p.s. saje je bagi tajuk dalam English.

05 Februari 2011

Pagi ni kami berlima bersarapan di sebuah restoran, tak jauh dari sekolah lama saya.
Saya pernah cerita tentang restoran tu dalam blog ni, di sini.

Gambar diambil dari atas meja makan, menghala luar restoran.
Makan mi goreng dan air kososng.
Jimat duit.. haha

Ini ialah pintu masuk UiTM Shah Alam.
IPTA paling dekat dengan rumah saya.
Pernah "menceroboh" dua kali.
Kali pertama masa mewakili sekolah untuk Kuiz Sains (peringkat negeri?) time form 5.
Kali kedua, masa hantar sepupu ke kuliah.

Dan kami pun tiba di Taman Tasik Shah Alam.




Ada "pulau" kat tengah tasik ni, (macam Lake Isle of Innisfree).
Satu masa dulu, banyak sangat burung bangau tibggal kat sini.
Entah kenapa, seekor pun dah tak nampak..
Ada merak putih tinggal kat sini.
Suka "berkicau".

Quite dark..
Tak gelap sebenarnya..
Masalah kamera, salah setting.




Tempat ni dipanggil akuarium.
Kat sebelahnya ada Wet World, tempat mandi-manda.

Ah.. Kenangan lama.. Time budak-budak dulu..
Kami selalu ke sini, waktu arwah abah masih ada.


Lonely rabbit..

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah



Fallen Flower - my favourite subject.


Kami pulang ke rumah sebelum jam 11 pagi.

Akan bertolak pulang ke UTM pada esok hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...