Melihat kembali hari-hari semalam.
Hari yang telah berarak pergi.
Hari yang takkan kembali.

Tahun itu bermula dengan suasana
yang suram dan sejuk.Saya masih diselubungi kabus kesedihan.
Sukar untuk melupakan kejadian itu.
Sebuah ujian yang sangat perit.
Tapi, saya sedar, itulah yang terbaik untuk diri ini.
Ujian adalah didikan langsung daripada Allah.


Dengan bimbingan naqib dan sahabat, saya pilih untuk berubah.
Bersahabatlah dengan seribu, kerana yang seribu itu lebih baik daripada satu.
"Ramai sebenarnya nak kawan dengan Ashraf, Ashraf je yang suka bersendiri"
"Tanya sepatah, jawab sepatah""Sampai-sampai je kat surau, terus menyorok kat saf belakang. Orang pun jadi segan nak tegur Ashraf,"
"Abang boleh senaraikan banyak sikap-sikap positif tentang Ashraf, tapi satu je takde - BERKAWAN"
Inilah antara luahan hati Abang Arif Ahmad dan Abang Faruqi Yusari.
Hakikatnya, merekalah mata saya.
Bukan memerhatikan kehidupan saya, tetapi memerhatikan diri saya.
Sejak saat itu, aku mula membuka minda seluasnya.
Seribu lebih baik daripada satu.

Semester kedua 2009/2010 bermula.

Saya berubah menjadi seorang yang sangat ceria.
Selalu tersenyum dan ketawa.
Saya juga lebih banyak bersuara.
Jadi pengerusi majlis untuk beberapa program Badar dan KRU.
Saya tak pernah bercakap guna mikrofon sebelum tiba di UTM.

Join Biro Kerohanian Kolej Tuanku Canselor atau BADAR.
Pimpinan Munzir Musa sebgai Ketua, dan Nur Atikah Shaari sebagai Setiausaha.
Saya berada di bawah Jabatan Penerbitan dan Penerangan, atau JAPEN.
Ahlinya, empat orang je.
Norabella Harun (Ketua), Kakak Sayyidah Naffisah Mohd Jasni, Kakak Nur Sabrina Risman dan saya.
Saya satu-satunya lelaki.
Satu tahun telah berlalu.


Saya juga membantu untuk gerakkan surau KTC.
Bertugas sebagai Ketua Penerbitan dan Multimedia.
Selalu buat risalah, edar, dan juga prepare untuk tayangan.

Saya juga mula ada minat terhadap seni, sejak diminta untuk design banner sebuah program.
Mulanya memang payah, sebab tak pernah terfikir nak guna photoshop.
Tapi Abang Aslam Yusof selalu bagi tunjuk ajar. Thanks a lot!!!


Cuti hujung semester bermula.

Sepanjang cuti, duduk rumah je.
Banyak main game. Facebook. Etc.
90 hari cuti sebelum semester 3 bermula.
90 hari terakhir saya bersama abah.


Semester ketiga bermula.

Tiga hari pertama hadir ke kuliah seperti biasa.
Tapi pulang ke rumah pada hari Khamis.
Abah koma.
Hari Sabtu, abah pergi meninggalkan kami.
Selama-lamanya.

Saya ingat lagi sebuah mesej yang saya hantar kepada sahabat-sahabiah.
"Saya bukan lagi Ashraf yang ceria dan periang"

Abang Izmar:
"Ashraf yang abang kenal ialah seorang yang ceria dan periang."

Abang Fathu atau Pak Lang:
"Acap tetap Acap."

Minggu kedua, saya pulang ke UTM.
Mata masa bergenang dengan air mata.
Saya duduk di hadapan kerusi depan kiosk selepas solat Asar.
Termenung.
"Acap, jom!" kata Pak Lang.
Saya berdiri dan berjalan bersama Pak Lang.
"Hang kata hang takkan jadi ceria dan periang..."
Saya tersenyum.
Tak selamanya saya perlu menangis.
Kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,
"Ceriakanlah dirimu demi Islam"

Pemergian abah meninggalkan kesan yang sangat mendalam.
Saya menangis daripada sedalam-dalam hati.
Walaupun selalu tersenyum, saya juga selalu menangis.

Semester ni juga saya bertugas sebagai ketua untuk unit Publisiti.
Design dari banner sampai pamplet.
Letih sangat.
Saya buat 95% kerja.
Mungkin saya perlu mula cari perintis.
Ringan sikit beban ni.

Saya juga semakin rapat dengan ahli-ahli KRU dan Badar yang lain.
Abang-abang, kakak-kakak, dan adik-adik.
Happy je bila diorang ade. Tak tahulah kenapa.
Mungkin inilah hati diikat atas nama Islam.
Semoga ikatan ukhuwwah yang terbina ke akhirnya.
InsyaAllah.




Inilah kisah yang saya lalui selama berusia 19 tahun.
Kisah ini tamat di sini.


Dan bermulalah kisah baru.

Selamat hari lahir ke-20,
Ashraf Bin Nazlan.

November 23,
6.35 pagi

2 comments:

Selamat hari lahir.. semoga dgn umur yg baru, dpt didik diri jd yang baru.. baru yg ke arah lebih baik insyallah.. smoga berjaya dlm mendidik diri.. n bile ade no 2 kt depan umo, maka org itu sudah tua.. hahaha.. selamat menjadi tua.. sy ade beberapa bulan je lg utk jd tua.. hihi..

Terima kasih Su..
semoga umur yang baru dapat didik diri jadi yang baru... semoga berjaya mendidik diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...