24 Jun 2012, 8.12 pm



24 Jun 2012, Ahad.

Setiap takdir yang Allah dah tentukan,
adalah yang terbaik untuk setiap insan.
Have faith.
To live well or live hell, you choose.
May Allah bless

~Rooftop Rant, Hlovate~





Bila emosi mengalahkan logika, bener kan banyakan ruginya?
~Ada Apa Dengan Cinta?~

Dua hari yang buat kepala pusing tak dapat nak fikir apa. Rasa down gila-gila. Frust belaka. Tension entah ke mana.

Life seems useless. Life means nothing.

Setiap takdir yang Allah dah tentukan, adalah yang terbaik untuk setiap insan.

Sampai bila nak monyok je kan?

Don't let the world change your smile let your smile change the world.


25 Jun 2012, Isnin

Pagi tu kami bertemu dengan mentor kami, Encik Azari. Jurutera Elektrik. Beliau jelaskan lebih lanjut tentang sistem elektrik kat stesen tu. Apayang kami belajar minggu lepas, dari bakar arang batu (coal) sampailah pusingkan turbin. Stim yang terhasil akan dikondensasikan jadi air. Encik Azari terangkan kat kami, kat generator tu ada stator dengan rotor. 22 kV terhasil dengan 3000 rpm, kemudian akan lalui transformer 22/275 kV. Voltage niyang akan pergi ke TNB. Ada dua busbar - MAIN dengan RESERVE. Dua-dua pun voltage yang sama. Kalau ter'trip' satu busbar, ada satu lagi.

Prinsipnya macam kolam air. Kita boleh ambik air. Dan kita boleh curahkan balik air dalam kolam tu. Busbar ni akan bercantum dengan power station lain. Kalau power station ni tutup 50 hari untuk MAJOR OVERHAUL, ada power staton lain akan handle sekejap nak supply elektrik kepada pengguna. Kalau power station lain tutup pun KEV masih boleh tolong supply kat pengguna.

Beliau juga ajar tentang generator. Rupa generator. Macam mana elektrik dihasilkan. Cooling system tak nak bagi rotor tu panas. Saya akan lain kalilah.

Kami berdua ditempatkan kat Electric Workshop. Kat sana panggil Elec je. Ada Mech (Mechanical), Romech (Rotating Machine), dan Ash Disposal.

Dalam workshop tu ada satu meja foreman, satu meja assitant forema, 6 meja technician dan 1 meja Trainee (untuk kami berdua) yang dikongsi empat kerusi. Nilah pejabat kami untuk dua bulan ni.

First day, kami masih membisu. Tak kenal orang la katakan.


Kreativiti melampau hasil daripada kebosann yang melampau.

Sebelum pulang, Encik Lim merangkap Assistant Foreman ajarkami pasal one-line diagram. dari 275kV sampailah 415 V.Ada dekat setengah jam dia bercerita. Bila dah ada benda nak dibaca, saya pun rasa teruja nak tau lagi banyak benda.

En. Lim: You dah pergi pump house?
nc: Tak..
En. Lim: You tau kat mane?
N:tak tau..

Pump house. Fungsi: pam air laut untuk condenser. So.. pump house ada dekat.. LAUT?

nc: JETI!!
En. Lim: Hah.. You nak pergi jeti tak esok?
nc + N: NAKKKK!!!

~End of Day 6~


26 Jun 2012, Selasa

Kami pergi ke Cleaning Tube System, CTS. Minggu lepas pun dah pergi. Tak bosan ke neh?
~ at least takde orang komplen "baca manual kat workshop je hari ni"


Ini contactor. Berfungsi sebagai starter untuk motor.


ada motor kat tempat yang diorang tengok tu. nak start benda alah ni untuk tapis bola-bola.
Dan kami tak pergi laut.. Huhu... Sedey gila la..

Abang Zul: Esok la kita pergi jeti, ok?

Dia perasan yang saya macam merajuk sikit hari tu.
Gasaklah.. Buat muka simpati sebab nak tengok laut.
Kenapa nak sangat tengok Selat Melaka?

Sebab kat laut ada ketenangan..

~End of Day 7~


27 Jun 2012, Rabu

Pagi tu baca sikit teori pasal transformer.
On-Load Tap Transformer. Salah satu daripada auxillary penting transformer.
Dan kami pergi ke jeti! Yuhuu!!!









Rasa tenang sangat tengok laut.
Sentimental. Romantik.
HAH? ROMANTIK?




abag zul: Korang ni senyap sangat. Biasa kalau praktikal, budak praktikal tanya kitorang kena pergi mana.

Kami berdua duduk diam je kat pejabat.
Belek manual helaian demi helaian.

abang Zul ni orang Jeram. Dekat je dengan tempat ni. Jeram tu kampung tepi laut. Tapi style dia macam orang Damansara.

Oh, kena banyak bertanya ye.. Ingatkan duduk kat ofis baca Rooftop Rant, Digital Camera, Men are From Mars, Women are from Venus (HAHAHA!), baca Kosmo, baca Metro, baca Gandhi, majalah Infiniti, baca macam-macam la..

If you're lucky enough to be different, never change.


Petang tu kami panjat transformer.
PANJAT tau. Bukan tengok je.
Ini ialah transformer 22/11 kV.
22 kV dihasilkan oleh generator, dan akan jadi 11 kV untuk dipakai dalam power plant.



silica gel.
fungsi: serap udara. warna asalya biru.
kalau dah jadi pink, kena ganti benda ni dengan silica gel baru.







~End of Day 8~


28 Jun 2012, Khamis

Hari ni kami tengok Circuit Breaker Unit 5 dan 6.

Ini ialah circuit breaker.

Relay ada kat circuit breaker.

Ini rupa sebenar circuit breaker. Dalam ni ada gas SF6 ~ Sulphur Hexafluoride.
Ada higher tendency untuk jadi negative. Maknanya dia absorb free electron.
Takde electron, takde current flow.



Ini pulak .. err.. entah.
Dia pakai motor. Kami kena amik spare part motor ni untuk pasang kat CTS.

Burner. Coal dibakar dalam ni.



Sijil beranak untuk generator.

Coal yang dipindahkan dari jeti, akan turun kat sini.
Dikisar dulu sampai separa lumat sebelum dibakar.

Sijil beranak generator Unit 6.

And this is generator. Satu tingkat dengan UCR yang saya pergi minggu lepas.
UCR = Unit Control Room.

Sana tu generator Unit 5. Satu bangunan jugak.



Motor yang dicabut dari benda alah tadi dipasang kat CTS.
Mengggigil tangan saya nak angkat benda tu.
Berat gila.

Petang tu ada ceramah. Import ustaz luar. Sebulan sekali ada cermah kat sini.
Kami pergi bangunan PRO dalam pukul 3. Bangunan ni digunakan untuk sambut tetamu.
Model bangunan kat power plant tu.


4 chimney???
Tapi ada 3 je kan???
Maybe.. Ada unit baru akan dibina.
Rancangan jangka panjanglah.

Ash. atau habuk yang terhasil selepas pembakaran.


~End of Day 9~


29 Jun 2012, Jumaat

Pagi ada bacaan Yassin.
Habis baca Yassin, HOD pun berucap.

Masak la aku lepas ni..

"Appearence make the first impression."

Dia dah start dah.. Nak suruh tuck-in la tu.. Kat UTM pun tak pernah-pernah kitorang tuck-in t-shirt waktu dalam kelas.

"Kami ni orang lama.. Kami belajar, penampilan tu first impression..."

Yeah, right...

Keluar dari tandas, saya pun nak balik bengkel. Terserempak dengan..

"Sekarang kau ada kat mane?"
"Kat dalam workshop sejak Isnin lepas" jawab saya, sengih.
Sekali HOD muncul depan mata. Boleh pulak terserempak time ni..

"Minggu depan saya nak tengok report ,ok?"
"OK!!"

NGAA!!!!!

Freaky Friday...

Pagi ni kami jenguk ESP.
ESP. Electrostatic precipitator.
Sistem ni ada 4 fasa. Daripada kumpul habuk coal sampailah bebaskan kat udara.



Habuk terkumpul akan dibawa ke ash pond untuk dilupuskan.
~ Sebenarnya, guna balik habuk tu untuk buat simen, baja, etc.





Petang tu ada forum. Ingatkan forum ada panel dengan moderator. Macam meeting antara orang atas dengan yang kerja bahagian maintenance la. Review tentang sistem yang sedia ada dan cara nak improve. Dan banyak jugak benda yang tak faham.

Ada jugak bagi hadiah kat pengantin baru, yang dapat baby baru, dan birthday sepanjang September 2011- Jun 2012.

Yang terakhir, HOD berucap. Sampai satu jam. Biasalah kan..

Who you are, who you want to be, and who you once were can be three different people.


~End of Day 10~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...