seminggu tak cukup tidur.
Satu minggu sampai dua kertas.Huhu..

Minggu lepas mid sem break - tapi fikir logiklah.
Mana ada orang bukak buku time cuti, kan?

Semester ni saya ambil 5 subjek 13 jam kredit.
Jadual pun Isnin-Rabu je. Khamis-Ahad cuti sepenuh masa.
Communication principle.
Electric Machine.
Engineering Science.
Third Year Specialized Lab.
Reading for Specific Purposes.

Engineering Science ada dua bahagian - Thermodynamics & Mechanics of Material.
Sebelum mid-sem break habiskan Thermo. Ada dua test untuk Thermo.
Malam tadi test yang kedua. Maknanya untuk selepas mid sem break ni ada dua test untuk Materials.
(1 sem = 4 test = takde final exam)

Lab pun ada final exam jugak.
Macam sem lepas, exam ni dijalankan waktu study week.
45 minit je kalau tak silap. Soalan objektif.

Reading for Specific purposes pun ada final exam.
(Tak semua elektif untuk English ada final exam)

Final exam draft 1:
7 Jun ~ Lab
8 Jun ~ P-om
10 Jun ~ EM
13 Jun ~ English
>> which means paper saya habis 13 Jun 2012.
Latihan Industri mula 18 Jun 2012.
Kami first batch yang kena habiskan 12 minggu LI (biasanya 10 minggu je)
>> semua kertas ni (kecuali English) start during study week.
= kami takde study week. huhu...

nota kaki:
tak sempat nak temankan keberadaan senior-senior tahun akhir sampai diorang habis final exam.
tahun lepas saya sempat jugaklah temankan abang-abang yang kempunan nak grad tu.
tahun ni ada Latihan Industri. terpaksa balik awal.



Kepada yang bakal graduate:
Sejak Minggu Haluan Siswa 2009 sampailah sekarang.
Dah tiga tahun kita kenal. Agak lama.
Seronok sebenarnya ada senior. Boleh tolong back-up bila kena buli. Juga kuat membuli. Haha.
Tak lupa kepada yang suka menyakat. (baca: kakak Nafisah)
Yang temankan saya waktu saya menangis.
Yang selalu tukar-tukar barang kat depan board KRU.
Yang bawak saya terjun ke alam blogging dan penulisan.
Yang ajar saya pasal penerbitan. Berlari-lari naik turun HEP nak dapatkan tandatangan orang atas.
Yang ajar saya tentang Photoshop dan alam multimedia, seterusnya fotografi.
Yang perkenalkan saya tentang DSLR.
Yang merajuk dengan saya sebab tak dapat kepingan gambar macam senior lain. Siapa suruh kak Umi tak datang program KRU dengan Badar? Lalala.

Mereka yang sabar mendengar hujah-hujah saya yang meraban-raban tu.
Tersepit dalam peperangan antara geng yang 'slow' dengan golongan 'pani'. (Haha)
Sama-sama menjerit bagi 'memeriahkan' dan 'meriuhkan' suasana blok S05.
Selalu bawak saya makan nasi kukus ayam atau ayam penyet sampai meleleh air mata kepedasan.
Bersila atas tikar, makan RFC. Dan pesta durian.
Bulatan usrah - walaupun agak huha.

Zaman sekolah dulu memang tak pernah bersenior.
I'm not good at talking. Bukan spesies mesra alam.
Terasa sangat kelainannya kat UTM ni.

For the first time, I feel alive after all these dead years.



Kenangan 24 September 2011



I know it's quite early, but I still wanna wish it.
Selamat menamatkan PSM yang dah macam hantu pegang parang kejar orang tu.
(kerja last minute. biasalah......)
Selamat menduduki final exam.
Selamat bergraduasi kepada semua mahasiswa/i tahun akhir.
Jangan extend tau!!!



I'm gonna miss ALL OF YOU....

14 April 2012, 10.43 am



9 April 2012, Isnin.

Dah lama tak datang sini. Rindu dengan 'civilisation'.
Kat Johor tu memang tak serupa langsung dengan KL ni.
Saya membesar kat kawasan Lembah Kelang ni pun. Taklah rasa terasing sangat area ni.

Kali terakhir datang sini, masa sebelum SPM.
Ada rombongan Cik Kiah ke Kuala Lumpur.

_________________________________________________________________________________
5 Februari 2007, Isnin.



"Semua berkumpul kat sini. Cikgu nak ambik gambar."

Pelajar 5 Setia pun cepat-cepat beratur depan pintu pameran ni.
Masing-masing dah senyum simpul. Photogenik la kononnya.

Alah. Aku malas betullah sesi fotografi ni.
Tak suka masuk gambar.
Tapi kalau aku jadi photographer, aku tak kisah.
Haha. Macamlah aku ada duit nak beli kamera mahal-mahal tu.
Kamera compact pun tak pernah ada.

"Nat, jom menyorok belakang diorang. Tak payah masuk gambar," kata Hikaru.
"Jom!"

Kami berdua pun menyorok kat belakang kawan sekelas tu.
Ambiklah gambar korang puas-puas.

Di hadapan kami, budak-budak perempuan dalam barisan membelakangi kami.

Eh??
Baru perasan. 'Dia' sorang je pakai pinafor.
'Dia' je ke budak perempuan Cina kelas ni yang ikut rombongan ni?
Mana lagi tiga orang?
Tak ikut la tu.

Dia masih pandang kamera di hadapannya.

Kesian pulak tengok dia. Takde geng. Walaupun ade je budak perempuan lain, tapi mana sama 'nilainya' dengan geng sendiri.

From that moment, I realised that she's.. alone.
Kind of loner. Social recluse. Just like me.
Tak banyak cakap. Tak banyak kawan.
>>> aku ada kembar rupanya.

"Ok. Jom masuk pameran... Beratur dulu" kata Cik Marziah.

Laju je saya beratur belakang 'dia'.
Kenapa?? Entahlah.
Nak kenal siapa sebenarnya 'dia'. Logik ke jawapan ni?

Sejak bilalah aku ambik kisah pasal orang perempuan ni hah?
Tak pernah-pernah approach mana-mana girls dalam kelas.
Diorang pun tahu saya takkan bercakap dengan perempuan.


Dia toleh ke belakang. Saya pandang dia. Dia pandang saya.
Kami pun masuk ke dalam pameran tanpa sepatah bicara.


Lepas Zohor, kami semua berkumpul di sini.
Depan air pancut, depan KLCC.

'Dia' duduk dengan budak perempuan lain atas tembok.
Eloklah. Ada orang temankan.
Walaupun tak banyak cakap.

Why i can't take my eyes from her?? Ngaaaa...
Tak paham... Tak paham..


Kami ke Wisma MCA. Jalan kaki dari KLCC.
Study in Canada 2007 Fair.
Ada banyak booth untuk promote universiti kat Kanada.
University of Saskatchewan. Thompson Rivers University. Carleton University. University of Manitoba. University College of the Fraser Valley. Memorial University. University of Waterloo. etc etc.

Saya pun ambil kertas kuning daripada AJK tu.
Dan dihulur kepada 'dia'.

"Thank you"
Our first conversation since 2003.
Kami sekelas sejak Form 1 lagi.
Tak pernah bercakap pun.

And the rest is history.

We've been through lots of things together throughout the year.
Wakil sekolah untuk peringkat daerah.
Kuiz Kimia in MGS Klang.
Kuiz Add Math in Kwang Hua.
Kuiz Fizik in Kisas.
Kuiz Sains in UiTM Shah Alam.
>> Kami golongan otak kiri.

Banyak cerita yang kami kongsi.
Dia bukanlah pendiam yang macam semua sangkakan.
Agak ceria sebenarnya.

My first girl-as-a-friend since childhood.
_________________________________________________________________________________

9 April 2012, Isnin.
So, here I am today. Melawat tempat bersejarah ni.
Pergi Kinokuniya, Cari buku Hlovate.


Malas nak order guna pos.
Nasib baik jumpa.

Schubert's Serenade - Hlovate
Ked's Story - Hlovate
Kalau dulu, nak naik LRT, pakai tiket.
Sekarang pakai token.
Canggihlah jugak.


Zohor di Masjid Asy-Syakirin.

Kemudian pulang ke rumah, guna LRT dan KTM - tukar kat KL Sentral.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...