The haunted jetty in the haze.
Looks creepy.


13 Ogos 2012, Isnin
Pagi-pagi dah kena migrain.
First time sakit kepala sampai rasa mata nak tersembul keluar.
Banyak benda jadi dua tiga hari ni.
Rasa kusut sangat.
Banyak termenung.

Paggi ni kami tengok generator.
Buat IR(insulation resistance) test.
Mula-mula diorang bersihkan copper daripada karbon.
Lepas tu guna megger atau megaohmmeter untuk buat IR ni la.







Petang, saya nampak foreman keluar bilik pakai helmet.
Saya tanya beliau, nak pergi mana.
Ada presentation katanya.

Dalam kepala:
Presentation yang ada 100 orang penonton, seorang 'penceramah', ada slideshow - sebiji macam dalam kuliah.

"Nak ikut, boleh?"

Saya pun membonceng motor foreman ke Admin.
Sampai tingkat 3, pintu Bilik Jelutong diolak.

Ngee!!!

Mentor saya, orang-orang eksekutif dalam gambar dengan CEO tu, orang-orang atas yang saya tak pernah jumpa, engineer-engineer GF1, GF2, GF3.
Ini bukan presentation, tapi meeting!!!
Saya selaku practical student yang takde kaitan langsung dengan meeting ni tercengang.

"Saya boleh masuk ke ni?"
"Boleh.." kata Encik Hg (pronounce as Heng).

Saya duduk diam dalam tu.
Kekok habis.

Rupanya memang presentation.
Ada syarikat dari luar nak jual produk.
Benda tu dipanggil DGA- Dissolved Gas Analysis.
Transformer ni direndam dalam minyak, untuk elak oksigen 'melekat' kat situ.
Tapi ni bukanlah dalam keadaan ideal, sebab mesti akan berlaku kebocoran.
Ada jugak CO2, CO, Acetylene (C2H2), etc.

Daripada elektrik, diorang boleh cerita sampai kimia.
@_@

~End of Day 39~


14 Ogos 2012, Selasa

Pagi, duduk workshop.
Baca buku.
Macam biasalah.

Petang, test CWP.
Circulating Water Pump
Diroang kata ada pump rosak kat jeti.
CWP ni sedut air laut, dan bawak ke GF3.
Ada bunyi kuat kat pam tu (macam bunyi benda patah.)







~End of Day 40~


15 Ogos 2012, Rabu
Pagi, rancangan asal nak masuk GF3.
Tapi bila ada orang sebut pasal laut, saya ubah haluan.
Ikut abang Azdi naik motor ke laut.


Jerebu tebal sangat.
Diorang angkat paip CWP tu yang tenggelam sampai ke dasar laut agaknya.
Tinggi gila.






























Dan diorang pun tengok apa ada kat bawah tu.
Kipas atau empeller dah patah dan berlaga dalam paip ni.
Tu yang jadi bunyi semacam.







Saya tolong pasang soket 5 pin 400++ volt.
Diorang nak gina penyembur air untuk buangkan debris yang melekat kat paip tu - sebab benda ni kan tenggelam dalam air laut.







Petang, column tinggi tu dah dipecah-pecahkan.









Tengok diorang repair motor.







~End of Day 41~


16 Ogos 2012, Khamis
Pagi, ikut staff jalan ke Arang Batu.
Nak jumpa Encik Lim, ex-assistant foreman kami.
sekarang jadi foreman.
Nak hantar biskut raya je.


Dan berjalan ke UCR.
Pasang CCTV.
Jumpa abang Yusri.
Borak-borak kejap.





Petang, pergi laut lagi.
Tengok diorang repair motor.





















Hari ni balik lambat sikit.
Dalam dekat-dekat pukul 5.45 pm baru sampai rumah.
Saya pun berkemas untuk pulang ke rumah lama.
Esok memang nak ponteng.

Tersadai kat Klang sampai masuk waktu buka.





~End of day 42~


17 Ogos 2012, Jumaat

Duduk rumah.
Online. Online. Online.
Nothing special.
Esok balik kampung kat Kapar.
Tidur sana sampai malam raya.

Pagi raya, kami mungkin beraya kat Kapar dan Klang Utama.
Tengah hari kat Banting.
Lama tak beraya kat kampung arwah abah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...