Tiada emel baru.
Saya halakan cursor ke spam, dan klik.
Iluvislam hantar emel.
Permohonan saya diproses.
Ini isi kandungannya....
Assalamualaikum wbt
Apa khabar? Semoga sihat dan ceria selalu.
Unit HR iluvislam.com mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian anda untuk menjadi salah seorang daripada keluarga besar krew iluvislam.com.
Untuk pengetahuan anda, proses pengambilan krew iluvislam.com melibatkan interview secara online dan offline (jika perlu). Anda perlu lepas kesemua interview sebelum layak menjadi sebahagian daripada sejarah kami, insya-Allah.
Berikut adalah soalan-soalan interview untuk tapisan pertama.
Anda dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut dengan me-reply email ini. Jawapan hendaklah diberikan secara jujur. Ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui.
Sila pastikan jawapan atau pandangan anda adalah tepat dan mapan; elakkan jawapan yang meleret-leret.
All the best!
1. Mengapa anda memilih iluvislam.com sebagai medium untuk berbakti kepada ummah?
2. Mengapa iluvislam.com wujud di muka bumi ini? Kongsikan pandangan anda.
3. Pada pengamatan anda, apakah kelebihan iluvislam.com berbanding medium dakwah lain yang ada di luar sana?
4. Mengapa iluvislam.com perlu mengambil anda sebagai salah seorang krew sukarelawan kami?
5. Apa yang anda faham tentang konsep kerja sukarelawan/volunteer?
6. Pernahkan anda menjadi sukarelawan/volunteer di tempat lain atau dalam organisasi lain sebelum ini? Jika ya, kongsikan pengalaman anda dan nyatakan peranan anda dalam setiap kerja sukarelawan tersebut.
7. Setiap krew iluvislam.com perlu faham bahawa "compared to the greatness of Allah, you are relatively insignificant." Apa yang anda faham dengan ayat "compared to the greatness of Allah, you are relatively insignificant" untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian?
8. Apakah pencapaian peribadi anda yang anda rasa paling hebat setakat ini? Sila kongsikan dengan kami.
9. Apakah pengalaman/perkara dalam hidup anda yang menjadi sumber inspirasi kepada anda untuk terus berusaha gigih dan berjaya.
10. Apa yang anda faham dengan ayat ini : "Allah tidak melihat hasil/result kepada usaha kita, tetapi Allah melihat kepada apa usaha-usaha yang kita lakukan untuk mencapai sesuatu hasil/result."
Best regards,
Human Resource Unit, iluvislam.com
******
Ape citer nie?
Sila baca ini :
http://www.iluvislam.com/berita/advertorial/1245-jom-cipta-sejarah-bersama-iluvislam.html
Saya pun isilah jawatan Designer. Sebab minat.
Tapi belum bagi apa2 jawapan.
Saya bukan tak nak benda ni.
Cuma kurang keyakinan je.
Tapi, alang-alang dah sampai sini, baik teruskan, kan?
InsyaAllah, saya akan cuba.
Tak dapat pun takpe.
Yang penting usaha saya.
InsyaAllah
0 comments:
Post a Comment