17 Mei 2012, 4.04 pm


16 Mei 2012, lepas Maghrib
“Kita bagi hadiah kat dua orang cikgu. Cikgu X dengan Cikgu Y”
Saya tak ingat nama cikgu tu. Saya letak X dan Y je.
“Cikgu X tu garang. Garang sangat.”
Saya tersentak. “Dah garang, buat apa nak bagi hadiah?”
“Memanglah cikgu tu garang, tapi dia lawak.”
Tak faham betul perangai budak sorang ni. Luar alam betul. Kalau saya, saya pancitkan je tayar tayar kereta cikgu tu. Nak tunjuk garang kat sekolah, kan? Saya pun boleh tunjuk kegarangan saya.
Dan scene seterusnya diikuti dialog yang meleret-leret dan meraban-raban, tiada kaitan langsung dengan Hari Guru dan cikgu garang yang bakal dipancitkan tayarnya tu.

Masa mula-mula kenal budak sorang ni, dialah yang paling ‘dingin’. Hati aisberg. Ice Queen. Sangat berbeza dengan adik-beradik yang lain.
Tapi bila saya muncul depan dia, dia akan hidangkan air teh kepada saya, letak biskut tawar kat sebelah dan makan minum bersama. (Cawan lain-lain la..)
Kemudian dia akan mulakan perbualan.
“Abang, abang pernah jatuh tangga tak?”
“Abang, kita ada kawan kat sekolah. Dia anak yatim.”
“Abang, hari tu kan, Dilah borak-borak dengan Kak Chik. Dia cerita pasal abang.”
Abang ini. Abang itu. Ada je benda yang dia nak bualkan. Kalau dengan abang-abang angkat yang lain, dia masih tak berapa nak bercakap.

Dan saya pun tak tahu kenapa anak gadis seorang ni yang berjaya mencuri hati saya. Memang adik-beradik lain nampak jeles sangat saya rapat dengan Cak. Bukanlah nak pilih kasih, tapi dalam adik-beradik kandung kita pun, mesti ada sorang yang mama dan papa kita sayang lebih sikit daripada yang lain..
Tapi memang seronok jaga adik sorang ni. Seronok dapat manjakan dia walaupun umur dah 10 tahun. Dia nak apa-apa, dia akan cakap kepada saya, dan saya akan belikan. Dia tak cakap pun saya belikan. Tak kisah langsung berapa banyak duit yang mengalir keluar dari dompet dan mesin ATM.

Memang tipulah kalau saya kata saya tak sayang dia. Mungkin lebih daripada adik-beradik kandung (Oh, maafkan abang kandungmu ini. Hahaha.).
Selalu juga dia hantar mesej kepada saya.
“Abang, pagi Cak sekolah. Petang tak sekolah.” (dia selalu ajak saya datang sana dan main dengan diorang.)
“Abang, hari Sabtu dan Ahad abang datang rumah ini lagi”
“Mana ada manis-manis.. Garang tau.. Mestilah layan.” (saya panggil dia ‘cik adik manis’. Saya merajuk kalau saya datang sana dan dia tak layan.)
“Abang nak datang sini malam ni ke esok?”

Harga teddy bear tu pun dah macam takde apa kalau dibandingkan dengan kasih sayang adik tersayang ni. Hampir setiap saat teringat kat dia.
I miss you, sis.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...