22 Jun 2011
Rabu
Malam

Saya melayari laman web UTM.
Dan klik bahagian FAKULTI.
Ada semua senarai kursus Ijazah Sarjana Muda atau "Bachelor" yang ditawarkan di UTM.

Saya baca bahagian Alumni,, daripada fakulti lain.
"Saya sudah bekerja selama 8 tahun. Saya ditawarkan jawatan di syarikat saya bekerja 8 bulan sebelum saya graduate. Dan saya sudah bekerja di pelbagai negara."
Saya terkejut.
Pastinya beliau bukan calang-calang orang.
Pointer? Pastinya sangat bagus.

Saya termenung.
Dan pergi ke laman web Aimsweb.
Tengok keputusan peperiksaan lama.

"Hum..."

Rasa rendah diri.
Sedih.
Semester 1, lebih sikit dari 3.00.
Semester 2,3, (dan mungkin 4), bawah 3.00.

Dan saya "check" senarai subjek untuk semester-semester hadapan.
Ada banyak "baki" jam kredit.

"Rasa rugi pulak kalau tak isi dengan subjek lain.."
Takkanlah kena goyang kaki kat bilik kan?

Mungkin ada kata,
"Eloklah banyak masa lapang. Boleh study."

Ye ke?
Mengikut pengalaman saya yang tinggal kat blok siswa (sebab saya memang siswa):

~ kebanyakannya memang kaki LAPTOP
Study depan laptop (kononnya)
Tangan pegang pensel. Kepala menghadap buku atas meja.
Mata jeling-jeling "notification" facebook.
Satu jam belajar jadi 15 minit.
(pengalaman sendiri. tak perlu tuding jari kepada orang lain.)
Laptop untuk main game, tengok video, surf internet, dan sebagainya.

~ kaki TIDUR
memang rajin membuta.

~ kaki BERJALAN
Yang ada kereta dengan motorsikal bukan main ligat berjalan.
Banyak masa "terbuang"
Tapi kalau pandai urus masa tu takpelah.

~ dan macam-macam alasan lagi.

Kan bagus kalau masa yang ada itu diisi dengan perkara berfaedah.
Setiap perbuatan kerana Allah ialah ibadah.
Seeloknya masa lapang itu diisi dengan perkara berfaedah.

“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” – Pepatah Arab


Saya terfikir untuk REPEAT atau ulang subjek2 lemah.



Eh, REPEAT?

Elok ke kalau REPEAT ni?
Saya teringin nak tanya pendapat orang, tapi tak tahu nak tanya siapa.

Saya cuba susun (tarik subjek-subjek akan datang) untuk setiap semester.
KALAU saya REPEAT...
Saya dapat 17, 18, 5, 18 dan 18 jam kredit.
5 jam kredit tu Latihan Industri a.k.a. praktikal.

Ertinya, jadual makin padat.

Sekali lagi, termenung.

Saya pun update status di facebook.

"17, 18, 5, 18, dan 18 jam kredit untuk sem2 akan datang."


Saya terbayang.
"Kalaulah aku REPEAT, ertinya..."

Orang akan mencemuh dan mengata.
"Nampak sangat dia tu tak pandai.."
"Apalah, dah masuk U pun kena mengulang. Time SPM bukan main cemerlang. Sampai U dah kecundang?"

Tertekan. Sangat tertekan.
Terbayang "apa orang kata"




23 Jun 2011, Khamis
Sekitar 12 pagi

Dan kakak Umi Kalsom Yusof tinggalkan komen.

tunggu result..menghitung hari....

"Ah! Waktu yang bagus!"

Saya pun terus tanya.

kakak, kakak penah repeat tak?

 ade..subjek techno..

secara peribadi, kakak rasa elok ke repeat ni?

ok je..cuma segan sket la..sebab join ngan junior..elok la repeat, ble naikkan pointer..kalau cover betul2 la..

tu la. SEGAN. kita selalu fikir "apa orang kata". walaupun saya bagi nasihat kat orang, saya jugak termakan dengan nasihat tu.
saya pun rasa segan. ada beberapa subjek teringin nak repeat. macam kakak cakap, boleh naikkan pointer. cumanya, saya terfikir, kalaulah ada subjek lain saya kena repeat, dan lebih 18 jam per sem, boleh ke? dekan biasanya lepaskan x?

kena tengok pointer sem sebelumnya..kalau bawah 3, bukan takat dekan, dengan PA pun berat sket nak lepas..tapi ble ayat2..kalau diri sendiri rasa mampu, go on..yg sebenar nak dgn tak je..^_^

so, kalau yang nak repeat tapi bawah 18 jam kredit ni, xyah jumpa dekan kan?

tak pun..=)

saya terfikir, kalau pointer asyik rendah je, rasa memalukan diri je. kaum lain berlumba2 kejar first class. kita, selalu solat, baca quran, cari ilmu2 keagamaan, tapi pointer x sampai 3. rasanya jadi fitnah untuk Islam tu sendiri. agama jadi alasan atas kegagalan sendiri. sebab tu saya nak repeat.

Allah nak uji kita..berada pada jalanNya tak dijanjikan kemudahan.. mohon pada Dia selalu agar diberikan kekuatan..never say never~

terima kasih ye kakak Umi Kalsom Yusof. ada rezeki saya belanja kakak.

ops, wah..nak belanja ye..rezeki2..alhamdulillah...=D

hihihi. tak salah kan rasa terhutang budi kat senior, kan? pastikan kakak tuntut ye.

 haha..kalau teringat..


Tak lama kemudian, sahabat lain pun komen.

repeat xde la memalukn sgt sbb ramai je yg repeat dpt gred yg lebey baik cam sblm ni kwn i repeat 2 kali at last dpt A- utk basic electrical engineering... x sll hidup ni ade peluang ke-2 n ke-3 n seterusnye, di mane ade kemahuan di ctu ade jln... =)


Baru saya sedar.
Musuh yang sebenar ialah diri sendiri.
InsyaAllah, kalau mengulang itu yang lebih baik, apa salahnya kita teruskan.
Nak dengan tak nak je.

Hari ni, saya terasa lebih "hidup".
Pastinya mama dan arwah abah meletakkan harapan tertinggi terhadap saya.
InsyaAllah, harapan ini akan ditunaikan..

Terima kasih kakak Umi Kalsom Yusof .

Daun-daun tak bergoyang.
Tiada  langsung angin yang bertiup..
Jam dah pukul 11 malam.
Tapi masih terasa bahangnya.

Kalau dulu, saya nak keluar dari blok je, mesti pakai sweater.
Badan saya yang kecik dan terkurang lemak memaksa saya memakai pelindung.
Saya sangat takut SEJUK.
Rasa iri hati dengan insan bertubuh besar.
Tapi malam ni saya keluar ke kedai Azah dengan lengan pendek je.

"Apa ye nak buat malam ni?" tanya diri saya.
Tangan masih pegang batang aiskrim.
Makan sebab nak hilangkan kepanasan.

Saya pun pulang ke bilik.
Kemudian ternampak bilik S05 masih menyala lampunya.

Dah lama tak jenguk senior.
Saya pun sibuk sangat kat bilik.

Saya pun ziarah bilik2 diorang.
Malam ni saya banyak bersembang dengan Abang Izmar.
Beliau dah habis exam.
Dan sedang main PES.
Tengah siapkan draft untuk PSM.
Kena jilidkan. Dan macam2 lagi.

"Sem depan kitorang dah takde dah kat sini." kata abang Izmar.
Saya diam.

"Saya pun mesti rasa sunyi sikit.."

Antara coursemate, kawan2 sebaya dan lain2, saya rasa saya cukup melekat dengan senior.
Saya kenal diorang sejak diorang Tahun 3.
Hampir 2 tahun berlalu.
Dan tinggal seminggu sebelum ucapan "Selamat Tinggal" diungkapkan.


Kalau sayangkan helang, bebaskanlah ia daripada sangkar.
Supaya ia berani untuk terbang tinggi.
Biarlah ia berkuku tajam, agar ia dapat menjadi pemangsa yang cukup digeruni.
Berdikari tanpa terus mengharap belas ihsan manusia.

Kalau sayangkan seseorang, relakan ia pergi.
Andainya dirinya terus "bersantai" bersama kita,
lemahnya dia tatkala ummah memerlukannya.
Biarlah mereka menabur bakti kepada masyarakat.
Kerana di situlah telaga ilmu bakal dicurahkan.


Semoga bertemu lagi, senior-senior sekalian...

p.s.
tiada gambar.
Terlupa bawa Miss Ciel (Nikon D3100).

Sewaktu Malam Penghargaan Senior Badar dan KRU, saya sempat borak2 dengan Abang Farid Johan.
Biasanya memang susah nak terserempak dengan beliau, walaupun satu seksyen.

"Abang, pernah nampak tak MUSLIMAT kat sana?"
- "kat sana" ertinya Jepun. Beliau baru pulang dari GOP ke Jepun.

"Hum.. Tak.. Tak nampak.."

"Saya pernah try Google gambar orang Jepun pakai tudung. Memang tak nampak orang Jepun bertudung." 
Saya beranggapan golongan Islam di sana hanyalah golongan minoriti dan sangat kecil bilangannya.
Jadi agak sukar nak tengok gambar mereka bertudung.

Dan pencarian saya berakhir hari ini.



Yuna & Hana Tajima
( Yang kiri tu orang Malaysia.Yang kanan tu Hana Tajima.)



Beliau ialah Hana Tajima.
Pereka fesyen dan juga pemilik Maysaa.com.
Berminat dengan Islam sejak berusia 17 tahun.

http://www.hanatajimasimpson.com/

p.s.
Sebenarnya bukan tiada yang bertudung.
 Tapi mungkin saya kurang didedahkan tentang masyarakat di sana.
Hakikatnya masyarakat Islam telah bertapak di sana lebih awal daripada nusantara.
Kita kata mereka sebagai muallaf atau "saudara baru", tetapi mereka kenal Islam lebih daripada kita yang Islam semenjak lahir.

Fikir-fikirkan.

03 April 2011
29 Rabiulakhir 1439H

Malam Penghargaan Senior BADAR & KRU.



"Salam. Minx jadi photographer malam ni buleh?"
tanya Bella.

"Okie dokie"

"Tqvm"

Secara rasminya, saya jadi photographer @ cameraman @ jurukamera @ jurufoto @ penyibuk program nie.
Sebaik saja azan Isyak dilaungkan, saya berjalan ke surau S01 bersama Miss Ciel (my Nikon D3100) dan tripod beliau.
Selepas solat Isyak, saya duduk sebentar di surau.
Seorang demi seorang meninggalkan surau itu.
Dan keadaan menjadi sunyi.

Saya duduk, dan berfikir.
Terkenangkan senior2 yang bakal meninggalkan kami.
Tak kisahlah extend untuk lagi dua tahun atau tidak, tapi mereka akan tetap pergi.

Ada masanya, kita pun perlu belajar untuk bawa diri.
Katakanlah senior2 ni dah berkeluarga, takkanlah kita kena ikut diorang jugak kan?
Kita pun perlu bina kehidupan sendiri.
Kerja. Sambung belajar. Berkeluarga.
Inilah kehidupan.....

10 minit mengelamun.
Saya pun turun ke Dewan Astana.

Program bermula lambat.
Biasalah, mentang2 dah senior...... Suka-suki nak datang lambat. Hahahaha..

Kami duduk di kerusi yang disediakan.
Kami tu ialah hadirin.
Kecuali saya, yang asek kena berdiri.
Lenguh kaki.

Ridzuan Said sebagai MC.
Bacaan doa sebagai Akhmal.
Sedikit ucapan oleh Syazieli.
Dan ucapan (atau lebih tepat, tazkirah) oleh Abang Azim Abdul Jamil.
Slide oleh abang Aslam.
(mostly gambar yang saya tangkap. Bangga giler la..
Hahaha. Bukan bangga, tapi seronok.
Seronok dapat menyumbang.)

Kemudian hadirin menyusun kerusi.
Dan berkumpul dalam bulatan.


Pertandingan Siapa Yang Kena

Sebiji bola kertas dibaling ke dalam bulatan tu.
Senior tahun akhir yang paling dekat dengan bola tersebut dikehendaki untuk ke hadapan.
Pilih kertas dalam satu bekas.
Setiap kertas ada perkataan.
Dan diminta untuk buat tazkirah selama 1 minit.

Mangsa pertama ialah Abang Arif Ahmad.
Dapat tajuk solat.
Abang Firdaus dapat tajuk Musibah.
Abang Izmar dapat tajuk Sahabat.
Dan abang  Azim Abdul Jamil dapat tajuk Ciri2 Isteri Idaman.
(saya ada videonya. nanti saya try upload, pastu gelak samer2 yer...)

Aktiviti kedua
Saya xtaw apa namanya, tapi dia macam main facebook.
Daripada satu ayat, kena komen sepanjang2nya.
(Mostly takde kaitan pun dengan ayat yang diberi.)
Setiap sorang akan tulis satu ayat.

Ini ayat Muslimin.

Ayah, kau adalah wiraku.
Misau, kau adalah misaiku.
Namun, misai kau adalah misau kau.
Wei, kau dah lebih.
Ape yang lebih, perut ke?
Bukanla, tapi.....
entahla, aku pun tak tahu...
tapi kan itu je lah...
ntah ape2 lah.
layan je
otot kau keras
Ibu ku lawa
ape kaitannya. aku keliru
perut ku lapar ayah
kertas yang putih
boleh jer ku telan
kuku kaki kau kupotongi
baunya cukup menyengat
menambah selera makananku
kami nak siakap 3 rasa
perlukah aku tunaikan
janji lama masih tak tertunai
di manakah janji manismu???
mak long cakap, kat nasi hujan panas
bau dah sedap ni...
nyum2
bile nak habis nie? da lapar...
dah nak abis dah, 5 minit lagi
kejap lagi lah
detik yang b'lalu bagaikan bulan yang berkicauan
macam salah je ayat
di mana ayah ku?
dalam tandas dah 2 jam..
buat ape tu?
ada aku kisah?!!
siakap 3 rasa bukanlah janji tapi pasti untukmu AYAH!!
tiada  siakap pon, ikankembong 3 rasa pon jadi..
Ayah, engkaulah wiraku.

(saya masih simpan kertasnya. tu yang boleh tulis balik.)

Kami pun diminta untuk present hasil kerja ni kat depan.
Wakil muslimin baca hasil kerja muslimat.
Begitu juga sebaliknya.

"Muslimin, hantarkan wakil sorang ke depan.." kata MC.
Semua muslimin jerit nama saya kuat2.
Tak pasal2....

So, saya pun bacalah.
Dah setahun tak guna mikrofon.
Last hari tu, mase Kempen Budaya Endah 2010.
Ada perjumpaan dengan felo.

Muslimat hantar Fatin Afiqa.
Dengan hasil kerja kami, memang gelak habis...


Penyampaian Hadiah

Abang Hafiz Idris, Pengerusi JKMKTC 2011 menyerahkan hadiah kepada senior.

Abang Wafi.
Abang Faruqi.
Abang Izmar
Abang Arif.
Abang Firdaus.
Abang Azim Abdul Jamil.
Abang Ikhlas.
Abang Hilman.
Kakak Syazana.

(Maaf yer. Guna istilah abang & kakak. Tak biasalah sebut Akhi dgn Ukhti. Tapi maksudnya lebih kurang kan?)

Makan

Kami makan sate dan nasi hujan panas.
Saya baru amek dua cucuk sate, dah habes.
Lahap betul diorang neh..
Sambil makan, ada slide program2 tahun lepas.
KTC Culure Assimilation & IHRAM 2008.


Doa

Kami bentuk bulatan lagi, dan bersilang siku (betul ke istilah ni?)
Ada satu bacaan doa.
Saya lupa la apa nama doa tu..
Tapi memang biasa nampak orang lain buat.
Bacaannya diketuai oleh abang Firdaus.

Kami pun berpelukan.
Kecuali saya.
Saya jaga kamera.

Dan senior pun meninggalkan dewan, menuju ke bilik dan habiskan PSM.
Kami pun kemas2 dewan...









Satu hari nanti, giliran saya akan tiba..
Sedih? Gembira?

Entahlah.



1 April, Jumaat

Abang Izmar tag muka senior2 KRU + BADAR KTC kat durian.
(Mungkin muka senior ni sangat serupa dengan durian agaknya)
Saya tak kena tag la, sebab saya bukan senior.
(Dan saya bukannya durian.)
Saya kan junior selamanya.
Still maintain wajah keanak-anakannnya yang sangat cumil.
Ngeh3.

Seperti biasa, di mana ada senior, di situlah ada Nat Cure.
Saya menyelit nak join, dengan syarat, bagi saham.

2 April

Selepas solat Isyak, saya bergegas ke S05, berkumpul bersama senior.
Tangkap gambar sket.
(Sket je. 300 keping.)
Abang Azim Fahada, dan Abang Ku Muhyi masak santan guna rice cooker.
Nak dicampur dengan pulut.
Rupanya nak buat pulut durian.

Abang Izmar kutip saham.
Abang Wafi, macam biasalah, buat havoc.
Kami berkumpul dalam 30 orang di lantai aras 2 S05.
Majlis bermula dengan ucapan daripada abang Izmar.
Yang mengharapkan selesainya PSM, perbentangan, dapat kerja yang baik dan KAWEN.
Abang Firdaus Abdul Rahman bacakan doa.
Dan kami pun mula makan keropok goreng, dan makan pulut durian.
Saya ambil sebanyak mungkin gambar.










~SELINGAN~

"Esok ambik gambar ke?" tanya abang Taufik.
"Esok" bermaksud 3 April.
MALAM PENGHARGAAN SENIOR BADAR & KRU.

Saya angguk.
(Keje saya selama ni memang tangkap gambar, kan?)

"Nak guna flash abang tak?" tanya beliau.

Saya tersenyum.


Nantikan kemunculan terbaru wajah DSLR saya malam ni....

02 Mac 2011



Blogging
"What is BLOGGING?"
Hah? Blogging? Amende nie?

Kali pertama saya "ter"dengar perkataan BLOG dalam kelas EST - English for Science and Technology, time SPM, kelas Puan Sarena.
Tapi tak ambil tahu pun, walaupun kat rumah guna Streamyx dan hari2 surf tenet.

Blogspot
"Bagi saya kertas," kata Ustaz Sahrulazmi.
Saya pun serahkan sekeping kertas, dengan sebatang pen.
Beliau menulis sesuatu.
"Nah, kalau ada masa free, bacalah."

Perkataan yang tertera:

Perkataan baru yang saya belajar ~ BLOGSPOT.

Peristiwa ini berlaku time amek result SPM kat sekolah.

Saya kerap singggah ke sini waktu tu, yang masih tak sedar itu ialah sebuah BLOG.

Cygcydug
Selepas meeting pertama JAPEN BADAR, kami bertiga bertuka email address.
Saya, Bella dan kakak Nafisah.

Cygcydug?
"Camne nak sebut nie? Ciciduk?"
Cygcydug ialah "nama" samaran kakak, iaitu nama yang tertera dalam emel address beliau.
Saya pun Google nama tu, sebab curious.
Dan terjumpalah Facebook beliau. Dan beliau tinggalkan sesuatu:
Saya pun masuk sana.

Macam-macam cerita saya jumpa.
Cerita pasal hamster lah, kakak beliau kahwin, keluarga beliau, etc.
Gaya penulisan yang tersangat santai.
Waktu tu barulah faham apa itu BLOG.

Bella
Kemudian saya pun Google nama Big Boss saya, Norabella Harun.
Eh, ada blog jugak?
Juga tempat untuk beliau tulis macam-macam..
Gaya penulisan sedikit serius. Walaupun time melawak. Haha..

Selalu je singgah dua blog ni.
Saya mula untuk bina minat terhadap blog.

Macam seronok je ade blog sendiri..

Tikah
Daripada blog Bella, saya terjumpa blog Nur Atikah Shaari.
Merupakan Setiausaha Badar.
(Beliau merupakan Follower pertama saya. Terima kasih Tikah..)

Ju
Sekitar bulan April, sahabat (atau lebih tepat, sahabiah) pun baca blog saya.
Beliau jumpa URL saya dalam Facebook saya.
Saya baru je buat akaun waktu tu.

Dan kakak Nafisah pun jadi follower sekali.
(selepas puas menconteng blog beliau. kikiki)

2010

 Mac
Kali pertama memasuki dunia penulisan blog.
Blog ni dibuat sekitar bulan Februari 2010, tapi xde post lagi.
So, tiada tarikh rasmi pelancaraan blog ni.
Post pertama:
http://memoriilusi.blogspot.com/2010/03/pengalaman-pertama-menulis-blog.html

Dan nama asal blog ni ialah FRAGMENT CROSSING.

Dan nama Nat Cure mula menjadi nama rasmi saya.
Nat Cure = Natural Cure

Saya minat bidang penulisan.
(Walaupun masih sangkut untuk cari perbendaharaan kata dan susun ayat pun x berapa betul)
Takpe, yang penting minat dah ade.
Sebab tu saya juga minat bidang penerbitan.
Dan mula terjun ke multimedia (Photoshop) dan fotografi.
Jauhnya berjalan....

Waktu saya masih tercari-cari identiti - siapa yang saya nak jadi?
Antara Sains dan Sastera, saya cari keseimbangan.
Satu tahun kemudian, saya temui jawapannya.
Bukan satu, tapi saya nak jadi kedua-duanya.
"VERSATILE".

April

Waktu ni, tak rase nak commit sepenuhnya kat blog.
Sebab exam dah dekat sangat.
Saya juga suka bercerita tentang zaman saya sebelum masuk Kolej Matrikulasi Kedah.
Perpisahan rasmi saya bersama keluarga tercinta.

Mei

Kisah zaman matrik disambung, sehinggalah saya meninggalkannya pada 2009.

Nama blog juga ditukar kepada MEMORI ILUSI.
Masa lalu = MEMORI yang telah pergi.
Masa depam = ILUSI yang belum pasti.

Dan nama blog ini juga diambil daripada ayat kegemaran saya:
"A scattered DREAM that's like a far-off MEMORY.."
oleh Shiro Amano.

Saje je gune bahasa Melayu, menggantikan Fragment Crossing.

Jun


Sekadar bercerita tentang sahabat.
Malas nak update, sebab time cuti. Haha.

Julai


Tanggal 17 Julai 2010, tarikh yang takkan saya lupakan.
Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Banyak yang saya nukilkan, dan ditulis daripada hati, menggunakan bahasanya.
"Sebelum ia mengetuk minda, biarlah ia berteleku di jiwa dahulu.
Agar tenangnya bersimpuh dan damainya melingkar."
(Warkah Cinta Berbau Syurga, Ahmad Ubaidillah Alias)

Ada beberapa kenangan terakhir bersama arwah abah yang sempat saya taip di sini.

Juga pertama kali berjumpa dengan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Ogos


Saya hilang arah sejak abah pergi.
Dan kekuatan ini saya bina dari dalam.
Dan terus mencari arah dalam kehidupan.
Dan cuba untuk terus senyum seperti dahulu.

Waktu ni bulan Ramadan.
Sempat jalan-jalan ke Politeknik Johor Bahru bersama Kelab Remaja Ukhwah.

September


Pulang ke rumah untuk berhariu raya.
Bertemu saudara-saudara sebelah mama dan abah.
Dan berjumpa dengan Kakak Mariatun Qibtiah, atau nama lainnya Mariah Smile.
(Jangan tanya naper dia pilih nama tu)
(Suka senyum je agaknyer..)

Oktober


Tak rajin update blog.
Suker bukak buku jer, sebab test berlambak.

Merasalah kena saman oleh incik polis time beli tiket balik Klang.
Dan tuan punya motor tu Fahmin!
Hahaha..
Bila lagi nak merasa makan saman kan?

Saya kembali membaca novel-novel islamik.
Terutamanya Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Best giler novel tu.

November

Yup, SWEET NOVEMBER!!
Bulan paling best sepanjang tahun ni.
Sebab ape?

23 November.
Happy birthday to me...
Saya melangkah ke usia 20.
Dan kebanyakan mesej2 facebook dan SMS berkisar tentang benda sama:
"Semoga usia yang baru seiring dengan kematangan"
Nampak sangat la saya cukup tak matang..
Huhu..

Dan yang paling best, dapat DSLR!!
Hadiah ni merubah kehidupan saya.. Haha
By the way, nama Nikon D3100 tu ialah "Ciel".

Disember


Saya cuba masuk interview iluvislam, nak jadi designer.
Tapi tak lepas.
Xpe2, yang penting usaha saya.
Nak bina keyakinan untuk join krew iluvislam bukan mudah.
Berhari-hari saya fikir sebelum buat keputusan.

Januari
Semester baru pun bermula.
Dengan semangat baru, saya berazam nak belajar lebih kuat! (ayat retorik yang dah basi).
Bertugas sebagai jurukamera x rasmi KRU dan Badar.
Silap2 blog ni jadi blog Badar dgn KRU. Haha.

Untuk pertama kalinya semester ni ponteng kelas 1 jam.
Habis dah beli tiket awal sebulan pada tarikh berkenaan, nak wat camne..

Februari

Jalan2 di Taman Tasik Shah Alam, sebelum pulang ke UTM.
Juga ada gambar2 Kayak KRU.
Video pun ader. Rajin saya upload.
High Definition lagi taw.. 1080.

Dan genaplah setahun bersama blog ini...

Popular posts:

17 Julai 2010, 5 Syaaban 1431H

A picture is worth than thousand words

Warkah daripada sahabat

Abah

Interview daripada iluvislam

Interview daripada iluvislam 2

Kisah AGMKRU ke-6

20th

My birthday present

Harapan


2 Mac juga sebenarnya tarikh lahir arwah abah.
Seandainya beliau masih hidup, hari ini usianya ialah 47.

p.s. ini BUKAN blog Kelab Remaja Ukhuwwah. ini blog encik NC.
Disebabkan NC ni KRU, jadi banyaklah muka2 KRU dalam ni..

Tarikh: 20 Januari 2011
(bukan 20 Februari seperti dalam mesej dan bukan tahun 2010.. Haha)

Ini merupakan event pertama KRU selepas AGM hari tu.
Dan macam biasalah, janji 5.30 petang, startnya pukul 6 petang jugak..
(Sampai saya sempat main tangkap gambar pokok bunga kat luar surau S01.)



Muslimat awal2 dah sampai.
Muslimin, sila contohi mereka.



Tengah hafal skrip.

Aktiviti biasa sementara menanti hadirin hadirat.
Posing maut.

Ridzuan Said bersama seniornya.
Sape tu?
Yang merah tu Nat Cure.
Saje xnak jual muka dlm blog sendiri.

By the way, cantik x baju tu?
Baju tu saya beli SENDIRI.
(bukan jahit SENDIRI)
Adik perempuan saya kate,
"Baju ni macam baju Korea!!"
Ha'ah, org  Korea memang pakai style camni.
Nampak macam 2 lapis, tapi satu je sebenarnya.
Memang cantik.
(Merah, hitam dan putih - 3 warna kegemaran saya)


Pengarah baru dan pengarah dah expired lama.


abg Izmar: "Gambar ni pun nak ambik.. Mengalahkan paparazzi.."


Antara yang hadir awal.

Usrah Kubra bermula.
Tentang Al-Quran, daripada kitab Hadith 40.



Gambar ni nampak natural.
Kenapa?
Sebab tak pakai flash.
AGM hari tu terlebih flash.
Sebab tu cair warna gambarnya..
Maaf ye.. Pengalaman pertama..




Satu-satunya gambar muslimat yang saya tangkap..
Mohon maaf..
Saya agak segan nak toleh belakang..
Dah berdiri nak tangkap, alih-alih duduk balik..


Senyum sokmo!

Pak Lang tak sihat.
Katanya sakit perut dari tengah hari.
Sampai2 kat surau, terus ke belakang.
Dan tidur. Zzz..





Waktu berbuka.


Ini je gambar yang sempat diambil time makan.
Saya "melantak" dan meninggalkan cik Nikon D3100 bersendirian.

Kemudian solat Maghrib berjemaah.
Dah lama tak nampak saf depan tu penuh..

Diikuti bacaan Yassin.



Selepas bacaan Yassin.



Kemudian solat Isyak berjemaah.
Kemas-kemas sikit, dan balik.

Main kamera dalam hujan..

Selepas selesai "upload" gambar2 KRU semalam, telefon saya menerima panggilan.

Jam menunjukkan 10.15 malam.
Sapelah yang call malam2 buta ni..

Hah?
Abang Faruqi?
Eh, apehal ni?

Saya pun jawab panggilan tersebut.
"Ashraf ada kat bilik tak?"
"Ada. Naper?"
"Ni ha.. Kawan abang nak jumpa.."

Tekezut jugak.
Selalunya saya ziarah diorang di S05.
Malam ni, abang Faruqi ziarah bilik saya.
Belum pernah berlaku selama 3 semester di sini.

"Siapa kawan abang tu?"
Beliau menggunakan istilah "kawan", bukan merujuk kepada namanya.
"Adalah.."

Saya makin bingung.

Selepas 10-20 minit menanti, abang Faruqi pun tiba di bilik saya.
Diikuti abang Firdaus Abdul Rahman, abang Taufik, dan abang Arif.
Eh, ada apa ni?
Sekali datang macam bah.
(Bilik saya sekarang ni ialah bilik lama abang Izmar dan abang Firdaus. Kira abang Firdaus balik bilik lamelah..)

"Nape datang ramai2 ni?" tanya saya.
"Ah.. adelah..."
Makin bingung.

"Ashraf, abang nak tengok gambar KRU.." kata abang Taufik.
"Boleh2.." kata saya sambil mencucuk external hard disk ke lappy.

Abang Taufik layan gambar2 KRU, dan saya berbual2 dengan abang Faruqi dan abang Arif.
"Kitorang nak ajak makan malam je.."

Oh, makan malam.. Ingatkan ada apa tadi..
Tapi seronok jugak tengok senior2 berkumpul kat bilik saya seramai-ramainya.

"Ni mesti sebab JPA dah masuk kan?" tanya saya.
Esok cuti umum, malam ni nak tido lewat sikit.
Waktu standard saya tidur SETIAP HARI ialah 11 malam.
Tak lebih, tak kurang.

Saya bersiap, dan kami bertolak ke P19.
Saya membonceng abang Taufik, sambil bawak kamera.
(Nak cari cerita untuk ditulis kat blog. Haha.)

Selepas duduk tak sampai 3 minit di P19, kami pun bergerak ke motor.
Tak tahulah kenapa, tapi diorang tukar plan nak ke N24.

Dan kami pun tiba N24..
Kafeteria Noor.
Dengar cerita tukar tempat (atau tender? entahlah..) dengan CP.

Saya makan mi goreng dan ice-blended cappuccino.
Ada yang order burger arnab, burger ostrich, nasi lemak, etc2.

Semuanya tahun 4. Saya tersesat dalam kumpulan ni. Haha..







Saya juga belajar teknik baru untuk fotografi.
Tak tahulah apa namanya, tapi abang Taufik yang ajar.

Nak wat teknik ni, cari subjek.
Then pastikan belakang subjek ada BANYAK LAMPU (sebagai sumber cahaya)
Setkan DSLR ke mode Manual atau M.
Aperture tak kisah berapa.
ISO 100.
Shutter 1".
FLash - gunakan REAR flash.
>>> Amende REAR flash tu? Abang Taufik kate REAR means belakang.
Yang bestnye, flash x keluar satu kali, tapi DUA KALI!!
Satu sebelum shutter tutup, satu lagi pas shutter tutup.
Tak faham? Pinjamlah DSLR sesape ye..

Cara-caranya:
Tangan kanan jaga shutter release button.
Jari kiri pegang Zoom Ring.
Setkan Zoom ring ke maximum (zoom jauh) - saya punya 55 mm.
Tekan shutter release button (jari kanan) > cahaya flash keluar.
Cepat2 zoom ring (tangan kiri) diputarkan  lawan arah jam. (maknanya zoom dekat). Saya punya 18 mm.
Cahaya flash kedua akan menyusul.
 Hasilnya..
Lampu-lampu di belakang "ditarik" ke hadapan.
Setting ni hanya berguna waktu malam..
Saya tak dapat buat waktu siang. Tak jadi.

Naper yer, dalam banyak2 lagi senior, diorang teringat nak ajak sayer yang super junior nie?
Yang Tahun 3 (jiran2 diorang) pun xde..

Am I that special? Kikiki..
(nampak sangat terlebih diMANJAkan)

Anyway, mungkin ni semester terakhir saya dapat bersama mereka..
Entah bila dapat jumpa lagi..

p.s. Ada antara gambar-gambar dalam ni tiada dalam album facebook KRU.

"Pak Lang mane?" tanya saya.

"(Cakap style Penang)Dia takda. Dia keluar sejak petang tadi.." kata Zufar.

Saya nak hantar video rakaman Pak Lang sewaktu beliau berucap semalam.

Beberapa minit kemudian..

Pintu dibuka tanpa diketuk.

"Zufar, Ashraf, jom gi bilik sebelah. RFC!" jerit abang Izmar.

Saya tersenyum.

"Jom, Zufar!"



Saya pergi bilik sebelah, terdengar ngauman singa dan harimau.

Pak Lang duduk bertentangan dengan abang Wafi.

Dan mereka sedang bertikam lidah sekuat-kuatnya.
Saya merakam hampir kesemua babak "lakonan" tersebut.
(Video selama 1 minit 46 saat.)
Gaduh pasal ape ni?
Kalau x salah, diorang citer pasal kahwin. (Hahaha.)



Pak Lang:
Tapi aku ngaku kate yang aku tak mau kahwin dulu!

Wafi:
Ah.. Ok, jadi hang mengaku hang.. yang hang salah mase tu?

Fahmin dan Abang Ridwan beli ais kat K9. Sebab tu tiada dalam gambar.
Selesai sesi perdebatan, kami pun melantak dengan "rakusnya" (bahasa Encik Faruqi).


Saya tak ingat siapa yang berkata, tapi ayatnya lebih kurang camni..
"Yang ni untuk cik min, satu lagi dah bagi kat cik mat.."

Kami terdiam. Mata masing-masing pandang Pak Lang.
Dan kami pun ketawa sekuat-kuatnya.

"Oh.. Belanja cik mat yer..."
Saya masih tersenyum.

Malam tu jugak saya upload gambar kat FB.
Ternampak Cik Nafisah tengah online untuk IM.
Status beliau tertulis : ".. cik min belanja cik mat.."
Saya ketawa sorang2.

Terima kasih sahabat-sahabat kesayanganku..

15 Januari 2011, selepas Isyak, S05 - bilik abang Wafi dan abang Izmar.



"Aihh... Hang pa sebok menekan, aku pun nak merasa jugak!" kata Pak Lang.

Saya tersenyum.

Tiga senior - abang Aslam, abang al-Arif (kami panggil Acheh) dan Pak Lang - berebut-rebut nak main kamera saya.

Saya biarkan je.
Bila lagi nak tengok diorang berperangai mengalahkan budak-budak?
Satu katil ada empat orang termasuk saya.
Ditambah pulak dengan kehadiran Pak Lang.
Silap-silap boleh roboh katil abang Aslam.


"Eh, ni dah off ni.. Camne nak on ni?" tanya Pak Lang.
Dua orang lagi ketawa.

"Mu cari sendiri.. Hahaha"
Diorang saje 'off'kan, nak kenakan Pak Lang.

"Ni, toggle benda ni.." kata saya.
Kamera pun ON.

Subjek pertama yang Pak Lang tangkap - Fahmin yang dah terlena dibuai mimpi.

Cahaya flash menyilaukan satu bilik.

"PAK LANG! Tak baiklah kacau dia tidur!"
Dalam keadaan marah, saya pun sama-sama ketawa.
Ada-ada je Pak Lang ni..
Bab mengenakan orang memang EXPERT..

Fahmin masih demam.
Katanya, dia datang kelas satu jam, kemudian ponteng kelas lain.
Hari ni, dia masih kurang sihat.
Keletihan je.

"Hah! Tengok! Aslam yang tak hensem, aku tangkap jadi hensem!" jerit Pak Lang.

Macam-macamlah abang sorang ni.. Excited sangat dapat main DSLR.

Susu

"Min, jom makan malam.."
Pak Lang kejutkan Fahmin. Waktu tu dia belum solat Isyak lagi.
Jam menunjukkan 11 malam.

"Ambilkan cawan.." katanya perlahan.
"Nah.. Hang nak air apa? aku buatkan" kata Pak Lang.
"Susu.."
"Berapa sudu (tepung susu)?"
"Tiga je.."

Saya ambilkan air panas yang baru dimasak, dan tuang ke dalam cawan.
Aroma susu berkepul-kepul dalam udara.
Saya segera berlari ke belakang.

"Saya tak boleh hidu susu.. Takut muntah.." kata saya.
"Hang tak boleh minum susu?" tanya Pak Lang.
Saya angguk.

Susu itu kemudiannya dicampur air sejuk.

Beli makanan
"Hang nak makan apa?" tanya Pak Lang lagi.
"Nasi goreng Cina"

Saya mencelah.
"Pak Lang.. Nak ikut!"
"Tak boleh, hang temankan Fahmin."
"Ala.."

Beli makanan dan air

Pujuk punya pujuk, kami pun tiba di Arked Kolej 9.
Saya order nasi goreng Cina, sama dengan Fahmin.
Fahmin kat bilik, dia tak ikut.
Pak Lang order Western food.

"Hang nak air tak?"
"Boleh jugak."
"Nak air apa?"
"Ikut Pak Lang."

"Bang, teh ais dua!"
"JANGAN!" jerit saya.
Abang tu pandang.
"Satu teh ais, satu teh O ais." jawab saya.

"Pulak dah? Hang tak minum teh ais?" tanya Pak Lang?
Abang jual air tu pun mencelah "Takut susu kot..."

Saya dan Pak Lang ketawa.
Abang tu pun berkata"takut susu sebab susu banyak lemak (susu lemak manis)"

Lemak

Cakap pasal lemak....
Saya pandang Pak Lang.
Mengilai sekuat hati.
Pak Lang geram.
Mesti sebab dia banyak minum teh ais ni...

Saya temankan Fahmin makan malam di biliknya.
Jam hampir menunjukkan 12 malam.

Semoga beliau segera sembuh dan dapat menghadirkan diri ke kuliah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...