11 Julai 2010, Ahad.



Saya duduk di kerusi di bahagian belakang pemandu (bahagian kanan).
Tempat itu, entahlah mengapa, seolah-olah tertulis nama saya.
Setiap kali menaiki kereta, kami anak-beranak tahu tempat duduk masing-masing.

Sebelum Subuh lagi kami sudah bertolak meninggalkan rumah.
Minit-minit terakhir meninggalkan bandar DiRaja Selangor.
Banyak kali berpindah-randah, tapi tetap warganegeri Selangor (wargadaerah Klang, malahannya).


Sedih.

Abah memandu sepanjang perjalanan.

Kiri dan kanan cermin tingkap, hanya lebuh raya dan hutan sebagai peneman.
Suasana ke selatan tidaklah secantik perjalanan ke utara.
Saya rindu suasana ke Changlun, Kedah.
Tempat Rawat dan Rehatnya juga cantik.
Juga suasana jelapang padi.
Rindu sangat dengan kedamaian suasana tersebut.


Oh, terlupa, Selangor ialah pengeluar padi kedua terbesar di Malaysia, selepas Kedah.
Saya sendiri pun jarang nampak padi di Selangor.
Ada di kawasan daerah Sabak Bernam.


Kami berhenti di Pagoh, Johor pada waktu Subuh.
Mandi-mandi dan bersarapan di sana.


Sementara menunggu adik-beradik lain, saya nampak abah menghampiri mesin timbang berat.
Kemudian memasukkan beberapa keping syiling.
Dan berdiri di atas penimbang.

"Yes! Berat abah makin menurun!" kata abah.

Sebenarnya, abah ada sakit darah tinggi.
Maklumlah, orang tua.
Tapi, akhir-akhir ini, keadaan beliau semakin stabil.
Jarang dengar beliau sakit dan pening-pening.
Abah juga berdiet. Terpaksa memilih makanan.
Alhamdulillah, semuanya semakin berjalan lancar.

Perjalanan diteruskan lagi.

Dalam perjalanan, kami berhenti di stesen minyak.
Selepas isi minyak, abah minta untuk bergilir memandu dengan abang.

Mungkin abah kepenatan.
Yalah, semalam abah mesin rumput pagi-pagi lagi.
Tengah hari memandu keluar, sampailah ke petang.
Sampai malam tadi terpaksa tidur awal.

Selepas satu tempoh, abah kembali memandu.

Dan kami tiba di Universiti Teknologi Malaysia.


Saya tunjukkan jalan kepada abah, dari pintu pagar hinggalah ke Kolej Tuanku Canselor (atau nama lamanya, Kolej 6)


Saya ke pejabat untuk mengambil kunci bilik.
Tinggal di blok baru, S10.

"Encik, kunci stor dah bukak?" tanya saya.
"Baca notis tu," kata pak cik tu.

Saya baca. Terkejut.

"Stor bukak esok?? Tapi saya datang hari ni dengan parents saya, nak angkut barang saya!"
Kadang-kadang, saya memang terpaksa tinggikan suara depan orang tua.

Saya bawak mama dan abah, untuk berunding di pejabat.

"Minta maaflah.. Dulu saya pernah masuk lokap, sebab ada barang student hilang. Sebab tu kami tetapkan, untuk buka hari Isnin.."

Ada kolej yang stornya dah buka Ahad tu juga.
Tak adil, kan?

Memanglah dah tertulis kat notis tu, stor bukak hari Isnin.
Soalnya, student yang datang sejak semalam, dengan ketiadaan berus gigi, sabun, bantal - pihak kolej tak kesian ke kat diorang ni?

"Takpelah. Kita pergi bilik As dulu. Lepas tu shopping sikit."

Saya letakkan barang saya di bilik, dan turun semula.
Kami pun bersiar-siar di Jusco Taman Universiti.
(Semalam di Jusco Bukit Tinggi)


Abah belikan baju kemeja putih baru, seluar slack hitam baru, sabun, berus gigi dan sebagainya.

"Ah! Terlupa! Nak botol air baru..." kata saya.
Sebelum ini saya minum guna botol plastik mineral(yang pakai buang) sahaja.
Ada yang kata, tak elok untuk kesihatan.
Sebab itulah saya cari botol air minuman.

Saya pilih botol berpenutup biru.



Tengah hari itu, kami berenam makan di tingkat bawah Jusco.
Saya makan mi, tapi tak ingat apa jenis kuahnya (sup,kari, etc)

Sebelum ke kereta, abah singgah di Dunkin' Donuts.
Beli beberapa biji / keping donat.



Dan kami pun bertolak ke UTM semula.
Sedih. Detik-detik terakhir sebelum berpisah dengan keluarga.

Tiba di S10, kereta Toyota Avanza biru metalik itu diberhentikan.
Sebelum keluar dari kereta, abah kata,
"As ambiklah donat tu.."

"Taknak la.." kata saya, menolak.
Kepada yang merasai perpisahan bersama keluarga, saya rasa anda faham apa yang saya rasa.
Waktu itulah nak menangis. Tiadas elera makan.
Donat yang sedap pun saya tolak.

Saya bersalam dengan adik-adik, abang, dan mama.
Kemudian keluar dari kereta.
Begitu juga abah.

Abah menghulurkan sejumlah wang.
"Raya nanti, As balik sendiri ya.. Abah dah tak boleh ambik As lagi.. Takde overtime.."
"Takpe.."

Saya faham keadaan abah.
Memang selalu pun ambil overtime, nak dapat duit lebih.
Tapi kerja kilang, peluang itu selalunya tidak menentu.

Saya bersalam dengan abah.

Abah pun bawa mengundurkan kenderaan, dan masuk ke simpang keluar dari S10.
Dari cermin tingkap, saya nampak abah dan keluarga melambai tangan kepada saya.
Saya pun lambaikan tangan.

Mutiara jernih yang hangat mengalir di pipi.

Abah kata abah daj tak boleh ambil saya lagi.


* * * * *

"Jom makan," kata abang Taufik.
"Jom," kata Munzir.
"Nak ikut!!" jerit saya.

Kami bertiga baru selesai menunaikan solat Asar berjemaah di surau Asy-Syakirin, surau di kolej kediaman kami.
Ada ramai muka baru (yang kemudiannya menjadi ahli rakan biro BADAR dan ahli KRU).



Kami bertiga makan di CP (Center Point).
Saya ingat lagi, abang Taufik membungkus tempe goreng.
Makan tempe macam makan biskut. Haha.
Dan Munzir kata, "Aku bukannya Jawa. Aku tak makan tempe"
Kami bertiga ketawa.

(Hari ini juga ialah hari lahir Munzir yang ke-20. Selamat hari lahir, bos!!)
p.s. Saya panggil bos, sebab beliau ialah Ketua Badar 2009/2010.

Selepas itu, kami pun bersiar-siar di kawasan Tasik Ilmu.
Abang Taufik dan Munzir main DSLR mereka.
Dan saya sebagai tukang bawa beg. Haha.



Abang Taufik "offer" untuk ajar saya tentang fotografi.
Dari sinilah saya mendapat "pendidikan rasmi" tentang DSLR.
Sikit je la. Tak banyak. Sekadar tahu tekan butang "shutter release".

Saya pernah jadi photographer tak rasmi untuk BADAR (pinjam DSLR Munzir, Nikon D3000).
Satu program sahaja. Waktu itu ialah majlis berbuka puasa.

Dan benda tu bukannya murah.
Duduk 4 tahun di UTM pun belum tentu dapat beli.Tapi, takkanlah nak terus mengharap duit orang tua je kan?
Abah dah cukup susah untuk besarkan kami sekeluarga.
Cukuplah. Tak perlu minta apa-apa lagi dengan abah.

Mimpi dan sekadar bermimpi.

Saya memerhatikan mereka berdua dari jauh.
Rasa seronok.
"Kalaulah aku pun ada DSLR...."

~6 HARI LAGI~

(Baca lagi..)

2 comments:

Orang klang? saya pun sama... :) study kat UTM? neway Tq dtg blog saya :)

Yup. Orang Klang. Dan study di UTM, Johor. Sama2 Puan Queen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...