14 Julai 2011



Akhir-akhir ini saya sering terbayang untuk melukis.
(Walaupun tiada bakat!!!)

Entah sejak bila ilmu kesenian meresapi ke dalam jiwa.
(Ayat ini sangat hebat.. Hahah..)
Saya pernah menjadi satu-satunya pelajar dalam kelas yang gagal dalam Pendidikan Seni.
Dan seni itulah yang menaikkan nama saya, sekurang-kurangnya di peringkat sekolah.

Saya pernah mendapat trofi kerana hasil seni.
Sebuah kad ucapan hari guru.
Hanya 5 daripada 2000 penyertaan yang mendapat trofi tersebut.
Tapi saya tidak berbakat dalam melukis.
Lukisan di atas diambil daripada "sketch book" saya.
(Ya, saya memang ada sketch book, walaupun jarang guna.)
Gambar ini sebenarnya berdasarkan permainan video "Final Fantasy: 4 Heroes of Light" (Nintendo DS.)
Disebabkan comel, saya mengambil gambar ini sebagai "model".

Model? Model apa?
Saya perlu melukis lebih banyak watak.
Sebagai rujukan untuk masa akan datang.
(Sebab itu saya melukis. Gambarannya lebih jelas daripada seribu perkataan)
Ada beberapa buah projek yang sedang saya fikirkan.
Buat masa ini, saya tumpukan kepada projek yang saya namakan "Nathifa".

Petak-petak dalam lukisan itu ialah "grid" sebagai panduan untuk melukis.
Saya perlu belajar anatomi daripada lukisan sebenar dengan bantuan perisian Adobe Photoshop CS4.

Saya pernah terdengar ayat "your first 10 000 pictures are the worst".
Ayat ini ditujukan kepada jurufoto.
Ertinya, kita perlu belajar, amalkan, belajar lagi dan amalkan ilmu yang kita ada, barulah kita menjadi yang terbaik.
InsyaAllah, saya akan melukis dan terus melukis supaya bakat melukis saya menjadi lebih baik.

 p.s.
Barangkali pengaruh novel Hero oleh Hilal Asyraf yang buatkan saya tergerak untuk melukis.
Rasa tergerak untuk mengarang.
Untuk mengarang memerlukan gambaran.
Gambaran memerlukan ukisan.
Dan lukisan memerlukan imaginasi.

2 comments:

sya pun xde bakat nak melukis nie.. lukis org lidi bolela...

takpe. Melukis pun memerlukan minat. Saya pun baru je belajar melukis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...