Daun-daun tak bergoyang.
Tiada langsung angin yang bertiup..
Jam dah pukul 11 malam.
Tapi masih terasa bahangnya.
Kalau dulu, saya nak keluar dari blok je, mesti pakai sweater.
Badan saya yang kecik dan terkurang lemak memaksa saya memakai pelindung.
Saya sangat takut SEJUK.
Rasa iri hati dengan insan bertubuh besar.
Tapi malam ni saya keluar ke kedai Azah dengan lengan pendek je.
"Apa ye nak buat malam ni?" tanya diri saya.
Tangan masih pegang batang aiskrim.
Makan sebab nak hilangkan kepanasan.
Saya pun pulang ke bilik.
Kemudian ternampak bilik S05 masih menyala lampunya.
Dah lama tak jenguk senior.
Saya pun sibuk sangat kat bilik.
Saya pun ziarah bilik2 diorang.
Malam ni saya banyak bersembang dengan Abang Izmar.
Beliau dah habis exam.
Dan sedang main PES.
Tengah siapkan draft untuk PSM.
Kena jilidkan. Dan macam2 lagi.
"Sem depan kitorang dah takde dah kat sini." kata abang Izmar.
Saya diam.
"Saya pun mesti rasa sunyi sikit.."
Antara coursemate, kawan2 sebaya dan lain2, saya rasa saya cukup melekat dengan senior.
Saya kenal diorang sejak diorang Tahun 3.
Hampir 2 tahun berlalu.
Dan tinggal seminggu sebelum ucapan "Selamat Tinggal" diungkapkan.
Kalau sayangkan helang, bebaskanlah ia daripada sangkar.
Supaya ia berani untuk terbang tinggi.
Biarlah ia berkuku tajam, agar ia dapat menjadi pemangsa yang cukup digeruni.
Berdikari tanpa terus mengharap belas ihsan manusia.
Kalau sayangkan seseorang, relakan ia pergi.
Andainya dirinya terus "bersantai" bersama kita,
lemahnya dia tatkala ummah memerlukannya.
Biarlah mereka menabur bakti kepada masyarakat.
Kerana di situlah telaga ilmu bakal dicurahkan.
Semoga bertemu lagi, senior-senior sekalian...
p.s.
tiada gambar.
Terlupa bawa Miss Ciel (Nikon D3100).
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment