Secara jujurnya, kita memang takkan lari daripada duit.
Hampir segala-galanya memerlukan duit.
Air hujan je free (kata seorang cikgu ketika saya darjah satu.)

Tetapi, harta tidak menjanjikan kebahagiaan.

"As! As!"
Jiran saya memanggil dari luar tingkap rumah.
Saya jenguk di tepi tingkap.
"Temankan saya ke Klang, boleh?"
Saya terkejut.
"Em.. As ajak adik-adik sekali, boleh?"
"Ajaklah diorang sekali.. Cepat sikit ye.."

Saya panggil adik-adik untuk bersiap.
Kemudian, saya, adik-adik (dua orang), jiran saya (saya panggil Mak Wan) dan pemandunya, Atan ke Aeon Bukit Tinggi.
Saya terkejut.
Kenapa tiba-tiba ajak kami bertiga?

Nak tak nak, Mak Wan belanja makan pizza di Pizza Hut.
Jumlahnya, dekat-dekat RM100.
Maknanya, seorang, RM20.
Wow! Makan tengah hari je dah RM20 seorang.
Tapi Mak Wan ni memang orang senang.

Saya dan adik-adik pun "melantak" roti, sup ayam, pizza keju (tak ingat namanya).
Saya jarang-jarang ambil tahu pasal pizza ni.
Mak Wan kata,
"Hari ni budak-budak (cucu-cucunya) takde kat rumah. Pergi muzium kat KL."

Pastinya dia kesunyian.
Dalam keadaan senang pun, belum tentu rasa bahagia.

Sebaliknya, dia rasa seronok tengok kami makan.
Kami tiada pertalian darah pun.

Kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, ERTI HIDUP PADA MEMBERI.
Yang memberi itu lebih gembira daripada yang menerima.

Barangkali beliau simpati dengan nasib kami anak-beranak.
Ditinggalkan bapa ketika muda.
Sejak abah pergi, memang kami tak berjalan-jalan, selain membeli keperluan isi rumah.

Entahlah.
Saya tak rasa saya perlukan harta untuk bahagia.
Tapi, saya lebih sayangkan mereka yang tak jemu mendampingi saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...