Ah!
Kamera saya tak boleh zoom lebih jauh lagi.
Hasilnya, gambar mereka terlampau kecil.
Mereka pun terus mendayung ke sana, dan sedikit demi sedikit, mereka semakin mengecil.
Dan hilang dari pandangan.
"Ah..."
Saya mengeluh.
Saya hanya duduk di tepi tebing, di bawah teduhan pepohon kecil.
Keadaan kembali sunyi, tanpa gelak tawa, tanpa suara.
Kalau diikutkan hati, mahu saja aku terjun ke tasik.
Dapat berenang mendekati mereka.
Tapi kamera ni bukannya kalis air.
Dan saya tak mahu mengambil risiko untuk membasahkannya.
Bukan mereka (ahli Kelab Remaja Ukhuwah) meninggalkan saya.
Saya yang tak dapat ikut mereka.
Bukan salah sesiapa.
Saya memilih untuk merakam detik-detik bersama mereka.
Saya memilih jalan hidup saya.
Dan saya tetap pikul tanggungjawab ini, selagi berdaya.
Biarlah.
Melihat mereka ceria pun dah cukup untuk buat saya tersenyum sendirian.
Di bawah teduhan itu, saya melihat gambar-gambar yang diambil.
Kebanyakannya pastilah gambar muslimin.
Saya agak segan untuk ambil gambar muslimat, kerana perlu menjaga jarak.
Akibatnya, saya "terabaikan" mereka.
Saya rasa cukup dekat dengan mereka.
Ada abang-abang.
Ada kakak-kakak.
Ada adik-adik.
Sebuah keluarga besar.
And family should always sticks together.
Tapi dalam kes saya, saya "terkeluar sementara".
Sebab tak turun berkayak.
Tidak bersama mereka.
Sementara menanti mereka, saya jalan-jalan sekitar tasik.
Ambil angin di tempat lama.
Masa ko-kurikulum sem 2 tahun 1, kelas saya di sini.
Kawasan pertanian.
Kelas Tanaman Hortilkultur Hiasan.
Belajar tanam pokok-pokok.
Dan saya berjalan ke tasik yang sama sewaktu masak puyuh, sewaktu rehlah Badar.
Dah lama tak datang sini.
Suasana agak sunyi, sebab saya bersendirian.
Inilah hidup.
Ada masa, kita dikelilingi sahabat-sahabiah.
Ada masa, kita kesunyian.
Untuk kebanyakan masa, saya cenderung untuk bersendirian.
Sentimental?
Barangkali...
Entahlah, sejak abah meninggalkan kami berlima, hati saya terasa kosong.
Sampai hari ni, "luka" itu tak terawat.
And it keeps bleeding.
"Lantaran hatiku merah jua.
Jika dikelar akan terluka.
Jika diguris akan tercalar juga.
Aku juga manusia.
Dan darahku merah serupa.
Malah aku juga punya nyawa.
Akan mati jua suatu masa.
Dan jika dosaku dibawa pergi.. bukankah malang nasibku di sana?"
( Warkah Cinta Berbau Syurga, A. Ubaidillah Alias )
Sepuluh minit berlalu.
Saya kembali ke tasik tadi.
Dan mereka kembali berkayak, selepas "meninggalkan" saya keseorangan.
Sangat riuh-rendah.
Sebuah senyuman tergaris di bibir.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
5 comments:
Rasa lega dapat luahkan semuanya...
Lenyaplah warawiri dalam lubuk sanubari.. (Cheewah!!)
ayat2 hg ni mmg emo lah.......
I kan sentimental orangnya.. (sentimental, bukan sakit mental ye..)
kesiannya dia. Awat tak pas je kamera tu kat Abg Izmar je?? Boleh men kayak sekali.
hanya tuan punya kamera memahami jiwa kameranya.. kalau saya pas kat abg izmar, saya takut dia "ter"baling dalam air.. pastu saya pun bagi flying kick kat beliau.. kikiki
Post a Comment