Kami berlima makan bersama.

Adik lelaki saya tidak ikut.
Dia hanya menghantar mesej kepada mama, untuk menyampaikan salam kepada saya.

Saya anggap tengah hari itu hanyalah waktu yang biasa.
Sebuah keluarga berkumpul, menikmati hidangan bersama.
Sesuatu yang biasa. Sangat biasa.

Kami pun melangkah ke tempat letak kereta.
Sebelum tu, abah belikan donut.
Enam semuanya.
Tapi, saya tak berselera.
Tak tahu kenapa.

Kami pun tiba.
Sebelum turun dari kereta, abah nak beri sebiji donut kepada saya.
Saya menolak.
Memang tak lalu nak makan, walaupun nampak sedap.

Saya turun dari kereta.
Abah juga keluar.
Kemudian abah menghulurkan sejumlah wang.
Saya ambil tanpa berfikir panjang.

"Raya nanti, As balik sendiri, ye? Abah dah tak boleh hantar lagi.."
Alasannya, takde overtime.
Saya faham. Dan saya tak kisah balik sendiri.

Tangannya melambai.
Saya memandang wajahnya.
Abah kelihatan sayu.
Entah apa yang abah fikirkan.
Dan saya tepis pelbagai kebarangkalian.
Riak wajahnya menimbulkan seribu tanda tanya.

Saya hanya duduk di selatan Malaysia.
Bukannya luar negara pun. Tak sampai Singapura.
Tapi memang abah nampak sayu.

Tangannya masih melambai.
Dan keluarga saya pulang ke kampung halaman.

Itulah kali terakhir saya melihat abah masih "hidup".
Masih tersenyum walaupun sayu.
Masih mampu melangkah di atas bumi Allah.

Peristiwa ini berlaku pada hari Ahad sebelum semester baru bermula.
Sehari sebelum kuliah.

Esok, Ahad 2 Januari juga hari Ahad sebelum semester baru.
Tiba-tiba, kenangan ni datang bertamu.
Kenangan, atau ketakutan..
Badan saya terasa lemah..

Saya rasa sayu...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...