13 Julai 2010, Selasa

Kepenatan.
Baru dua hari kelas bermula.

Saya membelek-belek buku, dan "surfing internet".
Check notification di facebook.

Tiada apa yang menarik.

Saya tutup laptop, dan rebahkan kepala di bantal.
Mata tertutup rapat.

Membayangkan kehidupan sepanjang semester.
Pergi kelas sehingga September.
Jadi AJK program IHRAM'10 (Ihya' Ramadan 2010) peringkat kolej.
Dan beberapa urusan kelab dan biro yang perlu diselesaikan.

Dan saya tertidur.



Saya benar-benar terlupa untuk menghantar mesej kepada mama dan abah.
Barangkali, abah juga sedang menanti mesej daripada saya selepas semalam.

~4 HARI LAGI~

12 Julai 2010, Isnin

Saya menghantar mesej kepada abah dan mama.
"Barang dah angkat dah. Mintak tolong senior."

Disebabkan stor kolej masih dikunci semalam, saya terpaksa minta bantuan Abang Lukman dan keretanya hari ini.
Saya simpan barang di S42. Tak jauh daripada S10.



Petang itu, kami berdua (bertiga sebenarnya, dengan Muhaimin) angkut barang ke bilik saya.

Telefon berdering.
Abah call.



Pelik tengok gelagat mereka berdua ni.
Yang lelaki, badan menghadap timur.
Yang perempuan menghadap barat.

Kedua-duanya saling membelakangi.
Tak mahu bersua muka.
Tak mahu berbicara.

Zaman sekolah dulu, macam belangkas.




"Iqa kat UTM tu aktif macam-macam," kata kakak sepupu saya.
"Dia masuk gamelan," ujarnya lagi.

"As kat sana (UTM) aktif apa?"

Saya tersenyum.
"Biro kerohanian," kata saya, perlahan.





Tujuan
"First, abang nak tanya, apa tujuan Ashraf nak beli?"

Sepi seketika.
Tiada jawapan.

"... sebab kalau beli untuk suka-suka, membazir.." sambungnya lagi.

"Erm... MUNGKIN saya minat (KOT...)"

Abang Taufik tersenyum.
"Ada orang buat bisnes.. Dapat duit.."

"Abang buat bisnes ke?"

"Ada, dululah.. Macam time ada event ke.."

"Erm.. Saya ingat.. nak tolong Badar dengan KRU.. Kadang-kadang bukan masalah kamera.. tapi 'Cameraman'.. Yelah, sekarang ni pun, Munzir dengan abang je guna DSLR. Sem depan abang last. Pastu tinggal Munzir je.. At least, ada "backup" kat sini.."

Model
"Dah decide nak beli model apa?"

"Hah?"

"Kena buat research dulu. Pilih mana yang berkenan."

"Err.. Tak terpikir nak cari.."

"Ni abang ada contoh sikit.." kata abang Taufik, sambil jarinya menekan-nekan di laptop.
Ada beberapa model yang beliau ambil dari internet.

"Ni model Nikon yang baru. Nikon D3100. Harganya bawah RM2000"
Saya rasa berkenan. Tapi model-model lain pun berkenan jugak.
(Sebenarnya tak tahu pun info pasal DSLR ni - ISO, exposure, aperture, shutter speed, etc)

"Tak tahulah nak pilih mane.."

"Takpelah, wat research sendiri, pastu bagitaw abang nak model mana.."

Saya keluarkan sehelai kertas daripada dompet.


"UISH.. DUIT APE NIE?"

Dah agak dah.
Memang SEMUA orang akan terkejut.
Rambang mata tengok nilainya.
First time saya baca resit ATM tu, speechless.
Saya belum pun berusia 20 tahun, dah ada sebanyak itu.
Senior-seniorita panggil saya OKB - Orang Kaya Baru.
Dua kali ganda biasiswa JPA (atau lebih..)
Boleh duduk UTM untuk 10 tahun lagi (haha).

"Sebab tu saya nak beli DSLR.." kata saya kepada Abang Taufik.

Saya menerima "biasiswa" satu minggu sebelum final exam 2010/2011 sem 1.

Perkongsian
Saya pernah berbual dengan abang Firdaus Abdul Rahman, tentang hidup beliau selepas kehilangan ayahnya. Waktu ni, saya baru saja pulang ke UTM selepas pemergian arwah abah.
Saya tanya, "Hidup abang susah tak sejak abang kehilangan ayah abang?"
Jawab beliau, "Allah mengambil sesuatu daripada kita, dan menggantikan sesuatu untuk kita."

Saya ingatkan, hidup saya bertambah susah sejak kehilangan abah.
Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Saya lihat lebih ramai manusia yang hidup lebih susah daripada saya.

Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada..

Kami berlima makan bersama.

Adik lelaki saya tidak ikut.
Dia hanya menghantar mesej kepada mama, untuk menyampaikan salam kepada saya.

Saya anggap tengah hari itu hanyalah waktu yang biasa.
Sebuah keluarga berkumpul, menikmati hidangan bersama.
Sesuatu yang biasa. Sangat biasa.

Kami pun melangkah ke tempat letak kereta.
Sebelum tu, abah belikan donut.
Enam semuanya.
Tapi, saya tak berselera.
Tak tahu kenapa.

Kami pun tiba.
Sebelum turun dari kereta, abah nak beri sebiji donut kepada saya.
Saya menolak.
Memang tak lalu nak makan, walaupun nampak sedap.

Saya turun dari kereta.
Abah juga keluar.
Kemudian abah menghulurkan sejumlah wang.
Saya ambil tanpa berfikir panjang.

"Raya nanti, As balik sendiri, ye? Abah dah tak boleh hantar lagi.."
Alasannya, takde overtime.
Saya faham. Dan saya tak kisah balik sendiri.

Tangannya melambai.
Saya memandang wajahnya.
Abah kelihatan sayu.
Entah apa yang abah fikirkan.
Dan saya tepis pelbagai kebarangkalian.
Riak wajahnya menimbulkan seribu tanda tanya.

Saya hanya duduk di selatan Malaysia.
Bukannya luar negara pun. Tak sampai Singapura.
Tapi memang abah nampak sayu.

Tangannya masih melambai.
Dan keluarga saya pulang ke kampung halaman.

Itulah kali terakhir saya melihat abah masih "hidup".
Masih tersenyum walaupun sayu.
Masih mampu melangkah di atas bumi Allah.

Peristiwa ini berlaku pada hari Ahad sebelum semester baru bermula.
Sehari sebelum kuliah.

Esok, Ahad 2 Januari juga hari Ahad sebelum semester baru.
Tiba-tiba, kenangan ni datang bertamu.
Kenangan, atau ketakutan..
Badan saya terasa lemah..

Saya rasa sayu...



Secara jujurnya, kita memang takkan lari daripada duit.
Hampir segala-galanya memerlukan duit.
Air hujan je free (kata seorang cikgu ketika saya darjah satu.)

Tetapi, harta tidak menjanjikan kebahagiaan.

"As! As!"
Jiran saya memanggil dari luar tingkap rumah.
Saya jenguk di tepi tingkap.
"Temankan saya ke Klang, boleh?"
Saya terkejut.
"Em.. As ajak adik-adik sekali, boleh?"
"Ajaklah diorang sekali.. Cepat sikit ye.."

Saya panggil adik-adik untuk bersiap.
Kemudian, saya, adik-adik (dua orang), jiran saya (saya panggil Mak Wan) dan pemandunya, Atan ke Aeon Bukit Tinggi.
Saya terkejut.
Kenapa tiba-tiba ajak kami bertiga?

Nak tak nak, Mak Wan belanja makan pizza di Pizza Hut.
Jumlahnya, dekat-dekat RM100.
Maknanya, seorang, RM20.
Wow! Makan tengah hari je dah RM20 seorang.
Tapi Mak Wan ni memang orang senang.

Saya dan adik-adik pun "melantak" roti, sup ayam, pizza keju (tak ingat namanya).
Saya jarang-jarang ambil tahu pasal pizza ni.
Mak Wan kata,
"Hari ni budak-budak (cucu-cucunya) takde kat rumah. Pergi muzium kat KL."

Pastinya dia kesunyian.
Dalam keadaan senang pun, belum tentu rasa bahagia.

Sebaliknya, dia rasa seronok tengok kami makan.
Kami tiada pertalian darah pun.

Kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, ERTI HIDUP PADA MEMBERI.
Yang memberi itu lebih gembira daripada yang menerima.

Barangkali beliau simpati dengan nasib kami anak-beranak.
Ditinggalkan bapa ketika muda.
Sejak abah pergi, memang kami tak berjalan-jalan, selain membeli keperluan isi rumah.

Entahlah.
Saya tak rasa saya perlukan harta untuk bahagia.
Tapi, saya lebih sayangkan mereka yang tak jemu mendampingi saya.

Saya selalu tangkap gambar petang-petang sekitar rumah.
Rasa-rasa, gambarnya agak 'biasa'.
Hari-hari tangkap gambar sama.
Mula rasa bosan..

Akhbar Kosmo! hari ni (22 Disember 2010) ada cerita tentang Seni Fotografi Astro.
Saya dapat idea baru.

9.35 malam, saya keluar ke kawasan laman rumah, bersama DSLR dan tripod.
Ini hasilnya...


Inilah rumah saya. 9.45 malam.

Gambar belakang rumah, tanpa 'flash'. Mode P.

Night mode. Ada flash.

Night mode + flash.

Mode P without flash.

Cantik rupanya waktu malam ni..
Ingatkan malam tu gelap..
Ada jugak bahagian yang cerah.

Sebenarnya nak tangkap gambar bulan dengan bintang.
Tapi mendung dari siang.
Esok try lagi...



Sambungan daripada bahagian pertama.

Saya menerima emel terbaru daripada iluvislam.
(Mungkin maknanya dah lepas saringan peringkat pertama).

Dan emel ni perlu di"reply" segera.
Tapi memandangkan mood kurang ceria sekarang ni, saya jawab lain kalilah.

*****
Assalamualaikum wbt

Semoga anda sihat dan ceria-ceria selalu.

Jutaan terima kasih kami ucapkan atas response anda dalam saringan pertama.

Berikut adalah soalan-soalan yang perlu anda jawab untuk proses seterusnya.

All the best!

1. Famili krew iluvislam.com terdiri daripada pelbagai latar belakang ideologi; ada yang aktif PAS, IKRAM, ABIM, UMNO dan lain-lain. Bolehkah anda bekerja bersama mereka walaupun anda berpegang kepada ideologi tersendiri? Mengapa?

2. Dalam pejuangan menyebarkan ayat-ayat cinta Allah dan mengembalikan semula keagungan Islam, apakah faktor penting yang membolehkan umat Islam betul-betul berjaya?

3. Jika anda pernah melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan sebelum ini, apakah jawatan yang selalu anda pegang? Ceritakan pengalaman anda.

4. Adakah anda seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab? Berikan justifikasi anda.

5. Pernahkah anda mengalami sebarang kegagalan dalam hidup? Jika ya, ceritakan pengajaran yang anda peroleh daripada pengalaman itu dan apa yang telah anda lakukan untuk mengelak kegagalan sama berulang.

6. Merujuk kepada jawatan yang anda pohon, ceritakan pengalaman dan kemahiran yang anda miliki berkenaan jawatan tersebut.

7. Merujuk kepada jawatan yang anda pohon, apakah andaian anda berkenaan 'job scope' atau tugasan yang bakal anda laksanakan sekiranya anda dilantik menjadi krew iluvislam?

Best regards,
Human Resource Unit, iluvislam.com

*****

Tiada emel baru.

Saya halakan cursor ke spam, dan klik.

Tergamam.

Woohooo!!

Nice, eh?

It happens again. And again.
My little quiet and silent life.
No sound at all.

Ketika berusia belasan tahun, sekitar tingkatan empat,


"Nanti dah besar As nak jadi ape?" tanya Pak Teh.
"As nak jadi ENGINEER!"

Terpaksa menjadi pendengar yang setia.
Kekal membisu tanpa suara.

Terasa pahitnya.
Seolah-olah bahu ini yang memikulnya.

Serba salah rasanya.



Tamatlah sudah kertas untuk semester ni, dan juga berakhirlah semester ketiga. :)

Baru je sambut hari lahir minggu lepas, dah cuti... :(

Anyway, rancangan jangka masa pendek (kurang 24 jam)

Tengah hari
berkemas - packing, masukkan buku dalam kotak, dan sebagainya.

Petang dan malam (kalau hujan)
Duduk bilik.

Petang (kalau tak hujan)
main dengan kamera kat Balai Cerapan. Bawak tripod sekali.
Nak meraikan "birthday present" yang tertangguh seminggu.
Hari ni nak main puas2 dengan Ciel (Ciel ialah nama kamera saya. Ciel bermakna "langit" dalam bahasa Perancis).

Malam (kalau tak hujan)
main kamera kat tasik. Tepi tasiklah, bukan dalam tasik.

(Ada khabar angin yang boleh dipercayai mengatakan ada orang pernah mati lemas dalam tasik tu. Pernah dicari pada peringkat awalnya, tapi tak jumpa. Azan Maghrib je, kepala si mati tu timbul.)

Bukan nak tangkap gambar hantu ye...
Nak tangkap gambar tasik tu waktu malam.
Hari tu ada lalu, cantik jugak tasik tu.
Tapi jangan main sampai lewat malam ye cik Nat....
Esok pagi kena bangun awal...

Esok pagi (1 Disember)
kena bersiap2 lepas subuh.
Sebelum 8 pagi kena ada kat Senai.
Firefly menanti.
Akan terbang dari Senai ke Subang jam 8.35 pagi.

38 jam sebelum kertas terakhir. - Electrical Technology.
Bukan nervous nak jawab, tapi excited nak balik!!!
(Baru hari tu balik rumah..)

Kawan-kawan sekolah menengah ajak berkumpul.
Katanya nak main kamera saya
Tiba-tiba je saya jadi budak paling "hot"..
Saya pun dah lama sangat x pergi reunion, lagi-lagi sejak arwah abah dah takde.
Saya nak temankan mama kat rumah.
Walaupun ada adik-beradik lain, tapi saya yang paling jarang balik rumah.
Mesti mama perlukan saya.
Bila last pergi reunion?

Sebelum ke matrik...


Juga bercadang untuk ke Kedah.
Melawat Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun.
Jumpa ustaz kat sana.
Asalnya saya sorang je nak pergi.
Tiba2 je ada yang nak ikut.
Takpelah.
The more, the merrier.


Mama nak saya belajar bawak Toyota Avanza kat rumah.
Lesen dah lesen besar dah, dah renew lagi.
Tapi simpan bawah bantal.
Pelekat P tu, sampai dah tanggal pun x jugak bawak Avanza tu.

Kawan kat tempat tuisyen pun ajak berkumpul.
Saya pun x sampai hati nak menolak....


Banyaknya jemputan..
Cukup ke sebulan neh?
Lagi penting - cukup ke duit ni?
(Atau terlebih cukup? Senyum sampai dahi.. Ahahaha...)

Lain-lain -
Nak ubah rupa blog ni.
Bagi dia lagi comel.

Banyakkan main piano ye...
Kesian piano kat rumah tu, berhabuk je tak diusik, lagi-lagi bila abah dah takde.
Saya satu-satunya pemain piano/keyboard dalam rumah tu.

Malam tadi seorang ustazah di sekolah lama add saya di facebook..
Tiba-tiba terfikir-
"Eh, cikgu kat sekolah rendah sekarang ni ada facebook ke?"
Saya pergi ke laman web sekolah rendah.
Terkejut.
"Eh, cikgu ni pun ada lagi kat sekolah?"

Cuti ni, saya mesti cari cikgu tu.
Kesian dia, dah lame sangat saya x jenguk dia.
Cikgu paling best selama saya belajar kat sekolah tu.

November 23

5.45 petang

Tamat sudah kertas Engineering Mathematics di DSI.
Kemudian solat Asar di MSI.
Berlari-lari dari Masjid Sultan Ismail ke Meranti.
Bukan pergi Meranti pun...
Ambik teksi je.

"Cik, saya nak pergi Angsana (atau Plaza Angsana)"
Seorang wanita membawa saya ke Angsana.
First time la ni baru taw ada pemandu teksi wanita kat UTM.
Dia drive gila-gila lajunya.
Memang layak bergelar pemandu.
Tabik spring la kat kakak tu..
Tambangnya dalam RM14.80 (dari UTM sampai Angsana)

Cucuk duit kat ATM, keluarkan baki wang yang tak mencukupi.
Hari tu dah bayar deposit barangnya.
Hari ni bayar penuhlah.

Pusing2 cari kedainya.
Hah, jumpa pun!

JOHAN PHOTO - nama kedai tu.
Saya pun masuk.

Barang yang dinanti sebulan lepas, hari ni baru dapat.
Lagi best dapat time birthday!
Kiranya "birthday present" la ni...
Apabila "barang" menjadi "hadiah"...

Nikon D3100.
RM1900 sahaja.
Tambah beberapa "safety features", total jadi RM 2030.
Dapat memory card SD 4 GB, tripod dan beg untuk kamera.
Model Nikon yang paling ringan. And the latest model.
Nilah first time gune DSLR.
Amoi tu ajar sikit2 pasal kamera.
Rupanya ada beberapa benda je kena main untuk bagi gambar yang ditangkap tu cantik.
Shutter speeed, aperture dan ISO.
Tak tahulah ape bendanya.
Nanti saya explore sendiri.


Asalnya, saya ada bagitaw kat senior Tahun 4, Abang Taufik, untuk beli kamera.
Dia bawak saya ke Angsana.
Model ni keluar Ogos 2010.
Baru la jugak.
Stok pun x pernah cukup.
Saya order, katanya satu minggu je sampai.
Lepas 4 minggu, baru dia call....

Masih belum terlambat untuk wish kepada diri sendiri.
"Happy birthday to me!"
Semoga diri ini menjadi lebih baik (dan lebih matang.. -_-" )
Banyakkan ibadah tambahan, sebab umur dah bertambah, dan makin dekat dengan kematian.
Dunia itu ladang akhirat.
And study more, please! Jangan malas2.




Melihat kembali hari-hari semalam.
Hari yang telah berarak pergi.
Hari yang takkan kembali.

Tahun itu bermula dengan suasana
yang suram dan sejuk.Saya masih diselubungi kabus kesedihan.
Sukar untuk melupakan kejadian itu.
Sebuah ujian yang sangat perit.
Tapi, saya sedar, itulah yang terbaik untuk diri ini.
Ujian adalah didikan langsung daripada Allah.


Dengan bimbingan naqib dan sahabat, saya pilih untuk berubah.
Bersahabatlah dengan seribu, kerana yang seribu itu lebih baik daripada satu.
"Ramai sebenarnya nak kawan dengan Ashraf, Ashraf je yang suka bersendiri"
"Tanya sepatah, jawab sepatah""Sampai-sampai je kat surau, terus menyorok kat saf belakang. Orang pun jadi segan nak tegur Ashraf,"
"Abang boleh senaraikan banyak sikap-sikap positif tentang Ashraf, tapi satu je takde - BERKAWAN"
Inilah antara luahan hati Abang Arif Ahmad dan Abang Faruqi Yusari.
Hakikatnya, merekalah mata saya.
Bukan memerhatikan kehidupan saya, tetapi memerhatikan diri saya.
Sejak saat itu, aku mula membuka minda seluasnya.
Seribu lebih baik daripada satu.

Semester kedua 2009/2010 bermula.

Saya berubah menjadi seorang yang sangat ceria.
Selalu tersenyum dan ketawa.
Saya juga lebih banyak bersuara.
Jadi pengerusi majlis untuk beberapa program Badar dan KRU.
Saya tak pernah bercakap guna mikrofon sebelum tiba di UTM.

Join Biro Kerohanian Kolej Tuanku Canselor atau BADAR.
Pimpinan Munzir Musa sebgai Ketua, dan Nur Atikah Shaari sebagai Setiausaha.
Saya berada di bawah Jabatan Penerbitan dan Penerangan, atau JAPEN.
Ahlinya, empat orang je.
Norabella Harun (Ketua), Kakak Sayyidah Naffisah Mohd Jasni, Kakak Nur Sabrina Risman dan saya.
Saya satu-satunya lelaki.
Satu tahun telah berlalu.


Saya juga membantu untuk gerakkan surau KTC.
Bertugas sebagai Ketua Penerbitan dan Multimedia.
Selalu buat risalah, edar, dan juga prepare untuk tayangan.

Saya juga mula ada minat terhadap seni, sejak diminta untuk design banner sebuah program.
Mulanya memang payah, sebab tak pernah terfikir nak guna photoshop.
Tapi Abang Aslam Yusof selalu bagi tunjuk ajar. Thanks a lot!!!


Cuti hujung semester bermula.

Sepanjang cuti, duduk rumah je.
Banyak main game. Facebook. Etc.
90 hari cuti sebelum semester 3 bermula.
90 hari terakhir saya bersama abah.


Semester ketiga bermula.

Tiga hari pertama hadir ke kuliah seperti biasa.
Tapi pulang ke rumah pada hari Khamis.
Abah koma.
Hari Sabtu, abah pergi meninggalkan kami.
Selama-lamanya.

Saya ingat lagi sebuah mesej yang saya hantar kepada sahabat-sahabiah.
"Saya bukan lagi Ashraf yang ceria dan periang"

Abang Izmar:
"Ashraf yang abang kenal ialah seorang yang ceria dan periang."

Abang Fathu atau Pak Lang:
"Acap tetap Acap."

Minggu kedua, saya pulang ke UTM.
Mata masa bergenang dengan air mata.
Saya duduk di hadapan kerusi depan kiosk selepas solat Asar.
Termenung.
"Acap, jom!" kata Pak Lang.
Saya berdiri dan berjalan bersama Pak Lang.
"Hang kata hang takkan jadi ceria dan periang..."
Saya tersenyum.
Tak selamanya saya perlu menangis.
Kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,
"Ceriakanlah dirimu demi Islam"

Pemergian abah meninggalkan kesan yang sangat mendalam.
Saya menangis daripada sedalam-dalam hati.
Walaupun selalu tersenyum, saya juga selalu menangis.

Semester ni juga saya bertugas sebagai ketua untuk unit Publisiti.
Design dari banner sampai pamplet.
Letih sangat.
Saya buat 95% kerja.
Mungkin saya perlu mula cari perintis.
Ringan sikit beban ni.

Saya juga semakin rapat dengan ahli-ahli KRU dan Badar yang lain.
Abang-abang, kakak-kakak, dan adik-adik.
Happy je bila diorang ade. Tak tahulah kenapa.
Mungkin inilah hati diikat atas nama Islam.
Semoga ikatan ukhuwwah yang terbina ke akhirnya.
InsyaAllah.




Inilah kisah yang saya lalui selama berusia 19 tahun.
Kisah ini tamat di sini.


Dan bermulalah kisah baru.

Selamat hari lahir ke-20,
Ashraf Bin Nazlan.

November 23,
6.35 pagi

20 November 2010
4.13 petang

Lama sepasang mata ni membuang pandangan ke luar tingkap Toyota Avanza.
Tersedar dari lamunan sebaik sahaja telefon berdering.
Tangan menyeluk saku seluar dan telefon bimbit putih dikeluarkan.

Nombor yang tidak dikenali. Siapakah?

Butang hijau ditekan.

"Hello.. ini Johan Photo.."
AKHIRNYA!!!!!!
Setelah 29 hari menunggu.... dekat sebulanlah jugak..
"U punya barang dah sampai... U boleh ambikla.."
"Hum.. Nanti Isnin saya ambil lah... Saya kat rumah lagi ni...(Klang, Selangor)"
"Hum.. Isnin I cutilah.."
"Owh.. yeke.. okla, saya ambil selasa..."

Kat Johor, Isnin ni (22 November) hari cuti am.
UTM pun xde exam lagi.
SPM pun start hari Selasa kat seluruh Malaysia.

Saya akan pulang ke UTM pada 22 November, hari Isnin.
Ada kertas Matematik Kejuruteraan pada 23 November, hari Selasa.

"Barang" tersebut akan diambil pada 23 November.
23 November? Ada  apa dengan 23 November?

Apabila "barang" bertukar menjadi "hadiah"...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...