Terpaksa menjadi pendengar yang setia.
Kekal membisu tanpa suara.
Terasa pahitnya.
Seolah-olah bahu ini yang memikulnya.
Serba salah rasanya.
Benar, kita dianugerahkan sepasang telinga.
Setiap satunya di sisi kita.
Tapi tidak bererti aku wajib mendengarnya.
Aku bukanlah tempat yang sesuai untuk menerima.
Fahamilah aku.
Kerana aku memilik hati dan perasaan.
Bisa dirobek dan mudah retak.
Pemergiannya meninggalkan ruang di dalam hati.
Tetapi aku bukanlah seorang pengganti.
Hentikan.
Aku tak sanggup mendengar lagi.
Maaf.
Aku bukan pendengar yang baik.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment