Pelik tengok gelagat mereka berdua ni.
Yang lelaki, badan menghadap timur.
Yang perempuan menghadap barat.

Kedua-duanya saling membelakangi.
Tak mahu bersua muka.
Tak mahu berbicara.

Zaman sekolah dulu, macam belangkas.





Hari raya Aidilfitri, kita sangat dituntut untuk bermaaf-maafan.
(Tak perlu tunggu hari raya sebenarnya.. setiap masa pun dituntut untuk saling bermaafan..)
Tapi waktu raya inilah masing-masing "nak tunjuk muka" tapi saling "tak nak tunjuk muka".

Dan situasi "Timur-Barat" ini berlaku dalam rumah saya.
Apalah malang sangat rumah saya.
Menjadi tempat persinggahan "rumah tangga tanpa tiang"
Banyak lagi tempat boleh bermasam muka..

Budaya "couple"
Saya ingat lagi sejarah tentang mereka
- sama-sama pergi kelas tuisyen, duduk dekat-dekat, etc.
Memang rapatlah dari segenap aspek.
Kata orang, "pasangan yang ideal"
Itu luaran.
Cerita yang tak nampak?
Barangkali banyak duit habis.
-Habis kat top-up, belanja makan dan sebagainya.

Wahai anak-anak muda, kamu memang kaya..
Namun sedarkah kamu, harta siapa yang kamu habiskan?

Bukan duit sahaja, pastinya banyak masa terbuang.
Waktu untuk belajar, dihabiskan untuk bersama "si dia".
Waktu ulangkaji, SMS menjadi peneman.
Waktu untuk beribadah? Wallahualam.

Dan saya pun ke matrikulasi.
Selepas tamat matrikulasi, saya menyambung pengajian ke menara gading.
Jarang-jarang saya ambil tahu tentang sahabat sekampung.
(Mungkin silap sendiri, yang memang jarang bersosial.)

Dan kami pun berjumpa sewaktu raya.
Tahu-tahu, dah putus.
"Dia punya pasallah.. Mengada-ngada sangat..Mintak putus.. etc etc" kata pihak lelaki.

Saya tak tahu (dan tak nak ambil tahu) apa yang mereka gaduhkan.

Dua tahun "bermesra", dua tahun menyepi.

Realiti
Kisah ini berlaku di mana-mana.
Manisnya terasa pada peringkat permulaan.
Dan sedikit demi sedikit, kemanisan itu hilang.
Dan muncullah perkataan JEMU.

Dan hubungan itu berakhir tanpa ikatan yang sah.
Sekadar membuang masa, tenaga dan harta.
Akhirnya jasad luruh dimamah hati yang hancur luluh.

Cinta menjadi derita.

Dan timbullah konflik.
Seorang pandang timur, seorang lagi pandang barat.

Mencari Wanita
Saya teringat kuliah Institusi-institusi Islam yang saya hadiri minggu lepas, berkenaan tajuk Institusi Keluarga, (atau nama lainnya, PERKAHWINAN ~ Pastinya tajuk yang sangat diminati oleh mahasiswa, terutamanya "tahun akhir semester akhir" yang berada "di alam lain")
Pensyarah saya bertanya kepada seorang mahasiswa beberapa tahun lepas,
"Kamu ni "couple" ke?"
"Ya."
"Yang terbaru ni yang ke berapa?"
"ENAM"

Enam semester, enam "cewek".
Satu semester, dia pasang satu.

"Kalau awak nak kahwin, awak nak perempuan cari yang macam mana?"
"Saya nak cari perempuan yang baik macam ibu saya.."

Perkahwinan
Setiap hubungan pastinya mahu berakhir (atau bermula) dengan alam perkahwinan.
Matlamat yang jelas harus ditonjolkan, supaya kita nampak "jalannya".
Manusia akan berasa optimis sekiranya mereka nampak matlamat mereka.

Bila hendak memulakan perkahwinan?
Jawapannya bergantung kepada individu.
Seandainya seseorang itu memilih selbelum ke alam universiti, mampukah dia mencari nafkah?
Mampukah dia mengimbangkan akademik dan perkahwinan?

Seandainya tidak mampu, perlukah terburu-buru untuk masuk ke alam perkahwinan?
Dan perlukah terburu-buru mencari pasangan?

Oleh itu, tidak perlulah memulakan hubungan dalam masa terdekat, seandainya hubungan itu tidak mampu untuk dinaik taraf kepada perkahwinan.
Bataskan diri dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Biasakan diri untuk rapat dengan sesama jantina.
InsyaAllah, hati akan menjadi lebih tenang dan akal yang baik dapat dipandu tanpa kehadiran nafsu liar yang sering mendambakan cinta palsu.

Dan kepada mereka yang mampu memberi komitmen dan mendapat keizinan keluarga, apa salahnya perkahwinan itu disegerakan?
(Dapat makan nasi minyak free..)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...