Ah, bosannya..
Sejak pagi menghadap buku ~ buku akademik, novel dan buku muka (facebook)
Saya pun ambil jag air di ruangan atas meja. Bahagian "para-para" (betul ke istilah nie?)
Terpandang botol air kosong.
Masih belum diisi dengan air.
Kerana terlalu haus, sampai lupa nak isi balik.
Saya ambil botol air tu.
Membelek sekelilingnya.
Pelekat harga pun ada lagi.
Dah banyak kali basuh, tak jugak nak menghilang.
Sekadar mengimbau kenangan.
Mahu dibuai perasaan seketika..
(ayat ni over sangat ke? kikiki)
"Hah! As nak beli botol air."
Lama dah nak beli benda ni. Tapi asyik tak ingat je.
Ingatkan nak beli je kat kedai Azah, dekat-dekat dengan blok kat UTM.
Tapi alang-alang pergi JJ Taman U, baik beli sekali.
"Okla, kita cari kat dalam.." kata Abah.
Kami pun meronda untuk membeli barang-barang saya.
Waktu ni, orang kat pejabat KTC taknak bukak pintu bilik stor.
Memaksa saya untuk beli barang-barang di luar, untuk survive satu malam.
Dan saya pun memlih botol air lutsinar.
Penutupnya warna biru dan putih.
Ada tali di tepinya.
Kemudian abah belikan.
Peristiwa ini berlaku pada 11 Julai 2010, hari Ahad.
Hari terakhir bersama abah, sebelum abah koma.
Masih terbayang wajahnya melambai-lambai tangan kepadaku.
Mama kata, abah nampak sayu sangat hari tu, sejak hantar saya ke UTM.
Botol air tu pemberiannya yang terakhir kepada saya.
. . . . .
Kasih sayang Allah
3 days ago
0 comments:
Post a Comment