10 Julai 2010. Sabtu
Pagi ini, abah memotong rumput di sekeliling rumah menggunakan mesin.
Selama ni, memang abah dan abang yang buat.
Dan pada waktu tengah hari pula, abah mengajak saya berjalan-jalan di Klang.
Saya bersiap, dan kami (abah, mama, adik perempuan dan saya) pun keluar.
Kasut
Kasut baru saya perlu dijahit.
Takut tapaknya tertanggal.
Setiap kali kami membeli kasut (malah sandal, malahannya), pasti kami akan menghantarnya kepada tukang kasut.
Satu "budaya" yang diterapkan kepada kami sejak kecil.
BUKAN kasut saya.
Sekadar gambar hiasan.
(Takkan nak ambik gambar kasut sendiri yang dah buruk, kan?)
Seburuk-buruk kasut saya, saya tak pernah buang kasut sendiri.
Tukang kasut yang sama (sejak saya kecil lagi) bekerja di Simpang Empat.
Orang di sini memanggilnya Simpang Empat, kerana terdapat 4 buah jalan raya.
Nama sebenarnya Simpang Teluk Pulai.
Saya pun menyerahkan kasut saya untuk dijahit.
Dan kami akan mengambilnya semula pada waktu petang.
Pisang Goreng & Cendol
"Nak makan cendol tak?" tanya abah.
Saya kehairanan.
Diam, tak menjawab.
Jarang-jarang kami makan di luar.
Tapi, takpelah, esok kan saya kena bertolak ke UTM.
Apa salahnya merasa cendol Klang (sempena hari terakhir), kan?
Kami berhenti untuk makan di hadapan Pasaraya Econmart.
Terdapat banyak warung "terhidang".
Saya dan family duduk di di kerusi yang disediakan.
Abah "order" 3 mangkuk cendol (adik perempuan tak nak) dan sepinggan pisang goreng.
Kami pun makan.
Tapi, abah tak pernah pun bawa kami ke sini (walaupun selalu lalu kawasan ini).
Saya pernah cerita tentang cendol, di sini.
Aeon Bukit Tinggi
Juga dikenali sebagai Jusco Bukit Tinggi.
Tempat ni dibuka pada hujung November 2007 - hari terakhir saya mengambil peperiksaan SPM, kertas Biologi.
Tempat yang paling suka di sini, mestilah kedai buku Popular yang sangat besar.
Saya sebenarnya mencari sebuah buku.
Tip Menjadi Pelajar IPT Cemerlang oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah.
Buku ni, saya jumpa dalam katalog buku Telaga Biru tahun 2010.
Katalog ni, saya dapat waktu Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC.
Saya pergi ke sana bersama Abang Luqman, Abang Fathu (a.k.a. Pak Lang) dan Abang Wan Zubairie.
"Nak beli ke?" tanya abah.
Saya angguk.
Saya pun keluarkan dompet, dan -
"Nahlah" kata abah, sambil menghulur sejumlah wang.
Saya boleh beli sendiri.
Tapi abah tetap nak belikan.
Saya pun beli - guna duit abah.
Dalam kereta, saya koyakkan plastik kulit, dan belek-belek buku tersebut.
Yup. Itulah nama saya.
Dan tarikh saya beli.
Dan tarikh saya beli.
Sejak dulu, lepas je beli buku, mesti tulis nama dan tarikh.
Tahun Masihi dan Tahun Hijrah.
Kasut (bahagian 2)
Kami kembali ke kedai tukang kasut.
Saya ambil kasut tersebut, dan membayar upah.
Abah pernah ajar, supaya saya bersalam dengan beliau.
Tak kisahlah apa pekerjaan orang tersebut.
Yang penting, kita tidak memandang rendah kepada sesiapa.
Lesen
Isnin lepas saya lulus ujian memandu motorsikal.
Petang itu juga saya hantar dokumen untuk tukar L ke P.
Hari ini kami ke sekolah memandu.
Abah parking kereta tepi jalan, dan saya masuk ke sekolah tersebut.
Saya pun ambil lesen daripada kakak di kaunter, dan pulang ke kereta.
"Eh, mana lesen P nya?" tanya mama.
Saya terkejut.
Saya "check" lesen. Tiada huruf P.
Panik.
"Sebab As kan dah dapat P dulu, waktu kereta." kata Abah.
"Lepas dua tahun, As tukar jadi lesen besar, kan?" sambung beliau lagi.
Saya angguk.
"Bila dah dapat lesen besar, lesen apa pun yang kita ambil, tetap jadi lesen besar, bukan P."
Haha. Saya dapat lesen motorsikal dari L terus ke lesen besar.
Tak lalu P.
Kampung Bukit Kapar
"Nak balik rumah Mak Yang tak?" tanya abah.
"Oklah. Ni kan last As kat Klang. Lepas ni As balik waktu raya je.." kata mama.
Cuti panjang pertama (yang tak berapa panjang), sekitar bulan September.
Sekarang Julai. Dua bulan lagi baru balik Klang.
Abah pun bawa saya pulang ke kampung mama.
Perjalanan sekitar 40 minit.
3 Julai 2011 ~ Majlis cukur jambul berlansung di sini.
Yup, yang dengan Mia tu.
Dan kami pun tiba di rumah Wak Yamah dan Wak Mari.
Wak Yamah ialah kakak sulung mama.
(Mama keturunan Jawa. Kami panggil "Wak" dan "Cik" kepada saudara kami)
Waktu ni, Mak Yang (nenek, ibu mama) dalam proses untuk sembuh.
Kalau tak salah, sebelum ini, beliau tak boleh berjalan.
Maklumlah, sakit tua.
Mak Yang tinggal di sini untuk seketika, supaya mudah untuk dijaga oleh Wak Yamah.
Walaupun saya membesar dalam suasana yang sangat moden, tapi jiwa saya tetap sukakan suasana kampung tersebut.
Kalau ada peluang, teringin berumah di tepi dusun.
Ada durian. Ada rambutan. Ada manggis. Ada ular. Haha.
Mama dan abah berbual-bual dengan saudara-mara kami.
Saya dan adik perempuan cukup seronok main kerusi lipat di rumah tersebut.
Saya nampak abah tidur di sofa.
Pagi abah mesin rumput - mesin tersebut sangat berat.
Tengah hari bawa saya berjalan.
Petang ke kampung.
Dan esok akan bawa saya ke Johor.
Mestilah abah kepenatan.
Kasihan abah.
Sekadar memenuhi keutamaan saya.
Saya tak minta pun semua ni....
Apa-apa pun, terima kasih, abah.
Rumah
Kami pun pulang ke rumah.
Saya sibuk ber"packing".
Mama dan abah dah tidur awal.
Esok saya akan bertolak pulang ke UTM.
Dan sesi 2010/2011 semester 1 (atau Semester 3) akan bermula.
Mulai esok, saya takkan berada di sini untuk jangka masa yang panjang.
Dan hari ini ialah Sabtu terakhir di Klang.
(Kisah ini berlaku pada tahun 2010. Ada yang bertanya, kenapa saya boleh ingat semuanya. Saya ada sebab saya sendiri. Nantikan jawapannya dalam post-post yang akan datang.)
5 comments:
ehem2, nape x tulis name sy tr0s?? haha, lupe nak ckp, akak sy tanye sape Mia..sy jwb, hehehe...sukenye membace, tabik la, hehe, next p0st, sy tggu, hehe
x kuasa nak naikkan populariti orang tak berkenaan dalam blog ni. sebab tu xnak tulis nama.
memang suke je membaca. almari pun penuh dengan buku.
mane2 je, sy nak tanye, tp xpe, 9t mengarut plak, better diam, hahaha
salam dik umah ni ktne?akak pn duduk kg.delek jgk..he2
w'salam, Beautiful Shana. rumah ni dekat kampung delek kanan. dekat2 padang.
Post a Comment