16 Mei 2011
Keluarga saya datang menjemput saya di Klang Sentral.
Saya baru pulang dari UTM, Johor Bahru selepas tamat "demam peperiksaan".
Kereta pun meluncur meninggalkan stesen bas tersebut.
"Rumah tu dekat-dekat sinilah," kata mama kepada abang.
Eh? Rumah? Rumah apa ni?

Mama tunjukkan jalan ke "rumah", tak jauh daripada stesen tersebut.
"Dekat je dari sini" kata mama lagi.

Setelah pulang ke rumah (Kampung Delek), mama buka cerita.
Rupa-rupanya mama nak beli rumah.
Lokasinya, tak jauh daripada Klang Sentral.
Dekat dengan Setia Alam.
Dekat dengan lebuh raya.
Semua dekat.

Asalnya, rumah ini milik pak cik saya.
Lima tahun beli, tapi tak pernah didiami.
Sekadar menjadi kebun pegaga.
Isteri beliau (kakak kepada mama) mencadangkan supaya kami duduk di sana.


22 Mei 2011

Mama bawa saya ke lokasi.
Seronok, sebab dua tingkat.
Setiap anak dapat satu bilik. YES!!

Dalam proses pertukaran nama dan hak milik.
Boleh je kalau nak masuk, tapi kunci masih dipegang oleh mak cik.
Sebab perlu di"renovate".

Lantai perlu di"tile". (letak jubin marmar)
Tukar tingkap (setelah menjadi santapan anai-anai)
Pasang gril di tingkap.
Dan sebagainya.


4 Jun 2011

Saje-saje datang sini lagi.
Teruja tengok rumah baru.

Rumah ini berada di Meru, Klang.
Dekat dengan kampung mama di Kapar.
Adik-beradik mama SEMUAnya duduk dekat-dekat kampung mama.
Kami je "sedare yang paling jauh".
Lepas pemergian arwah abah, mama nak duduk lebih dekatlah dengan kampung.

16 Julai 2011


95% siap di"renovate".
Ini gambar bilik atas.
Panjang lebar 4 kali 4 meter persegi. (anggaran sahaja)

Okeyla untuk seorang penghuni bilik.
Ada dua bilik macam ni.




Bilik tidur utama.
Bilik mama dan adik perempuan.


 Gambar bahagian depan.
Diambil dari tangga.

Sliding door.


Dapur.


Bahagian belakang rumah, sebelah dapur.


Tingkap bilik atas, dilihat dari luar.


Dapur, dari luar.


Itu je yang gambar sempat diambil.
Dengar-dengar rumah ni dah siap di"renovate".
InsyaAllah akan berpindah ke sini tak lama lagi.

Kata mama, nama rumah ni "Maal Hijrah Nazia"
Maal Hijrah - "Hijrah" dari yang lama kepada yang baru.
Daripada yang baik kepada lebih baik.
Rumah yang saya huni sekarang tetap akan mereput.
Dibina sekitar tahun 1980-an.
Sebab tu memang kena pindah.
Lagi pun, memang hajat arwah abah nak bawa kami tinggal ke tempat lain.
Hajat ini disambung oleh mama.
"Nazia" - gabungan nama abah dan mama.
(Nazlan + Aziah)

Yang pergi pasti takkan kembali.
Tapi yang "patah" biarlah "berganti".
Semoga "foglia nuova" ini berkembang subur, menaburkan benih-benih kasih sayang dan rahmat Allah kepada kehidupan kami sekeluarga.
Amin.

p.s. Foglia nuova (bahasa Itali) = daun baru.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...