5
July

5 Julai 2010, Isnin.

Tiba giliran saya.
Agak "nervous".

Masuk gear satu. Masuk gear dua.
Dan minyak dipulas perlahan-lahan.
Motorsikal memasuki litar memandu.



Pusingan angka lapan, tiada masalah.
Kemudian meniti.

Tiba-tiba gemuruh.
Motorsikal pun naik titi.
Satu ribu satu. Satu ribu dua.
Dan tayar belakang mencecah hujung titi.
Alhamdulillah...
Tapi berapa saat?
Ah! Lupakan.
Aku tak mahu ingat.
Yang dah berlalu, biarkan berlalu.

Kemudian elak kon.
Juga tiada masalah.

Dan tempat brek "emergency".
Saya berhenti belakang garisan putih.
Mata pandang ke hadapan.

Masuk gear dua.
Saya pulas minyak.
Masuk gear tiga.
Bawak laju sikit.
Masuk gear empat.
Dan brek "emergency"

"Skreet!!"


"Woi! Kau dah berapa kali belajar?" jerit encik JPJ.

Saya terdiam.
Kenapa ni?

"Kamu tahu tak kamu kena brek SELEPAS masuk "kotak" tu??"
Saya pandang bawah, tempat "kotak" yang dimaksudakan.

Eh? Kena berhenti sebelum kotak tu ya?
Selama ni berhenti SEBELUM kotak.
Patutlah aku tak pernah dapat FAIL selama aku belajar brek emergency.
Sebab dah berhenti sebelum hujung kotak.
Ada orang sampai terbabas.

Dengan murah hatinya, JPJ pun suruh saya ulang, betul-betul di arisan putih yang saya berhenti tadi.
Dapat peluang kedua.
Tapi, manalah aku pernah berhenti SELEPAS kotak putih tu.
Boleh jadi ke kalau sekali try je?

Masuk gear dua, tiga, empat.
Dan saya cuba berhenti dalam kotak.
"Skreet!!"
Motor saya "terlambung" sedikit ke kanan.
Tiba-tiba rasa kecut.
Alamak! Nak jatuh.

Tapi kaki sempat sepat ke tanah.
Dan motor pun berjaya distabilkan.

Saya pandang JPJ.

"Ok!"

Rasa nak gugur jantung ni.

Dan masuk bahagian 3 - Jalan raya.

Yang ni lebih senang berbanding yang tadi.
Bagi signal dan parking. Haha.

Saya betulkan helmet sampai setengah minit.
Saja nak tunjuk kat JPJ tu yang saya KEMASKAN TOPI KELEDAR.
Sebelum ni saya diGAGALkan kerana tak kemaskan helmet.

Dan jalan.
Bagi signal kanan.
Tiada masalah.

Masuk simpang nak ke kiri, tiba-tiba hilang imbangan.
Alamak!! Nak jatuh!
Kaki kiri saya pun cepat-cepat (dan terpaksa) sentuh tanah.
PAM!!
Saya tahu, saya dah gagal.
(Dalam ujian ni, kaki tak boleh sentuh jalan atau tembok)

Saya rasa nak menangis.
Confirm kena mengulang.
Terbayang duit yang abah kena keluarkan lagi.
Kesian abah..

Saya teruskan juga sampai parking.
Saya parking double stand, dan angkat tangan.
JPJ pun kata ok.

Motorsikal itu saya sorong.
Dan saya pergi ke pondok JPJ.

Dan dapat "result".
Takpelah. Tawakal je.

JPJ diam je.
Saya baca result.
Bahagian 2: LULUS.
Bahagian 3: LULUS.

Rasa nak lompat setinggi-tingginya.
JPJ tak nampak saya "tendang" ke tanah.
So, dah lulus pun..
Tak payahlah nak berlaku jujur sangat, kan?
Takkan nak mengaku "Encik, tadi saya turunkan kaki. Encik perlu gagalkan saya."

Akhirnya, saya pun lulus.
Saya beritahu mama dan abah.
Dan senior-senior muslimin (Badar & KRU). Haha.

Petang itu, saya pun siapkan dokumen untuk mohon lesen P.


Saya pernah terdengar, mama kata,
"Abah rasa seronok sangat tengok As lulus ujian memandu."
Saya lulus ujian, tapi abah yang paling gembira.

Dan mama kata lagi,
"Berbaloilah sebab abah siap datang tengok As belajar memandu. Nak bagi semangat kat As supaya As pandai"


Saya terdiam.
Abah bersusah-payah datang jenguk saya belajar hanya untuk pastikan saya lulus.




Sebetulnya, inilah Ahad terakhir saya di rumah.
Ahad depan, saya akan pulang ke UTM.
Minggu ini ialah minggu terakhir saya di rumah, sebelum sesi 2010/2011 sem 1 bermula.

Dan abah yang akan hantar saya ke UTM, bersama keluarga.

Banyak sangat yang dah abah korbankan untuk kami sekeluarga.
Terima kasih abah.


~12 hari lagi~

(Baca lagi..)

5 comments:

minggu depan balik u?? awalnyer~
klaka la cite tu, knp asyk nak jatuh je?? jarang bwk m0t0 ke??

Shila, cuba awak tengok TARIKH kat atas entri ni. Tahun bila punya?
yup, jarang bawak motor.

0ohhh, x nmpk, haha, baru sy phm, rupenye flashback balik, hebat la b0leh ingt, kesiannye jarang bwk m0t0, kih3...

ada sebab kenapa saya boleh ingat semuanya dengan jelas.
kat bawah setiap entri, saya ada letakkan "countdown". nantikan entri2 akan datang untuk mendapatkan jawapannya.

mak aiii, maen teka-teki la plak, haha, tp, remaind me la, sy x alert sgt, kih3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...