ABCDEFG.
Ini ialah urutan biasa.
Sesuatu yang boleh diterima akal.
Tapi... kalau urutan ni...
C D E F G A B
Bermula dengan C, berakhir dengan B.
APAKAH????
Tak pelik ke?
Makin difikir, makin tak berjawab.
Kenapa ye macam ni?
Saya mula membuka mulut untuk bertanya.
"Abah, kenapa piano mula dengan huruf C?"
Saya tak berapa ingat jawapan yang abah berikan.
Tapi, lebih kurang macam nilah.
"Huruf tu tak berapa penting, tapi bunyinya.
Kalau "giginya" ditekan, kena kenal not.
Orang yang main muzik kena tahu pasal ni."
Mata saya melihat kembali ke hadapan.
Abah sedang memandu Avanza.
Saya duduk di sebelah beliau.
Kemudian bertanya lagi.
"Kenapa hurufnya A sampai G? Kenapa tak sampai H? Ataupun Z? Kan piano banyak gigi?"
"Sebenarnya, huruf tu berpusing. Mula-mula C-B, lepas jadi C balik, dari kiri ke kanan."
"Lagi satu, huruf A sampai G tu menujunkkan TUJUH nada - Do Re Mi ..."
Saya bilang guna jari.
"Lapanlah abah.. DO RE MI FA SO LA TI DO"
"DO kat belakang tu ulangan DO yang pertama"
"A'ahlah.. baru perasan, rupanya berulang.... perkataan DO diulang. Baru As perasan"
"Lepas tu, dia ada dua kan - Treble dengan Bass. As dah boleh baca not muzik"
Saya tak pandang abah, tapi saya tahu,\ abah senyum.
"Kenapa? Kat sana (UTM) belajar main muzik ke?"
"Taklah, belajar sendiri. As rasa As dah mula minat main piano."
Kereta meluncur laju dalam pekat malam itu.
Saya baru tiba di stesen bas Shah Alam.
Itulah kali terakhir abah ambil saya ketika pulang dari UTM.
Sejak peristiwa ni, saya habiskan banyak masa di hadapan keyboard yang abah beli.
Saya ada mainkan lagu bertajuk "The Other Promise" oleh Yoko Shimomura.
Tapi tak sempat habiskan semasa abah masih hidup.
Saya nak kuasai lagu ni.
Lagu yang menyimpan kenangan terakhir antara saya dengan arwah abah.
2 comments:
salam.. pndai main piano rupanye.. sy pn blaja dlu.. tp xkhatam pn.. huhu.. just tau not je.. ble dgr bunyi, dpt detect la tu not ape.. tp main still xmahir.. just mahir 1 lagu je.. marry had a little lamp.. hihi..
w'salam.. pandailah jugak main piano..
tiba2 tergerak nak belajar piano hujung semester lepas, rupa2nya saya mewarisi kebolehan ayah saya.. saya satu2nya "legacy" yang sempat dia tinggalkan..
Post a Comment