13 Julai 2010, Selasa

Kepenatan.
Baru dua hari kelas bermula.

Saya membelek-belek buku, dan "surfing internet".
Check notification di facebook.

Tiada apa yang menarik.

Saya tutup laptop, dan rebahkan kepala di bantal.
Mata tertutup rapat.

Membayangkan kehidupan sepanjang semester.
Pergi kelas sehingga September.
Jadi AJK program IHRAM'10 (Ihya' Ramadan 2010) peringkat kolej.
Dan beberapa urusan kelab dan biro yang perlu diselesaikan.

Dan saya tertidur.



Saya benar-benar terlupa untuk menghantar mesej kepada mama dan abah.
Barangkali, abah juga sedang menanti mesej daripada saya selepas semalam.

~4 HARI LAGI~

12 Julai 2010, Isnin

Saya menghantar mesej kepada abah dan mama.
"Barang dah angkat dah. Mintak tolong senior."

Disebabkan stor kolej masih dikunci semalam, saya terpaksa minta bantuan Abang Lukman dan keretanya hari ini.
Saya simpan barang di S42. Tak jauh daripada S10.



Petang itu, kami berdua (bertiga sebenarnya, dengan Muhaimin) angkut barang ke bilik saya.

Telefon berdering.
Abah call.

22 Jun 2011
Rabu
Malam

Saya melayari laman web UTM.
Dan klik bahagian FAKULTI.
Ada semua senarai kursus Ijazah Sarjana Muda atau "Bachelor" yang ditawarkan di UTM.

Saya baca bahagian Alumni,, daripada fakulti lain.
"Saya sudah bekerja selama 8 tahun. Saya ditawarkan jawatan di syarikat saya bekerja 8 bulan sebelum saya graduate. Dan saya sudah bekerja di pelbagai negara."
Saya terkejut.
Pastinya beliau bukan calang-calang orang.
Pointer? Pastinya sangat bagus.

Saya termenung.
Dan pergi ke laman web Aimsweb.
Tengok keputusan peperiksaan lama.

"Hum..."

Rasa rendah diri.
Sedih.
Semester 1, lebih sikit dari 3.00.
Semester 2,3, (dan mungkin 4), bawah 3.00.

Dan saya "check" senarai subjek untuk semester-semester hadapan.
Ada banyak "baki" jam kredit.

"Rasa rugi pulak kalau tak isi dengan subjek lain.."
Takkanlah kena goyang kaki kat bilik kan?

Mungkin ada kata,
"Eloklah banyak masa lapang. Boleh study."

Ye ke?
Mengikut pengalaman saya yang tinggal kat blok siswa (sebab saya memang siswa):

~ kebanyakannya memang kaki LAPTOP
Study depan laptop (kononnya)
Tangan pegang pensel. Kepala menghadap buku atas meja.
Mata jeling-jeling "notification" facebook.
Satu jam belajar jadi 15 minit.
(pengalaman sendiri. tak perlu tuding jari kepada orang lain.)
Laptop untuk main game, tengok video, surf internet, dan sebagainya.

~ kaki TIDUR
memang rajin membuta.

~ kaki BERJALAN
Yang ada kereta dengan motorsikal bukan main ligat berjalan.
Banyak masa "terbuang"
Tapi kalau pandai urus masa tu takpelah.

~ dan macam-macam alasan lagi.

Kan bagus kalau masa yang ada itu diisi dengan perkara berfaedah.
Setiap perbuatan kerana Allah ialah ibadah.
Seeloknya masa lapang itu diisi dengan perkara berfaedah.

“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” – Pepatah Arab


Saya terfikir untuk REPEAT atau ulang subjek2 lemah.



Eh, REPEAT?

Elok ke kalau REPEAT ni?
Saya teringin nak tanya pendapat orang, tapi tak tahu nak tanya siapa.

Saya cuba susun (tarik subjek-subjek akan datang) untuk setiap semester.
KALAU saya REPEAT...
Saya dapat 17, 18, 5, 18 dan 18 jam kredit.
5 jam kredit tu Latihan Industri a.k.a. praktikal.

Ertinya, jadual makin padat.

Sekali lagi, termenung.

Saya pun update status di facebook.

"17, 18, 5, 18, dan 18 jam kredit untuk sem2 akan datang."


Saya terbayang.
"Kalaulah aku REPEAT, ertinya..."

Orang akan mencemuh dan mengata.
"Nampak sangat dia tu tak pandai.."
"Apalah, dah masuk U pun kena mengulang. Time SPM bukan main cemerlang. Sampai U dah kecundang?"

Tertekan. Sangat tertekan.
Terbayang "apa orang kata"




23 Jun 2011, Khamis
Sekitar 12 pagi

Dan kakak Umi Kalsom Yusof tinggalkan komen.

tunggu result..menghitung hari....

"Ah! Waktu yang bagus!"

Saya pun terus tanya.

kakak, kakak penah repeat tak?

 ade..subjek techno..

secara peribadi, kakak rasa elok ke repeat ni?

ok je..cuma segan sket la..sebab join ngan junior..elok la repeat, ble naikkan pointer..kalau cover betul2 la..

tu la. SEGAN. kita selalu fikir "apa orang kata". walaupun saya bagi nasihat kat orang, saya jugak termakan dengan nasihat tu.
saya pun rasa segan. ada beberapa subjek teringin nak repeat. macam kakak cakap, boleh naikkan pointer. cumanya, saya terfikir, kalaulah ada subjek lain saya kena repeat, dan lebih 18 jam per sem, boleh ke? dekan biasanya lepaskan x?

kena tengok pointer sem sebelumnya..kalau bawah 3, bukan takat dekan, dengan PA pun berat sket nak lepas..tapi ble ayat2..kalau diri sendiri rasa mampu, go on..yg sebenar nak dgn tak je..^_^

so, kalau yang nak repeat tapi bawah 18 jam kredit ni, xyah jumpa dekan kan?

tak pun..=)

saya terfikir, kalau pointer asyik rendah je, rasa memalukan diri je. kaum lain berlumba2 kejar first class. kita, selalu solat, baca quran, cari ilmu2 keagamaan, tapi pointer x sampai 3. rasanya jadi fitnah untuk Islam tu sendiri. agama jadi alasan atas kegagalan sendiri. sebab tu saya nak repeat.

Allah nak uji kita..berada pada jalanNya tak dijanjikan kemudahan.. mohon pada Dia selalu agar diberikan kekuatan..never say never~

terima kasih ye kakak Umi Kalsom Yusof. ada rezeki saya belanja kakak.

ops, wah..nak belanja ye..rezeki2..alhamdulillah...=D

hihihi. tak salah kan rasa terhutang budi kat senior, kan? pastikan kakak tuntut ye.

 haha..kalau teringat..


Tak lama kemudian, sahabat lain pun komen.

repeat xde la memalukn sgt sbb ramai je yg repeat dpt gred yg lebey baik cam sblm ni kwn i repeat 2 kali at last dpt A- utk basic electrical engineering... x sll hidup ni ade peluang ke-2 n ke-3 n seterusnye, di mane ade kemahuan di ctu ade jln... =)


Baru saya sedar.
Musuh yang sebenar ialah diri sendiri.
InsyaAllah, kalau mengulang itu yang lebih baik, apa salahnya kita teruskan.
Nak dengan tak nak je.

Hari ni, saya terasa lebih "hidup".
Pastinya mama dan arwah abah meletakkan harapan tertinggi terhadap saya.
InsyaAllah, harapan ini akan ditunaikan..

Terima kasih kakak Umi Kalsom Yusof .

Daun-daun tak bergoyang.
Tiada  langsung angin yang bertiup..
Jam dah pukul 11 malam.
Tapi masih terasa bahangnya.

Kalau dulu, saya nak keluar dari blok je, mesti pakai sweater.
Badan saya yang kecik dan terkurang lemak memaksa saya memakai pelindung.
Saya sangat takut SEJUK.
Rasa iri hati dengan insan bertubuh besar.
Tapi malam ni saya keluar ke kedai Azah dengan lengan pendek je.

"Apa ye nak buat malam ni?" tanya diri saya.
Tangan masih pegang batang aiskrim.
Makan sebab nak hilangkan kepanasan.

Saya pun pulang ke bilik.
Kemudian ternampak bilik S05 masih menyala lampunya.

Dah lama tak jenguk senior.
Saya pun sibuk sangat kat bilik.

Saya pun ziarah bilik2 diorang.
Malam ni saya banyak bersembang dengan Abang Izmar.
Beliau dah habis exam.
Dan sedang main PES.
Tengah siapkan draft untuk PSM.
Kena jilidkan. Dan macam2 lagi.

"Sem depan kitorang dah takde dah kat sini." kata abang Izmar.
Saya diam.

"Saya pun mesti rasa sunyi sikit.."

Antara coursemate, kawan2 sebaya dan lain2, saya rasa saya cukup melekat dengan senior.
Saya kenal diorang sejak diorang Tahun 3.
Hampir 2 tahun berlalu.
Dan tinggal seminggu sebelum ucapan "Selamat Tinggal" diungkapkan.


Kalau sayangkan helang, bebaskanlah ia daripada sangkar.
Supaya ia berani untuk terbang tinggi.
Biarlah ia berkuku tajam, agar ia dapat menjadi pemangsa yang cukup digeruni.
Berdikari tanpa terus mengharap belas ihsan manusia.

Kalau sayangkan seseorang, relakan ia pergi.
Andainya dirinya terus "bersantai" bersama kita,
lemahnya dia tatkala ummah memerlukannya.
Biarlah mereka menabur bakti kepada masyarakat.
Kerana di situlah telaga ilmu bakal dicurahkan.


Semoga bertemu lagi, senior-senior sekalian...

p.s.
tiada gambar.
Terlupa bawa Miss Ciel (Nikon D3100).

10 Mei 2011, Selasa

Lama tak naik balai cerapan.
Kalau tak salah, kali terakhir naik, masa X-Factor KRU.
Bulan Julai atau Ogos tahun lepas.


Kenapa tiba-tiba panjat bukit ni?

Ada "assignment" yang diminta oleh "seseorang".
Beliau meminta saya tangkap gambar matahari terbenam atau "sunset".
Siapa beliau?
Tentulah jiran sekampung saya, kakak Violet Biru.

Ada part yang agak kelakar...
Kalau ikut teori, nak tangkap gambar sunset, kena pergi tempat tinggi.
Sebab, kat situ, sudut matahari nampak lain sikit berbanding kat bawah.
Pemandangan pun cantik.

Saya pun panjat bukit ni setinggi2nya.
Hasilnya?


Ini gambar matahari, di BARAT.
Cuba bayangkan, matahari akan terus terbenam, dan terbenam, dan terbenam....

Boleh nampak ke matahari terbenam?
Tu lah pasal..
Pokok menghalang pandangan..
Tapi takkanlah nak tebangkan..
Silap diri sendiri.
Salah pilih tempat.
Hakhakhak.

So, alang-alang dah sampai atas ni, kita explore tempat ni..
 Nampak tak menara kat atas ni, yang sebelah kiri matahari?

Saya panjat.



Nampak tak bayang-bayang manusia?
Itu saya.

Bila dah ada kat atas tu, tetiba je kaki menggigil.
Menara ni takdelah tinggi sangat.
Tapi bukan main takutnya bila dah pijak kat lantai atas tu.

Tangan kiri saya tak berhenti pegang palang.
Takut jatuh.
Waktu tu barulah saya tahu yang saya takut tinggi.


Saya pun turun bukit sebelum Maghrib.

p.s.
k.VB, x dapat gambar best la hari ni.
Tapi awan time Maghrib memang cantik.
Ada merah, biru dengan ungu.
Cuaca sini pun bukan main panasnya.
Tempias fenomena Ribut Tropika Aere.



9 Mei 2011, Isnin

Rasa seronok sangat hari ni.
Kenapa?

Pertama:
Paper Control I - boleh jawab, kebanyakannya.
Saya ada rasa yakin sikit nak menjawab, berbanding paper EMT. HAHAHA.
Berkat doa mama, keluarga, guru2, pensyarah dan sahabat handai.

Kedua:
Saya dapat berjumpa dengan pensyarah "faveret" saya tyme kat matrik dulu, iaitu Puan Nurnaim Mahmud.
Jumpa kat Facebook je la..
Tapi itu pun dah cukup untuk buat sayarasa puas, sebab dapat berhubung semula dengan guru lama saya.
Nombor henfon ada, tapi x berani nak hantar mesej.
Takut beliau sudah lama terlupa.
Guru dan pensyarah kan memang ada ramai anak murid.
Sebut nama sorang2, memang x berapa ingatlah.

Fizik ialah subjek yang paling saya suka sepanjang zaman.
Mengalahkan cinta saya terhadap Matematik, Add Math dan Kimia.

Apa yang best tentang beliau??

Beliau merupakan bekas mahsiswi Fakulti Kejuruteraa Elektrik, FKE.
(Sama macam saya)

Duduk kat Kolej 6.
Satu tahun sebelum graduate, namanya bertukar kepada Kolej Tuanku Canselor, KTC.
 "sempena sultanah zanariah mai rasmi kolej n program Astana."
(GULP! sama lagi...)


"Saya join Badar dengan KRU kat sini." kata saya.
"Oh.. saya pun Biro Kerohanian jugak. Keje kami tangkap couple la.."
(SAMA LAGI! Hahaha)


Rupanya, saya berjumpa dengan senior Badar sendiri.


Hari ni start la kemasukan tahun 1 ke matrik2 di seluruh negara.
Dan beliau juga mula bertugas sebagai pendidik anak bangsa untuk pelajar 2011/2012.

Terima kasih, Puan Nurnaim Mahmud.

"Iqa ada jumpa As akhir2 ni?" tanya mama.

"Takde pun. Kenapa?"

Iqa ialah sepupu saya di UTM.
Kakak beliau baru saja melangsungkan perkahwinan.

Saya tidak pulang ke kampung minggu lepas.
Terpaksa fokus untuk kertas2 seterusnya.

"Mama mintak dia hantarkan barang untuk As."

Wah!!
Seronoknya dapat barang dari kampung.
Tapi, barang apa???

4 Mei 2011

Wah!!
Makanan!! Haha.. Stok seminggu kot.. haha.
Terima kasih ye mama.. Dan Iqa sekali.. Haha.


bersepah.. malas nak kemas, takut bersepah balik. haha

nyum2..

"Ok. You can start now."

Kami mula buka kertas soalan Numerical Methods.

Muka Pertama - nama subjek, bilangan soalan, nama pensyarah, etc.

Muka kedua - soalan2.

Saya tercari2 formula.
Selak punya selak...

"Hah, jumpa!"

Formula ada di belakang kertas soalan.
Saya terus cabut formula dari kertas soalan.

PAP!!

Formula pun terpisah dari kertas soalan.

"Alamak, stapler pulak terkeluar."
Saya cuba betulkan stapler di kertas tersebut.

PAP!

Saya terjerit perlahan.
Tengok jari. Ada dua lubamg kecil.
Stapler cucuk jari saya.

Saya pun terus lipat kaki stapler dan jawab soalan.

Seketika kemudian...

"Eh, apesal kertas ni banyak warna merah?"

Terkejut.
Saya tengok jari saya.

"Ya Allah!!!"

Jari saya berdarah.

DAN SAYA SANGAT FOBIA DENGAN DARAH.

Ada peristiwa silam yang buatkan saya cuak dengan darah, sampailah hari ini.

Satu badan menggigil.
Dari kaki sampai kepala.

Saya pun jawab kertas tersebut dalam keadaan luka.
Ada beberapa tompok darah mewarnai kertas jawapan.

Kertas yang agak menakutkan.
Alhamdulillah, darah pun berhenti sebelum kertas soalan tamat...

19 April 2010, Isnin.

From: Abah 012
19-Apr-2010
23:14
"Dah naik bas?"

Abah tanya saya dah naik bas atau belum.
Saya masih berdiri di stesen minyak Shell Sri Putri.
Menanti bas Transnasional untuk pulang ke Klang.
Kebiasaanya, bas akan tiba jam 12 pagi, walaupun waktu yang tertulis di tiket ialah 11.15 malam.

Kertas peperiksaan saya berakhir pada tarikh ini.
Dan saya memutuskan untuk pulang pada hari yang sama.
Petang itu, saya "packing" barang-barang, dan bungkus dalam kotak.
Kemudian meminjam kereta kancil kakak Asma.
Abang Fadhlul Wafi yang pandu.
Kotak2 ini dibawa ke S42 - sebab stor S42 buka petang.
Pagi itu saya ada kertas.

Bas pun tiba lewat, seperti biasa.
Saya masukkan beg ke dalam ruangan bawah bas.
Saya tahu, sebaik saja saya naik bas ini, saya takkan kembali ke Selatan, sehingga 83 hari berikutnya.

Dan percutian 83 hari saya pun bermula.

~89 Hari Lagi~



20 April 2011. Selasa.

Maka, tamatlah kisah saya sebagai Mahasiswa Tahun Satu 2009/2010.

Saya menaip mesej.
"bas saya dah bertolak.
dua sem kat sini, rasa happy sgt.
rapat dgn senior2 drpd classmate sendiri.
:)
jumpa lagi semester akan datang..
Ashraf Bin Nazlan"

mesej ini dihantar kepada 10 senior yang paling rapat dengan saya.

Senior2 meminta saya untuk rapat dgn kawan2 sebaya lain.
Sebab, bila diorang dah graduate, sape lagi sahabat yang saya ada?
InsyaAllah, saya akan lebih "friendly"..

Bas pun bertolak menyelusuri jalan yang diselebungi gelap malam.

*****

"Abah, As dah sampai Shah Alam"

"Ok. Jap lagi abah sampai."

Abah kerja malam.
Baru saja tamat kerja.
Beliau pulang ke rumah sebentar untuk tidur.

Abah datang bersama Avanza.
Jam sekitar 4 pagi.

Dan kisah ini saya sambung di sini.

~88 hari lagi~



2 Mei 2010, Ahad

Pagi itu abah hantar saya ke sekolah memandu.
Ada gerai jual nasi lemak di hadapan sekolah tersebut.

"Nak makan nasi lemak tak balik nanti?"
tanya abah.

"Tak."
jawab saya.
Selamba.
Sambil membuka pintu.
Dan tutup.
Selamba.

Satu perkara yang saya rahsiakan dengan semua orang:
Saya sangat bersifat DINGIN terhadap abah.
Di dalam rumah.
Di luar rumah.
Kadang2 terasa beliau seorang yang sangat asing bagi saya.
Secara jujurnya, ada sedikit rasa benci.
Puncanya, ada kaitan dengan masa silam saya.
Bahagian ini, biarlah saya simpan untuk diri sendiri.
Yang pahit, saya tak mahu kongsi.

Mood saya tak elok pagi itu.
Perut meragam.

*******

"Abah, As x boleh beljar hari ni. Sakit perut."

From: Abah 012
02-May-2010
08:07
"Ok, abh dtg"


Saya minta abah ambil saya di hadapan sekolah memandu, seawal 8 pagi.
Saya tak dapat belajar motorsikal pada hari itu.
Perut saya sangat sakit.
Sehari sebelum itu, mama masak sambal sotong.
Tapi cilinya terlampau pedas.
Satu rumah perut meragam.

Saya cuba untuk mendapatkan lesen motorsikal pada cuti kali ini.
Sebelum matrik lagi saya dah ada lesen P untuk kereta.
Lesen motor je takde.

Abah pun nampak beria-ia mengharap saya lulus.
Kenapa?
Cuma lesen motorsikal je.
Takde ape yang istimewa.

Abah tiba dengan Avanza, dan bawa saya pulang.

~76 Hari Lagi~


Terima kasih oh ibuku sayang
Senyumanmu nyaman terasa
Solat Subuh tugas pertama
Salam sejahtera kepada dunia

Mentari pagi menyinari alam
Nikmat Allah serata dunia
Tuntut ilmu tugas utama
Maju Malaysia wawasan negara

Kasihi ibu kasihi ayah
Keluarga bahgia teras jaya
Belai kasihmu adalah rinduku
Quran dan sunnah pegangan hidupku

Ke mana pergi pun jiwa ku tenang
Pesanan ayah tetap dikenang
Jasa ibu ku ingat selalu
Murni peribadi menguasai semesta



Sebuah lagu lama.
Dah lama cari lagu ni.
Tajuk dan penyanyi lagu ini sangat misteri.
Dah banyak kali Google, tapi tak jumpa sampai la ni.

Ini pun nasib baik sempat rakam daripada Ikim.FM.
Itupun tertinggal baris pertama.
=)
Thanks to Siti Rohani Suriani dan Sufian Amri.


Tujuan post ini ialah untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Bapa kepada semua ibu dan bapa tak kira di mana sahaja anda berada...
Awal lagi?
Bukan ke setiap hari ialah Hari Ibu dan Hari Bapa?
=)

Hari Ibu ~ 8 Mei 2011
Hari Bapa ~ 19 Jun 2011


Kepada yang belum tahu....
Hari Ibu di Malaysia disambut pada AHAD KEDUA BULAN MEI.
Manakala Hari Bapa pula pada AHAD KETIGA BULAN JUN.
Negara lain akan menyambut pada tarikh yang berbeza.


Sewaktu Malam Penghargaan Senior Badar dan KRU, saya sempat borak2 dengan Abang Farid Johan.
Biasanya memang susah nak terserempak dengan beliau, walaupun satu seksyen.

"Abang, pernah nampak tak MUSLIMAT kat sana?"
- "kat sana" ertinya Jepun. Beliau baru pulang dari GOP ke Jepun.

"Hum.. Tak.. Tak nampak.."

"Saya pernah try Google gambar orang Jepun pakai tudung. Memang tak nampak orang Jepun bertudung." 
Saya beranggapan golongan Islam di sana hanyalah golongan minoriti dan sangat kecil bilangannya.
Jadi agak sukar nak tengok gambar mereka bertudung.

Dan pencarian saya berakhir hari ini.



Yuna & Hana Tajima
( Yang kiri tu orang Malaysia.Yang kanan tu Hana Tajima.)



Beliau ialah Hana Tajima.
Pereka fesyen dan juga pemilik Maysaa.com.
Berminat dengan Islam sejak berusia 17 tahun.

http://www.hanatajimasimpson.com/

p.s.
Sebenarnya bukan tiada yang bertudung.
 Tapi mungkin saya kurang didedahkan tentang masyarakat di sana.
Hakikatnya masyarakat Islam telah bertapak di sana lebih awal daripada nusantara.
Kita kata mereka sebagai muallaf atau "saudara baru", tetapi mereka kenal Islam lebih daripada kita yang Islam semenjak lahir.

Fikir-fikirkan.


Kalau tanya kaum hawa,
"Bahagian pokok mana yang paling disukai?"
Kebanyakannya akan jawab
"BUNGA!"

Tapi saya suka paling suka bahagian daun.
Sebelum saya ada kamera lagi saya suka perhatikan daun-daun pokok.
Dan bukan semua jenis daun berwarna hijau.
Ada yang merah, jingga, kuning dan coklat.
Ia juga ada "seri"nya seperti bunga.

Saya suka daun daripada pokok maple.

My favourite season?
Autumn, of course.
Lots and lots of fallen leaves.

Autumn in my heart.
=)

Gambar diambil pada 21 April 2011, Khamis.
Sebelum iftar a.k.a. Malam Munajat anjuran Badar.
Sebelum iftar start dan sementara menanti manusia lain, saya berkawan dengan dedaun dulu.

Saban hari saya melalui kehidupan tanpa suara.
Tengok orang lain, boleh tersenyum je.
Saya ketawa dalam sunyi.

Sedih?
Tak. Tak sedih.
Kalau nak diikutkan, jarang pun saya bercakap.
Jarang berkomunikasi dengan orang lain.

Bila dah tak bersuara, rasa hidup ni sunyi sangat.
Tak dapat bercakap dengan orang.
Sebab kita dah takde pilihan lain.

Hari ni juga sepatutnya saya berpuasa sunat (hari Khamis) seperti biasa.
Tapi asyik batuk je.
Kena telan jugak ubat batuk.
Alih2 tumbang atas kati seawal 10 pagi.

Satu tin minuman sejuk tu dah cukup untuk ubah corak kehidupan selama seminggu.

Sayangilah suara selagi mampu bersuara. =)
Dan sila berpantang kalau tak tahan sejuk..

20 April 2011

Hujan turun waktu Zohor, dan berhenti sebelum Asar.
Kemudian hujan semula selepas Asar.

Saya bawa Miss Ciel berjalan-jalan.
Dah beberapa hari tak tangkap gambar.

Saya menuju ke Arked Kempas @ Arked K9.

Dalam perjalanan pulang dari Arked Kempas (atau Arked K9), saya ternampak daun.
Dan ada titisan air di permukaannya.
Saya berhenti melangkah, dan tangkap gambar ni.



Gambar ni selepas diedit guna Photoshop.
Bagi "mood"  biru.
Supaya gambar ni ada "perasaan".

My best picture of the day.

"A wind has blown the rain away and blown the sky away and all the leaves away, and the trees stand. I think, I too, have known autumn too long."
e. e. cummings




Sebatang tiang ditempatkan dalam sangkar yang besar.
Dan seekor ikan diletakkan di atas tiang tersebut.

Seekor kucing ~ Kucing A ~ diletakkan dalam sangkar tersebut.
Dan ia terhidu bau ikan.
Lalu berusaha untuk panjat tiang tersebut.

Sebaik sahaja ia panjat, saintis segera simbah air ke kucing tersebut.
Kucing tersebut kebasahan lalu terjatuh.

Kucing A panjat lagi, dan disimbah lagi.

Lama kelamaan, Kucing A menyerah kalah.


Kucing B dimasukkan ke dalam sangkar.
Seperti kucing A, Kucing B cuba untuk panjat tiang.
Dan disimbah.

Kucing B terjatuh.
Dan panjat, disimbah lagi, dan jatuh.

Tingkah laku Kucing B diperhatikan oleh Kucing A.



Kucing C dimasukkan ke sangkar.

Seperti dua2 kucing tadi, ia cuba panjat.
Tapi Kucing A dan Kucing B seolah2 sedang berkomunikasi dengan Kucing C.


Kucing A:
Meow... Meow..
"Hang toksah panjatlah.. Kami berdua dah cuba tadi.."

Kucing C:
Meow?????
(Kenapa?????)

Kucing B:
Mememeooooow...
(Tyme nak panjat je, manusia tu cuba simbah kami dengan air.)

Apa yang berlaku seterusnya membuatkan saintis tersebut terkejut.
Kucing C tak panjat tiang itu, walaupun terhidu bau ikan.

Kucing A dan Kucing B dikeluarkan dari sangkar.

Kucing D dan E dimasukkan ke dalam sangkar.

Dan Kucing C berkomunikasi dengan Kucing D dan Kucing E.

Kucing C:
"Tadi dua ekor kucing pesan, xyah panjatlah tiang ni. Nanti kena simbah air."

Kucing D:
"Ahhh???  Betul ke??"

Takde kucing yang cuba panjat tiang tu.

Kucing E:
"Makanan dah depan mata. Kenapa nak lepaskan?"

Kucing E cuba panjat tiang tu.
Tapi, kali ni saintis tak simbah air.

Dan kucing E dapat ikan tersebut.

Eksperimen ni pernah dijalakan di U.S.A.


Nota kaki:
Banyak yang boleh kita ambil daripada eksperimen ini.

Ikan boleh dianalogikan sebagai impian,
Sesuatu yang kita kejar dalam hidup.
"Sumber tenaga" untuk menggerakkan kita ke hadapan.

Air yang disimbah sebagai halangan.
Selalu je ada rintangan apabila kita mengejar cita2 kita.

Kucing A dan Kucing B:
Insan di sekeliling kita.
Orang yang pernah melakukan sesuatu, tetapi gagal.
Mereka serik dengan dugaan.
Lebih memburukkan, mereka mengajar manusia lain erti kegagalan.

Kucing C:
Manusia yang mendapat nasihat daripada mereka yang gagal.
Dan mereka hanya patuh dan takut kepada ujian kehidupan.
Yang akhirnya membuatkan mereka berhenti mengejar cita2.
Dan jadi takut untuk berusaha.

Kucing D:
Golongan yang lebih mudah untuk dimanipulasikan.
Seperti golongan "Kucing C", mereka juga tidak berusaha untuk melangkah.

Kucing E:
Optimis.
Orang yang yang optimis tak kenal erti kegagalan dan kesedihan.
Golongan ini akan berusaha untuk mengejar cita2.
Dan tidak mempedulikan kata2 negatif daripada orang sekeliling.


p.s.
Hiduplah seperti "Kucing E".
Tapi jangan hidup seperti kucing ye...

WOOOPPS!! Jangan panik...
Baca sampai habes yer...

15 April 2011, Jumaat

Saya masuk kiosk FKE.
Waktu tu takde orang.
Saya buka kunci, dan pergi peti ais.
Ambil satu tin minuman.
Air biasa jer.
1 unit = RM 1.50 (tolong promote sekali. hahaha)
Hari Khamis tu saya jaga kedai, tapi puasa.
Tak dapat beli air sejuk tu.
Hari ni nak lepaskan kempunan.

Sambil berjalan pulang ke bilik, saya sedut air tu guna straw.
Saya minum tyme berdirilah, bukan time berjalan.
Apa hukum minum air sambil berdiri?
Jawapannya HARUS.
Takde ulama yang menyanggah hal ni.
Makan je yang kena duduk.

Sedap jugak minum air sejuk panas2 ni.


16 April 2011, Sabtu

Tekak kering.
Punca ~ xtahu.
Memang perit.
Saya teguk air sebanyak2nya.
Tak hilang jugak.
Dalam satu hari tu, saya masak air guna heater sebanyak 4 kali.
Memang haus.

Time nak tidur pun rasa haus jer.
Jam menunjukkan 11 malam.
Saya pun dah mengantuk.
So, saya try alternatif lain.
Pergi Azah (kedai serbaguna, 24 jam), dan beli aiskrim.
Bukan 1, tapi 2 batang.
Saya pun sumbat kedua2nya consecutively.
Malam tu cukup sejuk.

Saya pun dapat tidur dengan tenang....


17 April 2011, Ahad.

Tekak x kering lagi!
Alhamdulillah...
Saya boleh study dgn aman.

Dan pagi tu jugak saya kena INFLUENZA.
Mende tu?
Influenza ni, kalau tengok kamus, maknanya selesema.
Perkataan FLU diambil daripada INFLUENZA.

Ya Allah..
Sekali lagi, menyelusuri hari yang cukup merana.
Hidung tersumbat.
Hingus @ lendir @ mucus mengalir non-stop.

Aiskrim tu menjadi penawar dan racun pada masa yang sama...

Bila dah sakit, baru kita sedar yang kitaa juga manusia.
Sedangkan doktor pun boleh jatuh sakit.
Saya terkenang masa zaman saya kecik bila sakit.
Badan jadi lemah sangat.
Hembus nafas pun terasa habanya yang panas membakar rongga pernafasan.
Saya pernah termuntahkan ubat cecair warna pink ke lantai.
Kena marah dengan abah.
Abah paksa telan jugak, supaya saya cepat sembuh.

Malam tu jadi lagi serius.
Saya baru start makan ubat.
Nasib baik ada backup supply.
Ubat ni, kalau x salah, ubat yang saya ambil sewaktu minggu pertama kuliah sesi ni (2010/2011).
Bulan Julai tahun lepas.
Tapi ubatnya ok lagi.

Saya pun telan dan terus terlantar atas katil.


18 April 2011, Isnin.

Alhamdulillah berkurangan.
Tapi bila dah pagi sikit, encik Influenza kembali menyerang.
Awal2 pagi dah makan ubat selesema.
Confirm tumbang sebelum tengah hari.
Hari ni pun dah berapa round saya tidur.
Badan terasa lemah sangat.
Sekejap study, sekejap tidur.

Semoga cepat sembuh, wahai diri...

Saya ingin berkongsi sebahagian daripada kisah hidup saya.
Dan jarang saya bualkan hal ni dengan orang lain.

Kisah ini ialah sambungan entri ini.
Mesej yang buat saya tak duduk diam tu ialah mesej daripada mama.
Yang menyatakan kami akan berpindah rumah selepas adik perempuan saya tamat SPM.

Saya hanya mampu mendiamkan diri.
Keliru.
Adakah saya takut dengan rumah lama tu?
Atau saya masih sayangkannya?
Dilema.
Antara masa depan dengan masa lepas, saya hanya boleh pilih satu.
Ikut keluarga atau tinggal bersama kenangan.

Saya tak boleh buat keputusan.

Satu minggu tu, saya murung.
Dan saya mula jarang2 hantar mesej kat mama.
Saya mahu mengelak daripada berbicara tentang hal ini.

Keputusan keluarga yang diputuskan tanpa kehadiran saya.


Mesej masuk.


16 April 2011
14:25

Mama dah nak balik rumah.
(ada kenduri di kampung, di Kapar, Klang, Selangor. Sepupu saya nikah semalam)

Malam tadi tidur tidur rumah Mak Yang.
(Mak Yang ialah gelaran untuk nenek saya - ibu kepada mama)

InsyaAllah, duit pelajaran As dengan adik-adik mama tak guna untuk beli rumah.




Dan saya masih terdiam.
Tak balas mesej ni.
Tak call.
Entah apa yang terbaik untuk saya, saya masih tak tahu.

Sekurang2nya, rumah lama dekat sangat dengan kubur arwah.
Kayuh basikal pun tak sampai 10 minit.



Hidup perlukan pengorbanan.
Ada kalanya kita kita terpaksa membuat keputusan.


Disebabkan kelas asek dikensel hari ni, maka hari ni TIADA KELAS.
So, saya pun pusing2 kawasan sekitar.
Nampak la blok ni, betul2 sebelah fakulti.
Saya tinggal kat sini masa tahun 1.



Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
Bukan Fakulti Kejutan Elektrik.

Saya pun panjat bukit yang ada tulisan tu, dan berdiri kat hujung.
Dan tangkap gambar ni.
(Saya selalu lepak sini sorang2, malam2 time tahun 1.
Sebab kawasan ni sunyi.
Orang kat bawah pun jarang2 nampak saya berdiri kat atas ni)

Ni je yang sempat saya kongsikan.
Ada masa nanti saya jalan2 sekitar fakulti dgn kolej lagi.


11 April 2011
Jam 12 tengah hari.

Langit bertukar gelap.
Saya tersenyum.
Saya siapkan Miss Ciel dan payung.
Kami akan berdansa dalam hujan!

Lab Year 2 dah abes dan kelas Control dicutikan.
So, kelas pertama minggu ni (yang juga minggu terakhir kuliah) bermula jam 2 ptg.
Saya masukkan Miss Ciel dalam beg kuliah.
Saya kan berjiwa kamera.
Mana2 pi pun, especially ke kuliah, selalu jer bawak DSLR.
Saya menantikan kehadiran hujan.

Sayangnya, kelas tamat jam 5.
Hujan dah berhenti.
So, dapat tangkap gambar air hujan atas daun je la..

Idea2 lain:
Nak ambil gambar kat lopak air - especially kat tangga.
Bila air tu bertakung, tangga tu nampak cantik.
Saya dapat idea ni bila lalu kat tangga semalam.

Tapi tangan penuh dgn buku dan nasi ayam penyet.
X dapat keluarkan kamera...
InsyaAllah, len kali dapat tangkap jugak.


Ada sesetengah warna akan "pop-up" time hujan je.
Contohnya, payung.
Tengah2 panas mane ade org main payung kan?
(Tapi kat Malaysia ni lain. Selalu je nampak amoi bawak payung time panas2)
Kalau payung tu warna-warni, lagi chanteek.
Kontra dgn persekitaran yang gelap.
Hasilnya, WOW!

Perhatikan pattern material sekeliling kita.
Mungkin sebab dah terbiasa nampak, kita pun buat xtaw.
Tapi kalau tengok betul2, sesetengah bahan akan kelihatan "berbeza" bila ditambah unsur hujan.
Macam sarang labah2.
Titisan air yang berkumpul menghasilkan pattern yang berbeza sewaktu hujan.
Waktu panas memang nampak lain.

Suka ayat ni:
"Shooting in rain produces dramatic atmosphere and soft romantic scenes."
Teehee..

Ok, tu jer yang saya nak kongsi hari ni.
Semoga hujan2 seterusnya menghasilkan bagi lebih banyak ilham.
Dan dapat shoot gambar2 cantek.

(blog ni bleh jadi blog laporan cuaca di UTM)



Selepas kematian isterinya, seorang sufi tidak menginginkan lagi sebuah lagi perkahwinan.
Baginya, biarlah cintanya diberikan sepenuhnya kepada Allah sehingga akhir hayatnya.

Hasil perkahwinannya sebelum ini tidak menganugerahkannya walau seorang anak.

Satu malam, dia mendapat mimpi.
Dia dapat memasuki syurga.
Tetapi, tiada siapa yang menjemput beliau di syurga.
Kerana dia tidak mempunyai anak.

Anak itu merupakan satu anugerah.
Ketika kita dimatikan, anak yang soleh masih dapat beramal kepada kedua ibu bapanya yang telah pergi.

Ahli sufi itu terjaga dari mimpinya.
Dia pun segera mengusahakan sebuah perkahwinan, untuk mendapatkan zuriat.
Amal itulah antara amal yang berterusan, selagi anak tersebut masih hidup.


Orang yang bijak ialah orang yang memikirkan tentang kematiannya.
Rancanglah kehidupan untuk sebuah kematian.
Fikirkanlah tentang nasib mereka yang bakal kita tinggalkan, walaupun hakikatnya usia kita masih muda.
Kerana kematian tidak kenal usia.

Kematian itulah perkara yang paling pasti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...