Harii ini saya dan abah ke kedai elektrik di Klang.
Kedai tu kedai lama.
Mungkin kedai ni wujud sejak abah sekolah menengah.
Tempatnya tak jauh dari jambatan Sungai Klang.
Selepas parking Avanza, kami masuk ke kedai.
Tauke kedai tanya apa yang abah cari.
Abah mintak macam-macam bahan untuk "wiring".
Abah nak pasang kipas siling kat rumah.
Kipas siling jauh lebih tahan lama daripada kipas yang boleh dialih.
Kami pun banyak kali bertukar-tukar kipas kat rumah.
Abah ialah juruteknik.
"Wiring" memang salah satu kelebihan beliau.
Boleh kata semua "wiring" kat rumah tu beliau yang buat.
Kemudian saya tolong angkat kipas dan paip2 wayar ke dalam Avanza.
Hari ini juga merupakan Hari Ibu.
Lagu-lagu bertemakan ibu kian berkumandang di radio.
Tak lama kemudian, lagu Untukmu Ibu oleh Mamat Exists dimainkan.
Kami dalam perjalanan untuk ke kedai jam.
Sebaik sahaja berhenti di depan kedai jam, aku nampak abah menangis.
Lagu Untukmu Ibu masih dimainkan.
Tangisan seorang lelaki, banyak ertinya.
Barangkali, beliau teringatkan arwah opah.
Atau, teringatkan mama.
Memang susah nak tengak bapa sendiri menangis.
Saya keluar dari kereta, dan pergi ke kedai jam.
Abah ke kedai repair air-cond kereta.
Saya diminta untuk memilih jam di kedai tersebut.
Banyak sangat pilihan, saya tak tahu nak pilih yang mana.
Akhirnya abah muncul, dan survey jam di situ.
Saya memang tak pandai tawar menawar.
Kemudian, seutas jam dibeli.
Kami pun pulang ke rumah.
Di rumah, kami memberikan kek kepada mama.
Kami anak-beranak beratur untuk bersalam, dan mengucapkan "Selamat Hari Ibu".
Sebaik saja bersalam, saya terus menuju ke hadapan televisyen.
Sambung main game di laptop.
Kek itu, secubit pun tidak saya sentuh.
Kenapa?
Saya ego.
Tak suka menunjukkan yang saya menyayangi seseorang.
Tak suka orang lain tahu apa yang ada di hati.
Saya lelaki, dan ego saya besar.
Sebenarnya, semua ahli keluarga saya menyambut hari ibu setiap tahun.
Kecuali saya seorang.
Dan ego itulah yang memakan diri saya sendiri.
Saya hanya menyedarinya selepas kehilangan orang tersayang.
Perlahan-lahan, ego itu runtuh.
Sekaligus mendidik diri agar menyayangi mereka yang sentiasa berada di sisi.
Selamat Hari Ibu saya ucapkan kepada semua ibu.
0 comments:
Post a Comment